Archive for June 2012

Muat muat.

0

Kau di sana.
Aku di sini.
Laluan kita berbeda.

Tangan tak lepas.
Semakin jauh semakin erat.

Acap kali tersadung.
Sudah lali terjatuh.
Bila sudah terpaut.
Pasti ada yang menyambut.

Aku takkan berhenti.
Sampai kau tiba destinasi.
Walau luntur warna pelangi.

Sebab impian akan mati.
Tanpa kau sebagai imunisasi.




Lemas

0

Disaat aku berteleku
Sambil memegang batu bernama
Menyedekahkan surah kepadanya
Aku seperti duduk di atas sampan bocor
Perlahan-lahan air memenuhi ruang yang ada
Sedikit demi sedikit
Menenggelamkan kakiku, pehaku, pinggangku
Tangan masih memegang batu bernama
Air mula menyetuh dadaku, bahuku, tengkukku
Akhirnya aku lemas
Lemas dalam air mataku sendiri


Adalah Cahaya

0


Dari dingin tulang hitam

Hujan yang mengeliat panjang
Angin yang meleburkan bunga
Adalah cahaya
Seperti ruang kamar kesenyapan
dihunus bilah belati
Meliar setelah wanginya pergi.

Lepaskan aku merintih
Membeli masa-Mu.

Biarkan aku cium kening-Mu
Seakan perawan lagi.


Zine Lelaki A

5

Pada zaman dahulu, tak ada dahulu sangatlah, mungkin awal 90an, ada seorang lelaki bernama A yang bukanlah siapa-siapa pada siapa-siapa. Betul-betul nobody. A suka menulis. Walaupun sampah, beliau tulis dan tulis juga. Tak pernah berhenti. Itu saja kemahiran yang beliau ada.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, A teringin nak bikin zine. Dia buat zine bukan nak duit sangat, sekadar nak bagi orang tahu apa yang dia tulis dalam tulisan dia, nak kongsikan apa dia rasa dan fikir dengan semua orang, nak bagi tulisan pergi jauh katanya. Bukan A tak tahu berblog; satu medium pantas, mudah, murah dan meluas untuk menulis, tetapi memang dia tidak tahu. Tak pernah dengar.

Jadi bermulalah misi A untuk membikin zine solo dan pertamanya. Disebabkan A cuma tahu menulis guna pen atas kertas sahaja, A salin balik semua tulisan karyanya yang dah ada dalam buku latihan sekolah ke atas helaian kertas-kertas kosong A4. Untuk kulit kaver dan grafik-grafik menyerikan zinenya, A guna kaedah mudah gunting dan tampal. A tak tahu photoshop. Gunting gambar apa-apa dekat surat khabar lama yang macam menarik, tampal dekat zine dia. Siap. Ada bekas-bekas gam yang comot, tapi mesti tak nampak bila dah fotostat. Maka bergeraklah A berjalan kaki bersama deru-deru angin yang mengibas helaian rambutnya ke kedai fotostat Ah Hong. Hatta, A pun cetaklah zine dia. Adalah dalam 30 naskah. Hitam dan putih, tanpa warna. Kalau cetakan berwarna lagi mahal, duit tabung A tak mampu tanggung.

Lepas semua urusan cetak mencetak bayar-membayar tawar-menawar dekat kedai Ah Hong selesai, duduklah A menjual zine di tepi jalan yang dia rasa ramai orang lalu-lalang, sambil baca kuat-kuat tulisan dalam zinenya. A tak rasa malu langsung. Apa dia tulis, dia baca dengan penuh perasaan. Kadang-kadang menjerit-jerit.

Hari pertama, orang tak kisah langsung pasal A dan zinenya. Tak kisah, tak perasan dan tak beli. Semua orang lalu buat tak tahu macam dia beg plastik tepi jalan. Siap ada yang terlanggar lagi. Tersungkur A jatuh.

Hari kedua, adalah seorang budak perempuan 8 tahun yang duduk tengok si A berpuisi sambil makan lolipop. Peminat pertama mungkin. A segan juga, tapi dia teruskan membaca zinenya bahkan lebih bersemangat.

Hari ketiga, budak perempuan semalam tu datang lagi bawa member dia, juga perempuan, tengok si A bercerita/ berpuisi. Dah ada dua orang peminat, bisik hati si A.

Hari keempat, budak perempuan tu bawak mak dia pulak. Risau A. Risau pertama, mak budak ni mesti nak bantai dia. Risau kedua, mak budak ni mungkin sukakan dia. Mak budak ni boleh tahan ayunya. Tapi itu lebih kepada perasan sendiri. Risau pertama lebih releven. Tiba-tiba, budak perempuan tu buka mulut, "Mak, adik nak buku orang tu jual. Belikan boleh?". Punya terkejut si A. Risaunya musnah, ganti perasaan teruja. Bukan main hepi lagi. Walaupun sekadar budak, tapi budak tu akan baca zine tulisan dia. Wow!

Hari-hari seterusnya A makin galak berpuisi sambil menjaja zinenya. Makin hari-makin ramai yang berkerumun. Makin ramai berkerumun makin ramai yang membeli. A terpaksa mencetak lagi 30 naskah. Dan 30 naskah. Dan bernaskah-naskah. Orang ramai sukakan tulisan A. Mereka terhibur dengan A. Puisi A dekat di hati mereka. Tepukan paling gemuruh dihadiahkan sebaik sahaja A selesai berpuisi. A akhirnya menjadi seseorang pada semua orang.

***
Hari ini hari Sabtu. Sarah, budak perempuan lapan tahun yang sukakan lolipop berjalan keluar dari rumah, berpimpin tangan dengan emaknya. Hari ini mereka berdua nak menghabiskan waktu petang yang bagus-bagus sahaja suasananya dengan sesuatu yang istimewa. Sesampai mereka sampai di tepi sebuah jalan, manusia-manusia dah pun mula bersemut. Masing-masing memegang senaskah zine di tangan. Lelaki dan perempuan. Tua dan muda. Melayu dan Cina. Hindu dan Kristian. Sarah dan emaknya berhimpit mencelah masuk ke dalam himpunan orang ramai. Dahulu, dalam beberapa bulan yang lepas, ada seorang lelaki yang menjaja zine tulisannya sambil berpuisi di sini. Sarah ialah pembeli pertamanya. Sekarang lelaki itu dah lama hilang. Tak tahu mengapa dan bagaimana. Sarah dengar khabar lelaki itu jatuh sakit dan meninggal. Entah betul entah tidak. Tak pasti.

