Celaka


"Kalau kau kata aku tiada hati, memang aku tiada hati, kerana hatiku telah di curi". Aku baca ulang-ulang kertas kecil bersaiz comel yang diselitkanmu di halaman terakhir buku pemberianmu yang aku baru 'khatam' semalam. Aku baca lagi. Dan lagi. Dan lagi. Aku cuba untuk memahami setiap perkataan yang kamu tulis. Dan rupa-rupanya ia ternyata benar. Ternyata benar kau memang tiada hati. Kerana hatimu telah dicuri oleh perempuan lain. Dan hari ini kamu betul-betul telah tiada hati. Aku mengerti. Aku pernah bertanya padamu satu ketika dulu.

"Awak takkan tinggalkan saya?"
"Tak"
"Kalau awak jumpa orang yang lebih sempurna dari saya dari segala segi adakah awak akan berpaling pada saya?"
"Tak"
"Kenapa?"
"Saya dah ada awak. dah cukup"
"Kenapa?"
"Susah nak dapat seseorang yang dekat di hati kita walaupun jarak beribu batu"
"Selain tu?"
"Hanya awak yang terima saya ketika saya tak ada apa-apa. Dan hanya awak yang tahu banyak perkara tentang saya. Hanya awak sayang."
"OK. Kalau saya tiba-tiba hilang awak cari tak?"
"Cari. Saya sedih kalau awak tak ada nanti. Awak tak boleh hilang"
"Tahu. Saya pun takkan pernah tinggalkan awak. Sayang awak banyak-banyak tahu!"

Ya, itu dulu. Ketika masih di atas awan, ketika duduk atas pelangi. Kini segalanya karut. Segalanya celaka! Celaka sungguh rasa ini bila dicelakakan. Ah sangat-sangat celaka!

- Oleh Khairul Antasha