Archive for May 2012

catatan cinta tak kesampaian

0

dengan senyuman madu kau berikan,

hati jadi tak keruan,
mimpi indah mula mengganas dalam tidurku,
dahimu jadi impian ku untuk kucium,
jari jemari kita bersatu,
dan kita luahkan satu persatu,
apa yang tersirat dikalbu,
da lama ku impikan manja mu,
cuma aku belum mampu menegurmu,
kerna ku tahu siapa diriku.


:: Pernah ::

0




Menara tegak di ufuk barat
Aku menoleh antara nampak dan tidak
Mengeluh, ada jiwa yang meriuh
Ada rasa yang kocaknya gundah

Mana dia
Yang sebentar tadi
Ada disisi

Aku berpaling, mencari entiti tadi
Antara bayang kewujudan
Antara nampak dan tidak
ah, jangan bilang ini halusinasi hati

Mana pergi bayang
Mana pergi, jangan hilang.

Dengar bisik menyapa pipih telinga
Dengar nada antara benar dan tidak
Tuhan, jangan bilang ini suara aku sendiri.
Jangan.

Pernah kau kisah?
Pernah kau peduli?
Pernah kau cari?
Pernah,?


Bila nyata dia bukan lagi disisi, tapi kau masih mencari
Bila nyata dia sebenarnya hanya bayangan ilusi
Bila nyata kau semakin menghampiri duniawi.

Pernah rasa?




Sundal?

0

Dia yang terbang dirasuk setan,
mencabut sebelah sayapnya agar hilang imbangan.
Terus, melayang, dan jatuh di atas aspal hitam.
Tengkoraknya remuk, otaknya bersepai.
Namun akal.
Akalnya mahal.
Kerna, sempat dia menikam mulut sial yang mengatakan dia sundal.
Sedangkan dia hanya mahu sedikit kebebasan untuk berpakaian.
Detik ini, rohnya sedang menerawang.
Tersenyum kepuasan, walau mulutnya herot kesan jatuhan.


Ereksi sendiri jadi.

0


Jangan kau cabul hubungan ini.
Aku tak peduli.
Apa yang menggomoli hati kau, kasitahu aku.
Kita sama2 umpil keladak yang membenak itu.

Tolong jangan cabul. Tolonglah.
Tali ini terkadang goyah, ini normal .
Kihaf yang pasti.
Bukan propaganda peribadi semata2.

Batalkanlah niat berasidmu.
Penuh kehinaan disebalik kecabulan itu nanti.


Baraikan Logika Aristotles!

2


“ Matinya Teoh Beng Hock sama ada
Tercekik kata-kata
Atau jatuh ditolak manusia

Tetapi Teoh Beng Hock tidak tercekik kata
Tidak juga jatuh ditolak manusia

Maka Teoh Beng Hock tidak mati. “

Dan pensyarah ku pun terkesima
Tidak percaya
selain Isa
Aristotles juga
Bisa
Menghidupkan semula manusia
Yang sudah disah mati
Tanpa perlu bertransformasi
Jadi seekor zombi.


Gadis bertahi lalat di pipi gebu

7

Gadis bertahi lalat di pipi gebu
kau kujumpa ketika menunggu elarti
dengan serius wajahmu menanti
walau tika elarti ke mari menghampiri
saat kita sama masuk gerabak ia umpama mimpi
kerna mulanya kufikir kumalu menghampirimu
namun lain yang jadi, lalu aku masih menatapmu
dari jauh, berjarak lima meter darimu
kutatap kuperhati sesekali dengan rasa segan silu
betapa cantik tahi lalat itu terletak di pipi kiri
dengan baju putih lengan panjangmu,
kaugabungkan dengan tudung bawal berbunga jambu
aku tatap sesekali, dengan keseganan masih menyelubungi diri
kau juga kunampak memandangi aku sesekali
mungkin tidak selesa ditatap sebegini
maafkan aku, maafkan aku
aku cuba berlawan dengan diriku
samada kupatut terus tatapimu
atau kembali dalam duniaku
langsung, kuberjanji pada sendiri
jika destinasi kita sama
akan kutegurmu walau hati sepenuhnya goyah
stesen keempat akhir, ketiga akhir hingga kedua akhir
kau masih di situ tak ke mana-mana
sampai satu botol terisi air lemon
bergolek ke arah kakimu
kau elak dengan kaki kananmu
lalu memandangku
aku yang memang memerhatimu
tersenyum padamu
dan kau malu-malu membalas senyumku pada cermin sembilan puluh darjah di hadapanmu
lucu sekali saat itu
dan pabila destinasi sampai ke akhirnya,
lekas kubangun bawa barang-barangku
keluar dari pintu kananku
dan kau keluar dari pintu berdekatanmu
lambat-lambat langkahku
menanti saat masa sesuai menegurmu
lalu
terluah jua bicara itu
'botol, tak ambik sekali?'
kauketawa, dan katakan 'tidak, takperlu'
kusambung lagi pertanyaan kedua kali
kaujawab dengan langkah kaki yang laju
meninggalkanku
saat itu
kutahu
yang kumasih tidak layak
untuk menegur gadis-gadis setarafmu
seorang gadis bertudung bawal jambu
bertahi lalat di pipi gebu
namun
peristiwa ini kekal di pikiranku
lekat kuat terlekap
dalam memori yang kian membeku


Aku, Perempuan Muda Dan Lelaki Separuh Abad

1

i
Aku hanya duduk
Sambil menikmati secawan kopi panas
Melihat gelagat manusia
Berusaha untuk hidup
Dalam dunia ini
Yang boleh aku panggil kejam
Menindas mereka yang lemah
Mengangkat mereka yang kuat
Kejam

ii
Dia berdiri di sana
Sambil terselit cigar di jari
Dengan gincu merah menyala
Skirt hitam dipadankan dengan baju merah
Tersenyum melihat mereka yang lalu lalang
Tapi sayang, aku dapat lihat
Tangisan dalam senyumannya
Dan aku tahu bukan itu yang dia mahu

iv
Dia di sana ketawa sendirian
Mencipta kegembiraannya sendiri
Syurga sementara untuk dinikmati
Hanya untuk dia
Tiada orang lain
Jarum terus terselit di tangannya
Tidak dilepas kunci ke syurganya
Dan dia terus ketawa
Dalam syurga ciptaannya

Kopi panas telah suam
Dan aku teruskan menikmatinya
Sambil melihat warna kehidupan
Yang ada hitam disebalik putih
Tidak terlihat oleh mereka
Dan aku rasa bersyukur
Dengan apa yang aku Ada


Lambaian Dari Syurga

0


Aku berjalan di jalan itu
Jalan yang pernah kita lewati bersama
Melintasi tempat mata berjumpa mata
Kali pertamanya di sana
Dan aku kini makan sendirian di sana
Tanpa kamu, di tempat yang sama.

