Archive for August 2011

Lebaran | Merdeka

2

Sengaja dipilih waktu ini untuk menaip ucapan pada semua pembaca dan penyumbang karya setia ZineSatuMalam. Ini kerana sekarang ini adalah waktu yang dimana berada diantara kedua-duanya. Nak tulis ucapan semalam tak sempat, maklumlah persediaan nak menyambut raya tu hebat betul, asal nak taip sahaja, mak dah panggil-panggil dekat dapur suruh kacau rendang. Anak mithali kan.

Sempena sambutan duo kita yang begitu spesial pada tahun ini, maka dengan ini kami selaku pihak ZineSatuMalam dengan berbesar hatinya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh pembaca sekalian.

Kami selaku admin ingin memohon maaf atas ketelanjuran kata, keterlambatan menerbitkan zine sehingga kalian berpeluh-peluh tunggu, kepayahan tajuk-tajuk zine yang sengaja diberi supaya otak kalian diperah jus yang paling manis sampai menangis-nangis (eh sebenarnya bagus buat benda susah ni tahu?), cadangan tidak dihiraukan oleh admin, dan apa jua kesilapan kami sepanjang kami bersama anda di ZineSatuMalam.

Selepas tamatnya Ramadan, kini muncul pula Syawal. Oh, semua orang pun tahu. Heh. selepas ini ZineSatuMalam akan mula meriah dan beroperasi seperti biasa, tetapi hanya selepas kalian semua puas beraya sana-sini. Diharap agar kalian dapat memberikan sumbangan dan idea untuk aktiviti di ZineSatuMalam selepas ini.

Itu sahajalah yang boleh diucapkan di sini, panjang-panjang nanti takut rosakkan mood raya pula. Ye dak? Kalau main mercun tu hati-hati lah ya. Jangan sampai terputus jari lepas tu dah tak boleh nak taip dan hantar karya dekat ZineSatuMalam pula. Keh keh keh.


Syaitan manusia.

6

Bunyi musik disertakan dengan hilai ketawa laki-laki dan perempuan yang meneguk dosa membingit telinga. Cahaya warna-warni berputaran disekeliling menjadi latar. Faisal duduk diam saja disatu sudut. Dia tidak mahu bercampur dengan mereka-mereka.

Sekali lagi Gin pahit hitam ditegupnya sepuas rasa. Dia mahu lupakan semua masalah yang menggamitnya beberapa hari yang lepas. Terlalu mengigit sehingga kebatinnya. Faisal resah.

Mana tidaknya?
Teman wanitanya dirampas oleh kawan baiknya sendiri. Mereka sama-sama bersekolah, sama-sama ke tempat kerja. Khianat kawannya itu persis sebilah taming sari dihunus kedada tepat ke jantung hati. Sakit ya dia sakit.

Dia tidak pernah menyangka sial yang tiba.

Dia mendengus.
Ditegup lagi.
Lagi, dan lagi.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki bertuksedo hitam duduk dihadapan. Dia memakai tali leher merah beserta jam rolex yang agak mahal. Dilihat gaya, dia bukan sebarangan orang. Iris matanya juga sedikit kemerahan. Merah-merah seperti warna air.

"menghadapi hari-hari yang sukar?" dia soal, senyum.

Faisal menekuni lelaki asing ini. Gin hitam diteguk lagi. "Apasal kau mau sibuk?"

"Aku sudah lama memerhatikan kau. Aku rasa, mungkin kau perlukan sesuatu untuk melenyapkan keresahan batin kau." tangannya menyeluk poket dan mengelurkan sebutir pil. Lalu diletakkan atas meja.

"ambil ini, kau akan rasa lebih baik." sambungnya.

"dadah?" Faisal tanya?

Lelaki itu bingkas bangun. "Oh tidak, dibarat sana, kami memanggilnya sebagai Apple. Ia lebih kepada... ubat."

Bergantung kepada Pilihan kau.


Faisal terdiam sejenak. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia meneguk Gin Hitam pekat itu sehingga ketitsan akhir. Dia ragu-ragu mahu menelan pil aneh ini. Mahu atau tidak? Mahu atau tidak?

Dia cukup buntu.

Ah, apa salahnya bukan?
Hidupnya sudah pun mati setelah Hawa meninggalkan.
Dia hanya roh-roh yang tidak tenteram.

Dia pilih untuk telan saja dan menutup mata.

******************************************************

Entah kenapa malam tiu, seolah puaka bergelumang
bulan merah pekat,
dan bintang-bintang ketakutan untuk mengerdip buat kalinya.

Pintu rumah Hawa diketuk berkali-kali. Faisal menunggu didepan. Hatinya sedikit gelora sekiranya pintu tidak dibuka. Tetapi itu hanya untuk seketika.

Adam, teman lelaki barunya menyambut. Mukanya sedikit terperanjat.

"Eh Faisal, kenapa malam-malam buta ni? Kau.." belum sempat dia habiskan kata muka sudah dihentak kayu besbol. Dia terjatuh menyembam bumi. Tanpa sedikit belas kasihan pun, Faisal terus membantai tubuh Adam yang tidak berdaya. Adam menjerit sekuatnya.

Hawa terdengar jerit pekik dan ingin melihat apa yang terjadi.

Dia tergamam. Ketakutan mula menjalar tubuhnya.

Jasad Adam diatas lantai penuh dengan darah. Kepalanya sudah dipusing 180 darjah akibat hentakan yang maha kuat.

Seperti harimau Siberia yang mengganas, Faisal menerkam Hawa.

"Perempuan jalang, sekarang tiba giliran engkau." Faisal membisik ke gegendang telinga, Entah kenapa, suara itu dirasanya bukan suara orang yang waras. Faisal seolah-olah sudah menjadi gila.

Rambut Hawa ditarik sebencinya, diheret ke dapur. Hawa menangis menadah belas kasihan, sekiranya ia masih wujud pada Faisal lagi. Sayangnya Faisal bukanlah Faisal sekiranya dia sudah menjadi buas.

Kepala Hawa diletakkan diatas dapur. Matanya tidak henti-henti mengalirkan air mata.

"Faisal, jangan!" merayu.

"Opps, sudah terlambat." Faisal tersengih.

Tombol diputar pada paras tertinggi. Maka beberapa jurus selepas itu, api marak terus membakar muka Hawa. Faisal tidak pernah mendengar rintihan kesakitan seperti itu. Dunia tidak pernah mendengar jeritan azab seperti hari itu. Terlalu dahsyat gamaknya.

Sebelum meninggalkan rumah, Faisal menyimbah minyak tanah disekeliling rumah. Api daripada dapur tadi  mengganas marak sampai keruang tamu. Rumah tadi terus ditelan api.

Faisal berjoget-joget diluar rumah sambil menyaksikan asap bukat menggulumi langit. Hilai ketawanya tidak putus-putus. Memang dia tidak pernah rasa sebegitu puas. Dendam kesumat sudah membunga!

Tiba-tiba ekor matanya tertangkap lelaki yang dijumpainya di kelab malam awal tadi memerhatikan tidak jauh 10 meter darinya. Faisal terhenti, dia senyum kepada lelaki itu.

Senyumanya dibalas.

Faisal berjalan perlahan-lahan kearah lelaki itu. Lelaki itu masih kelihatan tenang. Dia seperti tidak peduli dengan api marak yang menyala didepannya sekarang.

"Bagaimana rasanya? puas?"

"Aku tidak pernah rasa sepuas ini." Faisal tersengih.

"Aku sudah bilang, sejak sekian lamanya, pil itu memang tidak pernah mendusta. Mana-mana manusia yang menelannya tidak pernah merasa sengsara." ujarnya panjang. Iris lelaki itu kelihatan merah menyala apabila dipantulkan dengan cahaya api. Seketika, lelaki asing itu meminta diri mahu pergi.

"Eh, tunggu sebentar, siapa namamu?" Faisal menarik bahunya. Sekurang-kurangnya, dia ingin mengetahui identiti lelaki yang membantunya malam ini. Lelalki itu berpaling sebentar. Matanya tepat kemata Faisal. Tidak semena, hati Faisal merasa tidak selesa. Mata itu...

"Aku iblis." jawabnya ringkas.


In by jhnrdzi, Monday 29 August 2011


:: Lebaran Ramadhan ::

0

Mercun,
Bunga Api,
Meriam Buluh,
Speed track,
Abang2 polis sibuk berjaga ,
Jalan Jammed
Lagu2 raya
Pelita minyak tanah,
Lampu kelip2,
Almond london,
Tempeyek Bonda,
Stok kerepek depan tv.

Wajah ayah bonda terlayar,
aku cuma mahu pulang,
cium ampun maaf hati,
peluk dakap kemas mereka,

salam lebaran buat semua
untuk kekasih jauh di mata
saya bahagia bercinta sampai di tahun dua  lebaran kita

buat kawan, sahabat, teman
maaf dari aku yang kosong
semoga talian kita x pernah putus.

1 syawal
mahu peluk cium puas-puas bonda dan ayah!
salam peluk kejauhan buat kekasih hati!
peluk tampar sayang pada sahabat!

seronok beraya,
amalan ramadhan cukup atau bercompang camping?
diam----


* maaf tulisan ini serabut..bukan puisi kali*


merayakan

5

Merdeheka.

Merdeheka.

Tekak kami dikerah dilalak. Mata kami terlopong terjojol dicorak warni letusan bebunga yang diapit sulaman kasar melodi dendangan lagu masuk carta faux-artisan graduan akademi.

Usai semua, kami beredar bersama dalam saf menjalani ritual harian jam 5 petang. Selepas geronggang digogok dengan teh o laici, peluh, bandung soda, mani, bir, ciken cop, coke susu juga liur, kami pun tidur.

Merdeheka.

Eh, ke sambutan tahun baru ye ni?

by ahmad, Friday 26 August 2011


Unik Misteri

5

Karya : NaoChan (penulis import)


Nama pertama gadis bertocang dua, kulit separa gelap, itu ialah Unik. Dia membetul-betulkan kaca mata bingkai putihnya yang hampir jatuh dari hidung, terlalu berpeluh dia hari itu. Nama keluarganya pula Misteri, kiranya pada kad ID dia tersusun aksara gelap fon Haettenschweiler saiz 26, semi-kabur membentuk Unik Misteri.
Dia berpeluk tubuh, sedikit ruang antara dia dan dadanya, sebuah buku tebal berkulit putih, buku yang kelihatan agak berumur.