Hari ini hari Sabtu, dan biasanya setiap hari Sabtu orang ramai di kawasan itu akan berhimpun di tepi jalan yang sama, bergilir-gilir membaca puisi dan tulisan yang tercoret di dalam senaskah zine yang dimiliki mereka semua. Zine lelaki A.


Zine Sijil Pelajaran Kerat genre Kemahiran Hidup

0

Sejahtera pembaca-pembaca Zine Satu Malam, ini adalah zine yang dihasilkan di bawah Kerat Studio yang akan menghasilkan genre lain juga, genre yang pertama adalah subjek Kemahiran Hidup yang membawa sebahagian tema transgresif serta kemanusiaan.


Apakah yang terkandung dalam zine ini?
Terdapat 60 soalan yang dituliskan sepanjang kispen (1000++ patah perkataan) atau sependek certot (300++ patah perkataan) berkenaan kelangsungan hidup atau pilihan-pilihan dalam kehidupan serta fiksyen semata-mata. Janganlah dipercayai isinya walau perkataan fiksyen itu mengaburi kenyataan sebenar yang berlaku dalam kehidupan. Dari perihal perhubungan sesama manusia, kecelakaan yang menimpa diri dan realiti yang diadaptasi menjadi fiksyen, barangkali 1 jam tidak akan cukup untuk menjawab soalan-soalan di dalam ini. Ada 70 muka surat bercetak yang boleh kalian cuba untuk jawab dalam masa satu hari tiga puluh minit.

Berapakah harganya?
Harganya cumalah RM  5 sahaja. Murah? Hanya berkulitkan kertas glossy dan berintikan kertas putih 70 gsm.

Bagaimana hendak mendapatkan zine ini?
Hari ini (23 Jun 2012) ia tengah dijual di Pesta Buku Alternatif (KLAB) dan esok (24 Jun 2012) di tempat yang sama (Annexe Gallery, Pasar Seni, Kuala Lumpur) dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Jauh dari tempat anda? Boleh belikan ia secara talian di sini.

Siapa yang terlibat dalam zine ini?
Siapa yang terlibat itu tidak penting, yang penting adalah tulisan yang berkualiti, bukan? Dan saya sebagai penyelenggara zine itu (yang menyatukan kesemua soalan di dalam zine) amat pasti yang tidak rugi anda menghabiskan RM 5 untuk mendapatkan zine ini.

Saya tetap nak tahu contoh isi di dalam zine ini, tak cukup lagi jaminan anda itu untuk mengatakan zine ini bagus.
Baik, saya sertakan contohnya supaya anda yakin untuk membelinya.

[nombor soalan, tulisan ZY]
Dalam soalan ini kau adalah seorang lelaki miskin yang hanya mempunyai sebuah motor Honda EX5 sebagai harta. Suatu hari hidup kau tiba-tiba kelam apabila pemilik rusuk kiri kau yang hilang (menurut kepercayaan kau) tiba-tiba menulis sepucuk surat yang mengandungi sehelai kertas kajang dan sepucuk pistol berisi sebiji peluru. Pada kertas kajang tersebut tertulis,
"Ahad yang lepas sewaktu kau mengikuti rombongan kelab kapcai aku telah menduakan kau apabila membenarkan tubuhku disentuh adik lelakimu yang tiba-tiba merangkak naik ke kamar tidur kita mengungkapkan kata cinta. Disebabkan tidak dapat menahan rasa bersalah, aku serahkan pistol dengan sebiji peluru ini untuk kau tentukan sendiri, mahu menghukum aku atau adikmu. Pilihlah salah seorang daripada kami supaya aku tidak terus hidup terseksa dek rasa bersalah ini."
Lalu kau pun terpaksa memilih untuk membuat pilihan
A. Menembak isteri yang telah curang dan terus hidup bersama seorang adik kaki sailang
B. Menembak adik yang telah menodai isteri mu dan menganggap kejadian tersebut sebagai mimpi basah yang cukup ngeri
C. Menembak kepala sendiri kerana menganggap perkara yang telah berlaku sangat keji lalu mengambil keputusan untuk menurut kata-kata Professor Hubert J. Farnsworth – “I don't want to live on this planet anymore”
D. Menyerahkan pistol tersebut kepada polis dan membiarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang undang kepada isteri atas kesalahan memiliki senjata api secara haram


Sekian, 
LA


kisah hutan yang punya cinta

0

di balik rimbunan dedaun hijau,
di pohon kering yang satu,
terlihat daku sepasang,
sepasang,
sepasang merpati sedang berkhalwat,
nampaknya indah,
manis,
itu semua cinta,
cinta yang bisa buat mereka begitu,
cinta yang rabunkan mata mereka,
yang pahit nampak manis,
yang buruk nampak cantik.

sementara aku,
aku si gagak hitam,
berkulit hitam,
berhati hitam,
berbibir hitam,
gagak hitam yang memburu bangkai,
bangkai sebagai hidangan,
hitam itu kadang buat aku rasa hina,
bangkai busuk,
aku enggak punya rasa cinta,
enggak punya rasa apa apa.

pernah jua aku jatuh hati pada si merak,
namun,
itu impian yang ngeri,
saat itu,
aku lupa,
mana bisa mutiara ku beli dengan sekeping syiling,
sama juga seperti merak,
dengan rupa yang cantik,
mana bisa ku tawan dengan kulit hitam ku,
apa bisa nanti dia makan malam bersajikan bangkai.

kadang dunia itu lebih indah bila kita tutup mata kita,
bila imaginasi mengatasi segalanya,
tapi bila di alam nyata,
jiwa merana,
meronta ronta.