Dingin angin meniup lembut
Menembusi kulitku dan meyentuh tulang
Dan aku terlihat bayang kamu di sana
Melihatku sambil melambai
Cantik berpakaian serba putih
Aku hanya mampu melambai semula
Dan ku sapu air mata yang menitis


"Aku tunggu kamu di sana, suamiku..." dia berbisik lembut.


Siaran yang dimuatnaik.

0

Rezeki itu dari tuhan.
Drama drama yang bersiaran atas bumi ini
hanyalah fatamorgana.

Haus di padang pasir.
Nampak air, kau ludahkan.
Kasihan.

Bertepuk tampar dengan lidah.
Bila klimaks, ludah meludah.
Lumrah kaum pemikiran ketiga.

Yang pandai jadi penonton.
Yang bebal jadi badut.
Rezeki itu dari tuhan.


Pap!

3


Pap!
Perjanjian dimeterai
Dengan senyum terkulum
Hati riang bergulung-gulung
Nanti dapat wang ribu-ribu
UNTUNG!

Pap!
Talifon pun bertukar baru


Pap!
Komputeriba bau toko!

Pap!
Sinepleks jadi guru!

Pap!
Kekasih ditabur hadiah!

Pap!
Kau orang kaya baru!

Pap!
Indahnya hidup di U!

6 semester berlalu,
Atau kalau kau gagal subjek yang dulu-dulu,
Extend hingga lapan semester,
Atau sepuluh.

Kau konvo
Nama kau ada di belakang-belakang
Bila orang sudah tidak layan
Kau naik pentas senyum kerang.

Habis.

Mak nangis
Bapak bengis
Adik sinis

Hidup rupanya tragis.

Maka

Kau buru kerja
sampai semu

Lalu jadi penghuni rumah emak ayah
yang lesennya sudah dibaharu.

Pap!
Penyata datang ketuk pintu,
Bertalu-talu!



Pap!
Kau risau tak tentu,

Maka usahakanlah apa pun,
Tapi mohon jangan bikin #MansuhPTPTipu!
Kau tak layak,
Jangan bikin malu.


Cermin

0

Pecahkan cermin itu
Beri serangan yang paling padu
Agar tidak termampu ia pantulkan
Penipuan paling nyata
Kerana ia kadang-kala mampu menipu
Dan minda akan sentiasa menerimanya
Kini biar mata lain menilai kita
Setelah penat menilai diri sendiri

"What you see is what you've asked for, but it's never what you are."


Skrip drama melayu yang tak berapa nak klise

0


[Latar tempat: rumah kayu usang yang terletak di hujung kampung tanpa ada jiran di keliling.]
[Latar masa: malam yang ditemani dengan bunyi-bunyi cengkerik dan unggas-unggas malam]
[Watak: seorang perempuan tua sebagai mak dan seorang kanak-kanak lelaki yang baru mumaiyiz sebagai anak]

Anak: Mak, anak nak mintak restu nak puasa sunat esok mak. Boleh tak mak?

Mak: Mak restukan kau nak.

Anak: Terima kasih mak. Saaaayang mak. (peluk Mak erat-erat)

Mak: Tapi mak tak sayang kau nak. (pandang anak dengan muka pelik)

Anak: Mak. Mak janganlah macam tu. Mak kan ibu tunggal.

Mak: Memang mak tunggal. Tapi mak tak sesunyi jandass yang lain.

Anak: Amboi bergetah lagi lah ni ye mak? Kemain.

Mak: Buta ke kau ni? Ni yang mak tak nak sayang ni.

Anak: Mak, anak nak abah baru. Yang ada pangkat tan sri. Boleh bagi iPad baru dekat anak.

Mak: Tengoklah dulu. Nanti mak carikan bapak baru untuk kau ye nak.

Anak: Terima kasih mak! Saaayang mak ketat-ketat! (peluk lagi sekali, tapi lebih erat dari tadi)

Mak: Konsep-konsep mak kau ni pelacur kelas atasan sangat kan?

Anak: Sangat mak. Sangat. (pandang Mak dengan mata yang bersinar) Takpe, anak sayang mak.

Mak: Tapi mak mintak maaflah kat kau sebab mak sendiri pun lupa sapa bapak kau. Kau rasa sapa?

Anak: Entahlah mak. Kalau ikut muka anak, ada iras-iras Tom Cruise lah mak.

Mak: Itulah. Tapi setahu mak time tu mak dah suruh si Tom tu pakai kondom. Celaka punya Tom!        Buat aku mengandungkan si setan ni pulak.

Anak: Oh. Mungkin sebab pancutan dia kuat sangat kot. Tu yang terkoyak tu.

[Azan Isyak kedengaran sayup-sayup]

Anak: Mak tak solat?

Mak: Mak period.

Anak: Eh bukan mak dah menopous ke? Amboi alasan kemain. Oklah mak. Anak nak pergi solat. Nak doa mak dapat penyakit herpes. Hmmph! Apa-apa pun sayang mak! (peluk dan cium Mak lalu berlalu pergi)

Mak: Babi.

p/s: maaf takde idea T.T


Penghuni Alam.

0


"Aku hanya pembesar suara, bukan penulis," ujarnya berkali-kali. Aku tak faham, dia punya laman blog yang sudah cecah hingga 80 juta klik, hanya selepas (2) tahun bermula. Catatan-catatan di dalam blognya sudah dibukukan sebanyak (2) kali. Dan isi-isi catatannya semua bukan main-main. Ada isi, dan yang penting, menurut kebanyakan peminatnya, ada jiwa.