Ada coret tajuk 'The Nature and Properties of Soils' di tepi. Terdapat juga sebuah novel terhenyak di tengah. Warnanya agak kusam, kulitnya hampir terkoyak gara-gara acapkali diulang baca.

Gadis itu terhenyak di satu sudut gelap, dikibas-kibas sedikit punggungnya sebelum duduk, muka depan buku novel yang kelihatan malu-malu untuk melekat lagi dicabutnya, terus jari-jarinya dengan cuai membelek muka surat yang ditandanya dengan daun kering yang melekat pada begnya semalam.

Buku tebal putih masih dalam pegangan. Si gadis mengeluh. Beban dalam hatinya seberat buku tadi.

"Sekarang kau pergi jauh-jauh!" cakap dia kepada buku tebal putih.

Buku tebal putih dicampak ke tepi. Bunyinya hampir menggegar ruang sunyi yang si gadis duduki. Si gadis seakan-akan terlihat kelibat putih keluar dari buku mengangguk faham. Si gadis senyum menyeringai. Novel tercabut kulit kembali menjadi perhatian.


Si gadis mula membaca. Matanya seolah-olah taksub dengan susunan aksara kusam dalam novel itu. Cerita dalam buku sudah masuk bab bunuh-bunuh, hati si gadis berdetak laju. Kiraan detak jantung dalam seminit sudah menjadi mustahil lagi.
Kepulan asap muncul dari tengah selit buku, dan tanpa semena-mena, menelan gadis bersama kaca mata putihnya.

Si gadis jadi kaget.

"Ni lagi teruk dari asap fogging!" fikir dia dalam hati.

Dia batuk-batuk kelemasan dengan bunyi 'kowkowkowkow' berulang kali. Dia tergeletak jatuh ke bawah. Lemas. Selemas menghirup bauan asap rokok yang dilepaskan sang 'naga'. Selemas menghirup bauan karbon monoksida keluaran motor usang bapanya di pagi hari yang indah. Hatinya memanjat doa moga-moga sang asap cepat pergi.

Tak lama kemudian asap mulai menipis. Si gadis masih lagi di atas lantai; terbaring dengan mata separuh terpejam. Dalam kelam pandangannya, dia terlihat susuk jin separuh buncit dengan mulut ala-ala hampagas dalam cerita Teletubbies menyedut sang asap. Si gadis pengsan terus.

Sedar-sedar, dia telah berada sebuah tempat asing. Si gadis membuka spek lalu menenyeh-nenyeh mata. Gelap! Si gadis meraba koceknya, mencari kalau-kalau ada barang berguna.

"Nasib baik ada tongkat sakti yang Harry bagi pinjam hari tu," desis si gadis dalam hati.

"LUMOS!" jerit si gadis. Tongkat sakti tak menyala. Baru si gadis sedar tongkat sakti dah separuh patah akibat didudukkan. Muka si gadis berubah marah seperti muka Angry Bird. Dia menjerit geram dengan nada memekik lalu mencucuk tongkat sakti pada dinding tempat asing. Gelap, campuran warna merah hitam perang dan melekit, euw.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan-akan suara jin dalam iklan Super Power menjerit, "AAAAAAARGHHHHH!!!!". Tahulah si gadis bahawa sebenarnya dia kini berada dalam perut jin separuh buncit yang dia lihat sebelum pengsan tadi.

Lubang kecil terbentuk pada perut jin hasil cucukan tongkat sakti. Si gadis mengorek-ngorek supaya lubang yang lebih besar terbentuk. Si jin terus-terusan menjerit dengan nada frekuensi tinggi "AAAAAARGGHHHH!" sambil terbang melayang ke Australia.

Si gadis yang mengintai dari celah lubang terpana. Australia, tanah yang menjadi angan-angannya. Di kanannya dia nampak makhluk bernama koala, enak diulit mimpi di atas pohon eucalyptus.
Di kirinya, dia nampak makhluk bermulut itik dengan badan seperti beaver terapung atas kolam.

"Makhluk apa ni?" Si gadis menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Di depannya dia ternampak kanggaru! Kanggaru! Hati si gadis berbunga riang.

Jin masih tak berhenti melolong dan terbang laju-laju. Si kanggaru pula menguap kebosanan melihat temannya main kick boxing. Mulut si kanggaru ternganga luas; jin terbang masuk, direct ke dalam mulut kanggaru.
Suasana dalam perjalanan ke perut kanggaru terang kerana sinaran cahaya harapan dari muka si gadis.

"Hai oesofagus kanggaru! Hai trakea kanggaru!" si gadis berkata dengan penuh eksaited.

Jin melongo. Baru sedar ada budak perempuan dalam badannya melihatkan ada kepala terjengul keluar dari lubang pada badannya.

"Hai duodenum kanggaru! Hai paru-paru kanggaru! Hai jantung kanggaru!" kata si gadis lagi.

"Demo kecek gapo ni? Tok pehe kawe," kata sang jin dengan suara garau.

Si gadis buat muka tak peduli. Dia terus mengucapkan hai kepada semua jenis organ dalaman kanggaru.

Jin terkebil-kebil, tak faham dengan terma asing yang muncul dari mulut gadis bertocang dua. Sang jin syak si gadis mesti dah dirasuk jin! Perasaan kasihan terbit dari dalam diri jin lalu membuatkan dia berniat untuk memberikan tiga permintaan kepada gadis tersebut. Malangnya bait-bait ucapan hai pelik si gadis kepada organ dalaman kanggaru membuatkan dia terlupa.
Kepalanya terus pening, sakitnya seolah-olah meletupkan otaknya dari dalam, jin itu lekas-lekas cabut kepala gadis itu, malangnya kepalanya tercabut dari jasadnya, lalu dilemparkan dekat-dekat kantung kanggaru bersama anak kanggaru yang sedang enak menghisap puting ibunya.
Dengan satu kepulan asap merah, jin itu menghilangkan diri. Jasad gadis tadi terjatuh pula ke dalam perut kanggaru, lunyai dimamah asid. Tercapailah cita-cita sebenar gadis itu untuk menghelakan nafas terakhir, tanpa sempat mengucap kalimah syahadah, di bumi Australia. Unik Misteri.


:: Bulan Menangis ::

1


Galaksi gelap malam ini,
tinggal angin sendiri,
bintang malam tak bersirna,
ganjil benar malam purnama ini,

bulan tak mahu muncul,
dia derita,
dia malu,
hati dia koyak,

bulan menangis
dengar sedu tak berirama,
kasihan bulan,
menangis sendiri, tidak berteman.

semoga esok,
bulan kembali,
tapi mungkin dia bulan separuh,
bukan lagi bulan penuh.

bulan sabit, sabitnya luka parah. ---



:: Sulaman Hati ::

0


Aku mahu bersandiwara,
sandiwara duka lara,
mari dengar aku bersendu duka,
kongsi jiwa sama rasa,

aku duduk bersidai di langit,
menongkat awan di birai angin,
menanti cinta turun bertamu,
menunggu rindu datang bertaut,

kerana kamu,
arjuna hati,
sulaman hati yang tertinggal,
dalam lopak lohong hati aku,

sulaman berdarah,
kian terang, kian busuk,
mamah daging, mamah hati,
aku gagahkan diri,
menjadi penanti.

kau tak kan kembali,
kau biar aku disini,
mati,
sendiri,

tetap aku,
menunggu menanti,
kau pulang mengubat hati,
biar sampai aku kering garing,
tiada erti.

bulan menangis sepi melihat derita aku ini,
peluk dakap kemas aku,
siang nanti, matahari rangkul hangat jiwa aku,
moga aku tak mati.








when u unfold me

9



.......

"Sampai skg i tak tau u ni sbnrnya camne. I konfius tau. Kejap u jadi penjaring gol prolifik, kejap u jadi zero-fault policy love machine, kejap u jadi politician dengan attitud faux-chauvinisnya n baru jap tadi u jadi Edward Cullen, complete with all the fangs and makeups. Semua tu takde originalitila bi, tampak terlalu dibuat2. I dah bosan. I tak mau tu sbb i tau tu bukan u"
"Tapi, u takkan mau....."
"Pe yg u risaukan sgt sbnrnya? I boleh je nak belai peluk cium sebesar, sebusuk dan sehodoh manapun skeleton dlm closet u krn i dah terlalu sygkan u, unconditionally. Hati kita dh dicangkuk bersama bi, kalo salah seorg dr kita lari, dua2 hati akan relai. I wanna know the real you bi, plz open up"
"Bleh tak kita bincang lain kali pasal bnda ni?"
"Bla bla bla....." (dah suntuk idea nak fikir apa lagi si gadis mahu berbicara)
"Em, thanks syg. U dh blend segala beban kt otak i, warnakannya dgn warna pink dan jadikannya aising atas kek perkahwinan kita. Dah smpai masanya. After this i promise i'll be just me, Saiful Rahman bin Abdul Aziz, without all those improvisations, props and stuff. Em, dh sampai kelas yoga u ni. Kita jumpa dinner karang ye"

"Ala dh smpai ke, mlsnya tapi selulit ni semua takkan hilang dgn sendiri kan :). U tau, i heeepi sgt hari ni. N certainly will be the happiest girl ever when i get to see the real u. Hehe tak sabarnya"


......


Saiful Rahman bin Abdul Aziz pulang ke rumah dengan hati semerbak harum setaman dan sebagaimana hari-hari sebelumnya sejak sedekad lalu Saiful Rahman pun bersolek ala kadar, pakai wig paras bahu dan mengenakan dress putih lantas kembali ke parakosm distopianya dengan bersenjatakan sepucuk rifel tokarev model 1940 dan dua pucuk revolver colt single action army, bersiap siaga untuk headshot zomba yang menjajah dunia (tapi kali ini dengan penuh optimis) bersama seorang saintis bernama Saiful Rahman dan seekor iguana biru bernama Igu yang pakar berbahasa Hopelandic.

by ahmad,


:: Kosong ::

2


Kosong,
hati kosong,
jiwa kosong,
minda kosong,

resah sonsang,
angin kelam ,
ribut datang taufan,

matahari datang,
bawa pelangi petang,
rasukan ke dalam hati, jiwa nurani,
yang tinggal berbekas mati.

awan berlalu,
meninggalkan kesan basah ,
basah yang lembap sembap.

kotak kecil disepak sepak,
dibiar henyak,
cinta tak kan mati,
cinta juga tak hidup,
sederhana dituntut,
bahagia jawapan nya.


Atm.