Sia-sia

0

Tiap hari tiap malam aku mencari alasan
Alasan untuk berhenti
Untuk lupa
Walau tak mampu, aku cuba
Dan malam ini atau mungkin sudah kira, pagi ini
Aku temui jawapan
Temui alasan
Walau tak kukuh walau tak solid
Aku tahu, ini sudah memadai

Kau,
Sia-sia!

by Thursday 21 June 2012


Kekejaman alam

0

Aku melabuh di ceruk sana
Menanti dengan kesabaran
Atas kepastian yang tiada

Tangisan sepenuhnya dihayati hati
Aku berdoa kepada yang Esa
Mohon pengampunan dariNya

Sayup sayup kedengaran bunyi
Segera tertancap dek telinga
Hilang keresahan kemudiannya

Aku menanti lagi
Waktu berlalu tanpa ku sedari
Kekejaman alam memamah usia

Peluh menitik saingi air mata
Harapan putus setelah sekiannya
Redha dengan ketentuan Ilahi

Cahaya menembus tiba tiba
Lantas berdiri menutup mata
Hati gembira tidak terkata

Suara lembut menusuk
Bertanya soalan menyedihkan hati
“Lama dah, stuck dalam lift?”

by Shafa Eman, Tuesday 19 June 2012


Monolog Dalaman by Ariff Masrom

0




Tajuk : Monolog Dalaman
Genre: Koleksi puisi dan cerpen
Harga: RM5 (By hand) + RM5 (Pos)

Ini ialah zine yang merupakan koleksi puisi, cerpen dan catatan yang saya tulis sendiri yang mana sebahagian daripadanya boleh didapati di blog saya dan ada yang daripada simpanan saya sendiri. Semua puisi yang ada dalam zine ini adalah luahan rasa saya yang saya rasa dengan menulis ia seperti satu medium yang sempurna dan sesuai untuk saya berkongsi apa yang saya rasa dengan mereka yang membaca tulisan saya. Mungkin dengan cara begini, mereka dapat kongsi apa yang saya rasa, saya lihat dan saya dengar.

Kepada yang berminat untuk membeli zine ini, boleh hubungi saya di

Twitter: @ariffmasrom
Facebook: Ariff Masrom
E-mail: ariffmasrom@gmail.com

Pembayaran boleh dilakukan dengan masukkan duit pembayaran ke akaun,

Nama: Mohd Ariff Bin Md Masrom
No. Akaun: 05110017393524 ( CIMB )

Sila sertakan bukti pembayaran berserta,

1. Nama.
2. Alamat rumah.
3. No. Telefon (untuk pertanyaan)

Ini untuk memudahkan proses penghantaran. Terima kasih.


Saki baki duniawi.

0

Terkongkong.
Selepas dikongkong.
Ditinggal di terowong.
Kerana menyokong.
Makhluk tak bersarong.
Bersuara pakai corong.
Terpekik melolong.

Ada nampak satu lorong.
Serpih kaca sebagai pemotong.
Lantas memacu tanpa serong.
Menegakkan segala yang condong.
Menumbangkan mereka yang sombong.
Membina empayar bebas pembohong.


Kadangkala

2

Adakala
Berdiri di situ
Membuka mata
Membuka minda

Adakala
Berdiri di sini
Mematikan fizikal
Mematikan rohani

Adakala
Berdiri di tengah
Menyedarkan akal
Menyedarkan hati

Kadangkala
Sayang diri
Perlu ada
Perlu cipta

by Shafa Eman, Saturday 16 June 2012


aku yang tak percaya cinta

2

gadis itu,
cantik,
rupawan,
dengan selendang ikatan menawan,
cuba menarik perhatian satria zaman,
dengan kemanisan senyuman.

andai bisa ku miliki,
tapi,
malang,
seribu kali sayang,
bila hati mahu rapat,
akal kata jangan dekat.

tapi hati juga kuturuti,
hiraukan akal kali ini,
lalu ku ambil pena dan sehelai kertas,
untuk kurangka puisi dari hati,
agar hatinya dapat ku curi.

jauh,jauh,jauh,
dilubuk hati si imaginasi,
terlakar satu lukisan ngeri,
cinta impian tak diterima sama sekali.

kerna dek imaginasi tadi,
kisah cinta cuba ku jauhi,
jadi manusia yang tak percaya cinta lagi,
bebaskan diri,
merdekakan diri,
dari di jajah si cinta hati.


Popkon : Koleksi Puisi Sallehrazak

0




Popkon : Koleksi Puisi Sallehrazak
Jenis : Zine
Genre : Puisi
Bil. Halaman : 80
Harga : RM10 (By hand) + RM2 (Pos)

Inspirasi :
Helaian lapan puluh mukasurat ini dihasilkan daripada idea seorang wanita dan beberapa wanita yang lain. Dari kaca mata seorang lelaki dan beberapa lelaki yang lain. Bahasa ringan yang diharap mampu dihadam selain berlumba-lumba menjadi pop dan kegilaan ramai. Diterbitkan dalam lebih kurang satu bulan akibat tempoh renggan selama sebulan. Satu bulan selepas, maka terbitlah Popkon, sebuah koleksi sallehrazak.

Bakal dicetak dengan terhad
Emel ke sallehrazak90 [at] gmail [dot] com untuk membuat tempahan.

Atau

Tweet saya di @xallehrazax

*************************************

Cara membuat pembelian :

1. Masukkan RM 12 (harga ini termasuk kos pos RM2) ke akaun berikut:
Nama: Sallehudin bin Abd Razak
No Akaun : 01160003126206 (CIMB)

*Pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat kerana baki tidak akan dikembalikan.

