Showing posts with label review. Show all posts

Ulasan Ringkas: Zine Negeri Darul Beruk (Zulhilmi Yazix)

0

Hai. Saya baru selesai membaca zine Negeri Darul Beruk oleh Zulhilmi Yazix. Saya beli dengan harga RM5 dan berjanji dengan penulisnya untuk menulis ulasan. Walaupun malas, namun janji tetap janji dan ini ialah ulasan ringkas saya mengenai zine ini.

Kata penulis, Negeri Darul Beruk (NDB) ialah sebuah tulisan eksperimental. Dari segi garapan cerita, saya tak nampak pula apa yang eksperimentalnya. Jika eksperimental yang dimaksudkan ialah peralihan penulis dari menulis cerita super mikro pada sebuah cerita sedikit panjang, maka penulis berjaya melakukan transisi ini dengan baik.

Tanggapan awal dari tajuk dan prolog-nya, NDB kelihatan seperti sebuah fiksyen surreal (jenis bacaan kegemaran saya). Akan tetapi sepanjang pembacaan perenggan ke perenggan, tanggapan kasar ini mula berubah bentuk- ia tidaklah terlalu absurd macam yang dijangkakan. Beruk-beruk bertali leher, pokok besar di tengah padang, lelaki tua berperut buncit; subjek-subjek ini bukan sekadar mainan imaginasi penulis (seperti yang kerap wujud di dalam cerpen-cerpennya yang terdahulu). Ia juga bukan imbuhan uncanny yang dibuat-buat. Subjek-subjek ini ialah satu simbolik pada sebuah kritikan sosial. Merujuk apa yang terjadi pada pokok besar di tengah padang di akhir cerita, pada pendapat saya, kritikannya bernafaskan politikal.

Penulis juga berjaya menyelitkan topik-topik menarik tanpa menjauhkan pembaca dari cerita utama. Ia adalah selingan yang membantu pada pemahaman latar dan karakter di dalam NDB;- perbezaan penulisan antara sajak, cerpen dan novel, tips menyiram pokok dan seni penglipur lara antara perkongsian yang saya sangat hargai.

Konflik di dalam NDB dibawa dan disatukan dengan baik, namun klimaks kelihatan terburu-buru dan kurang perinciannya jika dibandingkan dengan bab-bab terawal. Merujuk apa yang terjadi pada pokok besar di tengah padang di akhir cerita, saya tidak pasti sama ada apa yang saya simpulkan usai pembacaan adalah sama dengan mesej yang cuba disampaikan penulis. Penamatnya memerlukan pembaca berhenti membaca untuk berfikir sejenak di beranda rumah melihat langit sambil menghisap rokok (atau gula-gula getah jika anda cuba untuk berhenti merokok). Ia tidak disampaikan dengan jelas. Sengaja dibikin begitu mungkin.

Okay yadayadayada, malas saya semakin teruk dan saya ingin tamatkan ulasan ini. Selamat membaca.





In by m o y a, Monday, 25 January 2016


Ulasan Ringkas: Random Access Memories (Daft Punk)

0

Musik dansa elektronik (EDM) bukanlah makanan kegemaran saya. Ia sebuah bunyi yang tidak saya fahami bentuk-susun, bahasa-tutur, dan cara untuk menikmatinya. Pengetahuan saya tersangatlah dangkal. Apatah lagi EDM lenturan Daft Punk (DP) yang mereka di dalam jargon ini mengangkatnya seperti messiah. Saya bersua DP buat pertama kali sekitar 2011 bukan dari musik mereka, tetapi melalui topeng robotik duo Thomas Bangalter dan Guy-Manuel ini. Ya, cuma dari topeng. Rilisan pertama dari DP yang saya dengar pula ialah Human After All dan ia tidaklah begitu memikat (ketika itu saya tidak tahu album ini dilabelkan sebagai tumit achilles mereka). Sepatutnya saya mulakan dengan album Discovery yang diagungkan namun nasi sudah pun menjadi bubur. Persepsi pertama saya sudah terpesong.

Masalah terbesar EDM bagi saya ialah runut-runut bunyinya seolah palsu dan tiada roh. Mungkin kerana saya kurang menggemari bunyian elektronik, bak kata Eddie Vedder; 'lagu yang baik (selalunya) mempunyai elemen-elemen natural', maka kerapkali EDM saya letakkan di tepi, sekadar mampu berlegar-legar di luar pagar hati. Dek kerana itu, bayangan DP turut perlahan-lahan memudar, malah hampir menghilang, sebelum ia diselamatkan dengan jayanya oleh lagu Instant Crush. Trek ini bertanggungjawab memikat saya untuk kembali merujuk DP. Ia menampilkan vokal terbaik Julian Casablancas (The Strokes) yang mengepalai susunan musik bercirikan kugiran pop yang saya fahami. Setelah beberapa ketika mengagumi keunikannya, saya beralih pula ke trek funky yang segera menjadi kegemaran saya, Lose Yourself To Dance feat. Pharrell Williams. Ini seterusnya membawa saya ke album penuhnya yakni rilisan terbaharu DP; Random Access Memories (RAM).

*sumber
Mengejutkan, RAM sangat berbeza jika dibandingkan dengan album-album terdahulu DP. Saya tidak tahu apa yang peminat setia EDM mereka katakan mengenai rilisan ini, kerana RAM pada saya tidak langsung berbunyi EDM. Sebaliknya ia sarat dengan unsur-unsur semulajadi yang dikatakan Vedder. DP melalui RAM 'telah meninggalkan riff EDM berpengaruh yang mereka pelopori kepada bunyi, gaya, dan teknik produksi dari era 70an dan awal 80an'. Penggunaan bunyi mesin dan sampel (kubu kuat DP) telah digantikan dengan hasilan musik dari pemusik dan instrumen sebenar. Transisi besar ini telah memihak kepada orang seperti saya. Berbekalkan pengalaman saya menyusuri sisi retro pop musik terdahulu, mudah sahaja bagi album ini untuk menembusi kotak pemahaman saya. Trek-trek hebat seperti Give Life Back to Music, Giorgio by Moroder, WithinTouch, Get Lucky, BeyondDoin' It Right dan Contact antara yang kerap saya ulangmain-kan (saya rasa saya dah senaraikan hampir semua trek).

Di manakah letaknya RAM di dalam jargon EDM? Kemungkinan besar ia berada di dalam landasannya yang tersendiri. Memetik ulasan laman Rolling Stone; rilisan ini ialah 'judul tindihan rock progresif bersama musik dansa disko yang mengorbit antara Pink Floyd dan Earth, Wind and Fire'. Tepat sekali. RAM mungkin ialah satu-satunya album DP yang saya gemari, yang boleh juga saya katakan; sebuah rilisan yang cool-ier than thou!





In , by m o y a, Tuesday, 8 September 2015


Kerana Hari-Hari Buruk Ialah Serigala Yang Jahat, Sayang.

2


Sajak di atas diambil dari filem The Grey (2012) arahan Joe Carnahan yang juga merupakan pengarah filem The A-Team (2010). Secara peribadinya ia antara filem kegemaran saya, bukan kerana dibintangi Liam Neeson, namun kerana saya sukakan tema, mesej, jalan ceritanya serta sajak ini. The Grey ialah wayang kisah manusia melawan alam, atau man vs nature, atau man vs wild. Liam Neeson sebagai watak utama bernama John Ottway bersama kumpulannya terkandas di hutan Alaska selepas kapal terbang yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas di situ. Di dalam cubaan untuk menyelamatkan diri dan terus hidup, mereka telah diduga dengan cuaca ekstrim, konflik dalaman sesama mereka serta antagonis cerita ini; sekumpulan serigala kelabu. 

Sajak ini ialah satu-satunya jambatan memori antara Ottway dan mendiang bapanya. Melalui rangkap ini, semangat bapanya telah diperturunkan kepadanya. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Ottway bertahan demi menempuh hari demi hari. Saya juga berfikir begitu. Dari kaca mata saya, sajak ini pendek, tetapi mesejnya sangat besar dan kuat, dan itulah yang membuatkan ia menarik sekali. 'Jangan putus asa', 'percaya pada kekuatan diri sendiri', 'tabah menempuh dugaan' dan lain-lain yang seangkatan antara mesej-mesej yang saya boleh tafsirkan. Menyokong idea ini, dua baris terakhirnya sengaja dibiarkan berulang, mungkin demi memberi penekanan pada mesejnya. Hey, ia berkesan. Sajak ini jadi hebat dan menarik dek pengulangan baris tersebutlah.

Di dalam babak-babak terakhir The Grey, hanya Ottway yang tinggal (yang lain sudah mati) dan beliau telah dikepung oleh kumpulan serigala yang memburunya sedari awal. Terperangkap, Ottway cuma ada dua pilihan, (i) menyerah diri dan membiarkan dirinya dibaham atau pun (ii) bangun melawan. Semestinya, menyahut semangat bapa dan sajaknya, Ottway memilih pilihan kedua. Filem kemudian terus ditamatkan begitu sahaja. Nasib Ottway sama ada hidup atau mati diakhir cerita tidak diketahui, namun audien dibiarkan melihat dan mempercayai yang itu ialah pertempuran terhebat dan terakhir beliau demi nyawanya.