9

Dia tidak pernah melihat mesin ATM ini sebelumnya. Mungkin mesin yang baru diletak oleh pihak berkuasa. Lokasinya pula agak terpencil. Jauh-jauh sikit daripada tempat pertemuan orang. Lorong ini sudah lama tidak digunapakai orang. Kata makcik-makcik di pasar raya, lorong ini berhantu. Ah, peduli apa dia. Dia bukan kanak-kanak belasan tahun lagi mahu dipermainkan dengan kisah dongeng orang-orang tua.


Dia mengeluarkan kad daripada dompet lalu memasukkannya kedalam slot. Baki: RM260. Dia mendengus. Ya, akibat kemelut ekonomi yang melanda dunia sebulan yang lepas, kewangannya sedikti terganggu. Bermacam-macam cukai yang harus dibayarnya. Itu belum lagi kos pemakanan yang sudah mencapai tahap yang melangit tingginya. Dia salahkan kerajaan didalam soal ini. Misalan, pembinaan KLCC yang sangat mahal. Tapi kesan baiknya pula tidaklah jelas. Apa guna ada bangunan tinggi kira rakyat sendiri masih papa?

Dia tekan butang transaksi, ingin mengeluarkan sedikit wang. RM50 mungkin cukup untuk tiga hari. Dia berfikiran sendirian. Apa akan jadi kira dia cuba-cuba meminta amaun yang melebihi baki sendiri? Dia tahu itu idea bodoh. Namun dalam kegawatan akal seperti sekarang, tak salah dia mahu berjenaka dengan dirinya.

Jadi dia meletakkan amaun RM1000, lalu punat 'confirm' ditekan. Dia tersengih sendirian.

Tiba-tiba, ada sepasang tangan manusia muncul daripada slot! Dia terkejut. Jantungnya berhenti berdenyut. Dia jatuh terjelepok. Tangan itu menghampiri mukanya lalu ditarik kedalam mesin. Ada ruang terbuka luas, cukup-cukup untuk memuatkan seorang manusia dewasa. Dia menjerit-jerit meminta tolong, tapi sayang lokasi ini jauh. Suaranya tidak didengar orang. Tangan itu bukan kepalang kuatnya. Gagah perkasa. Dia cuba melawan, tidak berdaya. Akhirnya, dia menyerah. Jasadnya terus ditelan mesin ATM.

Esok, mayatnya dijumpai dihadapan KLCC. Kata makcik-makcik pasar, apabila jasadnya dibelahperiksa, doktor-doktor terkejut apabila menjumpai wang RM1000 didalam usunya. Seolah-olah semua itu disumbat masuk secara paksa. Duit-duit itu berlumuran dengan darah.

Mereka semua buntu.

Siapa lagi mangsa seterusnya?

In by jhnrdzi, Saturday 20 August 2011


Review : Orang Macam Kita

5

#Untuk pemikiran mereka yang terbuka

Buku ini merupakan sebuah antalogi cerpen dan esei mengenai seksualiti alternatif di Malaysia di mana ia termasuk mengenai gay, lesbian, mak nyah dan khunsa. Terdapat 25 karya yang dimuatkan dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza; cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera dan filem dan surreal.


Tajuk: Orang Macam Kita
Penyunting: Azwan Ismail & Diana Dirani
ISBN: 9789834484569
Mukasurat: 226
Pencetak: Academe
Rekabentuk & Rekatelak: Teck Hee
Harga: RM20 (Malaysia)/ USD$15 (Amazon)
Buku ini TIDAK akan dijual di kedai-kedai buku utama (hanya di Silverfish). Ia hanya boleh dibeli di event-event dan juga melalui pesanan pos (sila emel Amir Muhammad di info@mataharibooks.com - pengeposan percuma di seluruh 1Malaysia ). Kata pengenalan buku boleh dibaca di sini.
 Bagi mereka yang memandang mendiskriminasi golongan ini tanpa memahami mereka, pastinya review mereka berbunyi " Ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew ew. "

Tapi tunggu dulu, meluaskan pandangan dengan meneliti sisi seksualiti alternatif yang sememangnya dari zaman dulu lagi menular dan malar hijau adalah lebih baik daripada mendiskriminasi mereka serta menyisihkan mereka. Orang Macam Kita atau dalam bahasa inggeris; People Like Us(PLU) adalah terma yang digunakan meluas dalam kelompok seksualiti alternatif. Ingat lagi Azwan Ali dengan videonya, 'I'm gay, I'm okay.'? Dia merupakan salah seorang penyunting dan penulis dalam buku ini. 

Kandungan:

Tiga Perbualan dan Satu Siri Pesanan Ringkas - Nur Fadhlin Binti Mohd Yusof
Cerpen yang mengetengahkan 4 pecahan plot di dalamnya yang paling menarik perhatian saya memandangkan gaya selamba dan tempo pantas dalam penceritaannya mengenai dialog di antara watak utama dan watak tambahan dengan menggunakan perspektif orang pertama. Dalam perbualan 1, ia mengenai cara mereka bercinta sama sahaja dengan pasangan normal yang lain. dalam satu siri perbualan ringkas, ia mengenai sahabat lamanya yang melarang watak utama daripada bergaul dengan isterinya kerana takut isterinya akan terikut-ikut perangainya. Dalam perbualan 2, ia mengenai golongan PLu menjadi begitu bukan kerana foreveralone.jpg tetapi ia punya pelbagai faktor yang mendorongnya, bukan sebagai sebuah gejala tetapi lebih kepada kecenderungan seksual. Dalam perbualan 3, ia mengisahkan hubungan percintaan di antara Lin dan Faridah dengan cara berselimut. 

Anak Ikan - Ajami Hashim & Fadli al-Akiti
Turut menggunakan perspektif orang pertama, ia sebuah cerita fantasi yang unik dan tersirat di mana watak utama, Teruna, adalah orang yang normal seksualnya tetapi dia diminati oleh sahabat baiknya yang homoseksual dengan plot cerita yang bergerak perlahan. Sahabat baiknya, Pria, telah meninggal secara mengejut. Dia telah mewasiatkan seekor anak ikan gupi kepada Teruna untuk dijaga. Tanpa disangka, ikan gupi itu bertukar kepada seorang pemuda bertelanjang, berwarna biru, berambut perang dengan kaki separa bersisik emas.Pemuda anak ikan gupi itu menjadi peneman utama Teruna sebagai tempat bercerita dan tempat mengongsikan cerita Pria yang lalu mengenai betapa dia menyukai Teruna. Akhirnya, anak ikan gupi itu menunjukkan rasa suka pada Teruna menyebabkan Teruna berasa serba salah lalu tidak balik rumah seperti selalu. Kemudian, apabila menyedari ikan gupi itu seperti Pria, dia akhirnya kembali ke rumah dan sempat menyelamatkan anak ikan gupi yang terabai. Perlahan plot cerita ini menyebabkan aku perlu tekun menelaah bait katanya. 

Sembang Ratu - Nizam Zakaria
Bagi yang pernah membaca Jen Jenal karya Zoul Yazix, ia menggunakan stail penceritaan yang sama dengan menggunakan ayat mak nyah (yang aku kurang faham dan asyik ter-.-) Jadi, review aku paling pendek untuk ini; sebuah monolog dari sudut seksualiti alternatif -->










Jika Itu Takdirnya - Khalid Idris
Sama seperti cerpen-cerpen sebelum ini yang menggunakan perspektif orang pertama, gaya penceritaan yang kemas dengan tempo yang sederhana pantas menceritakan tentang hubungan terlarang Arif dan Farid yang direstui oleh abang Arif, Along. Pada suatu hari secara klisenya, Farid mendapat tahu bahawa Arif merupakan saudara seemak tak sebapa menyebabkan dia mengelakkan diri daripada Arfi. Arif akhirnya ketahuan tetapi akur dengan takdir yang berlaku. 

Pangkon - Dalih Sembiring
Ceritera ini merupakan nukilan penulis dari Indonesia yang menggunakan lenggok bahasa yang semulajadi bertemakan homoseksualiti sesama gadis. Cara penceritaannya yang pantas menarik pembaca menitip-nitip ayatnya bagi mereka yang biasa menikmati karya penulis Indonesia. Nak tahu lebih lanjut, bacalah tetapi ini bukanlah karya 18 tahun ke atas dengan nada tersirat.

Hanya Jauhari Menyelindung Manikam: Memburu Ikon Gay dalam Filem Malaysia - Fadli al-Akiti
Ia merupakan sebuah esei mengenai ikon gay di Malaysia di mana penulis menekankan tentang arus ikut-ikutan dalam bidang hiburan di mana pemaparan mengenai homoseksualiti menjadi tersekat di dalam medium hiburan masyarakat dengan meletakkan faktor budaya dan agama memainkan peranan dalam perihal seksualiti alternatif. Esei ini lebih kepada sebuah kronologi dunia hibura dari sebuah sastera epik Bugis, La Liga sehinggalah kepada masa kini, antaranya filem Waris Jari Hantu dan Man Laksa.

Avatar Tekne Seksual - Clarissa Lee
Salah sebuah karya yang mungkin tidak digemari oleh pemikiran mereka yang masih suci dengan ayat ' mereka berdua tidak jemu-jemu menjamah tetek masing masing, meramas dan bermain dengan tangan, jari, lidah. ' Awal-awal saya katakan, jangan baca kalau tidak menggemari prosa sebegini. Fikyen ini berlatar belakangkan sebuah institusi pendidikan di luar negara di mana dua orang artis seni membuat sebuah persembahan seni 'perantaraan organik erotik' di mana ia cuba menyampaikan yang biseksualiti boleh hadir dalam setiap individu dengan menggunakan rangsangan tertentu untuk mengaktifkannya. 

Rabak - Mohd Zaain Bin Md Zin
Kisah ini merupakan sebuah konflik keluarga yang dialami oleh Pena yang menghadapi kerenah adik lelakinya yang tidak dapat menerimanya sebagai seorang gay. Dia terkantoi dengan adiknya sendiri ketika tengah elok memeluk teman lelakinya dalam keadaan telanjang. Teknik penceritaan yang pantas dengan gaya ringan serta mudah ditelusuri.

Sulalatus Anilingus - Ridhwan Saidi
Karya ini ditulis oleh penulis yang sama untuk novel Fixi - Cekik, jadi aroma gaya yang sama digarap dalam cerpen ini yang dipecahkan kepada dua plot. Plot pertama berkisar dengan kisah 'aku' si lelaki dan 'dia' si perempuan yang bergaduh kerana si perempuan hendak membuang anak yang dikandung dan plot kedua berkisar tentang sepasang kekasih , 'aku' si lelaki di plot pertama dan 'dia' si lelaki menjadi teman cinta 'aku' yang sedang membicarakan tentang filem pendek Comolot yang telah meroboh dogma perkahwinan heteroseksual.

