mamut

Nama gua Nico. Ya, macam yang dalam Warhol Superstar tu. Ya, macam yang berkolaborasi dengan Velvet Underground dalam vinyl debut mereka tu. Ya, macam kumpulan rap tanahair yang suka suruh kamu dengar mereka bercerita tu.

Gua, Nico, tengah tengok cermin. Dalam refleksi cermin gua berbelalai, bergading panjang, dan berbulu selayak hutan khatulistiwa. Eff, kaki gua pula sudah berganda maka gua terpaksa merangkak.

Langit masih meludah kuntum2 salji pada tingkap, ini dah masuk hari keempat. Hari keempat musim sejuk inaugural di Malaysia, yang dirayakan oleh semua yang liat mahu bersiram.

Mak tengah masak. Aneh, dia tak menshen apa2 pun pasal kecelaruan postur gua ni.

Gua terus rodok pintu dan melangkah keluar rumah, mengghairahi deruman cita dan cinta. Tapi baru tiga langkah dicanai, kaki gua dah dipusu rantai2 yang berlabelkan dilema.

Sempat juga gua pass kata2 puitis kepada orang salji yang tengah seringai macam Joker versi arwah Heath, sebelum gua disentap ke danjen tak berpenghujung.


5 Responses to mamut

lavender harum wangi said...

Apa yang dapat aku simpulkan adalah, Nico ni gay. Kbai.

Dark Half said...

aku andaikan nico itu adalah mamut.sila verifai.
tapi cerita ni gila stail

nasyrun said...

lavender - haha mungkin juga. tiada siapa yang tahu kecenderungan seksual nico kecuali dirinya sendiri

dark - nico masih adalah manusia. bayangan gajah mamut tu adalah personifikasi golongan yang dah pupus@tua

lavender harum wangi said...

gay yang limited edition sebab nak pupus. kahkahkah

nasyrun said...

hahahha ya begitulah nico