Kesimpulannya, hari-hari buruk kalian ialah serigala yang jahat yang mahu kalian mati kerana mereka lapar dan daging kalian sedap. Walaubagaimanapun, jangan mengaku kalah. Kalian sekarang ada sajak ini dan Liam Neeson, jadi lawanlah! 




Reviu Ringkas Bersahaja: Pengembaraan Tanah Jepun (Azaruddin Paiman)

0

Saya menanti terbitnya Pengembaraan Tanah Jepun (PTJ) dan kedatangan naskahnya ke pangkuan saya atas banyak hal. Hal pertama kerana saya sukakan genre travelog, lagi-lagi yang membabitkan penjelajahan bersama kugiran. Membaca travelog yang bermisi ini lebih inzal perasaannya. Hal kedua kerana saya sukakan negara Jepun, makwe-makwe Jepun yang comel, sejarah, budaya, pemikiran, seni, keretapi dan gunung di negara matahari terbit itu (ketika saya menulis ulasan ini saya baru mengusulkan bahawa hubungan manusia dengan keretapi dan gunung itu sesuatu yang romantik). Hal ketiga kerana buku ini ialah hasil tangan Azaruddin Paiman atau nama punknya Din Akar/Din Root yang mula saya kagumi sejak buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Bunyi Bising. PTJ ini ialah makalah solo kedua beliau selepas Pengembaraan Tanah Kusir (PTK) terbit dua tahun lalu. Jadi ketika saya mula menyelak penulisan setebal 287 muka surat ini, harapan saya tersangatlah tinggi, setinggi Gunung Fuji!

*PTJ lebih godzilla tebalnya dari PTK. Kualiti kertasnya
juga berbeza!

Penulis seperti karyanya yang terdahulu memang selesa dengan gaya penulisan bersahaja, jujur dan lantang. Dengan lenggok aksaranya, pembaca baharu akan terpikat serta-merta dan peminat sedia ada akan bertambah-tambah sayangnya. Ini benar, kelucuan penulis memang merata. Tetapi sekejap-sekejap beliau akan bongkak, sekejap-sekejap terkenang makwe lama, sekejap-sekejap garang dan tiba-tiba sahaja beliau akan mengamuk. Jaga-jaga, sesungguhnya membaca buku ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Fikiran juga kena terbuka untuk kritikan. Andainya kalian jenis cepat terguris, kurang matang dan rasis, buku ini bukan untuk kalian.

Rekaletak dan susunan teks PBJ tidaklah menyakitkan hati. Sedap-sedap mata memandang. Saiz dan jenis font serta marjinnya mampu diterima akal. Foto-fotonya berlambak, namun seimbang dengan kandungan teks. Jika ditolak kuantiti foto sekalipun, naskah ini tetap mampu berdiri tebal dengan gahnya.



Catatan penulis bermula di tanah Melayu bersama rombongan rakan-rakan kugiran Hellexist sebelum terbang ke tanah Jepun. Okay saya jadi malas nak cerita perihal Hellexist menggegarkan pub Morgana di Kokubunji serta kelab Sogen di Shizuoka, perihal sesi rakaman studio, toko buku anarkis dan kedai DVD porno di Shinjuku, perihal Hachiko di Shibuya, perihal manusia bersemut di Akasuka, perihal roh-roh sadis Aokigahara berhampiran gunung Fuji, perihal Ochanomizu sebagai syurga untuk pemusik, perihal berhala Gundam dan motokar perentas masa di Odaiba, atau perihal misi mencari mainan di Akihabara. Saya malas. Baca sendirilah!


Okay, PTJ ialah sebuah naskah punk-lit. Membawa semangat karya terdahulu, penulis sedaya upaya membogelkan erti dan telunjuk ideologi punk sebenar. Pembaca akan dibawa menonton kemanisan circle of friends antara punk Melayu dan punk Jepun yang menurut penulis, tidak akan difahami golongan rasis. Hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin melangkaui kaum, bangsa dan agama yang pada saya, seronok untuk dihayati. Punk ke tak punk, mesej-mesej dalam bentuk kritikan sosial dari penulis memang berselerak untuk dikutip. Paling kerap diutarakan ialah perbandingan budaya dan pemikiran orang Jepun dan orang tanah air. Sebagai contoh, orang Jepun lebih menghargai seni dan warisan mereka. Orang kita pula sibuk scrap runtuh sana-sini demi sebuah pusat membeli belah. Tsk!

Secara keseluruhan, saya berikan PTJ empat dari lima bintang atas kepuasan saya bergelak tawa, mengutip ilmu baharu, menikmati pengembaraan penulis dan menghargai usaha penulis mengarang draf buku ini dengan teliti sekali hanya menggunakan telefon pintar dan juga mereka yang terlibat secara tidak langsung di dalam penghasilannya. Syabas saya ucapkan. Akhir kata, kepada penulis, teruskan usaha hebat ini, kepada pembaca, rugilah kalian tak ada buku ini, rugi!

*Reka Kulit PBJ edisi PBAKL (kanan) dan edisi khas (kiri).
Sumber: Goodreads
Penulis: Azaruddin Paiman
Editor: Firdaus Abdillah Hamzah
Prakata: Tok Rimau
Sinopsis: Sebuah travelog dan catatan pengalaman penulis bersama rombongan band Hellexist (Johor Bahru, MY) dalam serangan musikal ke atas bumi Jepun.
Penerbit: Neon Terbit (Kuala Lipis), Broken Noise (Ulu Tiram), Akar Press (Senai)
Cetakan Terhad Mac 2015.


Oleh: Sang Gabriel

In by m o y a, Thursday, 18 June 2015


Reviu buku : Alegori Robot Derhaka oleh Saat Omar

1

Dah hadam Alegori Robot Derhaka oleh Saat Omar. Di beli di Art For Grabs pada harga RM15, dibungkus bersama seketul coklat Cadburry. Bungkusannya menarik, macam beli set alatan magik. 

Aku tak ada duit, dan biasanya waktu aku tak ada duit memang aku tak akan beli buku mahupun zine. Entah hantu raya mana dia pakai waktu nak balik tu aku pergi hulur not dua puluh dekat brader yang duduk dekat sofa. Dalam train terus aku koyak plastik buku ini macam barbarian, sampai orang sebelah menjeling.

Bila selak, aku terus tuju cerpen dahulu sebab puisi puisi ni bukan benda yang aku boleh enjoy dalam train. Terus aku ketawa kecil dan rasa macam budak lelaki paling comel dalam dunia. Orang sebelah jeling lagi.

Aku tak rasa buku ini buku paling best pernah aku beli, tapi aku tak rasa rugi, sebab bila baca aku dapat banyak idea daripada buku ini. Daripada cerita budak yang sayang ke pokok sampai lah ke cerita lelaki yang mati dalam vagina. Baca catatannya pula memang rasa macam dekat dengan aku, sebab aku pun gemuk. Aku faham perasaan terpaksa mengiring cecah lantai sebab nak ikat tali kasut tu. Sampai setengah buku, coklat yang aku kulum dah habis.

Lain orang lain selera. Kalau orang yang jenis baca buku buku deep, buku sastera, buku indon yang tinggi tatabahasanya atau buku buku dewan pustaka dan bahasa aku tak rasa akan enjoy buku ni. Orang macam aku yang jenis suka baca benda santai, benda yang tak perlu kerut kerut kening, benda yang buat aku sengih dan jadi budak lelaki paling comel dalam sebuah keretapi menuju ke Kajang, ha aku rasa boleh la beli.

Tapi aku tetap tak puas hati dia bagi sebiji je coklat Cadburry. Sampai sekarang aku marah lagi. Eh aku ada cerita tak orang sebelah aku yang dalam train tu tanya buku apa aku baca? 

Ha aku jawab pakai jeling je.

In by zoul yazix, Monday, 5 August 2013


ULASAN : Buku Perempuan Nan Bercinta

4























Tajuk     : Perempuan Nan Bercinta
Penulis   : Faisal Tehrani
Penerbit  : ITBM - Published 2012 by Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (276206-D)
ISBN      : 9789830688


Sebenarnya, sudah agak lama saya tamat-baca buku ini tetapi baru punya kesempatan untuk meneliti serta cuba memberi ulasan. Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini. Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk-lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.

Perempuan Nan Bercinta; sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini. Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Idora, seorang perempuan yang memperjuangkan hak asasi wanita melalui sebuah gerakan feminis ala Barat, Modest Women Oriental (MWO). Bersifat progresif, gemar bermain-main dengan doktrin liberal serta menolak hujah-hujah berlandaskan sekolah pemikiran Islam yang lain. Dia begitu akibat sejarah lampau. “Dor, cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati.” Bisikan dari arwah bondanya yang sering muncul dan terus mengganggu kewarasan Tengku Idora. Sehinggalah suatu keajaiban telah berlaku terhadap diri Tengku Idora yang mana telah menghidap kanser pada tulang utama atau ewing’s sarcoma dan pada akhirnya telah sembuh tanpa campur tangan manusia. Pejuang feminisme yang nazak itu tersembuhkan di kota Madinah berkat doa dan bertawassul di Raudhah. Setelah itu, Tengku Idora menjadi seorang perempuan yang sama sekali lain, seorang perempuan nan bercinta yang mulus buat suaminya. Dalam erti kata lain; dia insaf. Betapa dia adalah insan yang terpilih dan menghampiri hikmah.