Lurus Atau Bengkok - Dina Zaman
Ia merupakan sebuah esei huraian berdasarkan sisipan-sisipan cerita di mana permulaannya mengenai X yang telah pergi haji dua kali dan juga seorang lesbian, dalam dilema kecenderungan seksualnya yang bertentangan dengan agama lalu berusaha mendekati agama demi mencari ketenangan, sisipan kisah lain yang penulis masukkan adalah tentang kisah Haji Zainal Abidin yang homoseksual, perspektif mengenai kecenderungan seksual alternatif di Malaysia, lesbian bertudung, serta wawancara dari kalangan mereka di sisi seksualiti alternatif ini.

Pencuri Hati - Nizam Zakaria
Salah sebuah fiksyen yang saya anggap menarik dari teknik penceritaannya di mana ia mengaplikasikan Stolkholm Syndrome. Watak utama, Azwan, jatuh cinta pada perompak yang hampir membunuhnya di sebuah lorong gelap menyebabkan dia sering mendatangi lorong yang sama demi terserempak dengan perompak tersebut. Perompak tersebut akhirnya memulangkan dompet Azman dengan meletakkan dompet tersebut di dalam kotak surat flat Azman menyebabkan Azman teruja untuk bertemu si perompak yang telah mencuri hatinya sekali.

Gay.a Ke Aku? - Zulkifli Bin Mohamad
Sebuah kispen mengenai 'aku' yang menceritakan kelainan seksualnya dalam gaya yang naif sejak dari kecil sehinggalah dia dewasa. Sangat pendek dan ringkas tapi cukup menyampaikan apa yang bermain dalam jiwa mereka di sisi seksualiti alternatif.

Duyung Karuna - Chuah Guat Eng
Sebuah cerpen yang menceritakan tentang seorang ibu yang sedang nazak, menyesal kerana menganggap anak lelakinya yang bernama Cal sebagai seorang pembawa sial. Ia lebih kepada konflik keluarga yang akhirnya mengundangkan penyesalan kerana gara-gara isu homoseksualiti, Cal dikatakan membunuh diri. Kisah ini panjang dan perlahan temponya.

Indra Dan Fadil - Paul Agusta
Cerpen yang dialih bahasa dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ini mengisahkan permainan Sejarah Ringkas Media Cetak Tentang Orang Macam Kita - Hafidz Baharom

Tiada Sesalan - Azwan Ismail
Kisah ini merupakan kisah transformasi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa di mana watak 'dia' menceritakan keadaan yang tidak asing dialami oleh gay yang meningkat dewasa sepertinya. Karya ini turut disuntikkan dengan unsur erotika.

Wanita Dua Wajah - Bissme S.
Cerpen ini mengenai watak Rebecca yang terpaksa melakukan sesuatu yang kejam demi cintanya kepada Jennifer yang berlatar belakangkan sebuah keluarga yang kuat beragama. Jennifer berada dalam dilema di mana dia perlu memilih sama ada menjadi seorang yang patuh kepada agama atau pun menjadi seorang homoseksual. 

Honey - Bernice Chauly
Kisah yang menggunakan konsep monolog di mana Honey merupakan seorang transeksual yang bercerita mengenai keluarganya, pekerjaannya dan pengalamannya berhadapan dengan pihak berkuasa. Cara penceritaan yang sangat menarik dan bertempo pantas serta mudah difahami. Honey turut menekankan tentang ketidak adilan yang dialaminya sebagai seorang transeksual yang ingin menjadi wanita cantik.

Sepetang Di Kafe Oedipus - Mohd Ikhwan
Cerpen yang menggunakan format dialog dalam penceritaan ini merupakan sembang-sembang di antara tiga rakan di mana mereka mengaitkan peranan agama dan budaya dalam isu seksualiti dengan politik. Boleh tahan menarik perbincangan dalam cerpen ini di mana penulis menekankan tentang peranan ahli agama dalam membantu golongan pemerintah menggunakan isu moral dalam menumpaskan musuh-musuh politik.

Syi - Mohd Syahar Azizan
Cerpen ini adalah mengenai Reza yang berkawan rapat dengan Syifa; cuba menggoda Irene si penjual belon lalu mendapatkan no telefonnya. Walang bagi Reza, kerana Irene meminati Syifa dan taktik awal Reza hanya merupakan batu loncatan untuk Irene merapati Syifa. 

Vagabundando, Vagabundando - Fernando Rosa Ribeiro
Karya ini merupakan buah tangan penulis Indonesia yang menggarapkannya dengan bahasa Indonesia yang bercampur dengan bahasa Portugis Brazil tetapi telah diterjemahkan gaya bahasa Indonesia kepada gaya bahasa Melayu sambil dikekalkan sebahagian ayat bahasa Inggeris dan Portugis Brazil. Ia kisah perspektif kehidupan kelainan seksualnya di mana dia suka merantau dan menceritakan pengalamannya ketika merantau.

Yang Sebenarnya - Adibah Yahya
Cerpen ini mengisarkan sepasang kekasih iaitu Saleh dan Ayu tetapi Salleh mempunyai kekasih gelap yang lain yang bernama Hassan. Ayu meninggal dunia akibat kemalangan ketika Salleh dan Hassan..... jeng jeng jeng. 

Sembang Ratu II - Nizam Zakaria
Seperti Sembang Ratu yang pertama, ia merupakan monolog seorang gay Melayu yang mengkritik peristiwa sekeliling dan kedengaran lawak ketika membacanya kerana aku membayangkan seorang nyah tengah bercerita dengan aku.

Sekilas Ikan Di Air, Siapa Tahu Jantan Betina: Siapa Sebenarnya Panji Semirang Asmarantaka? - Farish A. Noor
Esei ini merupakan sebuah kajian penulis tentang  kompleksiti masyarakat silam dengan karya zaman dahulu dengan mengkaji Hikayat Panji Semirang Asmarantaka di mana teks klasik ini menunjukkan kesamaran seksual dan keinginan bersama di antara watak Panji dan Raden Inul. 

Asmara Dua Vampir - Diana Dirani
Fiksyen ini mengisarkan tentang vampire homoseksual yang bernama Tijani yang tinggal bersebelahan dengan Mazin seorang penulis homoseksual yang mempunyai teman senggama bernama Irwan sedang berkhayal dalam fantasinya sambil mencuri dengar perbualan jirannya.


Sekian, review ringkas saya mengenai antalogi Orang Macam Kita keluaran Matahari Books. 

In by Anonymous, Friday 19 August 2011


:: Kembaran siangmalam ::

0


Niya Adriane feat Farha Jalila Lokman


Bunga kembang seri,
Cantik dipandang di waktu pagi,
Harum mekar indah mewangi,
Jadi hiasan melengkapi hari,

Kuntum malam kembang sendiri,
Menarik rupa juga berseri,
Indah warna terang menyinari,
Pujangga hidup di malam hari,

Pujangga turut melambai kembali pada bunga-bunga,
Jelitanya bunga membuai pesona,
Sesekali rongga hidung turut menyapa,
Beralun lambat jiwa, hilang derita,
Terkadang lemas jantung disapa mesra.

Tak apa, tak apa kata jiwa,
Bisiknya lagi, ini derita bahagia,
Penawar parut parah luka, sebenarnya.

Parut itu, luka itu,
Jadi hiasan di setiap kelopak,
Jadi lukisan di setiap bahagian,
Megah, angkuh sebagai kuntuman,
Paling menawan menakluk taman,

Bedanya kita berbagi dua,
Tertarik jugak terhina,
Siapa salah siapa duga,
Cuma mata hati yang menilai berharga.

Parut itu, luka itu,
Ukirannya pada bunga,
Tapi terbekas pada jiwa.

Biar kita terbagi dua, tiga 
atau bilangan seterusnya,
Rela atau terpaksa,
Terima saja mata kita berbeza,
Mungkin saja bila-bila takkan sama,
Namun indahnya bunga masing-masing merasa.

Cuma bunga, bunga sejambak pagi,
Sekuntum di tengah malam hari,
Menanti sesuatu untuk berubah dimengerti,
Biar pada pandangan adil juga bersaksi.

Walau bunga itu menarik di siang hari,
Tapi tetap dia hilang seri bila tiba waktu,
kerana dia hanyalah biasa pandangan rupa,
Bernilai tidak, berseri cuma, 

Walau bunga dibasuh tangisan kecil dimalam hari,
Tapi tidak bunga itu tersanggup walau siapa pun
Mengusik hujung kelopaknya,
Kerana setiap inci kelopak kecil itu
Adalah suara rintihan riwayat kehidupan.


(" kuntuman bunga di pertengahan malam, lebih anggun dari jambangan bunga pagi hari..")


Review: ZineSatuMalam: Fiksyen Noir

9



salam. 

tugasan yang baru lepas bertajuk 'Noir'. dan ya aku mengaku tidak sempat menghantar karya sendiri, hanya tahu mengomen karya orang saja. tapi tetaplah membaca review ini. dan mungkin ada yang sakit mata melihat tulisan aku yang tidak suka menggunakan huruf besar. tetap sajalah baca review ini. 

'Noir Fiction' merupakan salah satu sub-genre kepada genre 'Hardboiled', yang berkisah tentang jenayah, penyiasatan, liputan akhbar dan semua yang berlaku sekitar, sepanjang dan selepas jenayah itu terjadi. 'Noir' mengandungi watak antihero. untuk definisi lebih mendalam, agak sukar untuk ditafsirkan kerana setiap pembaca atau penulis punya pemahaman tertentu. ah, Google sajalah.

maka selepas membaca sebanyak tiga kali, dan membacanya semula sewaktu menulis ini, secara keseluruhannya aku boleh gambarkan ia sebagai waktu makan aku. intro yang aku suka sebagai pembuka selera. tetapi selepas-selepas itu? 

1. Musim oleh MFaizSyahmi 
musim berputar, kisah bertukar. penulis mengadun ceritanya seperti adunan perfume Anis. ada not atas, not tengah dan not asas. Anis dilahap oleh tujuh makhluk berpenis yang mungkin konco-konco bekas majikannya Akhemal. lalu dia bangkit membalas dendam. penis. organ reproduksi bukanlah asing dalam karya MFaizSyahmi. walaupun timeline dipecahkan, tetapi ceritanya sungguh predictable dan straight forward. dah aku sedikit kecewa kerana Aril belum diapa-apakan.