2. Lampirkan bukti pembayaran ke sallehrazak90@gmail.com (Wajib).

3. Sila nyatakan "Pembelian zine #popkon " sebagai tajuk emel,
nama penuh, alamat dan no telefon untuk dihubungi.


Jiwa-Jiwa Kecil

0


jiwa-jiwa kecil
terbang dengan sayap besar
cuba mengawal dunia
sendiri
binasa
jika tiga menjadi satu
tidak gusar
kerana tiga itu famili
sentiasa ada
bersama menghadapi
namun alami
sebagai jiwa
yang kecil lagi kerdil
pasti ada
jiwa lain
cemburu dengki
cuba memusnah
famili yang menduduki rumah
tidak mengapa
kerna
ke mana jua
jiwa-jiwa kecil masih tetap famili


Makhluk Biru Turkois

3

sesampainya di hadapan kedai yasmeen nasi kandar, dua orang mamak tempoh hari datang sambut aku dengan senyuman paling manis dalam hidup mereka, mungkin. salah seorang mamak siap tolong tanggalkan helmet aku. berdebar juga aku dengan perangai mamak dua orang ni. aku pesan, jangan cuba reka cerita-cerita tahyul lagi. mereka cuma mengangguk. belum sempat cari tempat duduk, mamak tu dah tolong tarik kerusi dan hidang teh o ais. tak sampai 30 seken, nasi dah ada depan muka dengan lauk serupa gunung. ah, sudah! belum oder lagi, aku cakap. mamak tu kata, bawa bertenang dan makan. memandangkan aku memang sudah lapar benar, aku terus makan tanpa banyak soal.

sambil-sambil makan, aku tinjau suasana kedai mamak tu. memang ramai orang waktu tengahari macam ni. yang sedapnya, makwe pun ramai. semuanya jenis dahi lincin belaka, alahai. aku syak, makwe-makwe ni semua budak universiti berhampiran. ala, universiti yang namanya sama dengan nama bas tu. maklumlah bawah satu naungan. tengah sedap layan nasi kandar dan layan usya makwe, tiba-tiba seorang pak cik bermisai tebal di meja bersebelahan marah-marah serta meninggikan suara. dia cakap, meniaga apa macam ini kalau lambat cuci meja dan ambil pesanan. proses menyuap nasi ke mulut aku jadi sedikit terganggu. kenapa langsi sangat pak cik misai tebal ni? dah tua-tua ni kena banyak bersabar. aku renung pak cik tersebut dalam-dalam. dua orang mamak tadi kalut-kalut datang dan minta aku bersabar. ah, kenapa aku pula yang kena bersabar? sepatutnya, pak cik bermisai tu.

lepas habis makan, macam biasa aku akan bakar sebatang rokok. sedut nikotin selepas makan ibarat suatu nikmat dunia yang tidak terhingga. makwe-makwe berdahi licin tadi ramai yang dah bangun bayar dan keluar dari kedai. aku juga berkira-kira mahu bangun, bayar dan bergerak keluar. sampai di kaunter, aku disambut oleh sebuah senyuman  dari tauke yasmeen. kenapa dengan mamak-mamak yasmeen hari ni? aku terus hulur sepuluh ringgit, memandangkan lauk dalam pinggan aku tadi agak menggunung. tauke yasmeen tu cepat-cepat menolak. dia cakap tak payah bayar, dia belanja. hoi, dunia mahu kiamat kah? jarang benar kedai mamak mahu belanja orang makan. lepas tu dia cakap lagi, anytime nak makan datang ja, dan setiap dua puluh tujuh hari bulan, dia akan bayar wang perlindungan. apahal? aku malas nak tanya lebih-lebih. sebelum aku beredar, tauke yasmeen tu sempat melontarkan pujian. katanya, makhluk biru turkois dengan badan yang besar berketul tu comel dan nampak seksi. malas aku nak layan karenah mamak-mamak ni semua. asyik bercakap benda-benda tahyul saja.

walaubagaimanapun, aku dicengkam rasa hairan. sangat hairan. pelik benar perangai mamak-mamak tersebut hari ni. dan apa kaitannya aku dengan makhluk biru turkois berbadan besar tersebut? makhluk apakah itu? hulk? jangan nak mengarut. persoalan demi persoalan terus menerjah kotak fikiran sehinggalah ianya ditamatkan oleh sebuah panggilan telefon dari seorang teman, mengadu perihal di-rip off oleh sebuah syarikat percetakan buku indie. sebelum beredar, aku sempat pusing-pusing sekitar pekan arau, melihat kelibat makwe-makwe berdahi licin.



Tangan

0

Tolong jangan paksa aku lepas tangan itu.

Jangan!


Tolong jangan paksa aku gigit tangan yang memberi aku makan.
Jangan!


Tolong jangan paksa aku pilih antara tangan ini dengan tangan itu.
Jangan!




Aku tetap pilih tangan itu. 
Tangan kepercayaan yang penuh untuk aku.

by Ara Drew,


terus

0

lurus saja.
te-rus.


tak perlu pada bunga atau
surat bertempek bedak yang letaknya bawah meja bilik darjah
yang wanginya
hingga menusuk otak tahap tertinggi.
Itu aku kira sejenis shaitan yang mencucuk rongga hidung.

tak perlu pada emel yang terkadang
muncul baris kata Mailer Demon.
Demon itu Shaitan bukan?
Ahh Shaitan lagi.

(Shaitan di mana-mana mengganggu kita)

tak perlu pada

ahh sudah. sampai sini, tak perlu lagi aku bermain kata.
terus saja --- aku rindu kan kamu! aku cinta kan kamu!

ops, bukan, bukan di sini.
terus kau buktikan pada ayah bonda.
terus ya?

hihihihi.


0


bibir dia tersenyum.
riak sengih dia ketawa
dia ingin dunia tahu 
dia sedang meraikan bahagia.
cuma dia kalah
mata dia tak mampu mengia



by zoul yazix,


Dia datang.

0

Ada yang pegang belon di luar.
Berwarna warni.
Menari nari.
Siapa dia.

Baunya wangi.
Mukanya terlindung.
Menyanyi merdu.
Siapa dia.

Itu bahagia.
Dia kembali.
Mimpi menjadi pasti.


Bibir sudah berkarat.
Kau hadir membaja senyuman.
Terima kasih.



