SMS

SMS

Tuttt…tuttt

Deringan tanda satu pesanan ringkas masuk terpampang di skrin handphone. Latif mencapai handphone yang terletak di meja study.

1 Message Receive

Butang ‘read’ di tekan. Pesanan dibaca penuh minat.

‘Kau lelaki. Dapatkan kembali dia. Rampas kembali kekasih kau. Tak guna kau bersedih begini.’
-
Latif menekan ‘reply’

‘Aku tak mampu. Siapa aku untuk buat begitu’.
-
Teks balasan daripada SMS yang diterima tadi di hantar. Beberapa minit kemudian, satu lagi SMS di terima. Mereka berbalas SMS beberapa ketika.
-
‘Kau mampu!! Tunjukkan keberanian kau. Kau lelaki hebat’.
-
‘Bagaimana jika dia tidak kembali pada aku?’.

‘Bodoh!! Belum berjuang kau sudah mengalah. Kau hanya mahu lihat dia gembira disana sedangkan kau merana begini’?
-
‘Tidak!!!!! Aku tidak rela melihat kebahagiaan dia. Aku tidak dapat hidup tanpanya.’
-
‘Bagus….bagus. jadi kau kena bertindak sekarang. Dapatkan dia’.
-
‘Aku takut gagal’.
-
‘Jangan jadi dayus. Kau buat, kau akan dapat bersamanya’.
-
‘Bagaimana? Tolong tunjukkan cara.’
-
‘Kunci kebahgiaan ada di dalam bilik kau. Pergi. Gunakan ia. Kau tahu caranya. Bukan??? He he he’
-
Seminggu kemudian, apartment 316 di kerumuni ramai orang. Termasuk pihak polis dan forensik yang menjalankan tugas. Misteri bau busuk yang melanda blok Apartment Kemboja terungkai. Masing-masing yang berada di sana menutup hidung akibat tidak tahan dengan bau busuk. Kelihatan satu mayat yang reput berulat di tutupi plastik hitam. Misteri kematian penghuni apartment tersebut menjadi misteri. Tiada klu yang di temui melainkan sepucuk pistol, dua buah handphone dan sekeping keratan akhbar.

Hasil siasatan di dapati, kedua-dua handphone itu adalah milik mangsa, Latif bin Osman. Punca kematian adalah akibat tembakan di sisi belah kiri kepala.

Kandungan SMS di kedua-dua handphone menjadi tanya tanya pihak polis. Misteri kematian masih tidak dapat terungkai....

Ada sesiapa tahu??

He he he

- oleh Lieyanna Esmeralda


5 Responses to SMS

lavender harum wangi said...

"Saya tahu saya tahu", kata Detektif Conan.

perempuan said...

suicide barangkali.

nasyrun said...

split personality.

aku nak kata suicide tapi sapa yg tutup mayatnya dgn plastik hitam so masih menjadi misteri

zinesatumalam said...

Plastik hitam besar besar ni boleh dapat dekat balai je selalunya Nasyrun. keh keh keh

nasyrun said...

oh paham. aku ingat polis jumpa dah bertutup dgn plastik hitam tu hahah