"Aku hanya pembesar suara, bukan penulis," ujarnya untuk kali yang ke berapa, aku pun tidak pasti. Cumanya sekali ini lebih lantang. Gagak yang sedang enak menyelam dalam sisa-sisa makanan turut terbang ke awan yang makin hitam. Mungkin, fikirku, mungkin kerana selepas dia dihentam teruk oleh pengkritik paling diawasi kritikannya, En. Bose, yang mengatakan catatan-catatannya kontang emosi dan hanya menggula-gulakan pembaca yang sudah sedia buta. Selepas kritikan itulah dia makin perlahan dalam menulis, dan akhirnya dia, tanpa amaran atau apa-apa, berhenti. Peminatnya yang ribuan mencari. Namun, selepas (1) bulan menunggu kepulangannya, mereka jadi bosan. Apatahlagi mencambah penulis-penulis lain bak cendawan disiram hujan. Dan diia dilupakan.

Tapi tidak aku, dia aku jejaki sungguh-sungguh. Akhirnya selepas (3) bulan mencari, aku jumpa dia di sini. Di lorong belakang bangunan. Kotor, dia berkongsi tempat dengan segala mahluk menjijikkan. Makan minumnya cuma sisa-sisa yang diberikan oleh pekedai yang 'bermurah hati'.

"Aku sudah jadi penghuni alam," katanya kali pertama bertemu, hapak tubuhnya buat aku menggosok-gosok pangkal hidung, "aku tidur berkasurkan bumi, dan, dan!" katanya girang, sambil menuding ke atas, "bumbungku langit!" Langsung dia ketawa tak habis sambil kembali mencanting bibirnya dengan kata-kata itu -- AKU SUDAH JADI PENGHUNI ALAM!

(Oleh Rokes Sastra aka Sastraboy aka SUIS aka mamat yang tak updet belog sampai ke laaaa ni)


Adik

5



"Adik mana?" soal emak.

Kakak di dapur menjerit lantang. "Menyorok." Pendek dan padat. Namun jawapan sebegitu sudah mampu menjana kefahaman sempurna buat seisi rumah.

"Kali ini mana tempat sembunyi?" soal mak lagi.

Kakak senyum sambil jari telunjuknya lurus menghala belakang pintu bilik.

Semua yang ada dalam kubikel kecil ruang rehat itu menahan ketawa.

"Mak, adik yak!" sayup-sayup suara adik dari belakang pintu kedengaran. Pasti sudah selesai urusan. Apalagi, pecah terus ketawa yang ditahan-tahan sambil menghirup udara cemaran adik yang makin pekat.

Yeks!


Bebaskan

0

Gelap hitam langitmu
Kering air di lautan
Berpandukan cahaya sayup
Menerangi pandanganmu
Bak Sabitah ia bercahaya
Menunjukkan jalan untukmu

Doaku agar kau sejahtera
Dilindungi sentiasa perjalananmu
Ku titipkan untukmu doa
Segera lah tamat semuanya
Agar kau kembali gembira
Seperti kami semua
Mereka yang tidak diuji sepertimu

Kuatlah sahabatku
Supaya dapat aku sambut bersamamu
Kebebasan yang dijanjikan
Untuk kita semua
Untuk kamu

"Bergembiralah kamu. Si celaka sudah tiada."


Tangisan Si Egois

2

Dan ketahui lah kau
Dirinya itu rapuh
Kekuatan yang dipamerkan
Hanya untuk terus nampak kuat
Namun kerapuhannya tetap jelas
Tidak pada mereka
Mungkin pada aku

Dia menangis lagi
Tangisannya begitu mahal
Jatuh bersama egonya seorang pencinta
Dan aku memeluknya terus
Erat rapat ke sisiku
Aku biarkan dia menangis
Di dakapanku
Dan tangisannya kekal
Menjadi rahsia antara kami


Made in China

0

Hari ini ceria,
esok berduka.

Hari esok bersuka-ria,
lusa menangis bawah 'shower'.

Lusa bergurau senda,
tulat talipon genggam dihempas pula.

Hey, hari selepas tulat pun aku tak tau lagi.

Aku curiga hatinya Made in China.
Setiap hari patah hati dan bermuram durja.

In by Ara Drew, Saturday 19 May 2012


Tak susah untuk mengaku

1

Kanser tahap tiga. Itulah aku. Tiada rambut, badan lemah dan aku mesti duduk di dalam rumah. Ibuku khuatir aku akan mati di jalan raya. Dilanggar lori. Sudah 7 bulan aku duduk dirumah. Aku rindukan suasana diluar. Aku rindukan bau rumput baru dipotong. Aku rindu angin pagi yang sejuk. Aku rindu melihat kanak-kanak berlarian di padang. Aku rindu anjing mengejar aku ditepi jalan.

Semalam aku ke hospital, berjumpa dengan doktor yang merawatku. Doktor kata aku hanya mempunyai 2 minggu sahaja untuk hidup. 2 minggu, masa yang sangat singkat. Tak sempat pun nak tunggu Diablo 3 released. Sia-sia sahaja aku beli PS3. 2 minggu, masa yang sangat dibenci auditor. Aku tahu kerana aku dulu auditor, tapi kerana audit lah aku mendapat kanser. Kanser otak.

Seharian aku duduk dirumah. Aku sudah malas makan ubat-ubatan yang doktor berikan. Aku sudah malas mengambil injection yang ibuku akan cucukkan. Aku sudah malas untuk duduk diatas katil sahaja. Hari ini, aku akan keluar dari rumah. Aku akan berjalan, aku akan mengambil nafas udara segar diluar. Aku akan mengetuk kepala budak kecik bermain ting ting.

Lantas aku berpakaian sempurna, bertudung. Tiada lagi seluar pendek, tiada lagi baju tidur. Aku ingin keluar. Sendirian. Ibuku tidak melarang, mungkin dia merasakan aku deserve untuk keluar buat kali terakhirku. Keluar sahaja dari pintu, aku membelok ke kiri. Berjalan sehingga aku tiba di deretan kedai. Aku ternampak kedai CD game cetak rompak. Aku pun masuk.

Berdirinya seorang staff dibelakang kaunter. Sungguh kacak. Aku terpaku, ingin menegur tetapi malu. Lantas aku melihat kepingan-kepingan CD di rak. Aku mengambil satu. Memberikan kepadanya. Dia tersenyum dan berkata sebentar, dia ingin ke stor mengambil plastik beg. Aku mengangguk. Dia kembali dan memberikan CD tersebut kepadaku. Aku pulang. Balik, CD tersebut aku sumbat dalam laci.