Watak kedua adalah Zanjabila, adik kepada Idora. Perwatakannya sama sekali berbeza dan bertentangan dengan kakaknya; dia seorang yang lemah lembut dan terasuh sebagai perempuan lawa lahir batin. Cinta Zanjabila kepada ilmu telah menemukan dia dengan seorang pemuda yang juga berilmu dan menjadikannya seorang perempuan nan bercinta. Mereka menghalalkan hubungan dengan bernikah setelah perkenalan yang singkat. Zanjabila terus membiarkan dirinya diulit dengan ilmu dalam masa yang sama cuba membawa kakaknya kembali ke landasan yang betul. Buku ini turut menampilkan seorang lagi perempuan nan bercinta iaitu Siti Fatimah Ali Taqi. Perempuan yang berjiwa revolusioner dan mewarisi keberanian Fatimah binti Rasulullah. Dia juga mencintai sejarah dan politik; politik yang merangkumi persoalan serta definisi yang lebih luas dan bukanlah urusan pemerintahan sesebuah negara semata-mata. Siti Fatimah Ali Taqi, seorang perempuan nan bercinta yang terus bangun melawan ketidakadilan. Dan secara keseluruhannya, perempuan nan bercinta di dalam buku ini merujuk kepada nilai-nilai murni, keperibadian serta keimanan Sayidatina Fatimah Zahra.

Sekarang, saya kembali kepada perihal pandangan mengenai buku ini dari kaca mata saya sendiri. Perempuan Nan Bercinta adalah sebuah buku yang mencoretkan sebuah penulisan deskriptif yang sarat dengan kognitif. Untuk seorang lelaki yang masih miskin dengan ilmu terjemahan/tafsir al-Quran dan hadis, buku ini berat betul. Dari sisi lain, saya menelannya sebagai sebuah konsep mengkaji dan berfikir seterusnya menghadam sebagai pemahaman dan iktibar. Mungkin tidak keterlaluan jika saya anggap membaca karya Faisal Tehrani yang satu ini seolah-olah membaca beberapa terjemahan hadis. Juga perihal hadis sahih, hadis tidak sahih dan hadis maudhu’ atau palsu. Selain itu, buku ini juga penuh berselirat dengan cabang filsafat yang bersimpang-siur dalam sekolah pemikiran Islam, perbezaan pendapat antara mazhab, syiah dan sunni, soal ilmu dengan tunjang imamik, keimanan, tasawuf, sufisme, tawassul, Islam liberal dan pelbagai isu seperti perjuangan Hezbollah, perihal Mekah dan Madinah yang dijual atas nama wakaf, juga menelanjangkan kebejatan penguasa Mekah itu sendiri. Faisal Tehrani turut mengkritik golongan Wahabi (salafi?) dengan bergaya. Semuanya diadun sebati dan tersusun kemas di atas plot yang mudah difahami.

Membaca buku ini membuatkan saya tercampak ke dalam forum, pidato serta tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan mazhab yang rata-ratanya begitu sensitif di kalangan masyarakat kita. Coretan mengenai sejarah kelahiran ‘Ahli sunah Waljamaah’ serta kemunculan empat mazhab fikah yang ada hari ini, juga mengenai kerapuhan pakatan Ahli sunah Waljamaah dari segi teologi dan pakatan fikah yang longgar serta saling bertabrakan adalah sangat bersifat provokatif. Tidak mustahil jika buku ini bakal mencetuskan kontroversi dan mendapat kritikan dari golongan agamawan yang punya percanggahan pendapat. Saya tertarik dengan hujah Dr. Ali Taqi, antara watak utama dalam buku ini. Ketua Pengarah FASEH ini juga seorang tokoh Islam, seorang prinsipal dengan pandangan sarwa tauhidik profetiknya berkata, "Tidak, saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan. Saya anggap sebahagian besar pembaca kajian saya hari ini, di luar sana, ibarat raja yang suka bertepuk tangan dan mengangguk. Khalayak lain yang akan menilai saya. Khalayak mendatang akan bertepuk tangan, mengangguk dan betul-betul mengerti kerana mencapai inti." Saya beranggapan bahawa ayat ini menggambarkan tujuan sebenar Faisal Tehrani di dalam penulisannya. Begitu juga dengan dialog-dialog merangsangkan yang diucap oleh watak-watak lain dalam buku ini. Selain mengutarakan isu, ia juga menawarkan penyelesaian. Di sini mencerminkan ciri-ciri seorang rausyanfikir.

Sebelum mengakhiri ‘apa yang dipanggil ulasan’ ini, saya juga ingin menyentuh mengenai empat persoalan yang dibangkitkan oleh Bastian di dalam buku ini, di mana persoalan-persoalan itu menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam. Oh ya, begitu juga dengan Hilda, wartawan CNN dan juga seorang Koptik. Pada akhirnya mereka berdua ini telah memeluk Islam setelah mendapatkan kempat-empat jawaban kepada persoalan itu. Apakah persoalan yang dibangkitkan? Apakah jawabannya? Siapa pula yang menjawabnya? Anda perlu baca sendiri agar lebih memahami. Pendedahan demi pendedahan telah menunjukan bahawa Sunni dan Syiah adalah saling melengkapi. Ahlul Bait bukan milik mutlak Syiah tetapi bisa menjadi rujukan dan hak semesta alam. Dan tema ‘supramazhab’ adalah menjadi tunjang kukuh untuk buku ini. Mungkin juga mencerminkan diri Faisal Tehrani sendiri.


Sumber : sinarharian.com.my


Apabila khatam dan menutup buku ini, saya jadi tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba dibawa oleh penulis? Adakah tentang penjelasan sesuatu fahaman atau pegangan dalam erti kata lain; keimanan dan keyakinan? Atau suatu pembetulan fakta berbentuk provokasi dalam lembaran fiksi keagamaan? Sebagai seorang muslim, saya sendiri jadi goyang; di mana saya berdiri sekarang atau di mana harus saya berdiri sekarang? Timbul kekeliruan tapi kadangkala merungkai persoalan. Dan pada akhirnya, saya beranggapan atau mungkin sedar betapa ia hanya persoalan kepada jawaban. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebuah garapan dalam bentuk fiksyen yang bijak. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa sebuah buku tidak bisa menyesatkan. Buku juga tidak pernah membahayakan. Kita manusia punya akal fikiran bukan? Jika tidak setuju dengan tulisan dalam buku ini, saya harap akan ada Sunni yang tampil menghasilkan fiksyen menentang idea-idea Faisal Tehrani secara bijak. Bukan ‘mengorbankan’ buku dengan mengeluarkan fatwa haram. Oh ya, mungkin juga ada Salafi yang ingin menulis-balas? Saya masih dahagakan penulisan yang sarat sebegini. Andai saya yang naïf ini masih boleh berfikir secara rasional, mengapa tidak anda seorang ilmuan yang tinggi pengetahuan? Apakah perselisihan mazhab sekarang lebih menjurus ke arah pertelingkahan politik? Mungkin dengan mengetepikan perbezaan mazhab dan fahaman bisa menjurus ke arah penyatuan ummah. Wallahualam.




Reviu - #LariDariSyurga

6



Lari Dari Syurga adalah buku ke-empat terbitan Buku Hitam Press (BHP) selepas Bukan Dari Jibril, Kitab  Cupid dan Tiket ke Neraka. Pengenalan, buku ini merupakan koleksi cerpen yang dikumpulkan dari 17 orang penulis amatur, dan dinaskahkan atas satu tajuk.

TEMA

- Sedari kecil kita dididik dengan ide bahawa Syurga itu adalah tempat yang paling indah, tempat yang paling cantik. Kita semua mahu masuk Syurga. Kita semua MESTI masuk Syurga. Kita hidup untuk mati untuk masuk Syurga. Dan kenapa pula kita mahu Lari Dari Syurga? Pada aku, temanya menarik. Pembaca akan tertanya-tanya mengapa penulis atau watak dalam cerpen tersebut mahu Lari Dari Syurga.

COVER

– Seperti cover BHP yang lain, cover buku kali ini sangat menarik. Katanya adalah daripada beberapa keping foto Penjara Pudu yang dirobohkan. Lebih menarik, ada simbol-simbol agama yang mungkin menerangkan secara tidak langsung apa itu Syurga (dan Tuhan). Tentang cover belakang, pada aku sangat kebudakan. Ide aku tentang cover belakang adalah tulisan yang menerangkan tentang buku tersebut. Mungkin boleh diceritakan tentang apa itu Syurga, atau beberapa petikan cerpen yang ada di dalam buku. Bukan tentang bagaimana buku ini dihasilkan (Pencarian 30 orang penulis dan pilih 18 kemudian jadi 17). Mengarut.

