Archive for December 2011

Pergi

2

tinggalkan aku sendirian
kau tak lagi aku perlukan
setelah semua keji yang kau lakukan
adakah bisa aku maafkan?

telah aku curahkan semua sayangku
aku buta dan tulikan diri demimu
tapi kenapa ini balasmu
malah curang di hadapanku

kau tega menafikannya ketika aku bertanya
kemudian mengungkit kembali kenangan lama
mujur hatiku dicekalkan-Nya
tidak aku mengalir air mata

kenapa selama ini aku tidak sedar
bahawa selama ini aku telah dimainkan
kenapa aku terlalu bodoh
menampakkan wanita mudah dimainkan di hadapan adam?

tolonglah pergi dari hidupku
jangan pernah diganggu lagi aku
dan aku mohon padamu
jangan pernah kau dustai wanita lain
sebagaimana lakumu padaku


ps.jika pernah kau kecewa,jangan lupa doakan jangan wanita lain merasai pedih yang kau lalui.

 - Arisha Hujan


:: Rangkul Aku Bulan ::

4

Rangkul aku bulan,
Kala dia diselimut awan,
Bila bayu bawa angin,
Sampaikan satu nada lagu,
Irama hati, pautan jiwa luka.

Sayang itu satu rasa
Rasa yang bukan mainan semata
Bukan rasa dusta dicipta
Salah aku cemburu?
Salah aku ingin ketahui dirimu?

Ini cinta, Ini rasa
Bukan permainan silang kata,
Jangan kau, pusing belit kata,
nanti kelak merana kita berdua.

Sayang
kalau sayang, katakan
kalau tidak, benarkan.
Jangan gantung aku,
dengan rasa di awangan.

Bulan,
Rangkul aku kesejukan
Matahari
Dakap kemas aku kehangatan

Aku pasti.
Satu hari,
Jawapan itu akan tetap aku nanti.

Tinggal sayang, tinggal sebentar, aku pergi menjauh,
Titipan aku sentiasa untuk mu,
Dalam kabut, doa aku iringi mu,
Rasa ini tak kan pernah padam.,


Sekuntum Orkid Putih bernama Marcelo

6

Pernah suatu masa dahulu saya, sekuntum orkid putih bernama Marcelo didatangi seorang lelaki romantis yang ingin melamar seorang gadis yang disukainya. Kata lelaki romantis tersebut, gadis mana yang tidak menyukai bunga, tambah tambah kalau bunga itu sekuntum orkid putih bernama Marcelo. 

Malangnya bila dilamar, gadis itu berkerut dahi sambil bertanya kenapa Marcelo? Kenapa bukan Julia? ataupun Alyssandra? Giliran lelaki romantis berkerut dahi, dia membalas soalan kenapa dengan nama Marcelo? Apa yang tidak kena? Adakah lamaran ini diterima? Si gadis geleng kepala. Katanya Marcelo ini nama lelaki. Melamar dengan bunga yang dinamakan sempena nama lelaki tidak romantis. Yang romantis adalah melamar dengan kamera DSLR misalnya. Ataupun dengan cincin yang tersembunyi di celah celah tempat duduk empuk dalam sebuah kereta BMW 5 Siri hitam yang tergantung papan tanda "Baru lepas bernikah" pada bumpernya.

Lelaki romantis tersenyum, menyelitkan saya, sekuntum orkid putih bernama Marcelo di telinga gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkan si gadis, hanyut bersama angan-angannya.

by zoul yazix, Wednesday 28 December 2011


:: Monolog rasa, #dearawak ::

0

Awak,
Jangan Pergi,
Jangan Berhenti,
Jangan Lari,
Saya mohon, jangan sendiri,
Saya masih, Tetap dan mahu awak disini,
Disisi, temani di setiapnya hari.

momen indah, waktu kenal awak,
mungkin saya terlalu bergantung pada awak,
maaf buat awak jelak, rimas, muak.

Awak,
Mungkin kita kan tetap begini,
Memang saya pinta kita kekal begini.

Andai satu masa awak perlu melangkah pergi,
Bila mana awak punya kesayangan yang layak untuk diri,
Mungkin saya harus lepaskan awak pergi,

Perlu saya lepaskan awak?
Sedang separuh jiwa saya perlukan awak?

Janji saya, andai tiba hari itu nanti,
Semoga tidak akan saya tangisi,
Terimakasih kerana jadi Matahari.

Saya Sayang Awak.,
Rangkul aku bulan, ketika dia diselimut awan,



pesan penulis :- hargai orang yang masih sayang dan disisi kita. bila disetiapnya hari, ada dia, bila kita tunggu call atau text, atau kita masih berhubung dengan dia. 
"let God decide if we will ever cross our paths,". 


Curtain Falls.

0

Teary, red set of eyes - no more.
My skin is no longer blotched
My chest is finally at ease
My mind had, 
by now, 
wandered off a thousand stars from you.


Those wound will close up soon
These scars will heal
Our stories forgotten
And miseries, begone!