Keesokan harinya, aku pergi ke kedai CD itu sekali lagi. Mengambil sebuah CD. Memberikan kepadanya. Dia ke stor lagi untuk mengambil plastik beg. Aku pulang. Aku suka lelaki tersebut. Aku ingin melihat mukanya. Kerana itulah kejadian ini berulang-ulang sehinggalah hujung minggu. Kemudian aku tidak datang lagi. Kerana aku sudah mati. Selamat dikebumikan selepas Zohor tadi.

Lelaki di kedai CD itu tidak mengetahui tentang keadaanku. Maka dia menunggu kehadiran aku. 4 hari selepas kematianku, dia datang ke rumahku. Bagaimana dia tahu alamatku, ha ini kita tak tahu. Mungkin dia stalker. Mungkin juga dia jiranku. Dia bertanya kepada ibuku, tentang aku. Terkejut dia mendengar berita lantas terduduk didepan pintu rumahku. Tak malu. Dia mengucapkan terima kasih dan balik.

Ibuku pelik. Ibuku masuk ke dalam bilikku. Dia masuk dan menggodek segala baranganku. Ibuku membuka satu laci dan melihat kepingan-kepingan CD yang aku beli. Tiada satu pun dibuka. Maka dengan gatal tangan seorang ibu yang curious, ibuku membuka setiap keping CD yang telah ku beli. Buka satu, sehelai kertas jatuh. Buka lagi satu, sehelai kertas lagi jatuh.

Ibuku mengutip setiap helai kertas yang jatuh itu. Terdapat 8 keping kertas. Semuanya tertera ayat yang sama.

“Awak comellah, saya suka tengok awak. Boleh kita kenal?”


by Shafa Eman, Friday 18 May 2012


Biarkan Ia

0

Dan tinggallah jasad tanpa roh
Ia akan kembali
Jangan pernah cuba ekori
Usah dicari kemana ia pergi
Ia hanya perlu masa untuk dirinya
Kerana dia juga seperti yang lain
Lari dari masalahnya
Tanpa arah tuju
Sehingga tenang jiwanya
Dan dia kembali menyambung nyawa


Lirik lagu.

1

Lagu buat kita macam patung.
Kita macam patung dibuat lagu.
Patung dengar lagu adalah kita yang dungu.

Lagu boleh buat orang menangis.
Orang menangis disebabkan lagu.
Menangisnya orang itu kerana lagu.

Lagu sebab kita ingatkan pasangan.
Pasangan yang kita ingat kerana lagu.
Kita ingat pasangan bila dengar lagu dilagukannya.

Lagu ada beri semangat.
Semangat datang dengan lagu.
Beri semangat pakai lagu.

Iramanya memikat.
Tak semua terikat.
Ada yang melarat.
Akibat melekat.


0

 sebuah lagi puisi tanpa tajuk.

Langit itu biru,

Namun mulai pudar,
Awan awan gelap mula mengumpul bala tenteranya,
Perang air mulai bermula,
Teriakan suara petir memberi arahan,
Hati ini,
Hari itu umpama menyebelahi aku,
Hujan yang turun kebumi,
Turut membanjiri sebuah hati yang kering kontang,
Lantas kilat yang menyambar turut kurasa,
Remuk,
Hangus terbakar,
Lalu berderai bertaburan,
Cinta itu palsu semata,
Hanya manis mulut bicara.


Sedia?

0


...berbuat jahat, dan sedia untuk ke neraka. Sudah?...


Reviu: Mannequin Marionette dan Bulatan Yang Terlekuk

2


Mannequin Marionette
Aku mulakan pembacaan zine Mannequin Marionette oleh M. Faiz Syahmi a.k.a Peddo di bahagian reviu buku. Smash yang bertalu-talu kepada penulis buku, perekaletak dan penerbit buku agak menikam kalbu jugaklah, tapi kedengaran ikhlas. Aku sifatkan penulis lebih kepada mengkritik berbanding mengutuk. Jadi, kepada sesiapa yang terkena penangan molotov cocktail dari Peddo, semoga kritikan beliau dapat memberikan impak positif.

Bebayang Homles Buruk Busuk muncul sebagai pembuka gelanggang. Ia (mungkinlah) menggambarkan perasaan insekur penulis terhadap masa depannya tapi aku berpendapat perasaan ini normal bagi sesiapa saja untuk perkara yang tak pasti. Kebetulan aku baru lepas membaca Suicide dari Eduoard Léve di mana dalam salah satu babak, watak utama dalam novel itu turut melihat dirinya yang berkemungkinan memilih jalan hidup sebagai ‘homeless’ kerana bosan dengan rutin hidup yang semakin menekan tatkala bertembung dengan seorang gelandangan di dalam sebuah tren.

Zine dengan 104 mukasurat ini memang berbaloi dimiliki kerana ia lebih tebal berbanding ketebalan zine standard tapi harganya tetap dengan harga zine yang biasa kita jumpa, RM5. Selain reviu buku, ada juga himpunan certot, kispen, puisi, monolog dan kwot. Secara personal, aku kurang gemar dengan certot-certot yang dihidangkan seperti Awan Temujanji sebab metaforanya terasa macam baru nak melahap ayam goreng yang sedap tiba-tiba ayam tu jatuh tergolek atas lantai.  Perisa rempah ratus tak sempat pun nak bersenggama dengan reseptor lidah. Dan aku masih tercari-cari apa mesej yang ingin disampaikan atau mungkin aku sendiri yang buta menghayati seni certot.

Tapi kispen-kispen Peddo berjaya menebus kebosanan aku terhadap certotnya seperti Setiakawan Yang Binatang (kispen kesukaan aku), Misled Ke Futura dan Vaporisasi Adiksi Adiktif.Walaupun Peddo ada menyatakan dia sendiri kurang gemar dengan istilah Inggeris yang dimelayukan tetapi itu tak bermakna dia tidak cuba bereksperimentasi dengan menggunakan istilah yang dimaksudkan. Aku jumpa banyak juga istilah sebegini yang digunapakai, antaranya muvmen, trafiklite, indesens dan kongker. Penulis mungkin cuba bersarka bila kispen yang bertajuk Misled Ke Futura itu sendiri menggunakan istilah inggeris yang dimelayukan sebagai tajuk, sebaliknya dialog di antara watak Shaiful dan Burhan Pancasuria adalah dalam bahasa Melayu yang kedengaran seperti dialog filem-filem Melayu yang berkisar di zaman Kesultanan Melayu Melaka berlatarkan tahun 2032. Begitu juga penerangan tentang sistem pemerintahan ketika itu, kerajaan, sosio budaya hidup dan carakerja masyarakat masa depan yang digambarkan dalam bentuk glory from the past. Menarik!  