TULISAN

- Tak adil kiranya kalau aku mahu komen tentang tulisan kerana di dalamnya ada 17 tulisan daripada 17 orang penulis, tidak termasuk dengan permulaan (penghargaan?) daripada Fikri Harun dan Puisi Penutup oleh Akma Pauzei. Secara umum, gaya penulisan adalah baik. Ada yang cuba menulis secara santai, dan ada yang berani bermain dengan kata. Apa yang menganggu aku adalah kebanyakan (tidak semua) menulis sesuatu yang berunsurkan seks. Aku tiada masalah dengan penulisan lucah. Dan aku juga faham dengan prinsip BHP yang mahu penulisan yang ‘berani’. Cuma ada tulisan berunsur lucah yang digarap dengan sangat murah (cheap). Pada aku, berani itu bukan biadap, dan bukan bodoh. Berkenaan tema, kebanyakan cerpen adalah jelas (ada juga yang kabur dan aku ‘skip’ baca). Tahniah BHP!

INDIVIDU     

- Aku cadangkan Lirik Melodi Syurga – Salleh Razak, Penghujung Sebuah Euforia – Raisya Nordin dan Untuk Saat Itu – Azhar Ibrahim.

KESELURUHAN

 - Untuk diberikan 3 bintang, aku rasakan terlalu sedikit. Untuk diberikan 3.5, mungkin terlalu mewah, jadi aku berikan 3.25/5. Jika anda tidak kisah untuk belanjakan RM20 untuk sebuah buku yang pada aku sangat eksperimental dan ‘meriah’, jadi ianya untuk anda. Jika anda seorang perfectionist dan cerewet memilih bahan bacaan, mungkin tidak.

-AdilRidhuan.


Review ringkas pasal Lelaki Eksistensial

0


apa yang eksistensialnya lelaki eksistensial? tapi macam yang ada tertulis dalam novel ni, kalau nak tulis buku falsafah memang tak laku lah. pertama sekali bila aku baca tajuk aku rasa ending cerita ni sama ada bunuh diri atau gila, mungkin aku terikut-ikut filem 'into the wild' , sebab jawapan kepada persoalan eksistensial biasanya dijawab dengan 'masalah manusia adalah manusia', penghujung persoalan adalah mati dan kerana tengelam dengan persoalan terus jadi gila. mungkin dari segi moraliti karakter ni mengambarkan eksistensialisme dengan moraliti seperti stirner dan polyamori seperti emile armand. penghujung cerita, karakter utama jumpa dengan jawapan dengan konform dengan masyarakat, tetapi tanpa moraliti, id atau kemahuan karakter hampir semuanya dipenuhi. persoalan yang ada berkisarkan tentang kewujudan sosial manusia belum lagi kewujudan manusia itu sendiri juga mungkin penghujung novel bukan bunuh diri atau gila.

tertulis di dalam novel ni, kerajaan dan parti yang memerintah untuk terus berkuasa, mereka perlu wujudkan dalam minda, momok atau spectre untuk terus berkuasa. untuk terus dapat memenuhi kemahuannya, karakter ini seperti menyalahkan momoknya, sofia. dengan sofia menjadi momok, kemahuannya terus berkuasa. karakter ini tak akan tua atau mati dengan persoalan 'kalaulah aku...' dan itu apa yang ramai orang meyesal kerana moral. ada yang tertanya kenapa karakter ni tak pernah kantoi? hahahaha bagi aku karakter ni menjaga individualiti dia walau apa pun, tak perlu menjadi watak yang berbeza dengan wanita yang berbeza dan barang peribadi kekal peribadi bukan seperti kebiasaan sampai password fb pun nak kongsi, bbm mamat ni aku rasa tak pernah sorang pun sentuh.

fakta dan sedikit quotasi falsafah menarik minat pseudo-intelektual dan hipster separuh masak macam aku untuk baca buku ni, aku selak terus nampak nama peter kropotkin terus buka wallet. hahaha. fakta semuanya disusun dengan lawa dan hip, tidak terlalu berat dan kena dengan jalan cerita. bahasa yang diguna macam ditulis sambil menunding jari tengah kepada penulis dan penguna bahasa tinggi seperti puan ainon. penceritaan first person yang berjaya, teliti dan kesimpulannya memang kena sangat lapan minggu top 10 kinokuniya.


Reviu: Mannequin Marionette dan Bulatan Yang Terlekuk

2


Mannequin Marionette
Aku mulakan pembacaan zine Mannequin Marionette oleh M. Faiz Syahmi a.k.a Peddo di bahagian reviu buku. Smash yang bertalu-talu kepada penulis buku, perekaletak dan penerbit buku agak menikam kalbu jugaklah, tapi kedengaran ikhlas. Aku sifatkan penulis lebih kepada mengkritik berbanding mengutuk. Jadi, kepada sesiapa yang terkena penangan molotov cocktail dari Peddo, semoga kritikan beliau dapat memberikan impak positif.

Bebayang Homles Buruk Busuk muncul sebagai pembuka gelanggang. Ia (mungkinlah) menggambarkan perasaan insekur penulis terhadap masa depannya tapi aku berpendapat perasaan ini normal bagi sesiapa saja untuk perkara yang tak pasti. Kebetulan aku baru lepas membaca Suicide dari Eduoard Léve di mana dalam salah satu babak, watak utama dalam novel itu turut melihat dirinya yang berkemungkinan memilih jalan hidup sebagai ‘homeless’ kerana bosan dengan rutin hidup yang semakin menekan tatkala bertembung dengan seorang gelandangan di dalam sebuah tren.

Zine dengan 104 mukasurat ini memang berbaloi dimiliki kerana ia lebih tebal berbanding ketebalan zine standard tapi harganya tetap dengan harga zine yang biasa kita jumpa, RM5. Selain reviu buku, ada juga himpunan certot, kispen, puisi, monolog dan kwot. Secara personal, aku kurang gemar dengan certot-certot yang dihidangkan seperti Awan Temujanji sebab metaforanya terasa macam baru nak melahap ayam goreng yang sedap tiba-tiba ayam tu jatuh tergolek atas lantai.  Perisa rempah ratus tak sempat pun nak bersenggama dengan reseptor lidah. Dan aku masih tercari-cari apa mesej yang ingin disampaikan atau mungkin aku sendiri yang buta menghayati seni certot.

Tapi kispen-kispen Peddo berjaya menebus kebosanan aku terhadap certotnya seperti Setiakawan Yang Binatang (kispen kesukaan aku), Misled Ke Futura dan Vaporisasi Adiksi Adiktif.Walaupun Peddo ada menyatakan dia sendiri kurang gemar dengan istilah Inggeris yang dimelayukan tetapi itu tak bermakna dia tidak cuba bereksperimentasi dengan menggunakan istilah yang dimaksudkan. Aku jumpa banyak juga istilah sebegini yang digunapakai, antaranya muvmen, trafiklite, indesens dan kongker. Penulis mungkin cuba bersarka bila kispen yang bertajuk Misled Ke Futura itu sendiri menggunakan istilah inggeris yang dimelayukan sebagai tajuk, sebaliknya dialog di antara watak Shaiful dan Burhan Pancasuria adalah dalam bahasa Melayu yang kedengaran seperti dialog filem-filem Melayu yang berkisar di zaman Kesultanan Melayu Melaka berlatarkan tahun 2032. Begitu juga penerangan tentang sistem pemerintahan ketika itu, kerajaan, sosio budaya hidup dan carakerja masyarakat masa depan yang digambarkan dalam bentuk glory from the past. Menarik!  

Di celahan certot dan kispen, ada puisi dan monolog yang kebanyakannya lebih bersifat personal. Aku syak ia ditulis ketika penulis sedang berperang dengan emosinya sendiri. Zine ini diakhiri dengan Bukan Quote Dari Mana-Mana Buku (atau dengan kata lain, ini kwot dari penulis sendiri) yang kalau kau familiar, kebanyakannya pernah terpapar di timeline Facebook penulis. Baca dan hadamkan. Aku tak pasti zine ini masih ada lagi ke tak stoknya, tapi boleh saja hubungi penulis sendiri di nurel.imann@gmail.com atau zinesatumalam@gmail.com.


Bulatan Yang Terlekuk (BYT)
Pertama kali aku dapat tahu tentang tajuk zine sulung Luc Abdullah di bawah Kerat Studio ini, aku sangkakan ‘Bulatan Yang Terlekuk’ itu bermaksud hati yang aku sinonimkan dengan kasih sayang dan cinta, tapi nampaknya sangkaan aku kurang tepat. Jadi aku sarankan kau jangan skip bahagian yang biasanya orang sebut ‘intro’ atau prakata kerana penulis ada menerangkannya dengan jelas di situ.

