Raja, hamba, dan askar.
Dia askar yang pulang dengan luka yang ternganga. Kaki kirinya lumpuh parah dan langkahnya juga penuh hati-hati. Dikampung halaman, suasana tidak lagi seperti dulu. Diri serasa kosong.
Dan dia terus ke halaman pusara melawat rakan-rakan seperjuangan yang tertewas mati. Ada yang sudah lama dia kenal, ada yang baru, dan ada juga nama-nama yang serasa asing baginya. Matanya tertumpu pada batu nisan disebelah kiri, sedikit kotor dengan debu-debu pasir.
Abu Bin Ahmad.
5 Mac 1933 - 10 April 1953.
Ini kawan baiknya. Inilah orang yang sering bermain wau bersama-sama di pesisir pantai sambil menikmati bayu laut yang suam. Inilah sahabatnya yang menurutinya mengaji bersama-sama di madrasah setiap maghrib dan pada hari dia merelakan diri sebagai benteng Negara, Abu juga ada bersama.
Sayangnya, mati mereka tidak sama-sama. Kerana takdir bagi setiap manusia sememangnya asing. Satu keputusan tekad Abu untuk mara kedepan sehinggakan terpijak periuk api tidak pula menyinggah kotak fikir dia. Badan Abu habis berkecai terbakar. Dia melihat bagaimana satu keputusan yang salah membawa kepada haluan yang jauh berbeza.
Jika ada seperkara yang peperangan mengajarkan dia, rasanya cuma satu yang dihadam dengan penuh erti dan maknawi.
Aku adalah Raja bagi kehidupan dan Hamba bagi kematian.
Dia masih cuba mengerti takdir dan setarafnya.
One Response to Raja, hamba, dan askar.
this piece of writing really inspire me dude,keep on going forward man,together with the dream
Post a Comment