2. Janji Jari Tengah oleh Ramona Bunga
jujur aku keliru dengan plot cerita ini. penggunaan 'dia' yang tidak distinktif antara watak utama dan kekasihnya. keliru siapa yang ke kedai mamak membeli nasi goreng bungkus yang seterusnya menyaksikan kematian gadis kacukan itu. bagaimana dan bila pembunuh itu menjalankan modus operandinya? siapa pembunuhnya? adakah penulis sengaja mahu main teka-teki atau penulis berharap pembaca memahami? keliru membawa ke perenggan terakhir. lelaki sang kekasih kah yang membunuh? atau si teman wanita? atau adakah aku silap, yang sebetulnya mereka gay? tapi aku puji kematian yang cantik itu. 

3. Sepasang Gaun Merah hadiah untuk sayang oleh Lieyanna Esmeralda
Ray dan Mike. brotherhood bonding yang kuat. dibuktikan dengan kesanggupan Ray mengahwini bekas isteri Mike semata-mata ingin membalas dendam kepada wanita yang membuatkan adiknya gila. seperti Musim, ia terlalu straight forward dan predictable. penggunaan props haruslah dikaji terlebih dahulu. spaghetti bolognese haruslah dihidang sama wain merah, okey?

4.Romen oleh Rokiah Janda
konsep cemburu tanda sayang diketengahkan penulis sehingga sanggup berbunuhan. untuk tambah meyakinkan lagi kasih-sayangnya terhadap cinta hati dan perasaan tidak sanggup berpisah, Rokiah Janda eew makan daging kekasihnya eew...!

5. Aku Sentiasa Berdarah oleh Abu Abbas
aku sedikit tenggelam dalam lubuk harem bila membaca yang ini. mengenengahkan pelacuran, seks BDSM, dadah dan arak murah buatkan ia sedikit lain dari yang lain. pembunuhan berlaku bila watak utama berasa fed up dengan ketakutan yang bertukar kepada kebencian. ah tapi bahasa terlalu sopan. kalaulah ia ditulis lebih eksplisit! selitan puisi Inggeris itu bertindak seperti salt and pepper, penambah perisa. kemon Abu Abbas! cemarkan lagi dengan ayat-ayat kotormu! ini sebuah harem, tahu?

6. Jururawat oleh Oreen Reenbow
gaya penulisan seorang perempuan jelas terpampang di puisi+cerkon ini. emosi sungguh jururawat ini yang sedang memperjuangkan 'girl power'. hanya kerana herdikan, makian dan kekasaran si suami kepada isteri yang setia menjaga di katil wad, jururawat psikopat ini menyiksa si suami perlahan-lahan. hm...okey juga tu. tapi jika dimainkan lagi monolog jiwa jururawat itu, karya ini pastilah lebih lemak berkrim.

7. Noir oleh Xalleh Razax
sebuah puisi yang kemas. 'telanjang' itu sesuai digunakan. tidak terlalu eksplisit, cuma soft porn saja. penceritaan puisi dari sudut pandangan seorang hero. kaki bersalut besi? knight in shining armour?

8. Malaikat Maut oleh Lucifer
Lucifer tidak boleh lari dari watak fallen angel dalam karyanya. penceritaan kemas dengan gambaran cerita yang detail memasukkan minda aku ke dunia filem neo-noir. pengkhianatan agensi terhadap pembunuh upahan mereka sendiri kerana upah lumayan. murah sungguh nyawa, tidak dapat dibeli dengan budi. tapi kematian 'Demak' terlalu pantas dan senang. ah, 75%  ke arah keinzalan. jika ada masa penuhkan lagi 25% itu.

9. Aku Perogol? Kau lah Pelacur! oleh MFaizSyahmi
hm. vagina. sekali lagi, organ reproduksi. pembelaan diri seorang perogol yang menyalahkan mangsanya semula dan menjelaskan bahawa fitrah lelaki sepertinya mahu bersenggama dengan wanita. menyatakan bahawa beliau straight, bukan gay. haha.

10. Jihad oleh Zoul Yazix
Astaghfirullah.
menghalalkan yang haram atas nama perjuangan agama? tsk! Ismel mahu mengubah dunia yang semakin banyak dengan kemungkaran. satu karya yang bertindak seperti air dingin ketika aku menyumbat tenggorok dengan roti mil penuh. refreshing! ringan! padat!

11. Noir? oleh Nasyrun
Joe Olag, perisik bukan kerajaan yang mengintip pembunuh bernama Algojo. karya ini juga membenamkan aku dalam dunia filem, kali ini noir klasik. penceritaan yang punya twist! akhirnya!! gaya tulisan yang menyampaikan maksud Joe Olag dan Algojo merupakan dua jiwa berkongsi jasad sama secara tidak direct ini menarik. tahniah. untuk yang ini, aku lagi 15% hampir inzal. tapi penggunaan nombor 2 untuk kata berganda buat aku terengsa sedikit. jangan malas menaip, walaupun kamu rajin guna perkataan-perkataan rare seperti 'damsel', 'distres', 'trofi gradeur' dan beberapa lagi. 'sheitan'. sengaja atau cuba bersopan? satu dessert yang enak di akhir-akhir.

sekian saja review cacamarba kali ini. ingin aku tekankan bahawa komen-komen di atas tiada kena mengena dengan mangsa-mangsa yang terbunuh mahupun penulis-penulis yang masih hidup. untuk Zoul Yazix yang benci diplagiat tulisannya, mari aku plagiat kamu sedas.

"NOIR"

haha.




Aiskrim, Batu Besar

1

Petang itu cuaca lain macam. Macam ada yang tak kena dengan suhu dan angin. Dari sudut sebelah kanan, Amoy berjalan perlahan menuju seketul batu besar. Amoy melabuhkan punggungnya, penat. Panas cuaca hari ini keluhnya. Rutin setiap petang seorang remaja sunti itu. Jarang sekali dia menolak untuk berehat diatas batu besar yang beratnya sama seperti sebuah pacuan empat roda buatan Malaysia. Batu keras itu bentuknya pelik. Meleper saja bentuknya, senang untuk dibuat alas punggung. Amoy yang berkulit cerah itu menggigit kuku yang tajam. Tabiat sejak dari lahir gadis itu. Susah untuk dirinya membuang tabiat itu.

Arwah ibunya rajin memesan padanya, jangan selalu gigit kuku. Anak dara tak manis dilihat orang dengan perangai begitu. Ibu Amoy sebenarnya tidak diketahui sama ada sudah mati atau belum. Cuma khabar berita penduduk-penduduk di sana mengatakan bahwa ibunya itu sudah tiada. Masa itu Amoy baru menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Masih terlalu awal buatnya mengenali ibunya. Kata orang, rupa paras mereka sama. Tiada apa yang beza kecuali hidung Amoy kelihatan lebih mancung. Ibunya pula kemek. Pasti Amoy rindukan ibunya itu, Molly.

********

Lamunan Amoy dikacau oleh Abu, seorang remaja yang kurang upaya. Orang kebiasaan mempunyai dua kaki, namun bagi Abu, dia cuma punya satu kaki sahaja. Itu tidak mencacatkan semangatnya untuk terus hidup. Sama seperti orang lain. Abu mempunyai cita-cita yang tinggi, lebih tinggi dari orang kebiasaan. Impiannya ingin menjelajah segenap sudut dunia. Yang menariknya, impiannya itu hendak dicapai apabila dia mempunyai kedua-dua belah kakinya kembali. Nampak seperti impian yang bodoh bagi seorang remaja yang memang tidak akan punya peluang itu semula. Mana tidaknya, usahkan kaki sebenar, kaki palsu pun tidak termampu dimilikinya. Tapi setiap orang berhak bermimpi.

Masing-masing ada fantasi masing-masing. Biar mustahil bagi mata orang, tapi untuk Abu, semuanya akan jadi kenyataan. Ceritanya bermula semenjak lahir lagi. Masa itu, sewaktu Abu dilahirkan ibunya. Kakinya terpaksa dipotong oleh doctor akibat luka yang serius. Demi untuk tidak membiarkan kesakitan pada tubuh Abu, keluarganya membuat keputusan yang sekaligus telah mengubah seorang Abu yang normal kepada seorang yang tidak. Namun dia bersyukur dengan ketentuan ilahi. Dia yakin Tuhan telah rancang segala yang baik untuknya pada masa hadapan kelak.

********

Waktu petang sebegini lah waktu yang ditunggu oleh Amoy dan Abu. Mereka akan berlumba sampai ke tempat ini. Siapa yang sampai dahulu akan dibelanja aiskrim seperjalanan pulang nanti. Mereka sahabat baik. Rumah mereka berhampir sahaja, berdekatan dengan surau yang kira kira lapan tapak. Sejak kecil mereka bersahabat. Tak pernah bertekak, inikan pulak bergaduh. Cubit pipi tembam si Amoy pasti pipi cenkung si Abu terasa. Sudah macam adik-beradik mereka berdua. Hidup mereka punya banyak persamaan. Penderitaan, masing-masing tempuh bersama. Suka-duka mereka kongsi. Tapi petang ini, mungkin petang terakhir mereka. Amoy mendapat khabar bahwa ibunya yang disangka telah mati, ternyata masih hidup. Kini menetap di negara luar. Yang pasti esok dia akan kesana dijemput ibunya. Dia bakal meninggalkan kehidupan remajanya di tempat ini dan membina senyuman di tempat barunya. Tinggalnya dia, tinggal lah juga Abu seorang disini tak berteman lagi. Kerana satu-satunya teman baik Abu adalah Amoy. Abu tidak punya kawan bermain yang lain disebabkan oleh kecacatan yang dialaminya. Cuma Amoy yang sudi menjadi temannya sejak kecil, setia bersamanya. Tapi kini dia mendapat berita sedih itu langsung daripada mulut Amoy sendiri.

********

“Kau nak pergi?”

Abu bertanya. Dia mengharapkan jawapan daripada Amoy.

“A ah, aku kena pergi. Esok ibuku sampai, ajak aku kesana, luar Negara katanya”

Amoy membalas soalan lelaki kurus itu. Tanpa melihat mukanya, dia menyambung.

“Kau jaga diri tau, aku pergi dan mungkin tak datang balik, jauh”

Abu mula berubah reaksi. Tapi masih tersenyum cuba sembunyikan dirinya yang sebenar.

“Wahh untunglah kau, dapat keluar negara. Aku yang berangan, kau pulak yang dapat”

Selamba lantunan Abu. Dia terpukul dengan perbualan itu. Rasa seperti mahu menjatuhkan saja airmata jantan yang selama ini dipikul berdua bersama Amoy. Kini dia merasakan dia sudah tidak punya siapa-siapa dalam hidupnya.