Seawal pengenalan lagi , penulis telah menekankan BYT adalah suatu dedikasi dalam bentuk himpunan karya yang menghampiri peribadi. Bagi aku, penulisan yang mampu meninggalkan kesan di hati pembaca adalah bila mana penulis berani membogelkan sebahagian atau keseluruhan latar dirinya ke dalam karya penulisannya. Bagi yang ingin berkenalan dengan Luc Abdullah manusia misteri ini dengan lebih dekat, BYT ini aku anggap adalah suatu percobaan penulis membogelkan ‘sedikit’ tentang dirinya. Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab dalam BYT, ada buah tangan berbentuk lakaran lukisan dan tulisan tangan penulis, koleksi foto peribadi dan catatan berbentuk travelog yang secara tak langsung memperkenalkan pembaca dengan negeri kelahiran penulis. Penulis juga bereksperimentasi buat pertama kalinya dengan titipan puisi-puisi yang mana aku rasa sangat-sangat dengki bila membacanya. Kalau cubaan pertama dah buat aku rasa dengki, kau bayangkan saja apa agaknya yang akan terjadi kalau suatu hari nanti penulis rilis sepenuhnya buku antologi puisinya? Aku bunuh jugak kau, Luc!

Kalau kau membaca BYT dan tiba-tiba kau terasa tekak kau tersangkut, pedih atau semacam ada serangga menggigit biji mata, ini mungkin kerana kau jenis spesis yang cepat emosi atau secara positifnya karya penulis telah berjaya main sentuh-sentuh hati kau lalu terkesan. Lupakan drama Korea atau telenovela yang melampau melodramatik itu sebab aku berpendapat coretan fiksyen (yang mungkin juga fusion dari kisah benar) yang digarap kemas dan longgar oleh Luc Abdullah tidak kelihatan desperate atau terlalu beriya-iya dalam merobek-robek hati pembaca sehingga kelihatan tidak logik seperti drama-drama di kaca tivi.


Mungkin akan ada yang menganggap aku bias dalam mereviu sebab penulis sendiri adalah rakan komrad dalam Kerat Studio. Itu terpulanglah pada kau tapi kali ini aku tak mampu lagi nak mengkritik karya sesiapapun secara ‘tanpa-belas’.

Satu je yang aku tak puas hati dengan BYT ni, tajuk setiap kispen dan certot adalah dalam bahasa makhluk asing. Aku sangkakan ia bahasa Braille lalu dengan gigih aku cuba decode, malangnya ia bukan Braille. Hahaha... Mungkin kalau kau juga spesis gigih, kau dapat meneka tajuk setiap kispen dan certot dalam zine ini yang masih kekal menjadi misteri nusantara bagi aku.

Himpunan kispen, puisi, kispen, certot, monolog dan catatan yang dikompakkan ke dalam zine setebal 60 mukasurat ini berharga RM5 dan boleh didapati dengan menghubungi keratstudio@gmail.com.


Reviu cerpen Cethu dan Barista Cinta (FIXI)

2

Sebenarnya, ini bukan reviu. Tipu sahaja nama reviu di tajuk ni. Aku lebih kepada nak bercerita tentang apa yang aku lihat di dalam kedua cerpen ini seperti yang dipinta oleh kedua-dua mereka - Nabila Najwa (Cethu) dan Barista Cinta (Lord Zara).

SPOILER

Cethu:
1. Olahan cerpen ini dikayakan dengan bahasa sebarang di mana ia punya 3 bahagian pertama lenggok bahasa Indonesia dan bahagian terakhir adalah dalam bahasa tempatan (bak kata Fadz; ia disengajakan perubahan bahasa itu untuk menampakkan kontradiksi ruang latar atau pun si protagonis di mana aku menyetujui-nya.)
2. Reviu Fadz (http://fadliakiti.blogspot.com/2012/03/ulasan-ini-buat-nabila-najwa.html) aku kira sudah cukup lengkap untuk menggambarkan cerpen ini, tafsirannya dan penghayatannya.
3. Jujurnya, Cethu adalah cerpen yang telah butakan mata saya dari melihat cerpen lain, kerana ia bijak menyiratkan rahsia yang sebetulnya tabu; di mana ia adalah tentang cinta sejenis kedua-dua watak yang terbabit di dalam cerpen ini. Mengapa aku cakap macam tu? 
Watak 'aku' sudah ditonjolkan jantinanya pada bahagian pertama cerpen, "Aku adalah perempuan dengan seribu keresahan." Dan watak 'kau' ditonjolkan pada ms 102;
 "...keluar masuk liang senggamamu (vagina),"
".... payudaramu;"
"Kau adalah wanita dengan seribu keindahan."
Jelas kedua-dua watak pernah mempunyai hubungan yang rapat tapi hanya tinggal kisah melalui ayat, "Kita pernah menjadi gema yang saling bersahutan."
4. Kenapa aku katakan si penulis sangat bijak menyiratkan rahsia yang sebetulnya tabu? Pada perenggan ke-lima dan ke-enam ms 101;
".........Kau memainkan jari telunjukmu di permukaan hampas kopi.
     Malam ini di bilikmu, di tengah kerumunan awan yang terbentuk dari asap rokok dan ganja, kau lakukan hal yang di permukaan yoni."
Bak kata Nabila Najwa, yoni itu vagina (bahasa sanskrit). 
Perenggan pertama ms 102;
".....Malam itu pula jari-jarimu dengan cekap menari keluar masuk liang senggamamu sendiri." Yang aku tafsirkan sebagai onani(?) lalu watak 'aku' dan 'kau' bercanda menguliti masing-masing di atas ranjang.
"...Lidahku menirukan corak-corak memutar di perut dan payudaramu; panjang, pendek dan titik-titik berganti-ganti." Dengan lidah menggantikan pencungkil gigi pada hampas kopi, dan hampas kopi yang dicorak-corak adalah tubuh pasangan.
5. Aku melihat cerpen ini adalah flashback keindahan perhubungan di antara 'aku' dan 'kau' sewaktu di negara seberang belajar dalam bidang kedoktoran; pada ms 100 perenggan pertama; dia sanggup mengukirkan nama 'kau' di pahanya sehingga berdarah, sebagai tanda cinta di antara mereka.
6. 'Aku' semasa di sana masih tegar lagi meghisap rokok, tetapi mulai berhenti; apabila 'aku' memutuskan kisah hanya tinggal kisah, tetapi hati masih ada 'kau' yang ter-tatu utuh.
7. Kesimpulan?  Buat apa kesimpulan, ini fiksyen yang aku mahu layari imaginasinya serta keindahan susunan kata-katanya. Aku baca 3-4 kali, cerpen ini, untuk memahaminya.

Barista Cinta:
1. Ia punya 5 bahagian; yang hanya dapat dileraikan kisahnya pada bahagian akhir.
2. Mengikut Lord Zara, perenggan pertama (perbualan) adalah 'based on true story'.
3. Cerpen ini digarap untuk 'berkomunikasi dua hala' dengan pembaca-nya. Aku tak pasti 'term' yang tepat, tapi semacam begitu-lah. Semacam bermonolog kemudian dibawa ke perspektif orang ketiga.
4. Bahagian pertama adalah aroma perbualan tentang cinta lalu seperti kamera (view maksud aku) dialihkan terus tentang si Zuyyin, barista yang berambut ala Cruella de Vil, bermonolog sendiri, tentang keadaan sekelilingnya dan tentang cinta. Lalu dimunculkan watak lelaki yang bertag nama - Affan.
5. Bahagian 2; seperti bahagian 1 yang 'berkomunikasi dua hala' pada perenggan pertama dan kedua; ia tentang derita dan kebahagiaan. Lalu kamera dilarikan pada watak Auni yang dikasari suaminya yang lebih suka mendera jika permintaannya tidak dipenuhi. Kopi hanya lah salah satu perkara yang menunjukkan si suami akan men-tangan-kan isterinya jika apa yang dia nak; tidak dilunaskan, sebagai suami diktator.
6. Kicauan burung/kicauan burung biru pada bahagian 3; dimaksudkan sebagai 'twitter'; tentang Zuyyin yang merupakan penggemar kopi sejak di universiti. Lalu perenggan-perenggan seterusnya tentang dia yang gemar menonton gelagat manusia melalui twitter/realiti. Kemudian, Zahrin, kembar lelakinya (Zuyyin adalah perempuan dalam cerpen ni) ditonjolkan sebagai seorang pengguna teknologi dan juga laman twitter (nampak tegar pengaruh twitter pada si penulis nampaknya). Affan (aku kira sebagai watak antagonis di dalam ini) muncul, dengan si Zahrin mengatakan secara jelasnya, Affan itu seorang imam - imam muda.
7. Bahagian 4 asalnya certot yang telah memenangi buku Tabu, di mana aku suka cara dia menggarap certot ini cuma mungkin penulis terlepas pandang; yang tajuk kecilnya adalah Tabu dan Imam Muda tetapi pada ms 113; 
"....Uban yang penuh di kepala ditutup kemas."
8. Bahagian 5 mengungkapkan keseluruhan cerpen, dan ya, aku sukakan kepadatan bahagian 5 ini, dan kesinisan tentang imam muda yang bernama Affan dengan air maninya; meleraikan seorang manusia yang menjulang agama secara luaran tetapi terlondeh kainnya, terlihat alat kelamin yang menjadi pemacu nafsunya.

Sekian, 'so called' reviu dari klan Zine Satu Malam.