Stimulasi atau Metamorfosis

4


panas betul tengahari ni. tekak rasa kering, perut rasa lapar benar. kelopak mata pula rasa berat semacam ada beban yang menekannya turun. menunggang motosikal dalam kondisi ini boleh mengundang kecelakaan. aku buat brek kecemasan apabila melintas di depan kedai mamak. kurang dari tiga puluh seken, aku sudah berada dalam kedai mamak tersebut.

tanpa berlengah, aku menuju ke bahagian nasi dan lauk. astaga! ramai sangat pelanggan sedang beratur. barisan yang terhasil melimpah keluar dari dalam kedai sampai ke blok bangunan bersebelahan dan kini aku berada paling belakang dalam barisan. benar kata orang, penantian adalah suatu penyiksaan. aku sempat tumbuk dinding tanda protes sebelum pandangan jadi gelap secara total.

sedar-sedar, aku nampak kedai mamak itu lengang. ah, ini situasi yang jarang terjadi di sebuah kedai mamak. mana pergi semua pelanggan? keadaan kedai juga nampak berselerak dan agak huru-hara. seorang mamak datang memberi penjelasan. dia cakap, tadi aku pengsan sebelum berstimulasi menjadi makhluk yang besar berwarna biru turkois. seorang lagi mamak datang mencelah dan cuba membetulkan penjelasan kawannya. dia cakap, tadi aku bermetamorfosis menjadi hulk versi biru turkois dan makan semua pelanggan yang sedang beratur. yasmeen arau jadi kecoh gara-gara aku, katanya.

aku tarik nafas dalam-dalam sebelum menampar kedua-dua orang mamak tersebut. kenapa syirik sangat penjelasan mereka? hulk versi biru turkois? mengarut betul. lagi pun, mana ada hulk makan orang. pekan arau terasa sunyi sekali. selepas mengalihkan kerusi dan meja yang berselerak, aku melangkah keluar dari kedai mamak itu. oh ya, sebelum itu aku sempat pekena nasi kandar beserta teh o ais dengan harga lapan ringgit dua puluh sen. tengahari yang aneh, kata mereka. kata aku, biasa lah tu harga kedai mamak. 

dua orang mamak tadi sengaja bikin aku panas. aku masuk ke pasaraya c-mart bagi meredakan kepanasan. sedap juga pekena udara sejuk pendingin hawa dengan perut kenyang begini.


KEGEMARAN

0


Seperti kertas dan pena
Yang berubah indah di tanganmu
Aku inginnya jadi mata
Lalu mudah menjadikan aku
Kegemaranmu
Dan tak memandang sesiapa selain aku
Cuma menjaga aku dalam hasratmu.








Cerita tentang buku : P. Ramlee Yang Saya Kenal.

0

Tajuk: P Ramlee Yang Saya Kenal 
Penulis: Yusnor Ef 
Penerbit: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. 
Tahun: 2000 
ISBN: 967-978-752-4


Buku ini bagi aku adalah buku mengenai P. Ramlee yang paling menarik pernah aku baca selepas Bapaku P. Ramlee oleh Nasir P. Ramlee dan buku Sepanjang Riwayatku terbitan Arkib Negara Malaysia yang banyak memuatkan foto foto P. Ramlee. Buku P. Ramlee Yang Saya Kenal ini ditulis oleh Yusnor Ef, seorang cikgu yang meminta P. Ramlee mengajarnya menulis skrip filem. Awal perkenalan penulis dan P. Ramlee, dia terpaksa menunggu sampai jam 12 tengah malam untuk belajar dengan P. Ramlee di rumah, kerana biasanya P. Ramlee pulang lewat daripada studio. Sampai lah jam 2 atau 3 pagi mereka belajar, dan P. Ramlee sentiasa bersedia untuk mencurahkan segala ilmu yang ada padanya. 

Ditulis oleh seorang murid mengenai gurunya, Yusnor sering menceritakan bagaimana P. Ramlee memperoleh idea ideanya yang kebanyakannya datang secara spontan seperti tajuk skrip Syaitan Ke Syurga yang tiba tiba terpacul daripada mulut P. Ramlee sewaktu mereka berdua sedang menyiapkan skrip tersebut. Malangnya skrip ini menjadi milik Dhiresh Gosh yang kemudiannya menjadikannya filem dengan tajuk Dajal Suchi. Malah ada juga diceritakan bagaiman P. Ramlee tergesa gesa naik ke atas dan tidak lama kemudian terus menuju ke pianonya memainkan beberapa rangkap lagu. Katanya waktu berak tadi dia dapat ilham. Malah nama pena penulis Yusnor Ef juga P. Ramlee yang berikan padanya, nama asal penulis adalah  Mohd Nor bin Mohd Yusofe.

Penulis juga ada menyelitkan sedikit cerita mengenai ilmu batin P. Ramlee, sepertimana yang diceritakan oleh Nasir dalam buku Bapaku P. Ramlee. P. Ramlee memanggil Nasir dan menekan di beberapa bahagian tubuhnya sebelum bertanya samada penulis (Yusnor Ef) benar benar ikhlas datang belajar.

Kata penulis, disamping berbincang skrip ada juga masanya beliau memikirkan sesuatu yang aneh dan diberitahu kepada penulis, antaranya kata beliau,

"Abang nak buat bisnes"

"Bisnes apa bang?"

"Jual pisau cukur, semua orang lelaki mesti perlu pisau cukur, tentu kita jadi taukeh pisau cukur"

P. Ramlee adalah seorang kawan kepada semua orang di sekelilingnya. Sifat suka bergurau P. Ramlee amat disenangi teman temannya. Cerita penulis, pernah suatu hari ketika dia sedang belajar di rumah P. Ramlee ada beberapa orang masjid datang ke rumah meminta derma untuk membuat sambutan majlis maulid nabi. P. Ramlee tanpa teragak agak memberikan derma sebelum berkata "Jangan lupa hantar nasi beriani ya...jangan marah aaaa"

Terasa mahu tulis seluruh isi buku tersebut di sini kerana pengalaman Yusnor Ef bersama P. Ramlee sememangnya menarik dan banyak yang kita boleh pelajari daripadanya. Aku kongsikan satu kertas kerja yang ditulis sendiri oleh P. Ramlee

KERTAS KERJA

Untok: SEMINAR KEBUDAYAAN MELAYU-SINGAPURA (1962)

FILM
Oleh: P. Ramlee A.M.N

1. Film, adalah satu alat yang memegang peranan penting sisi-sisi masharakat.

2. Sifat-nya, ibarat gadis yang berkechimpong di-alam maya

(a) Ada yang chantek
(b) Ada yang burok
(c) Ada yang sederhana
     Dan masing masing mempunyai marwah yang tersendiri

(a) Ada yang chantik bermarwah rendah
(b) Ada yang chantik bermarwah tinggi.
(c) Ada yang burok bermarwah rendah.
(d) Ada yang burok bermarwah tinggi.