“Nanti aku cuba pujuk ibu, kalau dia kasi aku balik sini, aku baliklah jumpa kau, okay?”
Pujuk Amoy yang sememangnya sudah tak tahan ingin berjumpa ibunya yang ditinggalkan sejak zaman sekolah lagi. Hatinya berdebar-debar untuk menunggu esok tiba.

“Hahaha,okay Amoy ku yang comel”

Abu masih menahan sebak dalam dadanya. Sikit lagi mahu dicurahkan segala takungan sedihnya itu. Namun demi senyuman Amoy, dia kuatkan hati untuk menelan segala pedih itu.

“Jom Abu, harini kau lambat, kau belanja aku asikrim”

“Cepatlah Abu”

Ujar Amoy sambil menarik tangan Abu yang daripada tadi berkhayal tentang hidupnya yang kedepan.

********

Pagi pagi lagi Abu sudah bangun. Selalunya dia paling liat untuk bangun. Tapi hari ini bukan hari itu. Dia perlukan semua masa yang tersisa ini buat iringi pemergian temannya Amoy. Dia bersegera siap dan terus bergegas ke rumah Amoy. Nasibnya baik, Amoy sudah mengangkat barangannya untuk bertolak. Semput nafas Abu yang berlari cuma menggunakan sebelah saja kakinya kerumah Amoy walau Cuma dekat rumah mereka. Abu terhenti, dia tercegat tegak. Kaku static tidak bergerak, melihat tepat kearah Amoy. Lantas airmatanya jatuh. Suasana itu dirasakan paling sedih dalam hidupnya. Tidak sepedih yang diharungi selama ini. Dia seperti tak merelakan pemergian Amoy. Dia menangis. Amoy cuba tenangkannya.

“Hey kawan, apa nangis nangis ni ? Tak macho lah macam ni”

Amoy cuba memujuk Abu daripada terus menjatuhkan airmatanya. Dalam diam, Amoy juga merembeskan sedikit airmata betinanya untuk menemani kesedihan teman baiknya itu. Mereka berpelukan. Seperti kakak-adik yang terpisah, yang bakal berpisah. Ibu Amoy turut tunduk kesedihan melihat gelagat kedua remaja yang sudah dia anggap seperti anak kandungnya sendiri. Tak banyak yang dapat dia lakukan untuk meredakan kesedihan mereka. Amoy kembali menenangkan Abu.

“Abu, aku ada sesuatu untuk kau”

“Apa dia?”

“Nah, ambil ni”

Amoy menghulur loceng leher yang dipakainya selama ini kepada Abu. Amoy mahu loceng itu selalu dipakai dileher Abu.

“Bila kau rindu aku, kau bunyikan loceng tu”

“Amoy, terima kasih, aku saying kau, sampai mati”

“Aku pun, nanti ada masa, kita jumpa lagi ya. Kau jaga diri”

*********

Abu masih tercegat ditempat yang sama. Amoy sudah beransur pergi meninggalkan seribu satu kenangan pada Abu. Temannya yang selama ini begitu baik dengannya, kini sudah pergi meninggalkannya. Kini, tak akan ada lagi rutin harian waktu petang. Tak ada lagi siapa cepat, siapa lambat ke batu besar. Tak ada lagi Abu keluarkan duit buat beli aiskrim tiap kali terlambat kesana. Semua itu sudah lenyap dalam nota peribadinya, tapi ia takkan padam dalam memori hidup Abu.

Walau cuma mereka seekor kucing, namun sayang telah memanusiakan mereka. Persahabatan Abu dan Amoy takkan pernah lenyap dari kawasan batu besar itu. Ia terus bersemadi kekal.


Review : Syahadah Gadis Ateis

8


Tajuk : Syahadah Gadis Ateis
Halaman : 377 muka surat
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd (http://www.pts.com.my)

Novel ini sebenarnya dahulu dikeluarkan sebagai E-Book dengan bertajuk 'Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist' kemudiannya diterbitkan dengan judul ' Syahadah Gadis Ateis'. Jalan penceritaan novel ini lebih kepada dialog di antara Nizam, anak muda yang belajar di UiTM Shah Alam dan Rini, gadis yang mengambil jurusan Sains Gunaan di salah sebuah universiti tempatan mengenai ketuhanan di mana Rini yang menolak kewujudan Tuhan. 

Pertemuan mereka yang bermula di dalam sebuah koc kereta api dan kemudiannya Nizam digasak dengan persoalan ketuhanan daripada Rini tetapi Nizam membalas pertanyaan Rini dengan analogi yang boleh diterima akal. Jujur saya katakan, olahan novel ini tidak mencabar dari segi susunan, pembukaan dan sangat ringkas bunga bahasanya tetapi, dari segi pengisian, ia adalah sebuah penyusunan yang baik dalam mengungkapkan persoalan-persoalan umum manusia yang meragui ketuhanan. 

Maka, buku ini amat sesuai untuk mereka yang kurang arif hendak mencari sumber tentang ketuhanan atau pun mereka yang malas mengkaji dan hanya tahu kopipes, atau pun mereka yang mahu kenal apa itu agama, apa itu tuhan. Saya mempromosikan buku ini khas bagi mereka anak muda yang masih jagung-jagung mahu kenal ketuhanan dan bagi mereka yang terkedu hendak menjawab soalan-soalan yang dikeutarakan oleh orang bukan Islam atau orang Islam itu sendiri apa benar Tuhan itu wujud, kenapa tuhan kita adalah Allah, apa benar agama Islam ini adalah pilihan jalan yang betul, hak perempuan di sisi Islam, perbedaan konsep hak di antara lelaki dan perempuan, hukum hudud serta lain-lain perihal yang diungkapkan sebanyak 13 bab.

Bagi mereka yang tidak pernah membelek buku ini, atau hanya menjengah muka-muka depan, persepsi dalam kepala mungkin rasa " Bosan lah buku ni, hanya dialog ringkas. " Nanti dulu, buku Islami yang sarat dengan analogi kritis ini harus ditelusuri dengan sabar. Bahasanya juga mudah difahami supaya orang-orang yang tidak begitu kenal dengan bahasa bunga-bunga sastera dapat menangkap isi-isi yang mahu disampaikan kepada pembaca melalui jiwa.

Penulis buku ini menggunakan nama pena Imran Haaz atau nama sebenarnya Mohd Aswanizam bin Alias ini dilahirkan di Pulau Pinang dan tamat belajar di UiTM dengan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Walau pun dia bukan jurusan agama, tidak semestinya buku Islami digarap oleh orang-orang agama sahaja. Seelok-elok dakwah adalah mereka yang mempunyai pengetahuan ilmu di segenap bidang, tetapi bukan bermakna dia harus menjadi sebuah Google, tidak, biar tahu apa yang patut tahu, yang ilmu kopipes pun perlu tahu di mana asal sumbernya.

Dari pengalaman jujur saya membaca buku ini, saya tertidur-tidur di bahagian mulanya, maklum lah plotnya bergerak lambat manakala saya penggemar plot yang temponya laju, tetapi apabila penulis membawa masuk pembaca ke dalam dialog soal jawab di mana Nizam dan Rini berhujah antara satu sama lain lalu membuka minda Rini atas persoalan-persoalan ketuhanan yang sering terungkap di mindanya. Jadi, bergeraklah gear di otak saya turut bermain analogi yang diungkapkan dengan ringkas tetapi padat.

Oleh yang demikian, saya ungkapkan dalam isi ringkas di bawah: 

  • Bab petama menceritakan perihal pertemuan mereka dan bermulalah detik di mana Nizam dan Rini berhujah tentang kenapa dia harus menyembah Allah.
  • Bab kedua mengenai bagaimana Nizam mengantalogikan tentang bagaimana dia membuktikan pada Rini yang tuhan itu ada, perbezaan muslim dan mukmin dan bagaimana melihat tuhan.
  • Bab ketiga pula dialog kenapa yang disembah itu Allah, bukan tuhan lain dan Nizam ungkapkan dengan sifat tuhan yang maha segalanya dalam konsep mudah untuk Rini fahami.
  • Bab keempat mengenai doa di mana manusia suka mempersoalkan kenapa doa tidak dikabulkan atau lambat. 
  • Bab kelima, Rini mempersoalkan tentang nasib orang kafir. Adakah mereka dibakar selama-lamanya di dalam neraka?, dan Nizam menganalogikan dengan mudah mengenai orang kafir, dan penerangan tentang panggilan orang kafir pada bukan Islam, sedangkan pada agama lain, turut mempunyai panggilan kepada orang yang bukan seagama sepertti Naastik - panggilan kepada bukan penganut agama Hindu.
  • Bab keenam menceritakan perihal mengapa banyak agama yang ada di dunia dan mengapa tidak dikekalkan satu sahaja dari zaman Nabi Adam, pada yang ingin mengetahui mengapa dan kenapa, silalah membelinya di kedai yang menjual buku PTS Islamik atau pun belilah atas talian. 
  • Bab ketujuh pula adalah mengenai bagaimana Nizam membuktikan pada Rini tentang ketidak-sahihan kitab agama lain dalam analogi ringkas dengan menggunakan perbandingan isi kitab dan keselariannya dengan sains. (bab ini bab kegemaran kerana ia menghuraikan bible dengan cara santai dan merupakan bab terpanjang) 
  • Bab kelapan dalam judul ini mengenai hal ehwal wanita dan kedudukannya dalam Islam di mana orang masa kini melihat Islam merendahkan martabat wanita dengan mengongkongnya, sedangkan konsep hak dan samarata bagi wanita dan lelaki berbeza seperti berbezanya alat-alat sulit di antara wanita dan lelaki sedangkan konsep feminisme mengejar sama rata lelaki dari segenap ceruk sedangkan kelebihan wanita dan lelaki berbeza tapi samarata.
  • Bab kesembilan pula mengungkapkan tentang poligami dalam Islam. Nizam mengungkapkan dialog ini dengan menarik apabila dia mengkronologikan sejarah dulu hingga sekarang pada Rini mengenai poligami.
  • Bab kesepuluh; Masih juga mengenai hal ehwal wanita dari segi pembahagian harta pusaka dengan menggunakan analogi kertas. Nak tahu analogi kertas itu bagaimana? Hehehehehe, beli lah dan baca lah.
  • Bab kesebelas menceritakan mengapa Allah menyuruh para malaikat dan iblis menyembah Adam sedangkan menyembah makhluk adalah perbuatan mensyirikkan Allah kisah kiblat solat yang pernah bertukar kedudukannya dahulu.
  • Bab keduabelas; menggarapkan tentang isu agama Nabi Muhammad sebelum menerima wahyu pertama pada umur 40 tahun.
  • Bab ketigabelas mengungkapkan tentang hukum hudud dalam Al-Quran dan aplikasinya dalam kehidupan semasa. 