Di celahan certot dan kispen, ada puisi dan monolog yang kebanyakannya lebih bersifat personal. Aku syak ia ditulis ketika penulis sedang berperang dengan emosinya sendiri. Zine ini diakhiri dengan Bukan Quote Dari Mana-Mana Buku (atau dengan kata lain, ini kwot dari penulis sendiri) yang kalau kau familiar, kebanyakannya pernah terpapar di timeline Facebook penulis. Baca dan hadamkan. Aku tak pasti zine ini masih ada lagi ke tak stoknya, tapi boleh saja hubungi penulis sendiri di nurel.imann@gmail.com atau zinesatumalam@gmail.com.


Bulatan Yang Terlekuk (BYT)
Pertama kali aku dapat tahu tentang tajuk zine sulung Luc Abdullah di bawah Kerat Studio ini, aku sangkakan ‘Bulatan Yang Terlekuk’ itu bermaksud hati yang aku sinonimkan dengan kasih sayang dan cinta, tapi nampaknya sangkaan aku kurang tepat. Jadi aku sarankan kau jangan skip bahagian yang biasanya orang sebut ‘intro’ atau prakata kerana penulis ada menerangkannya dengan jelas di situ.

Seawal pengenalan lagi , penulis telah menekankan BYT adalah suatu dedikasi dalam bentuk himpunan karya yang menghampiri peribadi. Bagi aku, penulisan yang mampu meninggalkan kesan di hati pembaca adalah bila mana penulis berani membogelkan sebahagian atau keseluruhan latar dirinya ke dalam karya penulisannya. Bagi yang ingin berkenalan dengan Luc Abdullah manusia misteri ini dengan lebih dekat, BYT ini aku anggap adalah suatu percobaan penulis membogelkan ‘sedikit’ tentang dirinya. Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab dalam BYT, ada buah tangan berbentuk lakaran lukisan dan tulisan tangan penulis, koleksi foto peribadi dan catatan berbentuk travelog yang secara tak langsung memperkenalkan pembaca dengan negeri kelahiran penulis. Penulis juga bereksperimentasi buat pertama kalinya dengan titipan puisi-puisi yang mana aku rasa sangat-sangat dengki bila membacanya. Kalau cubaan pertama dah buat aku rasa dengki, kau bayangkan saja apa agaknya yang akan terjadi kalau suatu hari nanti penulis rilis sepenuhnya buku antologi puisinya? Aku bunuh jugak kau, Luc!

Kalau kau membaca BYT dan tiba-tiba kau terasa tekak kau tersangkut, pedih atau semacam ada serangga menggigit biji mata, ini mungkin kerana kau jenis spesis yang cepat emosi atau secara positifnya karya penulis telah berjaya main sentuh-sentuh hati kau lalu terkesan. Lupakan drama Korea atau telenovela yang melampau melodramatik itu sebab aku berpendapat coretan fiksyen (yang mungkin juga fusion dari kisah benar) yang digarap kemas dan longgar oleh Luc Abdullah tidak kelihatan desperate atau terlalu beriya-iya dalam merobek-robek hati pembaca sehingga kelihatan tidak logik seperti drama-drama di kaca tivi.


Mungkin akan ada yang menganggap aku bias dalam mereviu sebab penulis sendiri adalah rakan komrad dalam Kerat Studio. Itu terpulanglah pada kau tapi kali ini aku tak mampu lagi nak mengkritik karya sesiapapun secara ‘tanpa-belas’.

Satu je yang aku tak puas hati dengan BYT ni, tajuk setiap kispen dan certot adalah dalam bahasa makhluk asing. Aku sangkakan ia bahasa Braille lalu dengan gigih aku cuba decode, malangnya ia bukan Braille. Hahaha... Mungkin kalau kau juga spesis gigih, kau dapat meneka tajuk setiap kispen dan certot dalam zine ini yang masih kekal menjadi misteri nusantara bagi aku.

Himpunan kispen, puisi, kispen, certot, monolog dan catatan yang dikompakkan ke dalam zine setebal 60 mukasurat ini berharga RM5 dan boleh didapati dengan menghubungi keratstudio@gmail.com.


Review : My Name is Red.

1

"To God belongs the East and the West." - Al Baqarah, 115. (Al-Quran)



Jika ada orang datang kepada saya dengan dua buah buku tulisan Orhan Pamuk, Snow dan My Name is Red dikedua belah tangannya sambil menanyakan mana satu yang lebih baik, saya akan kata, "Dua-dua membawa magik yang tersendiri."

Jika Snow membawa kita ke perkampungan Kar pada zaman revolusi, My Name is Red adalah pengembaraan ke zaman kegemilangan Turki Uthmaniyyah dimana Sultan menjadi "Bayang-bayang Tuhan", para ulama dan "Hoja", dervishes (para sufi), janissari (Unit ketenteraan Elit), dan seni lukisan yang dikira sebagai satu penjalangan kepada tauhid islam.

Buku ini adalah gabungan kesenian Islam, Barat, Mistikisme, falsafah, sejarah kebangkitan dan kejatuhan Turki Uthmaniyyah, mitos, pengembaraan roh selepas mati (seperti yang ditafsir Al-Ghazali), dan terselit juga kisah cinta (dan seks) antara dua watak utama, Black, dan Shekure.

Plotnya tentang sekumpulan seniman dan pelukis yang telah diarahkan oleh Sultan untuk membuat satu koleksi lukisan yang paling ideal, yang akan dapat mengungkap kegemilangan Kerajaan Islam itu untuk mereka persembahkan kepada orang-orang Eropah. Krisisnya bermula apabila salah seorang daripada mereka, Elegant Effendi, telah ditemui mati didalam perigi dengan cara yang amat kejam.