3. Peribadinya, ibarat penchipta,

Iaitu, menyatakan perkara perkara yang ada dan mengadakan perkara perkara yang tiada.

(a) Film Scientific
(b) Film Hantu Shaitan
(c) Film Tahyul

4. Nasibnya, ibarat hamba yang patuh.

5. Tanggong-nya, ibarat makanan yang memenuhi segala selera

(a) manis
(b) pahit
(c) masam

8. Kesimpulannya.

Film, ibarat kain puteh yang berseh
kalau diwarnakan merah, maka merah lah dia
kalau diwarnakan hijau, maka hijau lah dia.

kain puteh banyak gunanya,

(a) Pelukis mewujudkan lukisan-nya
(b) Pak Haji membuat serban
(c) Mak Haji membuat telekong
(d) Tukang kapan mengapankan mayat
(e) Soldadu yang kalah menjadikan bendera menyerah.

Sebagaimana banyak gunanya kain puteh untok keperluan masharakat,
demikian pula banyak guna-nya film untuk santapan rohani masharakat.

oooooOOOooooo

ARR/DPT
Di-taip di Dewan Pustaka Tuah
No 32B, Great Eastern Park.


No 6. dan 7 tidak kelihatan dalam buku, dan kertas kerja ini sebenarnya ada terselit bermacam macam catatan tambah P. Ramlee yang membentangkannya ketika itu. Buku ini memang betul betul berbaloi untuk dibaca, malah boleh dianggap sebagai satu hiburan, aku ketawa membaca beberapa momen penulis bersama P. Ramlee dalam buku ini.

Di mana boleh beli buku ini aku tidak pasti, tapi rajin rajin lah ke perpustakaan negeri atau universiti, kedai buku bundle ataupun pasar malam yang ada menjual buku buku lama.


by zoul yazix,


Organik Organ [Kispen Satira KontrolHisteria]

0




Bir. Cinta. Dendam. Nafsu. Benci. Senggama. Manusia. Falsafah. Rasionaliti. Segalanya menjadi satu bullshit jika difikirkan sekaligus. Membuatkan aku gusar, risau, kucar-kacir, serabut dan serabai. Berteleku aku duduk di tengah keramaian mencari sesuatu yang aku rasa dapat memberi sedikit keindahan. Keindahan dalam kepuasan. Kepuasan dalam kehidupan. Kehidupan dalam jasad. Jasad yang membaluti roh. Roh yang sentiasa menginginkan sesuatu, yang sentiasa lapar dan dahagakan sesuatu yang bukan milikku.

Aku tertanya-tanya, samada aku patut lakukan ini, buat entah yang keberapa kali atau tidak. Aku punya dia, aku punya ia. Aku punya itu, aku punya ini. Katakan apa sahaja, segalanya aku sudah miliki. Perempuan? Kereta? Jam tangan? Pakaian? Rumah mewah? Anak-anak? Binatang peliharaan? Pulau? Tasik? Tanah? Bahkan kalaulah langit itu berharga, nescaya aku juga mampu milikinya. Cuma yang ini, yang satu ini, yang membuatkan diriku rasa tidak lengkap walau ke mana sahaja aku pergi.

Kilang pemprosesan baja organik yang kumiliki itu, semuanya ada sebabnya. Mudah dan senang aku membersihkan segala. Bunuh? Aku? Pembunuh? Mayat? Jika kalian sangka aku yang membunuh dan meletakkan mayat di samping bahan-bahan organik untuk memproses baja itu, kalian salah. Benar-benar salah. Bukan, bukan. Aku bukan pembunuh. Aku pembersih dan peng-imarah bumi. Setiap yang kulakukan segalanya punya niat yang alami.

Setiap kali aku duduk di sini, aku tertanya-tanya. Soalan yang sama sentiasa menjengah. Kenapa perlu aku berada di sini? Kenapa aku perlu wujud di dunia ini? Dan kenapakah aku antara manusia yang sedar akan hal ini, akan tugas meng-imarahkan bumi ini? Kenapa manusia lain yang sentiasa mengkucar-kacirkan dunia ini tidak sedar yang mereka harus sentiasa melakukan itu-ini yang tidak merosakkan bumi? Kasihan aku lihat pokok-pokok. Kasihan aku lihat binatang-binatang. Habitat flora dan fauna kian pupus sepertimana Dodo dan Unikorn yang pupus dek manusia yang tamak haloba dalam merancang kehidupan.

Memang itu semua bukan salah manusia, tidak. Manusia hanya fikir mereka harus terus hidup walaubagaimana shittypun kehidupan mereka. Tanpa memikirkan alam sekitar, mereka penuhi hawa nafsu dengan memburu pelbagai binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan eksotik yang bagi mereka adalah patut mereka miliki. Apa kurangnya aku dengan mereka? Aku memberi tempat dan habitat untuk flora dan fauna ini diami. Pulau yang aku katakan aku miliki tadi? Pulau yang seluas sejuta hektar itu? Semua daratnya aku tumbuhkan ia dengan tumbuhan yang disenaraikan akan pupus paling tidak lebih kurang tiga tahun lagi. Semua pelusuknya aku lepas bebas binatang yang disenaraikan hampir pupus paling tidak lebih kurang 10 tahun lagi.

Iya, aku biarkan sahaja mereka lepas bebas, memanjat ekosistem dengan rantai makanan mereka yang tersendiri, tanpa harus diganggu oleh manusia sepertimana mereka hidup lepas bebas di habitat-habitat mereka yang terdahulu. Pulau yang aku biarkan ianya tanpa orang, tanpa manusia, hanya aku dan beberapa saintis pembiakan lain yang kupercayai dapat memegang rahsia aku sahaja yang aku benarkan duduk di situ, di dalam kabin eskapee yang aku minta arkitek khas aku binakan untuk aku.