L.A



Lagi Reviu Poin Empat Puloh Empat

5

Poin Empat Puluh Empat dah lama aku habiskan tapi sebab aku ada hutang reviu dengan Luc, aku kena baca semula sesetengah kispen dalam buku ni. Jujurnya tak semua aku dapat hadam mengikut pengertian yang sebenar. Ada yang terlalu deep semacam ditulis oleh homosapien dari masa depan. Nak reviu kasi pedas tapi ikhlas macam Wahyudi Yunus balun Amerika rasanya aku tak cukup power lagi. Nah, hambik ni je lah.



Tentang Khrlhsym
Kebanyakan karyanya bersifat konseptual, abstrak dan padat dengan falsafah hidup yang berkait dengan ketuhanan dan kritik sosial seperti entri-entri di dalam blog penulis, khrlhsymbox. Berat dan tricky tapi masih ada unsur ringan-ringan dan mampu buat pembaca rasa terharu. Kebanyakan karyanya dalam buku ini diakhiri dengan persoalan untuk pembaca tafsirkan sendiri.

Aku perasan gaya penulisan Khrlhysm yang gemarkan perkataan yang berulang, contohnya “..aku melihat di bawah-bawah yang boleh melihat terbawah-bawah”, ‘jatuh-jatuh’ ‘hirup-hirup’, ‘diam diam’, ‘bising bising’, ‘pergerakan tanpa pergerakan’, dan banyak lagi.

Tentang Lucifer
Salah satu signaturnya dalam penulisan adalah penggunaan nama-nama watak dan tempat yang kedengaran rare – semacam nama manusia di era Star Wars atau mungkin juga nama-nama penghuni di Atlantis. Banyak kali juga istilah ‘anatomi berkantung dua’ dan sewaktu dengannya muncul dalam karya Lucifer yang mana Zoul Yazix lebih suka kalau diringkaskan dengan menulis ‘kote’ saja. Hahaha..

Suka bermain dengan metafora dan satira halus tapi tajam dalam kebanyakan isu berkaitan kritikan sosial dan politik yang digarap dalam bentuk penceritaan fiksyen. Tembakan Lucifer tak bunyi pompang-pompang tapi dia guna silencer mungkin.


Berlatar Militari

   Poin Empat Puluh Empat dimulakan dengan Hegomonia oleh Lucifer. Sebuah fiksyen tentang dendam dan anti-hero. Bagi sesiapa yang biasa ikut penulisannya sama ada di Kontrol Histeria atau Kotak Pentipu, kau akan perasan penulis ini suka menghasilkan fiksyen dengan suntikan militari. Mungkin terbiasa dengan pengalamannya dalam kadet seperti yang dikisahkan dalam Lantai Berkasih Sayang yang lebih bersifat personal. Poin Lima Kosong Kaliber juga adalah satu lagi kisah anti-hero dengan trademark penulis yang gemarkan penulisan berperisa kejam, hati kering, tiada belas dan kengerian yang kadangkala buat aku rasa teruja bila diimaginasikan.


Kritik Sosial dan Politik

   Kritikan politik secara am mahupun spesifik disentuh oleh kedua-dua penulis terutamanya dalam Perang Hurufhiyah, Taman Permainan Leviathan, Lelucon Modenisasi, Babi Negara dan Pilihan Raya. Lelucon Modenisasi oleh Lucifer lebih kepada garapan kritik sosial dan politik. Menyentuh isu yang berlegar-legar di sekeliling kita, dari soal prinsip individu hingga ke soal konspirasi dalam politik yang sarat dengan jenaka dan kebodohan. Sangat padu, tembak tepat ke kepala guna .44. Mati-mati.

Babi Negara oleh Khrlhsym pula ditulis dengan elemen hikayat klasik moden. Sebuah metafora tentang pemerintah dan rakyat sebuah negara yang takutkan sesuatu yang dianggap ancaman disebut sebagai ‘babi negara’, lalu berusaha untuk menghapuskannya. Sedangkan ancaman sebenar datang dari manusia itu sendiri. Pilihan Raya menempelak janji-janji parti politik yang penuh dengan tahi bersalut gula, menggunakan taktik kotor untuk terus kekal memerintah.

Potret Famili menyentuh tentang institusi kekeluargaan yang semakin tenat. David adalah mangsa kerakusan nafsu. Jika ini adalah salah satu profil pembunuh bersiri, aku faham kenapa nyawa itu dipandang sangat tidak bernilai bagi sesetengah manusia.



Ketuhanan dan Kritikan Kepada Pentopeng Agama

   Fundamentalisuci dan Katarsis oleh Lucifer adalah headshot kepada pendakwah, penegak dan pemimpin agama akhir zaman yang menyeleweng. Bila yang batil semakin banyak menggunakan perisai agama untuk kepentingan nafsu dan pengaruh, hasilnya ramai yang mahu menjadi Tuhan, menghukum atas undang-undang rujukan kitab ciptaan sendiri, ‘penyucian dosa ‘ menurut tafsiran ‘agama’ yang bertopengkan wajah-wajah ketuhanan.

Khrlhsym juga tampil dengan konsep ketuhanan melalui Mesej Untuk Tuhan. Sama ada kita menghantarnya atau tidak, bagi yang percaya akan kewujudan Tuhan, maka dia pasti mesej itu sampai. Aplikasi Bimasakti aku tafsirkan sebagai fiksyen tentang hubungan di antara manusia dan Penciptanya dengan penggunaan istilah ICT.

Wakil TuhanTiket Sorga, Sorga, Dosa Dua Kali, Haram dan Mencari Jawaban juga menyentuh soal keagamaan dan ketuhanan. Dalam Dosa Dua Kali umpamanya, sindiran lembut tapi berbisa ditujukan kepada mereka-mereka dari kelompok pemikiran seperti Wahab, Ali, Abu dan Ahmad di mana Ah Chong juga berperanan menggerakkan cara fikir mereka yang mewakili sikap kebanyakan masyarakat Malaysia. Disampaikan dalam olahan skrip teater.

Mencari Jawaban membuatkan aku teringat pada filem bajet Darren Aronofsky, Pi. Genius matematik seperti Max (dalam Pi) dan Anton mungkin merasakan hampir semua kejadian dan permasalahan dalam kehidupan mampu diselesaikan melalui pengiraan matematik yang saling berkait dalam aktiviti seharian manusia seperti penggunaan Golden Ratio dalam indeks jual-beli saham umpamanya. Setelah aku tanya Khrlhysm apa yang dimaksudkan oleh orang tua yang ditemui Anton dalam kisah ini, barulah aku faham tentang penggunaan Nombor Fibonacci dalam perkiraan jarak di antara manusia dengan Tuhan. 


Falsafah dan Konseptual

   Dalam fiksyen Zeus Ikan Sardin dan Mesin Basuh dan Serbuk Pencuci oleh Lucifer misalnya terselit falsafah hidup yang digambarkan secara metafora melalui watak-watak seperti Tufael dan Tsar. Aku sikit tercuit bila membaca Nama Guwa . Abiliti Fidel sebagai transduser itu mungkin lebih menghiburkan dari perut yang kelaparan. Lalu dia memilih untuk terus ditumbuk dan diterajang setiap kali menawarkan khidmatnya. Tafsiran aku, perasaan gembira itu kadangkala mengubat kesempitan hidup.

Khrlhsym yang gemarkan genre penulisan sebegini membawa paling banyak kispen berbentuk konseptual dan falsafah kehidupan dalam Halimunan, Penunggu, Kosong, Mustahil, Sepuluh Pintu, Penulis, Kalah dan Rumah Kecil.

Tafsiran aku melalui kisah Penulis - kalau lidah itu lebih tajam dari mata pedang bagi orang yang berbicara, maka penulisan itu adalah lidah bagi seorang penulis. Penulisan ‘telanjang’ itu aku kira sesuatu yang jujur, tanpa berselindung. Penulisan yang ‘cantik’ mampu memberikan inspirasi kepada dunia tapi tak kurang juga munculnya penulis yang berkarya dengan niat membunuh jiwa-jiwa yang menjadi sasarannya. Jadi, kau dari kelompok mana?

Metafora di sebalik kisah Rumah Kecil bagi aku sangat sinonim dalam banyak hal tentang kehidupan. Seperti Pak Man aku juga idamkan keharmonian rumah kecil. Contohnya bila bekerja dalam sesuatu syarikat kecil, hubungan sesama komrad sangat rapat, saling bekerja keras dan gembira. Semakin maju, syarikat semakin besar. Ketika itu masing-masing pentingkan diri dan mula tikam belakang kerana ketamakan nikmat dunia.


Personal dan Emosi

Bintang Pagi dari Lucifer misalnya lebih bersifat personal. Penulis mengambil peluang untuk mengisahkan perihal sebenar istilah ‘Lucifer’ (juga nama pena penulis) atau bintang pagi yang disebut-sebut sebagai ketua syaitan. Talian Yang Tak Tersahut berkisah tentang gelodak emosi yang biasa terbit dari mana-mana hubungan peribadi sesiapa saja dan terasa sangat menarik bila dilakarkan dalam penulisan yang difabrikasi oleh unsur-unsur surrealisme.

