Review: Zine Satu Malam: Sejarah Alternatif
Assalamualaikum.....hehe
Ini adalah review lebih kurang dari perspektif mata aku. Kali ini, kita dapat lihat ramai penulis baru yang menghantar karya. Cekidautt
1) Tembok oleh Ali Rafiq
Cerita mengenai Amir yang dibunuh kerana menconteng Tembok Besar Malaya yang mana ia memisahkan malaya kepada 2, iaitu Malaya Utara dan Malaya Selatan. Kerana Tembok itu, Amir terpisah dengan kekasihnya, Maya. Cerita yang menarik untuk permulaan bagi cerita yang seterusnya.
2) Apa Terjadi Jika Charles V. Brooke Tidak Menyerahkan Sarawak Kepada British oleh Mo. Ita
Tajuk yang paling panjang dalam zine kali ini. Disini, penulis melontarkan pandangannya bagaimana jika Charles V. Brooke kekal memerintah Sarawak dan tidak menyerahkannya kepada British dan kesannya kepada sosiobudaya, sosiopolitik, ekonomi, bahasa dan sebagainya.
3) Sang Saka Malaya oleh Pak Lang
Cerita berkisar zaman 'Tanah Melayu'. Di sini, penulis cuba membayangkan dengan menukar peranan PKM dan UMNO semasa zaman sebelum merdeka. Korang bacalah sendiri. Hehe
4) Stefanie oleh Lieyanna Esmeralda
Ok, ini cerita aku. Kisah mengenai Hitler dan Princess Stefanie dan bagaimana jika mereka bercinta.
5) Harold Mac Michael 1945 oleh Izza
Tengok tajuk, kita sudah dapat tangkap ini mengenai Malayan Union. Siapa tak tahu, bukak balik buku teks sejarah ataupun nota subjek kenegaraan. Disini, penulis menceritakan kegagalan Harold Mac Michael memujuk Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Akhirnya Harold mati ditikam.
6) Peace Love Empathy oleh Hanif Boey
Ok, kita tinggal seketika sejarah malaysia. Kisah ini mengenai bagaimana jika Kurt Cobain tidak mati malah sebaliknya bininya, Courtney. Courtney mati kerana dibunuh Kurt kerana bininya itu ada hubungan sulit dengan lelaki lain.
7) Millennium oleh Unicorn Gila
Penulis menceritakan bagaimana virus millennium telah menyerang dan menjahanamkan segala macam sistem telekomunikasi di Malaysia yang di dalangi oleh Clinton dan kuncu-kuncunya. Bayangkan hidup tanpa fesbuk, twitter, telefon.............hmmm
8) Operasi Matador oleh Perempuan
cerita mengenai usaha pihak british memujuk Thailand supaya dibekalkan sejumlah gadis dan gadis jadian thailand untuk menyekat kemaraan Jepun ke Tanah Melayu. Penghujung kisah yang buat aku tersengih.
9) Natrah antara Populariti dan Kekayaan oleh Syakirah Syark
Cerita mengenai bila mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan antara Natrah dan Mansor Adabi adalah sah dan bagaimana penulis cuba membayangkan efeknya kepada Malaysia. Menarik.
10) Jepsia oleh Oreen Reenbow
Penulis berimaginasi bagaimana jika Jepun dulu terus kekal menguasai Tanah Melayu, dan tertubuhnya Jepsia, bukan Malaysia.
11) Boya oleh Lucif Abdullah
Penulis bercerita mengenai James Brooke yang datang ke Sarawak dan menamakan sebuah tempat sebagai Boya setelah melihat seekor buaya di sebatang sungai.
12) Sejarah Alterasi Malaya oleh Abu Abas
Kisah yang agak panjang.hehe. Ia bermula pada zaman pemerintahan Maharaja Buddha hingga ke zaman 'Tanah Melayu dan seterusnya Malaya. Gila dahsyat penulis ni. Sila baca untuk tahu lebih lanjut.
13) Coup De Etat oleh Johan Radzi
Kisah yang paling panjang aku rasa dalam zine kali ini. Kisah mengenai Awang, pejuang PKM yang bangkit memberontak untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dia membunuh raja-raja, ahli ekonomi, imperialis dan juga tokoh tokoh penting. Akhir cerita, komunis berjaya menguasai Malaya. Err, kepada penulis, tahun 1957 Malaysia masih belum ditubuhkan. hehe
14) Nowhere Man oleh Nasyrun Nasyrun Nasyrun
Penulis bercerita mengenai lagenda dalam dunia muzik, John Lennon. Anda juga patut baca sendiri. Menarik.
15) Skriptur Lusuh oleh Lucif Abdullah
Karya kedua Lucif dalam edisi kali ini. Dalam kisah ini, 1 skriptur dijumpai oleh seorang remaja yang bernama Dane. penulis juga menceritakan mengenai pertelagahan antara Nikola Tesla dengan Thomas Edison mengenai pendapat masing masing mengenai arus terus dan arus ulang alik.
16) 13 Mei oleh Larasephia
Dalam cerita ini, penulis membayangkan kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei ditukar kepada aktivit gotong royong sehinggalah jamuan makan sesama mereka. menarik juga.
17) Pagi oleh Ramona Bunga
Kisah mengenai 'Aku' yang bangun pagi untuk menyambut keraian kerana perlantika Presiden baru Malaysia. Cerita selepas Pilihanraya. Anda patut baca untuk faham sendiri.hehe
18) Kalau Dia Tiada oleh Sastraboy Suhadi
Juga kisah yang panjang dalam zine ini. Penulis menceritakan mengenai lelaki satu dan lelaki dua dan bagaimana perjalanan lelaki dua dalam mencari 'Muhammad'. Penulis juga menceritakan bagaimana jika dunia ini, manusia tidak mengenali siapa itu Muhammad dan secara amnya Islam dan bagaimana kecelakaan yang berlaku di dunia jika itu berlaku.Errr...harap tidak salah tafsiran aku.
Sekian sahaja ulasan 18 cerita dalam zine kali ini. Ada salah silap harap dapat ditegur dengan berhemah. :D
6 Responses to Review: Zine Satu Malam: Sejarah Alternatif
ye yee aku tahu, kata alterasi sejarah :P
hew hew thanks.
oh...hahaha..ok...got it
aku salah tafsir rupanya
sama-sama :D
Yeahhhhh, aku suka bila ada orang review zine. thank you Lieyanna! :)
hahaha...sama-sama
thanks Lieyanna
thanks Lieyanna. haha, dasyat bebenor ke?
Post a Comment