Habis, habis. Manusia ini manusia binatang. Aku sudah nampak apa perlu aku lakukan hari ini. Aku sudah nampak apa tujuan aku keluar hari ini. Target aku sudah memunculkan diri. Laju aku menaip pesanan ringkas dan hantarkan kepada sebuah nombor yang aku gunakan untuk khidmat-khidmat sebegini. Sampai hati dia membiarkan kucing itu kelaparan? Sampai hati dia menolak kucing yang meminta-minta itu ke bawah lantai? Paling teruk lagi, ditendangnya kucing itu agar menjauhkan ekor darinya? Satu tidak apa lagi, kerana kucing itu boleh cari manusia lain yang lebih murah hati daripada manusia ini. Akan tetapi, masuk kali ini sudah lebih lima ekor anjing dan kucing meminta sedekah dari manusia ini.

Kalian sangka dia manusia biasa seperti kalian? Tidak. Dia manusia peminta sedekah yang aku selalu lihat dan ekori ke mana-mana. Berjalan dengan pasangannya, berjalan dengan anaknya, berjalan dengan entah siapa-siapa lagi meraih simpati kepada manusia-manusia lain di kedai-kedai makan dan minum yang entah dari mana-mana dan entah di mana-mana. Sombong, takabbur dengan kejadian diri. Sudahlah dia itu cacat dari segala segi, kemudian sombong pula dengan kejadian-kejadian Ilahi. Ini tidak boleh jadi. Manusia seperti inilah yang makin merosakkan bumi.

Kulihat seorang lelaki datang menyapanya. Lelaki yang aku tidak kenali. Manusia itu lantas bangun, dengan penuh terpinga-pinga dan senyuman terkejut, mengekori lelaki yang entah datang dari mana-mana itu. Aku bangun dari letakduduk aku, lalu aku ekori mereka berdua. Dari berjalan kaki berubah ke kereta, dari kereta berubah ke motosikal, dan dari motosikal berubah dengan bot. Lelaki yang aku tidak kenali yang menyapa manusia itu adalah lelaki upahan lelaki yang diupah aku. Jalan yang dilaluinya adalah jalan yang ditetapkanku. Lalu akhirnya mereka akan sampai ke sebuah bilik chalet yang bersih, teratur dan kemas lengkap dengan pembantu-pembantu dan penghibur-penghibur.

Manusia-manusia durjana ini aku jamu dengan makanan-minuman mewah, biar lupa dunia, lupa akhirat. Yang buta mata aku sajikan dengan hiburan seni-suara, manakala yang cacat anggota aku sajikan dengan hiburan seni-tari. Seks dan apa entah lagi yang menggabungkan lelaki dan perempuan atau lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan atau manusia dan binatang aku tidak syorkan dan aku tidak akan galakkan di sini. Di tempat ini. Tempat penyucian suci bersih ini. Selesai mereka berhibur dan kepenatan lantas ketiduran, aku biarkan seorang penghukum yang sentiasa bertukar-tukar rupa menyembelih manusia-manusia ini dalam keadaan mereka tidak bersedia. Dalam tidur, roh mereka diangkat menghadap Tuhan.

Biar mereka tahu, apa itu Syurga sebenar bagi manusia-manusia celaka macam mereka. Leher yang disembelih tadi kemudiannya dipisahkan dengan badan, dihancurkan kepala itu lumat-lumat. Serpihan-serpihan tulang dipisahkan dari kepingan daging hancur lumat dan diberi jin-jin bersantap. Daging-daging kepala hancur lumat dihancur lagi dengan mesin kisar dan ditanam bersama tumbuh-tumbuhan. Badan yang terasing tadi orang aku masukkan ke dalam mesin kisar besar, bersama bahan-bahan organik pemprosesan baja. Lalu badan itu akan hancur lumat bersama-sama baja organik yang kemudiannya diedarkan ke pasaraya-pasaraya besar yang lain, buat menyerikan lagi hasil tanaman dan pembiakan petani dan peladang semuanya.

Jika tidak, mana lagi kilang seperti aku dengan baja yang popular kerana sentiasa dipastikan dapat menyuburkan tanaman? Sudah tentu dengan resepi baja yang ini. Selain fosforus, sulfur, magnesium, potassium dan nitrogen, aku sertakan sekali dengan kalsium, protein dan zat-zat besi yang lain. Kalian tidak percaya? Lawati sendiri kilang-kilang pemprosesan baja dan tanyai pengurus-pengurus kilang tersebut apa rahsia di sebalik resepi mereka. Jika mereka teragak-agak menjawab persoalan, bermakna mereka juga menggunakan resepi yang sama seperti aku.

Kalian katakan aku manusia durjana? Apa yang kalian peduli dengan kehilangan manusia peminta sedekah cacat anggota?


ini aku

0

gadis itu,
cantik,
rupawan,
dengan selendang ikatan menawan,
cuba menarik perhatian satria zaman,
dengan kemanisan senyuman.

andai bisa ku miliki,
tapi,
malang,
seribu kali sayang,
bila hati mahu rapat,
akal kata jangan dekat.

tapi hati juga kuturuti,
hiraukan akal kali ini,
lalu ku ambil pena dan sehelai kertas,
untuk kurangka puisi dari hati,
agar hatinya dapat ku curi.

jauh,jauh,jauh,
dilubuk hati si imaginasi,
terlakar satu lukisan ngeri,
cinta impian tak diterima sama sekali.

kerna dek imaginasi tadi,
kisah cinta cuba ku jauhi,
jadi manusia yang tak percaya cinta lagi,
bebaskan diri,
merdekakan diri,
dari di jajah si cinta hati.


Hatinya Kaca

0

Disaat pandangan kau palingkan
Kedengaran bunyi kaca jatuh
Berselerakan ke lantai
Oh aku silap
Bukan kaca
Itu hati aku


Sauh yang disalah letak.