Baju Kusam, Hitam Putih, Tanpa Pergerakan, Halusinasi dan Secawan Kopi Bersama Gudang Garam bagi aku, terasa sangat dekat dengan diri Khrlhsym. Baju Kusam dan Halusinasi agak menggigit jiwa kerana mampu membuat pembaca 'tacing' selepas dihidangkan dengan sajian berat. Cinta bagi sesetengah orang diibarat seperti menukar baju. Tapi bagi yang benar-benar menghargai nilai cinta adakalanya memento dari episod cinta yang telah berakhir tetap diulangtayang sehingga tiba suatu hari kita memilih untuk bergerak ke hadapan dengan membuka suatu episod baru. Halusinasi sepertimana kisah Baju Kusam, aku dapat feel kemurungan Iz yang menafikan kematian kekasihnya.


Fiksyen Popkorn

Di celah-celah karya yang mengerah akal untuk mentafsirkan maknanya, masih ada karya popkorn (ringan-ringan) yang sedap dinikmati. Halo Interaktikal yang aku agak berkisah tentang eksplorasi meth tripping atau mungkin juga Bento benar-benar melalui pengembaraan ‘mesin masa’. Distopia pula adalah sebuah kisah anti-utopia di mana pihak autoriti memerintahkan agar semua buku dibakar. Bayangkan dunia tanpa bahan bacaan bercetak.

Jangan harap ‘happy ending’ dalam karya Lucifer seperti dalam Kisah Seekor Mamalia Genit Yang Walang. Dan Okta sememangnya walang hingga ke akhir hayat. Keh.. keh.. Khrlhsym membawa kisah pecahan personaliti melalui Gila Bayang. Penyakit yang menjadi-jadi dan biasanya susah untuk ditentukan sama ada lakonan untuk menutup jenayah atau ia betul-betul penyakit mental bila berlaku sesuatu kes homosid. Tapi aku percaya Juhari, dia memang sakit.

Tahniah kalau kau berjaya baca reviu sampai di sini. Aku dengar-dengar buku ni dah pun sold-out tapi kalau ada permintaan mungkin Kerat Studio boleh ulangcetak.


Review: Zine Satu Malam: Sejarah Alternatif

6

Assalamualaikum.....hehe

Ini adalah review lebih kurang dari perspektif mata aku. Kali ini, kita dapat lihat ramai penulis baru yang menghantar karya. Cekidautt

1) Tembok  oleh Ali Rafiq

Cerita mengenai Amir yang dibunuh kerana menconteng Tembok Besar Malaya yang mana ia memisahkan malaya kepada 2, iaitu Malaya Utara dan Malaya Selatan. Kerana Tembok itu, Amir terpisah dengan kekasihnya, Maya. Cerita yang menarik untuk permulaan bagi cerita yang seterusnya.

2) Apa Terjadi Jika Charles V. Brooke Tidak Menyerahkan Sarawak Kepada British oleh Mo. Ita

Tajuk yang paling panjang dalam zine kali ini. Disini, penulis melontarkan pandangannya bagaimana jika Charles V. Brooke kekal memerintah Sarawak dan tidak menyerahkannya kepada British dan kesannya kepada sosiobudaya, sosiopolitik, ekonomi, bahasa dan sebagainya.

3) Sang Saka Malaya oleh Pak Lang

Cerita berkisar zaman 'Tanah Melayu'. Di sini, penulis cuba membayangkan dengan menukar peranan PKM dan UMNO semasa zaman sebelum merdeka. Korang bacalah sendiri. Hehe

4) Stefanie oleh Lieyanna Esmeralda

Ok, ini cerita aku. Kisah mengenai Hitler dan Princess Stefanie dan bagaimana jika mereka bercinta.

5) Harold Mac Michael 1945 oleh Izza

Tengok tajuk, kita sudah dapat tangkap ini mengenai Malayan Union. Siapa tak tahu, bukak balik buku teks sejarah ataupun nota subjek kenegaraan. Disini, penulis menceritakan kegagalan Harold Mac Michael memujuk Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Akhirnya Harold mati ditikam.

6) Peace Love Empathy oleh Hanif Boey

Ok, kita tinggal seketika sejarah malaysia. Kisah ini mengenai bagaimana jika Kurt Cobain tidak mati malah sebaliknya bininya, Courtney. Courtney mati kerana dibunuh  Kurt kerana bininya itu ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

7) Millennium oleh Unicorn Gila

Penulis menceritakan bagaimana virus millennium telah menyerang dan menjahanamkan segala macam sistem telekomunikasi di Malaysia yang di dalangi oleh Clinton dan kuncu-kuncunya. Bayangkan hidup tanpa fesbuk, twitter, telefon.............hmmm

8) Operasi Matador oleh Perempuan

cerita mengenai usaha pihak british memujuk Thailand supaya dibekalkan sejumlah gadis dan gadis jadian thailand untuk menyekat kemaraan Jepun ke Tanah Melayu. Penghujung kisah yang buat aku tersengih.

9) Natrah antara Populariti dan Kekayaan oleh Syakirah Syark

Cerita mengenai bila mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan antara Natrah dan Mansor Adabi adalah sah dan bagaimana penulis cuba membayangkan efeknya kepada Malaysia. Menarik.

10) Jepsia oleh Oreen Reenbow

Penulis berimaginasi bagaimana jika Jepun dulu terus kekal menguasai Tanah Melayu, dan tertubuhnya Jepsia, bukan Malaysia.

11) Boya oleh Lucif Abdullah

Penulis bercerita mengenai James Brooke yang datang ke Sarawak dan menamakan sebuah tempat sebagai Boya setelah melihat seekor buaya di sebatang sungai.

12) Sejarah Alterasi Malaya oleh Abu Abas

Kisah yang agak panjang.hehe. Ia bermula pada zaman pemerintahan Maharaja Buddha hingga ke zaman 'Tanah Melayu dan seterusnya Malaya. Gila dahsyat penulis ni. Sila baca untuk tahu lebih lanjut.

13) Coup De Etat oleh Johan Radzi

Kisah yang paling panjang aku rasa dalam zine kali ini. Kisah mengenai Awang, pejuang PKM yang bangkit memberontak untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dia membunuh raja-raja, ahli ekonomi, imperialis dan juga tokoh tokoh penting. Akhir cerita, komunis berjaya menguasai Malaya. Err, kepada penulis, tahun 1957 Malaysia masih belum ditubuhkan. hehe

14) Nowhere Man oleh Nasyrun Nasyrun Nasyrun

Penulis bercerita mengenai lagenda dalam dunia muzik, John Lennon. Anda juga patut baca sendiri. Menarik.

15) Skriptur Lusuh oleh Lucif Abdullah

Karya kedua Lucif dalam edisi kali ini. Dalam kisah ini, 1 skriptur dijumpai oleh seorang remaja yang bernama Dane. penulis juga menceritakan mengenai pertelagahan antara Nikola Tesla dengan Thomas Edison mengenai pendapat masing masing mengenai arus terus dan arus ulang alik.

16) 13 Mei oleh Larasephia

Dalam cerita ini, penulis membayangkan kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei ditukar kepada aktivit gotong royong sehinggalah jamuan makan sesama mereka. menarik juga.

17) Pagi oleh Ramona Bunga

Kisah mengenai 'Aku' yang bangun pagi untuk menyambut keraian kerana perlantika Presiden baru Malaysia. Cerita selepas Pilihanraya. Anda patut baca untuk faham sendiri.hehe

18) Kalau Dia Tiada oleh Sastraboy Suhadi

Juga kisah yang panjang dalam zine ini. Penulis menceritakan mengenai lelaki satu dan lelaki dua dan bagaimana perjalanan lelaki dua dalam mencari 'Muhammad'. Penulis juga menceritakan bagaimana jika dunia ini, manusia tidak mengenali siapa itu Muhammad dan secara amnya Islam dan bagaimana kecelakaan yang berlaku di dunia jika itu berlaku.Errr...harap tidak salah tafsiran aku.

Sekian sahaja ulasan 18 cerita dalam zine kali ini. Ada salah silap harap dapat ditegur dengan berhemah. :D


Bukan Ulasan tetapi Mempromosikan Sesuatu Yang Lain

6

Saya bukan lah siapa-siapa untuk Jargon Books, cuma lah pembaca, yang apabila si pembaca ini suka kan apa yang dia baca, dia ingin bagi orang lain baca sekali untuk meraikan 'excitement' yang dia perolehi ketika membacanya, sama lah macam saya, mahu mengkongsikan sesuatu yang barang kali, berbaloi untuk kalian habiskan RM 23 untuk buku yang mempunyai 133 muka surat, 10 cerita dari 10 penulis, yang bukan calang-calang bagi saya yang gemar mengikuti perkembangan beberapa penulis yang terdapat dalam buku ini.
Borang Pesanan
Tajuk: Kelahiran Lain
Nama penulis tanpa mengikut susunan cerita yang tidak bertajuk: 
Aedi Asri, Ainunl Muaiyanah, Daniyal Kadir, Hud Hanafee, Nadrah Mustafa, Rasyidah Othman, Shafiq Halim, Tramizi Hussin, Wan Nor Azriq dan Zulwaqar Akram.