Membaca My Name is Red adalah seperti membaca satu koleksi diari, kerana setiap chapter bermula dengan  "I am Black" atau "My Name is Shekure." Ceritanya mengikut kronologi tetapi diceritakan daripada persepktif mereka yang tersendiri. Lebih menarik lagi, Orhan Pamuk memberi "suara" kepada objek-objek yang tidak hidup (seperti pokok, duit syiling) dan abstrak (seperti Kematian, Syaitan) untuk mereka luahkan perasaan dan apa yang mereka lihat dan fikir sepanjang penceritaan. Chapter yang pertama, "I am a Corpse" sudah cukup untuk mengajak saya larut didalam tulisannya dan membiarkan saya lemas, tidak keluar-keluar. Yalah, buku mana lagi yang mempunyai mukadimah yang sebegitu radikal?

Monolog si pembunuh, atau "murderer" juga diberi peluang untuk berkata-kata disini. Apabila membaca, ia telah mengizinkan kita menyelami perasaan seorang pembunuh dengan sebegitu dalam kedasar lubuk sehinggakan saya berasa sayalah yang membunuh Elegant Effendi pada masa itu! Seolah-olah Orhan Pamuk meletakkan si pembaca didalam kasut seorang pembunuh, sepertimana Edgar Allan Poe lakukan didalam buku "Telltale Heart." Ada diwaktu-waktu lain pula, anda akan berasa kasihan dengan si pembunuh apabila dia melontarkan kebimbangan dan keresahan yang menggamit kalbunya. Keupayaan Orhan menagih simpati dan empati yang sebegitu luhur daripada pembaca adalah amat saya kagumi.

Tema utama didalam novel ini adalah pertembungan dua budaya, Kesenian Barat dan Timur. Adapun kesenian Timur berpinsipkan melukis dengan apa yang Allah sudah aturkan, manakala kesenian Barat pula  melukis dengan individualiti dan seperti apa yang dilihat mata. Mereka yang diasuh mempelajari teknik kesenian Islam memandang Kesenian Barat sebagai satu pencemaran kerana ia kelihatan seolah-olah cuba meniru sifat Tuhan, Maha Pencipta.

Walaubagaimanapun, adalah sedikit membosankan apabila Orhan menulis dengan cara deskriptif. Ini banyak terjadi, terutamanya apabila dia cuba menerangkan setiap persatu lukisan dengan warna, objek, subjek, dan sebagainya secara meleret dan terperinci. Cara begini memperlahankan dinamika plot dan bagi sesetengah orang seperti saya, ini kadang-kadang akan membuat kami letak buku kebawah sebentar, menghirup nafas, dan berkata, "Okay saya akan membaca satu deskripsi tentang gambar yang saya tak pernah lihat."

Ironinya, apabila dalam salah satu chapter dimana Sultan mengarahkan para pelukis untuk melukis "seekor kuda yang paling ideal," kita berhadapan dengan satu persoalan. Bagaimanakan satu kuda yang ideal itu? Adakah kuda itu seperti yang telah Allah ciptakan atapun adakah kuda itu imaginasi pelukisnya? Apabila setiap daripada para pelukis itu cuba melukis (dengan gaya masing-masing), minda saya diserbu dengan pelbagai imej kuda dan betapa upaya saya cuba membayangkan "satu kuda yang ideal", saya buntu.

Harus diakui, buku ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menelaahnya. Mungkin ia berat sedikit, tetapi percayalah, tiada mesin masa yang dapat membawa kita ke zaman turki uthmaniyyah disamping merasai isi hati manusia dan masyarakat disana seperti apa yang ditawarkan oleh My Name is Red.

by jhnrdzi, Tuesday 15 May 2012


Adilkah dunia

2

Kakak kita kata jangan tulis nama pakai dakwat merah, nanti kita mati cepat.
Kakak kita kata kalau amek gambar bertiga yang tengah mesti mati dulu.
Kakak kita kata guli jangan sepah nanti toyol suka main.
Kakak kita kata jangan asah pensel sampai pendek nanti mak pendek umur.

Banyak benda kakak kita kata semua kita tak dengar. Kita tulis jugak biodata kita dalam buku 555 nama kita dengan dakwat merah. Kita amek gambar pakai DSLR abang kita diri jugak tengah-tengah. Kita biar je guli kita bersepah lepas main congkak. Kita asah pensel kasi pendek. Kita memang hardcore. Tak dengar cakap kakak.

Kakak baik. Selalu belikan kita keropok lekor. Kita tak pernah nampak kakak sepahkan guli. Kakak kata takpe dia guna pen merah sebab dia dah sekolah menengah. Amek gambar pun kakak selalu kat tepi sebab dia pendek. Pensel kakak tak pernah pendek sebab kakak guna pensel tekan.

Kakak anak yang baik. Kakak tak pernah derhaka. Tak pernah lawan cakap abah. Selalu tolong urut kepala mak. Kalau gaduh dengan abang pun, mesti dia pujuk balik. Kakak selalu bacakan buku cerita untuk kita. Kita sayang kakak. Sayang gila babbee. Uppss, tercarut. Ni kalau kakak dengar mesti kena marah.

Tapi kakak kita lama dah tak balik rumah. Kita tak tahu kenapa. Kita tanya mak, mak cakap nanti dah besar mak cerita. Kita tanya abah, abah diam. Kita tanya abang, abang suruh kita senyap. Kita tunggu je kakak balik. Lama kita tunggu. Hari-hari kita tunggu.

Satu hari kita balik dari sekolah. Mak senyum pandang kita. Kat tangan mak ada seorang bayi comel. Kecil lagi, kita jadi suka. Mak kata ada orang tinggalkan depan rumah. Suruh kita jaga. Mak kita kata tu adik baru kita. Kita rindu kakak sangat tapi bila dah ada adik baru, kita jadi suka. Mak letak nama adik kita sama dengan nama kakak. Seronoknya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kuala Lumpur: Seorang mayat remaja perempuan dalam lingkungan usia 16 hingga 18 tahun ditemui didalam Sg. Klang malam semalam. Remaja yang berbaju kurung tersebut tidak mempunyai sebarang kad pengenalan diri. Bedah siasat yang dilakukan, remaja tersebut baru sahaja bersalin tidak lama sebelum masa kematiannya. Keluarga mangsa belum dapat dihubungi dan . . . . . . . .

by Shafa Eman,


apa pun boleh

1

Adik gedik: Abam, untung kita dapat abam. Setiap minggu mesti dapat bunga.

