tentang ZSM

ZSM merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bermacam macam jenis orang. Antaranya penulis, pelukis, pemuzik, penyajak, dan penyangak. Kami bukan sebuah group formal, tetapi lebih kepada satu bulatan persahabatan. Anda dialu-alukan untuk bersahabat dengan kami dan janganlah rasa segan atau malu kerana kami lebih mesra dari seekor chihuahua.

Bermula dengan membikin zine PDF yang boleh dimuat turun secara percuma, kemudian mencetak zine zine tersebut untuk dijual di pasar pasar buku alternatif, hari ini kami aktif mengadakan acara baca puisi secara santai yang dinamakan Puisi Satu Petang. PSP telah pun dijalankan hampir di semua negeri dalam Malaysia dengan bantuan kawan kawan yang kool dan sporting.

Kami juga bergerak konon kononya sebagai sebuah keluarga, lalu beberapa aktiviti sampingan juga sering kami lakukan bersama, misalnya pergi mandi sungai, lepak makan, konvoi pergi jalan jalan, berbuka puasa bersama dan banyak lagi aktiviti lain termasuklah aktiviti berbahaya seperti bermain mercun dan bunga api.

Kalau ditanya apa yang kami mahu, jawapannya kami cuma mahu have fun. 


Post navigation