Dalam sepuluh cerita ini ada lapan yang terkesan tidak kira lah ia membuat saya fikir dalam-dalam mahu pun tersengih sorang-sorang dalam kedai makan ketika membaca ini, di mana ia sarat dengan kehidupan, bagi saya, yang dihiris-hiris oleh emosi dan direncahkan dengan filsafat, ada yang pekat, ada yang nipis. 

1. Cerita pertama nya kalau saya simpulkan tentang perasaan, hati, jiwa dalam kemelut perasaan. Bukan lah kispen cinta yang biasa, kerana ia dikayakan dengan filsafat si penulis, dalam merungkai kehidupannya dengan 'orang' itu.

2. Cerita keduanya bagi saya sangat menarik, dan penulisnya berjaya memasukkan saya dalam ceritanya, tentang seorang lelaki yang berpuisi dengan gadisnya dalam kereta, dan ya, puisinya sangat berahi, dan buatkan saya yang tidak mudah menelan puisi, khayal dalam ceritanya.
"Aku cakap, malam ini bulan menyendiri, ada di sini. Di dalam kain baju kurung ini. Di celahan kelangkang mu, perempuan. Aku cakap lagi, bulan, biar aku menyentuhmu. Tangan aku perlahan-lahan masuk ke dalam kainnya." m/s 13, Kelahiran 2.
Penulis ini kemudiannya membawa saya mengembara dalam cerita nonlinear ini masa dalam usia watak utama berusia 13 tahun di mana cikgunya suka sajak dan dia suka cikgunya, kepingin akan cikgunya. Tanpa sedar, saya diperkenalkan dengan sajak, tanpa sedar saya jadi suka dengan puisi. Dan cerpen ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya baca (it's my cup of tea).

3. Cerita ketiga ini yang buat saya tertarik terus untuk membelinya, kerana ia adalah sebuah cerita pendek yang diceritakan dalam pelbagai gaya yang berlainan iaitu konvensional, avant-garde, wawancara arus perdana etc maka belilah sendiri.

4. Cerita keempat ini masih lagi membicarakan filsafat kehidupan, erm, bukan perisa yang saya gemar, tapi barangkali lebih digemari orang lain. Tentang kehidupan dan perhubungan insani, yang saya telan tanpa fikir panjang.

5. Cerita ini berpusing pada satu plot watak utama yang tengah menjawab soalan, saya ditarik masuk dalam mesin masa cerita ini, berulang kali. Perlu kah saya bocorkan soalannya? 

6. Ia adalah kegemaran saya. Teknik penceritaannya adalah kegemaran saya, dan ia menusuk, dengan rencah satiranya yang memukul, menuding saya di dalam kulit manusia yang telah dibelah-belah. Transgresif. What could I say more? Ustaz di dalam tivi itu masih lagi menuding-nuding jarinya pada saya, sekarang.
"Ustaz itu berpesan dalam nada yang seperti menyindir kepada aku, janganlah berpura-pura sedang gembira sedangkan kamu tak layak untuk bergembira kerana api neraka menanti kamu. Janganlah pula kamu berpura-pura seperti sedang hidup sedangkan kamu sebenarnya sudah mati semalam dan tiada siapa pun yang sedar kamu sudah mati kerana kamu banyak dosa dan api neraka sahaja yang boleh menerima jasad kamu. Rasakan. Rasakan. Rasakan." m/s 81, Kelahiran 6.

7. Ini tentang Halim dan Perempuan alamaya yang dia tidak pernah nampak wajahnya melainkan tubuhnya, dia dalam perjalanan mahu berjumpa perempuan itu, dalam perjalanan dia mengimbau memoirnya.

8. Perempuan hujan, perempuan bulan, cinta, laki-laki. Laki-laki ini mahu membunuh dirinya dan mencuba beberapa cara tapi diri dia sendiri menghalangnya. Saya belum berjaya meletakkan diri saya di dalam ceritanya, mungkin kerana saya belum cukup kecewa dengan kisah cinta saya setakat ini (barangkali).

9. Saya sukar khayal di dalamnya, saya cuba melemaskan diri tapi gagal.

10. I took two days to read this fiction, as I am not good in English fiction, day 1; I failed to drown in this fiction but day 2; I managed to understand it, and I felt the sadness conquered me much. This is life that we've been struggling to be happy to, yet, we are the walking dead in a fresh meat's suite.

Moleklah saya ulangi sekali lagi yang saya komenkan dengan citarasa saya sendiri, berlainan dengan rasa-rasa orang lain, yang saya mahu kongsikan, seperti semangkuk mi kolok yang sedap, mahu saya hidangkan pada orang lain untuk merasainya sekali.

Ulasan yang bukan sebetulnya ulasan ini ditulis selepas sebulan membacanya, dan sisa yang tinggal itu lah terkesan, apa yang istimewa tentang buku ini adalah ia tiada tajuk, dan nama penulis dihalimunankan, hanya fiksyen dalam membebaskan imej/nama penulis dari tulisannya sekaligus mengelirukan saya dan pembaca itu sendiri dengan pendapatnya tentang siapa yang menulis yang mana. (*merujuk kepada komen qifahsdamha dalam kotak komen)

Ya, saya terkena dan pastinya komen saya yang berselitkan sedutan itu yang memabukkan saya dalam fiksyennya.

Sekian, dari klan Zine Satu Malam.


In by Anonymous, Monday, 30 January 2012


Review: Tabu

5

sumber

Ini pertama kali saya memiliki novel keluaran Fixi. Tulisan Shaz Johar berjaya membuat tangan dan mata melekat di buku ini sehingga memaksa untuk membaca sampai habis hanya dengan sekali baca. Cadangan saya pada para pelajar universiti yang lokek duit dan sangat berjimat-cermat dan berkira-kira nak beli novel; jika anda punyai baucer 1M untuk membeli buku itu, dan kira-kira nilai baucer itu masih berbaki, tidak keterlaluanlah kalau saya cadangkan anda supaya dapatkan buku ini di pasaran. Huehue.

Secara ringkasnya, Tabu menceritakan kisah seorang gadis bernama Bibi, dan kehidupannya yang berkait rapat dengan teman lelakinya, iaitu Mosi dan teman karibnya, Kim. Jalan ceritanya diolah dengan menarik tentang pemilik telefon bimbit yang misteri iaitu Nadim, yang akhirnya dibongkar di pengakhiran cerita. Kematian Kim mengundang curiga kepada Bibi sehingga memaksanya untuk menyiasat walaupun kes kematian Kim diklassifikasikan sebagai kes bunuh diri. Nak tahu mengapa Kim bunuh diri? Sila beli.


Sedikit komen ketika membaca:

  • Dalam cerita Tabu, anda akan dapati bahawa kisah Bibi dan kehidupannya banyak bergantung dengan telefon. Telefon adalah alat paling penting dalam cerita ini.
  • Gaya hidup yang islamik bukanlah apa yang anda boleh harapkan pada Tabu. Sebaliknya, kehidupan yang ditonjolkan lebih bebas dan bersahaja. Ya. Mereka hidup sosial dan urban gitu.
  • Jalan ceritanya diatur satu persatu dan kelihatan agak lambat, tapi watak Bibi sebagai gadis bersaiz plus itu sangat terperinci, dan menceritakan perilaku Bibi dengan saiznya yang boleh kita bayangkan dengan sempurna.
  • Bila baca kisah Bibi, saya mula mengubah persepsi yang agak skeptikal dalam kepala otak ni. Bukan perempuan saiz kurus sahaja yang boleh menjadi gorgeous. Perempuan bersaiz plus pun boleh asalkan punya keyakinan dan keberanian.
  • Kalau ada mengharap ada unsur-unsur seks tu memang maaflah. Cerita Tabu lebih berkisar tentang persahabatan, kepercayaan dan kejujuran. Juga sedikit perihal gangguan seksual. Watak-watak dalam cerita agak sedikit dan penulis agak pandai menggunakan watak yang ada untuk menyedapkan plot. Sampai anda akan rasa yang sebenarnya dunia ni bukanlah besar mana pun.
  • Mosi? Entah kenapa dari awal saya dah dapat mengagak dia akan berubah menjadi antagonis.
  • Dalam hati, ada juga rasa kasihan pada Bibi. Yalah, asyik berjumpa dengan lelaki yang ‘salah’ dalam hidupnya. Mungkin Bibi perlu bertaubat kembali ke pangkal jalan. Hehe. Lagipun Bibi pun dah berusia, kenalah cepat-cepat cari jodoh.

“A taboo is a strong social prohibition (or ban) relating to any area of human activity or social custom that is sacred and or forbidden based on moral judgment, religious beliefs and or scientific consensus.” -Wikipedia

Lepas baca, baru saya dapat kesan apakah ‘Tabu’ or taboo yang ingin disampaikan. Bolehlah dikatakan secara pendek yang tabu itu sendiri (yang paling jelas) adalah perempuan bersaiz plus dan berumur, hubungan luar nikah dan membunuh diri.

Sekian review dari Krakenia.

In by aida, Tuesday, 24 January 2012


Post navigation