Kedengaran skema buku ini, tetapi buku ini memang skema dan ringkas. Oleh kerana pembaca ZineSatuMalam kebanyakannya jiwa-jiwa muda, sesuai untuk mereka yang mahu mengenal dan meragui tetapi tiada basis yang kuat dalam keagamaan. 

Salah satu analogi yang saya gemar dalam buku ini adalah ajukan burung kakak tua. Kita solat tanpa memahami bacaannya dengan hanya menghafalnya, serta hanya melakukan rukuk, sujud, takbir dan lain-lain pergerakan tanpa memahami perngetian solat, dalam erti kata lain, kopipes perbuatan imam tanpa mengetahui betul atau tidak pergerakan mahu pun pengertian pembacaan dalam solat, sama saja golongan ini dengan burung kakak tua yang mengajuk perbualan manusia tetapi tidak mengerti tentang apa yang dia ajukkan itu.

Sekian, selamat membaca. (blog penulis buku: http://satuhala.blogspot.com/ )


:: Kurung Berdarah ::

2

Niya Adriane Feat Dayya Dayyana

Seusai lipatan kain yang renyuk,
nampak segak kemas dalam sebuah beg kotak,
kita tanya serupa apakah ia?
dan senyap-senyap aku jawab seperti luka jiwa.

Kain putih itu,
disimbah warna pucat darah merah
rasa kesakitan amat parah,
ditoreh, dikoyak, digunting ,

Perca-perca dalam beg kotak,
dengan kain putih sedikit-sedikit calit merah pudar,
tidak akan lagi cantik dipakai,
tidak laku lagi untuk dijual.

Kain itu, tidak lagi ada seri,
hilang suci diragut warna berduri,
dironyok, disumbat,
tanpa ada tangan lembut mengasihani ,
dilempar, dipandang sepi, sendiri.

Seperti aku--
sepi dan seorang,
luka dan terbuang,
koyak dan hina,
terluka, terluka.

Jiwa remuk redam,
dipendam bungkam,
ronyok henyak,
tiada erti,tiada hati
aku kini mati.

diam bisu .--


Review : Nyaman Si Puding Roti tulisan Cikha Sidinaali

3

Membaca 40 certot (cerita kontot) dalam Nyaman Si Puding Roti mampu membuat kita terkerisin (vocab yang aku suka dalam buku ni) sorang-sorang walaupun perut dah mula nak buat permintan lagu di bulan puasa macam ni. Aku syak kebanyakan kisah zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi comel warna-warni dalam buku yang juga bersaiz comel ini mungkin saja pengalaman penulis sendiri, Cikha Sidinaali. Boleh jadi juga cerita rekaan semata-mata tapi mampu mendekat hati pembaca dan melempar korang (terutama kaum awek) dengan mesin masa balik ke zaman cekedis dan Ding Dang melalui kisah-kisah seperti Pokok Renek Berbatang Senget Di Tepi Sawah, Skirt Kembang Warna Merah Hati, Kenapa Perut Abang Besar Buncit?, Mekap-mekap, Lari Dari Rumah, Baki Karipap Gemuk-Gemuk dan Janji Bidadara Berperut Buncit.

Pari-pari, bidadara berperut buncit dan debu-debu magik berwarna kelabu adalah sebahagian dari imaginasi tanpa batasan yang digambarkan oleh penulis dan sangat terkesan (boleh feel) di hati walaupun jalan cerita yang panjangnya cuma dalam 150 perkataan. Bagi aku, penulisan sebegini ini sangat-sangat mencabar.

Perumpamaan-perumpamaan yang digunapakai oleh penulis seperti ‘batu sebesar punggung Cikgu Bahasa Inggeris yang garang’ dan ‘putung kayu sebesar paha Malek Noor’ umpamanya memberi mood yang sinikal dan kelakar. Tak nampak terlalu berusaha untuk buat lawak tapi memang lawak selamba kata orang.

Dalam banyak-banyak cerita comel, terselit juga beberapa kisah kemanusiaan bermesej serius tapi disampaikan dengan gaya yang santai. Dia Mahu Terbang, Bodohnya Berharap Air Sungai Yang Keruh Menjadi Air Coklat Yang Boleh Diminum, Lupakan Juga Percikan Cinta Di Atas Pedati Tua, Proses Pemulihan Hati, Bukan Perempuan Biasa-Biasa, Robot Milik Bobi dan Gadis Penjual Mimpi adalah sebahagian daripada kisah yang aku maksudkan. Ia berkisar tentang harapan, impian dan rencah permainan duniawi yang penuh suka-duka.

Nyaman Si Puding Roti sangat berbaloi untuk dimiliki bagi yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Terima kasih buat Zoul Yazix kerana merekomenkan aku buku yang sangat comel ini.

review oleh: Dark Half

p/s: Kalau anda rasa stim membaca review ini dan teringin untuk membelinya sila layangkan email anda ke pemburupudingroti@yahoo.com.  


mamut

5

Nama gua Nico. Ya, macam yang dalam Warhol Superstar tu. Ya, macam yang berkolaborasi dengan Velvet Underground dalam vinyl debut mereka tu. Ya, macam kumpulan rap tanahair yang suka suruh kamu dengar mereka bercerita tu.

Gua, Nico, tengah tengok cermin. Dalam refleksi cermin gua berbelalai, bergading panjang, dan berbulu selayak hutan khatulistiwa. Eff, kaki gua pula sudah berganda maka gua terpaksa merangkak.

Langit masih meludah kuntum2 salji pada tingkap, ini dah masuk hari keempat. Hari keempat musim sejuk inaugural di Malaysia, yang dirayakan oleh semua yang liat mahu bersiram.

Mak tengah masak. Aneh, dia tak menshen apa2 pun pasal kecelaruan postur gua ni.

Gua terus rodok pintu dan melangkah keluar rumah, mengghairahi deruman cita dan cinta. Tapi baru tiga langkah dicanai, kaki gua dah dipusu rantai2 yang berlabelkan dilema.

Sempat juga gua pass kata2 puitis kepada orang salji yang tengah seringai macam Joker versi arwah Heath, sebelum gua disentap ke danjen tak berpenghujung.

by ahmad, Thursday 11 August 2011


206 Pagi

0

Dua kosong enam detik mula
Tangan diatas kekunci papan
Menghayun jari kanan ke kiri
Objek berbilah lima terus gagah
Gagah berputar tanpa hentinya
Setia untuk paksi graviti hidup

Mendung telan cerah semalam
Ambil alih tugas hari ini dan esok
Turunkan butir rahmat ke bawah
Agar langkap putaran sfera kita
Bunyi loceng bising itu berkata
Lupakan setahun yang lampau
Kembali berjuang bertahun yang datang

Ego yang lepas buang jauh keatas
Biar bersepai jatuh ke lantai, punah
Engkau punya ramai taulan
Ramai konco berpaksikan minat
Berkongsi riang dalam kau berduka
Untuk apa kau tunggu si dia
Sia sia waktu kau habiskan
Buka mata pandang dalam dalam
Insan itu layak dibakar rentung
Api yang marak berhak menelan
Kau lontarkan senyuman sinis
Untuk apa kalau dalam masih luka
Rabak sekali kau separuh nyawa
Ditinggal separa bernafas dalam gelap

Genggam tangan si cahaya kehadapan
Lukis corak indah pada kertas putih
Warnakan tona tona hidup yang baru
Lepaskan jeritan kuat lantang padu
Kau adalah aku, Ya aku yang dulu


:: Hati Jemuran ::

3

Hati itu merah,

Merah disaluti darah,
Pekat berwarna likat,
Hati itu nadi segala rasa,
Rasa sakit, derita, pahit, atau suka,

Aku belah dada,
Keluarkan hati yang panas,
Aku tinggalkan rakan baik beliau,
Hempedu serta Jantung,

Dengan hati di tangan
Yang kian membeku
Aku tanam di taman kota larangan
Aku pacakkan tanda supaya aku tidak lupa

Tinggalah jasad tanpa hati,
Aku kini tiada perasaan,
Memandang sepi , tanpa mengerti.

Satu hari nanti,
Aku pasti tiba kembali ke taman kota larangan,
Untuk mengambil hati tadi, 
Supaya aku dapat berikan rasa yang benar-benar hakiki
Bukan rasa dusta khianat dunia.

Tinggal hati, Tinggal sayang,
Disebalik jendela,
Ada gadis itu menjemur hati di ampaian.

gila


:: Persandingan ::

3

Aku dihias rapi hari ini, dress lilac pink sudah tersarung muat di tubuhku yang sedikit berisi, 
mak andam separuh yang berjantina lelaki itu, mengoles bedak, pemerah pipi, dan segala warna pelangi ceria di wajah mulus ku.Persandingan ini, diatur semuanya oleh pihak keluarga,aku sendiri tidak tahu siapa bakal suami aku.

Kawan-kawan semakin ramai membanjiri persekitaran kawasan rumah, khemah yang dipasang, hampir padat,
biasalah.
Telefon tangan berbunyi, ada pesanan masuk. Rombongan pihak lelaki sudah sampai,.

dup dap dup dap dup dap
Jantung aku umpama pelari kebangsaan, cuma nya tiada peluh-peluh yang menitik

Saat pengantin lelaki, lebih tepat sang suami masuk ke dalam bilik, aku tunduk, berat untuk mendongak.
Malu, segan semua jadi satu.
Teman-teman bercanda, saat dia menyarungkan cincin, lantas mendongak kan aku......

....................aku terpana, shaheizy sam??............................

bukkkkk....
aku jatuh katil.

*mengosok pinggul*
haih, 3 malam bermimpi yang sama, bila kah realitinya?
aku senyum sumbing menyambung tidur ku.






Lelaki dua alam.

8

Siapa tak kenal Syafiq?


Dibukanya kasut lalu bergegas ke komputer yang sudap siap sedia dipasang. Kipas yang berabuk dipasang dengan kelajuan dua. Stokin tidak dicabutkan, malahan dia terus saja melabuhkan punggung atas kerusi. Tangan mula menaip. Tersenyum.