Abam sayam: Untuk adik apa pun boleh.

Adik gedik: Abam selalu bawak kita makan mahal-mahal. Pergi dating jauh-jauh, seronoknya.

Abam sayam: Untuk adik apa pun boleh.

Adik gedik: Abam tak takot jatuh saham ke letak gambar couple kita pegang tangan peluk peluk gesel pipi kat fesbuk?

Abam sayam: Untuk adik apa pun boleh.

Adik gedik: Abam selalu belikan kita baju mahal, baju couple, cincin couple. Terimakasih abam.

Abam sayam: Untuk adik apa pun boleh.

Adik gedik: Abam, bila kita nak nikah ye?

Abam sayam: Err, err. .takde duit lahh sayam. .

by Shafa Eman,


Muliakan permulaan tradisi penulisan.

0

Permulaan yang tak seberapa.
Kerna ini yang pertama.
Tatih bertatih membekas di tanah.
Galaknya mula memecah haloba.

Radas2 inspirasi tersusun rapi.
Pemberian mereka sejiwa bebeda hati.
Tak mahu terlepas, malunya dipisahkan hingga serasi.

Terima kasih atas segala peluang.
Kali ini dibiar tangan ligat berkata.
Memeterai apa ada dalam hati.

Kurang itu kurnia.
Lebih itu sempurna.

Apa erti kawan kalau dungu erti bantu.




# Kesian

0

Pak Mat Parang Tumpul ada anak . Nama anak dia Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah . Anak dia pakai lengkap . Pakai pakaian gadis elok . 

Suatu hari , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah hijrah . Mungkin disebabkan terkejut , Maya Kesuma Nor Kamadiah berubah . Hilang semua pakaian gadis elok . Kesian kat Pak Mat Parang Tumpul . Anak kesayangan dia , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah , jadi tontonan ramai .

Tak tahu , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah rela atau tidak . Tapi nak buat macam mana , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah dah pun jadi tontonan ramai . Nak tak nak , benda sudah pun jadi .

Pak Mat Parang Tumpul menangis dalam jamban . Takut yang lain tahu . Dalam hati dia dah remuk sebenarnya . Jangan anggap anak aku , Siti Maya Kesuma Nor Kamadiah tu macam kamu semua . Dalam hati Pak Mat Parang Tumpul berkata .

Kesian , mereka berdua sebenarnya . 


.

by Redhzuan Indera,


Kehidupan

1


Di pagi yang hening, bulan mula menyorokkan diri semula
Dan sang Matahari mula kelua dari sebalik tirai langit,
air mata ini menitis sendiri,
terkadang aku terfikir,betapa kecilnya diri ini di sisi-Mu
Dimana tempatnya aku di mata-Mu
setiap insan pasti akan tersalah langkah kiri kanannya
Seringkali tergelincir dari landasan yang benar
Begitu juga aku, tidak akan terlepas
walaupun ia sebesar zarah yang tidak dapat kita renungi dengan pandangan mata kasar,
tapi aku pasti ada kerana kita hanyalah manusia
Yang biasa dan bisa lakukan kesalahan
Walaupun kita cuba sedaya upaya
Dan aku ini seorang manusia
yang masih belum puas untuk memikirkan apa itu kehidupan dunia.


SAYANG

0


Dua hati sedang berpandangan,
Angin yang lalu pun bisu,
Daun-daun suram bercahaya,
Antara tertitip cinta,
Antara terulit asmara,
Dimanakah kita sayang?

Dua hati sedang berdebaran,
Pelangi luntur berwarna satu,
Siang pun lekas menangkap bulan,
Akan merahnya cemburuku,
Akan birunya rayumu,
Pantaskah kita sayang?

Bila nanti kau memandang,
Bila nanti aku berdebar,
Moga,
Halalkan kita sayang.


1

malam ini,

aku jatuh,
terduduk,
tak boleh bangun,
hanya mampu menanti di sambar lori,
hancurkan jasad ini,
aku tak tau kenapa,
rase ini,
muncul lagi,lagi dan lagi,
buat malamku jadi ngeri,
aku tak mampu nak berdiri,
tolong jumpakan aku dengan diri sendiri,
terlalu banyak yang tak pasti,
sungguh.
kadang rasa sunyi,
sepi,
kadang aku suka menyendiri,
tapi malam ini,
ahhhh.
benci aku benci.
lahanat.


Sorga|Nurakha

0

Muncul satu lohong dilangit. 
Jauh ke atas. 
Dalam satu kerdipan mata, jatuh sa-orang wanita, menerusi lohong itu ke atas pentas yang dikerumuni manusia. 
Terpancar satu cahaya bulat, jatuh keatasnya.
Berbaju sendat menampakkan pusat.
Berkain nipis menaik ke betis.
Perlahan dia berjalan. 
Pinggul beralun.
Manusiawi terpegun.
Dia mendengus.
Aku bukan sundal!
Aku bukan sial!
Aku melakukan ini, kerana aku tersepit!
Diantara dinding konkrit dibelakangnya, dan helang mencengkam di hadapannya.
Tidak ada ruang kiri ataupun kanan yang tersia.
Jika aku jatuh kebawah, aku akan dipijak henyak.
Makanya, aku sedaya upaya, kibarkan sayap kecil yang aku punya, untuk terbang ke atas.
Melepaskan diri daripada siksa.
Menggapai apa yang dipanggil nikmat dunia.
Jangan bilang sama aku tentang dosa bilamana kalian tanpa jemu mencaci aku dengan bangga.
Ingin aku tanya.
Sudah tertuliskah sejak azalinya di dahi itu, kalian sebagai penghuni sorga?


