Senyum (Yang Kini Merupakan Perkataan Haram Bagi Aku)
Lepas ini jangan
salahkan aku jika kamu sakit. Mungkin di hati, mungkin juga di jasad
kamu yang kamu bangga-banggakan itu. Sebab sedarlah. Selama ini siapa
yang lebih sakit?
Mari kita ulang rahsia
kita dahulu yang tiada siapa tahu versi aku. Mari aku ceritakan
ringkas-ringkas, namun benar. Ia benar, melainkan kamu mampu untuk
menidakkannya. Kerana waktu itu hanya kamu ada. Dan aku ada. Dan tiada
siapa antara kita.
Aku
tetamu hidup kamu. Yang datang menyinggah. Kamu jemput aku masuk.
Jemput aku duduk di sofa setentangmu. Dalam kelam maghrib,
berbalam-balam itu kamu beri senyuman. Dan aku terliur melihat senyum
kamu terhidang. Ia nampak seperti stroberi; merah, wangi dan
menggiurkan. Lalu aku ambil, aku cuba kecap.
Oh, plastik rupanya.
One Response to Senyum (Yang Kini Merupakan Perkataan Haram Bagi Aku)
sekurang2nya plastik itu pernah jadi hidangan mata kamu.Tak ke lebih baik dari tidak ada apa langsung?
count your blessing, Martini Muaz.
Post a Comment