Dalam dunia maya, dia cukup terkenal. Sebagai master blogger yang punya puluhan ribu followers, dia menjadi contoh ikutan antara blogger-blogger yang lain. Mana-mana blogger yang mahu mengecapi kepopularitian yang sama pasti akan meminta 'restu' darinya. Seolah-olah dia dewa. Ya, dia memang pujaan.

Facebook pula dibuka. Nah, lebih dahsyat! Dalam friendlist saja sudah mencecah 2000 friends. Entah siapa entah mana dia approvekan saja. Kadang dia tidak kenal pun. Ah, peduli apa dia kenal atau tidak. yang penting umum mengenalinya. Itu belum lagi wallnya yang sering dipenuhi dengan komen-komen dari laki-laki dan para perempuan yang sebenarnya dia sendiri tidak pernah bersua muka.

"Hows you day today babe?" sebagai misalan. Padahal dia sendiri tidak berbahasa inggeris. Dia hanya tahu menaip, bukan bertutur. Jika mahu cuba, dia terus gagap.

Didalam alam maya, dia artis.

Ajaib.

Sesudah online selama 5 jam, akhirnya dia sudah mengalah pada kantuk. Stoking masih tidak dibuka. Komputer dipadam lalu badan dihumban atas katil. Mata lelap.

Siapa tak kenal Syafiq?

Ya, Syafiq buncit itu? Kau tak kenal? Hisyy, dia tidak tinggi dan kulitnya gelap seperti negro.

Kau perasan di Dewan Makan? Ya, ya dia sering duduk ditepi tingkap dibelakang sekali. Sendirian tanpa siapa-siapa disisi. Kawan? Orang seperti dia mana ada kawan. Lelaki pun tidak ingin mendekatinya, apatah lagi perempuan. Jangan haraplah ada girlfriend. Kawan-kawannya hanya di dunia maya.

Dalam dunia realiti, dia sendirian.


omar

4



Cinta Omar tiada perlu prosa dari langit. Atau kesensitifan profaun yang melecetkan ketiak.
Cinta Omar hanya perlukan tangan kanan [kiri kalau kidal]. Mengeceh resah berlatar deruan air.

by ahmad, Tuesday 9 August 2011


Songsang

0

Lambat cakap memang begitu
Hati layu suram suam kuku
Nak salahkan diri sendiri tak guna
Kau kata aku, aku kata kau
Dulu kau satu, kini dua turun sudah
Yang songsang arus nya pula
Bukan silap diri nya jua
Namun sepatah kata senyap tiba
Langit biru pun gelap bertandang

Tak, kau bukan siapa siapa aku
Aku ini sepenuh masa sunyi
Si lelaki penembak tepat yang keji
Hina sebati dalam darah kotor ini
Curah segala terik pancaran suria
Menghadap tinggi yang berkuasa
Tangan diarah tadah penuh insaf
Kau berikan aku cahaya, katanya
Tarik kudrat aku sekarang juga
Empat dekad aku menanti engkau
Kini aku terus mengundur tewas


Tembak

0

Satu dua tiga empat
Tembak tepat!
Bergerak ke depan manusia
Pandang belakang jangan sekali
Biar sakit tinggal yang silam
Kau bukan kau yang dulu
Bukan manusia
Tarik picu tarik picu
Tembak tepat!

Biar simptom babi mereka serang kau
Punahkan jiwa raga songsang diri
Peduli kata cacat cela maki hamun
Persetankan lantang suara menghasut
Bingkas bangun tangan ke atas
Tarik picu lantas jerit kuat
Tembak tepat dua kali
Tembak tepat


Review : Tuhan Manusia

13

Novel hasil nukilan FT, Faisal Tehrani bukan Faizal Tahir yang berjudul Tuhan Manusia terbitan Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd yang setebal 340 muka surat ini berkisar tentang isu pluralisme yang digarapkan dalam pemerhatian seorang remaja tingkatan lima yang mencari kebenaran dalam kemelut keluarga di mana abangnya telah murtad. Pada hemat saya, ia sesuai untuk dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui apa itu pluralisme dan mereka yang terkinja-kinja mengikut 'trend' menyingkirkan agama dalam kehidupan tanpa menyelidiki dahulu apa itu agama.

Setiap bab di dalam Tuhan Manusia dimulakan dengan;
" ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama. "
Ali Taqi dan keluarganya menghadapi kemelut murtad abangnya yang menimbulkan turut kegemparan di persada berita negara di mana dia hilang seorang abang yang dikatakan terpengaruh dengan pluralisme agama di mana ia menyamakan semua agama dengan menganggap semua agama adalah betul.

Dalam perjalanannya mencari apa itu pluralisme, bagaimana pluralisme berlaku dan mengapa ia berlaku, Ali Taqi mengharungi detik-detik perbualan yang mencerahkan mindanya termasuk perbualannya dengan seorang pemandu teksi yang dilihat secara luarannya rendah ilmu nya akan tetapi pemandu teksi itu umpama perpustakaan isu semasa bagi Ali Taqi. Jelas menunjukkan yang pekerjaan tidak melambangkan ketinggian ilmu tetapi sebaliknya pengalaman yang diraih membentuk sebuah ensiklopedia diri.

Pluralisme ditolak dalam saduran agama berikutan taktiknya yang menyamakan agama sedangkan ikan ialah ikan, tidak logik untuk menghujah ikan juga bukan ikan. Seperti huraian dalam buku ini saya petikkan;
" Bagaimana kita nak menerima yang Islam itu memperakukan keEsaan Allah dan dalam masa yang sama memperakukan pula agama Kristian yang menerima teologi triniti iaitu adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Dua perkara yang bertentangan tidak boleh diterima. "
Buku ini lebih kepada perdebatan di antara mereka dalam mencernakan isu pluralisme agama yang berbuah-buah daripada sebuah pokok yang ranum. Bagi pluralis, mereka menganggap agama cumalah garis panduan dalam memenuhi keperluan kehidupan dalam erti kata lain, agama berfungsi sebagai produk budaya manusia. Jadi, pluralis berhempas pulas menanam idea bahawa semua agama itu sama, dan semua orang boleh bersatu di bawah fahaman pluralisme.

Memetik lagi ayat hujah dalam buku ini;
" John Hick mengatakan agama adalah jalan yang berbeza-beza, untuk menuju jalan yang sama. John Hick selalu memetik kata-kata Maulana Rumi( Jalaludin Rumi ) : The lamps are different but the light is the same, it comes from beyond. Tapi awak perlu tahu, ya, benar semua memberi cahaya, ada yang cahaya kelam, ada cahaya suram, ada cahaya benderang... awak harus ingat lampu Islam yang memancarkan cahaya adalah cahaya yang terang benderang sehingga cahaya itu dapat dijadikan pedoman yang lurus ketika menelusuri dunia yang gelita ini. "
Zehra, rakan sekelas Ali Taqi yang berfikiran pluralisme hasil sentalan ayahnya yang merupakan pendukung pluralisme dan juga seorang peguam yang dianggap oleh Ali Taqi sebagai pembawa kemurtadan abangnya, acap kali berdebat mengenai isu tersebut sedang persekitaran mereka masih tidur akan tusukan halus yang mulai menggamit masyarakat. Hasil usaha Ali Taqi dan rakan-rakannya yang lain dalam menjayakan sebuah dialog di antara bapa Zehra, Encik Aris Iskandar dan Profesor Mahfuz di sekolah mereka menggamit suasana di mana hujah-hujah Encik Aris Iskandar meluapkan kemarahan anak muda yang sayangkan Islam.

Antara hujah Encik Aris Iskandar adalah seperti;
" Kita perlu melepaskan agama yang kita fahami hari ini baik agama Hindu, Kristian, Yahudi, Islam, Buddha, Shinto dan sebagainya. Dua faham baru yang lebih waras dan elok kita pertengahkan ialah cumulative traditions dan faith. Yang pertama ialah kumpulan budaya, tradisi, mitos dalam agama.. macam siapakah yang menyalib Jesus dan kemudian kisah Nabi naik ke langit, semua itu kita cantumkan menjadi kumpulan mitos atau tradisi... "
Arwah ibunya menginginkan Ali Taqi menjadi seorang ulul albab yang bermaksud sekumpulan manusia yang memperolehi hikmah dan pengetahuan daripada Allah S.W.T di mana mereka merupakan pemikir yang mendapat pelajaran dan dapat membuat keputusan untuk insan lain mengenai kehidupan ini yang bukan sahaja intelektual tetapi Islamologis.

Ada eloknya buku ini menjadi salah satu koleksi dalam rak buku kalian selain daripada buku fiksyen lain, bila mana fisyen islamis  seperti ini kurang penghasilannya di kalangan penulis. Ia digarap dengan baik, lancar dan mencerahkan cuma, bagi sesiapa yang mudah tertidur ketika ceramah agama, mungkin mudah juga membiarkan buku ini menutup muka pembaca yang terlelap. Ada bibit-bibit percintaan tak kesampaian di antara Zehra dan Ali Taqi, di mana Zehra menyukai pemikiran Ali Taqi yang kritis dan kinetikal walau pun berdiri di paksi yang ketara berbeda di antara keduanya.

Kembali kepada jalan cerita, Ali Taqi akhirnya menanyakan sebuah soalan kepada Encik Aris Iskandar ketika sesi soal jawab dibuka, yang menyebabkan Encik Aris Iskandar tergamam, soalan itu adalah, jeng jeng jeng, miliki lah ia untuk mengetahui selanjutnya tentang perkaitan di antara Encik Aris Iskandar dan ibu bapa Ahli Taqi yang menyebabkan Encik Aris Iskandar menyesal membiarkan Talha, abang Ali Taqi murtad.

Dalam sebuah plot kecil yang lain, rakan sepermainan Ali Taqi yang berketurunan Siam memeluk Islam. Taqi gembira dengan beranggapan dia adalah pengganti kepada kehilangan yang berlaku dalam keluarganya. Tse, cuak untuk memberitahu keluarganya lalu meminta tolong bapa Ali Taqi untuk menyampaikan pengislaman Tse. Ibu bapa Tse menerima khabar itu dengan baik memandangkan keperibadian bapa Ali Taqi yang amat mereka hormati, walau dia kehilangan anak sekali pun, tidak menyebabkan dia untuk membalas perkara yang sama terhadap Tse sebaliknya menolong Tse kembali kepada keluarganya dengan baik.

Pengakhiran cerita menggarapkan kehidupan Ali Taqi yang sudah berkeluarga dan digelar profesor. Akhir kata, membaca jambatan ilmu.

In by Anonymous, Saturday 6 August 2011


Post navigation