Naratif Bunda

1


(Sempena Hari Ibu)


Tersadung cium tanah
tergores lutut
--berdarah

Berkawan salah pilih
lalu terjerat dek janji
--tak nampak jalan kembali


Meraung di tengah malam
ada sakit dalam dada
--sungguh tak terperikan

Dibuang ke simpang jalan
dipijak tak terkasihankan
--maruah jadi alas kaki orang

Di setiapnya
ada bunda sedang sedia
mendepa tangan
menyambut sedu sedan kita

Dia ‘lah air
--menyembuhkan

Dia ‘lah cahaya
--menunjukkan

Dia ‘lah dodoi
--mendamaikan

Dia ‘lah  sayang
--tak terhabiskan

Carilah bunda anakanda sayang
dia sedang bersimpuh menunggu kau datang


Karya : 
*Rokes Sastra*

by Qiez AR, Saturday 12 May 2012


Aku Tersalah Mencacah Nama

2


Pena berdakwatkan darah mencoretkan kata.
Atas hamparan berdenyutkan nadi.
Satu persatu huruf aku cacah.
Degup merancakkan suasana.

Digabungkan dengan irama nafas mendesah.
Semakin pantas.
Seiring segalanya.
Hasilkan ritma yang mewujudkan kegilaan ketara.
Satu karya sudah terlakar, indah.

Namun, itu dahulu.
Dahulu.
Sebelum kau tabrak singgahsana mewah yang aku sedia.
Hancur!
Tiangnya tumbang.
Tiada lagi bumbung penghadang langit suram.

Kini, huruf huruf yang aku cacah sudah herot.
Tiada lagi indah pada mata ataupun rasa.
Kerna, huruf huruf yang terangkum menjadi satu nama itu,
telah aku carik carikkan dengan pisau bermatakan kecewa,
berhulukan tangis dalam tawa.


Anjing anjing

3

Anjing anjing

Anjing berantai di dalam pagar
menyalak sepanjang malam
entah kerana setianya
atau takut tak diberi makan
anjing menyalak malam
kerana takut dan bimbang


Anjing yang garang
bisu mendapat tulang
hilang takut
hilang bimbang
tidur lena mimpikan bahagia

Jeram, Selangor                                                                                                                            
        Watan
2.10.7





Sejak beberapa minggu yang lepas, perkataan anjing cukup popular sekali di laman sosial, sampai membuatkan aku teringat kepada puisi Sabar Bohari yang satu ini. Tidak susah untuk memahami mengapa Sabar Bohari diberi jolokan seniman rakyat oleh Shamsul Amri Baharuddin ketika dalam bukunya Daun - Daun Kemarau (sebuah analisa dan kajian mengenai Sabar Bohari dan sajak sajaknya). Pengalaman hidupnya sebagai seorang anak pesawah padi yang miskin banyak mempengaruhi tema dan mesej dalam sajak sajak beliau yang rata ratanya memperjuangkan nasib kaum tani itu sendiri. Malangnya, orang orang seperti beliau (lihat tokoh tokoh ASAS 50) sering dicap sebagai berhaluan kiri oleh pemerintah kerana membawa isu isu seperti kemiskinan, korupsi dan penindasan yang telah dipinggirkan daripada menjadi keutamaan. Lalu perlahan lahan, sastera untuk masyarakat telah dilupakan sampai masyarakat pun jadi pegun.

Tertarik kepada status facebook seorang teman, Mesin Cetak mengatakan mereka yang berada dalam sistem seperti yang diterangkan oleh Hannah Arendt dalam Banality of Evil adalah alat-alat negara yang digunakan untuk melicinkan kejahatan yang lebih besar, yang tidak terlihat, sehingga kita tidak merasakan kejahatan itu secara langsung. Manusia dalam sistem ini tidak punya daya kreatif, kerana rasional instrumental yang ditekankan dioperasikan dengan sistematik.

Sepatutnya disitu lah sastera memainkan peranannya sebagai penajam fikiran serta membina insaniah dalam kehidupan manusia agar tidak ada manusia yang menjadi robot yang hilang sifat sifat kemanusiaan dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Sayangnya, sastera sekarang di lihat oleh orang orang kebanyakan sebagai rintihan atau kata kata semangat pembikinnya semata mata. Mungkin ini lah rasionalnya kata kata Kassim Ahmad suatu masa dahulu - sastera bukan seorang dewi yang ditugaskan Brahma untuk menghibur manusia terkutuk di dunia ini, tetapi sebuah kandil yang menerangi fikiran, hati dan jiwa makhluk yang bahagia. 

Sekali lagi mengambil tulisan Hannah Arendt, mungkin aku juga menjadi buah catur penggerak kejahatan tanpa disedari atau mungkin juga tidak. Untuk itu aku perlu sentiasa mencari jawapan terutamanya melalui pembacaan tulisan tulisan yang punya nilai intelek, bukannya melalui komen komen negatif memanggil orang itu anjing orang ini anjing ataupun daripada surat khabar yang tiada bermaruah. 

Lagipun sebagai ciptaan sebaik baik kejadian tidak molek rasanya menuding jari menuduh satu sama lain sebagai anjing kecuali sebagai simbol dalam sebuah karya sastera. Ahaks. 

by zoul yazix, Monday 7 May 2012


0


kring kring !

'hello.'

'hello . Saya mencari kepastian, dengan membangun kemungkinan dengan mu.'

'Bagaimana kamu begitu pasti aku orangnya?'

'Kerana sebelumnya aku ragu.'

'Bagaimana pendapat kamu boleh berubah dengan cepat?' 


"Hidup ini suatu proses. dan, aku bisa aja berubah pendapat'

'Apa yang kamu mau dari aku?'

'Aku mahu kamu di Lelei'


'Apa?'


"Aku mahu kamu ada di Lelei !


'Untuk apa?'


'Aku mahu tunjuk rahsiaku'


'Rahsia apa? Cuba kamu cerita. aku cuba bayangkan'

'Apa kamu bisa bayangkan,  sesuatu yang ketika aku melepas tubuh, fikiran dan perasaan?'

'Err..'

"sekali lagi, cuba kamu tebak. Ketika aku melepas tubuh , fikiran, dan perasaan, siapakah aku? 






'.....'

'Kamu boleh ambil masa untuk berfikir siapakah aku dalam cerita ini. Tapi dalam punya masa itu, aku sedang di Lelei, berjalan bawah bintang, dan keseorangan. Dan dalam masa itu, bintang bintang mungkin reput , dan jatuh ke Bumi. Dan aku masih di Lelei, menunggu bintang bintang menjemputmu dari Malaysia. Selamat. ' 





Post navigation