Review : Ngeri

Ngeri merupakan novel ketujuh dari Fixi. Penulisnya Gina Yap Lai Yoong, cubaan beraninya sebagai novel kedua selepas mengeluarkan novel pertama beraura cinta. Sebenarnya, aku mengharapkan Ngeri yang ngeri. Mungkin aku sudah biasa dengan seni yang mengerikan menjadikan tahap thriller bagi novel ini, tak cukup thrill. Jujur aku katakan, novel ini tiada intipati seksual; jadi sesuai menjadi bacaan remaja sekolah yang masih suci mindanya. Manakala dari segi cara pembunuhan yang dia selitkan dalam ni, dia amat kreatif. Novel ini turut menyelitkan emel-emel interaksi di antara watak-watak dan perbualan telefon. Dari mula hingga akhir, ia menerapkan aura noir, tapi tak segelap yang aku sangkakan. Aku antara penggemar noir yang berbaur gelap, tapi bagi mereka yang menggemarkan ala-ala Nancy Drew dan nukilan Enid Blyton, cari buku ini, beli, dan nikmati.

Olahan watak-watak dalam kisah ini seperti Samuel, Joanne, Rehan, Profesor Bazri dan Leonald garapannya agak lemah (please penulis, jangan benci saya) tapi aku lebih sukakan watak-watak mangsa (dalam subplot) kerana menimbulkan gestur yang aku harapkan memandangkan mereka yang kena bunuh. Ada empat pembunuhan yang berlaku mengikut skrip, di mana kesemua skrip yang dihantar sebagai kerja kursus ditolak dengan alasan tidak realistik oleh Profesor Bazri.

Cerita yang bermula dengan interaksi di antara tiga sekawan yang sekelas dalam bidang perfileman di Universiti Filem Masyhur di mana Samuel dinampakkan wataknya yang suka bergurau kasar dengan kawan-kawannya tetapi malas serta suka menggunakan motosikal Rehan sesuka hati. Plotnya memuncak dengan tempo perlahan apabila kerja kursus mereka; hasil perahan jus otak Joanne dan Rehan tanpa bantuan Samuel, ditolak mentah oleh Profesor Bazri dengan alasan ia hanya cerita biasa. Samuel akhirnya berjaya mengolah cerita yang kreatif selepas bertekak dengan penjual burger. Skrip kedua berdasarkan ideanya ditolak mentah dengan alasan tidak realitistik dan tak mungkin ais dapat membeku selama sejam. Di situ terletak kekreatifan Gina dalam mengaitkan ais dan sains.

Skrip ketiga yang dihasilkan oleh Samuel selepas kemalangan jalan raya ketika berlumba dengan Jack bagi aku sungguh kreatif dengan berdasarkan Pinocchio. Rehan mulai menyokong Samuel dengan menolongnya membeli prop sementara Joanne masih teragak-agak berikutan skrip kedua yang mirip dengan kematian anak penjual burger yang terpampang di akhbar. Begitulah juga skrip ketiga dan keempat yang ditolak habis oleh Profesor dengan alasan yang sama. Kemuncak klimaks kecil berlaku bagi setiap pembunuhan.

Petikan pembunuhan ketiga :
' CARI BAHAGIAN BADAN YANG LAIN JIKA KAU BOLEH ' 

Dalam mencari siapa dalang sebenar dalam kisah ini, aku dapat meneka dengan betul. Nak tahu selanjutnya, beli dan baca. Cuma satu, bagi mereka yang menyukai noir berbaur gelap dan pekat, mungkin akan kecewa kerana tidak mencapai tahap inzal, ia lebih kepada rasa ingin tahu, tapi debar-debarnya tiada. Buat penulis, semoga terus menulis dan mencari ruang selesa untuk tema penulisan, seperti Jong Chian Lai yang telah berjaya dalam penulisan ke tahap Asia. Cerpennya telah diterjemah dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dan banyak lagi kejayaan lain.

Sekian, reviu ringkas dari Luc Abdullah, ZSM.

In by Anonymous, Wednesday 21 September 2011


7 Responses to Review : Ngeri

. said...

rasa ngeri ni lepas tak kat kontrol histeria? kahkahkah

Anonymous said...

errr. hahahahaha. KH itu seni.

ahmad said...

rebiu seterusnya luc - amerika

Akim Iqbal said...

Pheww. Tq sebab review. Hehehe.

Cmate said...

Hello... Salam mesra dari penulis. Hehee! TQ for the review. Asalnya memang ditulis untuk pembaca yang baru nak cuba membaca noir gelap2. Sebab tu, lebih medium cookingnya. Maklumlah fan base I dari novel cinta pertama lebih high school orangnya.

Kudos! Sebab dapat teka siapa dalang sebenarnya dengan betul. Publisher pun dah pening, sebab dalangnya bertukar banyak kali dalam proses penulisan. =)

TQ for feedback!

Anonymous said...

Hai! Hehe. Sorry for being honest. Keep writing. Saya baru faham kenapa ia diolah sebegitu kerana sasaran pembaca.

shandye. said...

honesty in reviewing is a good thing, i think. it makes the both of us think about the whole picture and try to improve in the future.

tak gitu?

btw, aku mmg suka gila novel ni. one of the best read thus far this year.