2

Rindu setengah mati.
Itu tipu.
Aku tak pernah rasa.
Sebab hati aku masih ada penuh.
Belum dicuri.
Belum diberi.

Kenapa aku cari kau.
Bila aku di atas talian, itu yang pertama aku buat.
Kosong. Aku tidak tahu apa makna ini.

Aku lekatkan sasaran ini pada kau.
Sasaran yang tidak terlalu tinggi untuk di capai.

Jadilah bintang yang mengorbit aku senantiasa.
Agar aku boleh tersenyum bila mendongak nanti.

Aku suka perasaanku dilepas bermain.
Kali ini aku tak tipu.


Pelangi

2

Pelangi itu apa?

Sedut dua kali nampak bewarna-warni
Sedut tiga kali sudah ada atas sekali
Jangan berlari takut tersadung kaki
Kalau jatuh bisa hilang seri

Pelangi itu apa?
Bila sampai atas sekali
Ada jalan berselang-seli
Pilih saja kanan atau kiri
Nanti akan sampai suatu destinasi

Pelangi itu apa?
Kadang-kadang rasa tak puas hati
Ia bukan berkisah soal anarki
Bila dah jumpa jalan kembali
Baru sedar...ah, ini cuma ilusi!


Sweet Swirls, 3


Si tua si muda si kotor

0

Si tua
Ketawa keringat menitik
Adegan yang tidak lucu ditertawakan
Daun gugur, ketawa. Lebah terbang, ketawa
Yang berjalan memandang jelek
Si tua melolong menyeringai sendiri

Si muda
Menyanyi bergembira
Memetik gitar udara imaginasi apa adanya
Tidak mengutip duit, tidak mengharap belas
Tepian jalan mencari saksi
Dijeling, diumpat si pelalu lalang

Si kotor
Mundar mandir menadah tangan
Baju berlumut gigi berdaki
Menyatakan dunia nak kiamat
Memegang papan tanda memegang marker
Tidur hancing si compang camping

Mereka semua
Dipandang hina digelak dipijak
Hati tetap gentar menempuhi segala
Syurga menerima tanpa pertimbangan
Si pendosa bangga tempat mereka di dunia

by Shafa Eman, Monday 4 June 2012


2

satu ketika,
dunia bagi kau ruang,
buat kau bernafas,
buat kau faham,
apa itu arti kejaman,
apa itu arti ketidak adilan,
apa itu arti kemanisan,
kemanisan mulut bicara,
kemanisan akal berfikir,
kemanisan hati mencarut,

dunia mengajar kau senyuman,
senyuman jahat,
senyuman sinis,
senyuman ikhlas,
dunia itu mengajar tanpa keluhan,
hanya manusia yang tak faham kesyukuran,
sentiasa didampingi ketamakkan.

dunia,
mereka kata penuh penipuan,
mereka kata dunia penuh kekejaman,
tapi dasarnya,
itu semua manusia yang lakukan,
menutup kesilapan dengan dunia disalahkan.

sadar manusia sadar.


Bunga Di Sahara

0


Ketika kau lari menebus awan

Senang-senang dengan mimpi semalam
Akulah yang disini
Melihat berharap 

Kenapa kini kau datang
Bila sayapmu patah berserakan
Dengan seberkas tanya kosong
Yang harusnya kemarin kau soal
Apakah aku cuma bunga di saharamu?

Datanglah dengan sejuta wujud
Hati tak lagi walang
Telah terpadam yang pernah ada
Kerana itu cuma aku
Tak pernah ada- kita.


Bila hujung bulan.

2

Aku gigih berjalan.
Mengorak langkah gaya lipas kudung.
Ke mesin ATM.
Hari penuh makna bagi setiap bulan.
Mulut mesin transaksi itu selalu lapar.
Kadku tak sabar mahu menerjah masuk ke rongga.
Berkelip kelip.
Disuruh sabar.
Aku berlagak kacak.
Padahal hati dah berkocak.
Nombor pin diakses.
2*****, gila kalau aku kasi tahu.
Kusemak baki.
Kali ini penungguanku lebih lama.
Jadah punya mesin.
Ku toleh kiri ku toleh kanan.
Debaran samakin mengancam.
Detakkan jantung mambinasakan diri.

"Baki wang anda RM2.50"

Celaka, gaji tak masuk lagi hari ni !!


hari jumaat ialah hari yang panas

1



"Berkain pelikat minus lapik di dalam adalah perasaan holo paling syurga" ujar Ajib sejurus sebelum dihambat anjing rottweiler yang menggila semasa berjalan ke masjid pada tengahari Jumaat tu. Berdesup dia lari.

"Berkain pelikat minus lapik di dalam adalah perasaan holo paling syurga" ujar Ajib yang terselamat, dengan seriusnya, sebelum menyambung peraduan pada tengahari Jumaat tu. Sejuk. Penat dah berlari tadi.

Sayup-sayup kedengaran panggilan yang bersahutan dari masjid di belakang kedai.

by ahmad,


Jamban di Tengah Bendang

3

Aku beghenang dalam selut
selut, bukan lumpoq
lumpoq kotoq macam kola lumpoq
tapi takdak pelacoq, bapok dan mangkok
mangkaq!
ada taik dalam selut
pungkoq!
aku nak beghenang dalam selut
bukan dalam kolam taik

aku pikiaq pikiaq balik
tak mungkin, tak mungkin
ni bukan bendang
ni bukan sawah
ni benda tu!
ni jamban!
ya ampun..aku beghenang dalam jamban?
gila banyak taik!
kotoq, busuk!
yuuuccck-euuuuwwwwwwww
coklat, pepejai, ada jagong, makanan semalam tu semua

depa kata utagha ada sawah
mana ada
gila betei!
utagha ada bendang, bukan sawah
beghenang-beghenang aku
beghenang sampai jumpak pintu
takdak sapa jawab
aku tolak pintu
jumpak lagi taik
barua, taik lagi!
memang betoi,
jamban di tengah bendang.

Puisi ini ditulis dan dibaca oleh saya di Puisi Satu Petang Kedah, di Tasik Darulaman Jitra pada 2hb Jun 2012.


Post navigation