Reviu Buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Buku
keluaran Papakerma Press, Deleted Books & Kolektif Kaki Ketik ini sampai ke
tangan aku pada 26/1/2012. Dengan ketebalan 136 muka surat berisi
tulisan-tulisan dan beberapa foto yang terselit, memang berbaloi pun dengan
harga RM20.00 senaskah. Kulit luar memang cantik, nampak sedikit unsur PUNKnya.
Masa aku pertama kali tengok post pasal buku ini dekat fesbuk, aku tanya diri
aku balik, “apa yang ada disebalik punk rock?”
Barisan
penulis yang menjayakan buku ini pun bukan calang-calang. Semua dah
berkecimpung dalam dunia dan ideologi punk selama bertahun-tahun Semua ialah
punk rocker tegar yang terdiri daripada cikgu prinsip akaun, cikgu bahasa
inggeris, peguam, tokey kedai, artis grafik, pensyarah lukisan figura, cikgu
sekolah khas, operator kren, pekerja ICT dan pensyarah pembelajaran kreatif.
Siapa cakap jadi punk tak boleh berjaya huh? Siapa cakap jadi punk kena makan
sampah?
Buku
PUNK ROCK: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising (bermula dari sini aku akan
gunakan BPR sahaja sebagai singkatan) diterbitkan bertujuan untuk menangkis dan
menafikan segala stigma negatif masyarakat umum tentang punk yang dihadam dari skop
kecil media utama. Ada sepuluh tulisan garapan fresh dan juga sedikit cedokan dari blog para penulis yang termuat
dalam buku ini. Masing-masing memberikan definisi punk dari sudut berbeza
melalui penceritaan pengalaman, hujahan pendapat dan soal jawab namun masih
bermain di sekitar isu yang sama seperti ideologi Do-It-Yourself (D.I.Y), politik,
penindasan, muzik, fesyen dan perjuangan punk. Tulisannya tidak formal dan
bersahaja tetapi tidak berapa berbunga jadi ia boleh dibaca dan dengan pantas
dan ditelan dengan mudah. Tahu-tahu je, dah khatam dah. Kahkah.
- · Punk: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Hafeez terus menjawab kekeliruan
masyarakat berkaitan punk. Ada juga dua tiga quotes menarik yang beliau selitkan untuk menyokong pendapatnya
- · Bihun Bakso dan Punk Rock
Bila baca dah dekat 6 mukasurat, aku
mula tertanya-tanya, “Eh panjang betul?” Ini ialah hujahan pendapat +
pengalaman dari Mat Yie, yang akhirnya disimpulkan oleh bihun bakso itu sendiri.
Sebagai bonus, beliau turut melampirkan dua lirik lagu tulisan beliau pada muka
surat terakhir.
- · Bagai Ikan Makan Memerut
Format tulisan Fazri agak mengelirukan
sedikit, tapi Bagai Ikan Makan Memerut berkisar mengenai aktiviti-aktiviti
D.I.Y di A//MINCE studio dan Infoshop. Pernah dengar pasal rumah keluarga
Robiah di Terengganu? Pernah dengar laungan Food
Not Bomb?
- · Kepercayaan Kepada…
Pada suatu hari, Napalm Death dan
Youth Of Today bertemu Zaki dan bercambahlah punk di dalam dirinya. Sila rujuk
mukasurat 54 sehingga 58 untuk rujukan bunyi-bunyi bising yang mempengaruhi
beliau. Mungkin ada yang kau terlepas dengar.
- · Kita Borak Jap…
Kalau kau pernah rasa sesuatu yang kau
kutip sebaik sahaja kau balik dari melepak di mamak sampai membawa ke tidur,
macam itulah aku rasa bila aku baca tulisan dari Wolf ini.
- · Punk Singgang
Kata Nizang, jadi punk tak perlu reti
main gitar, tak perlu berfesyen but jaket tajam-tajam segala, jadi aku
simpulkan sedikit dari jiwa aku ialah punk. Ia dah wujud dalam diri setiap
manusia sebenarnya.
- · Mencari Konsensus
Dhani mengulas punk dalam bentuk soal
jawab. Tanya satu jawab sepuluh. Yang hujung-hujung rasa macam tengah berdebat
pun ada.
- · Terbalik Ini Cerita
Pada awalnya aku pelik jugak membaca
perenggan-perenggan awal tapi dah selesai baru nampak kaitannya. Kenalah dengan
tajuk.
- · Aku dan Sepucuk Revolver Bernama Punk
Cedokan dari blog abang Nan yang
ditambahbaik, mungkin tulisan terpendek dalam BPR tapi ‘once you know the real truth nothing will break you.’
- · Diari Seorang Punk Rocker
Ini tulisan terakhir dan merupakan
kegemaran aku. Cerita Din Akar pasal detik-detik pertama beliau menerbitkan
zine dari peluh sendiri memang sangat WIN!
Oh, ada juga beliau kongsikan beberapa teknik sulit old skool dalam urusan surat menyurat. Hehe.
BPR
dalam mata aku memang menarik mungkin sebab aku lebih berminat dengan muzik dan
cerita berunsur realiti ala-ala biografi tapi aku sarankan kau dan kau atau kau
bolot buku ini jugak untuk tambah pengetahuan. Ia sebuah buku yang jujur, aku
jamin dengan nyawa aku.
Untuk
pesanan atau segala info pasal BPR, rujuk sini:
reviu oleh : Sang Gabriel
5 Responses to Reviu Buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
Buku setebal 136 muka surat yang menampilkan tulisan mengenai PUNK ROCK dari 10 orang punk rocker SUDAH SIAP untuk anda miliki. Cuma perlu bayar RM20 (harga termasuk kos penghantaran) untuk sebuah buku. Beli secara wholesale sebanyak 5 naskah dengan harga RM80 ppd, dan 10 naskah RM140 ppd.
Cara memesan buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising
1.Masukkan RM20 (harga ini termasuk kos penghantaran) ke mana-mana akaun bank Ahmad Nizamuddin Bin Abdullah yang berikut:
Maybank: 162441057901
CIMB: 14210065808522
2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel nizangmosh@gmail.com, atau MMS ke 0179639316 atau sekadar beritahu waktu transaksi.
3. Sila nyatakan alamat dan no telefon
4. Penghantaran akan dibuat seminggu sekali.
Terima kasih!
ok, reviu ni berjaya influenced aku utk beli. masa first terbaca iklan ni kat satu blog tu (bukan deleted books press), aku masih berpikir nak beli ke tak sebab nama2 penulis tak dinyatakan secara jelas dan aku mencari2 nama joe kidd
joe kidd tak terlibat dalam menulis buku ini tetapi nama beliau dan carburetor dung memang selalu terkeluar dalam setiap cerita
joe kidd tak terlibat dalam penulisan buku ini tapi nama beliau dan carburetor dung selalu naik hampir setiap cerita
thanx for the review..
nan
Post a Comment