In ecstasies of a new born bliss
Today, no more, I wept.
Off you go, ask not for my kiss
For thy memoirs I had swept.


Au revoir, my loved once,
I shalt now bid you a'dieu!
and its finale!


by Qiez AR,


Bila Bulan Berwarna Biru

0

“ Enn.”

“ Ya.”

“ Sudah tidur??”

“ Hampir.” Telefon bimbit dipegang kejap.

“ Oh..maaf aku ganggu.”

“ Tak apa. Aku sebenarnya tak boleh tidur.”

“ Oh…”

“ Kenapa Man?”

“ Aku bosan.” Jawab Aiman. Enn di hujung sebelah talian juga membisu.

“ Enn, kau bukak tingkap. Sekarang.” Pinta Aiman

“ Bukak tingkap? Kenapa?” Tanya Enn pelik. Namun, dituruti juga permintaan Aiman. Tingkap bilik dibuka. Angin sejuk terasa nyaman membelai tubuh. Enn kembali merebahkan diri di katil.

“ Hehe. Kita sama-sama tak boleh tidur. Mari, aku dodoikan kau.” Jawab Aiman. Ketawa. Enn juga ikut ketawa. Sangkanya Aiman bergurau.

“ Ok, aku mahu lagu Hindustan. Hehe..” Usik Enn.

“ Eh, aku tak tahu lagu Hindi. Lain..lain..”

“ Lagu ‘ Bila Bulan Berwarna Biru.”

“ Ok. Aku matikan talian sekarang. Dan kau, dengar aku dodoikan kau baik-baik.”

Talian telefon dimatikan tanpa sempat Enn berkata apa-apa. Sangkanya memang betul-betul Aiman bergurau. Tetapi sangkaannya meleset. Tak berapa lama, kedengaran alunan suara Aiman bersama petikan gitar singgah di telinganya. Enn bingkas bangun melangkah ke tepi tingkap. Kedudukan biliknya yang bersambung dengan bilik Aiman yang tinggal bersebelahan rumahnya menyebabkan alunan petikan gitar itu jelas di telinganya. Enn kembali ke katil sambil tersenyum.

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita


Lenanya malam itu bertemankan lagu nyanyian Aiman dan patung Spongebob. Juga pemberian Aiman. Spongebob di peluk semakin erat. Enn memejamkan mata sambil tersenyum.

kisah 2 & 3

p/s: ini cubaan cerita ala-ala jiwang aku yang pertama untuk tahun ini...HAHAHA 


Puisi Tanpa Tajuk

1

dirinya besi
hatinya yang teguh menghadapi dugaan
tak pernah aku lihat dia gentar menghadapi cabaran

dirinya yang kental
takkan menangis kerana lelaki
kerana itu kupanggilnya besi

tak disangka hatinya kaca
yang disangka keras untuk mengalirkan air mata
rupanya dia tewas dalam menahan gelodak jiwa
dia merintih dikecewaan
seorang adam yang mencuri hatinya
yang kemudian dilontar begitu saja
fikirnya tiada makna dirinya di mata si dia?

aku terlupa
selagi bernama wanita
hanya lawan jantinanya
mampu membuat seorang hawa
hilang akal sebegitu rupa


- Arisha Hujan


Lavender Sephia

13


Genap 66 hari, bunga ros putih bercampur merah itu kini tiada harum lagi, tidak berwarna lagi, tidak sesegar
hari pertama tiba di tangan aku.Tapi dia masih kekal dalam jambangan, dalam balang istimewa,
berisi air, serta ketulan ais, bagi menjamin kesegaran nya. Tapi dia tetap layu,tetap begitu.

16 Februari, 13.00 pm,
Seorang penghantar bunga tiba-tiba muncul dimuka pintu ruangan aku bekerja,

"cik lavender sephia, ada jambangan bunga untuk cik"

pantas aku bangun, tanda tangan penerimaan, ku sambut jambangan bunga rose. Semerbak harum,
aku lantas tersenyum.Terlekat sekeping kad berwarna unggu , aku capai, aku buka.

" Lavender sephia,
indah namamu,mempersona,
ku sampaikan jambangan bunga,
untuk kau yang terindah seri hidupku"

- iskandar isra' -

Kekasih raga hati aku, tak pernah gagal buat aku tersenyum, walau pun hubungan kami menginjak usia
2 tahun, tapi kami masih begini. Tanpa ikatan, tanpa ada kata putus dari dia mahupun aku.
Ego masing-masing meninggi, tapi aku tahu dia menyayangi aku, sama seperti aku, jika tiada jodoh,
aku redha, jika dia milikku aku bahagia, itu antara kata-kata dia.

Telepon pintar kini di tangan, kerja-kerja mereka cipta, aku tinggal kan sebentar, pantas 
aku dail nombor dia.

1 deringan, 2 deringan, ah aku gelisah.

"Assalamualaikum, hello, cinta, "

aku senyum, dia memang memanggil aku cinta, katanya klasik.

"hello. jiwa. terima kasih untuk sejambak bunga tadi, cantik, harum, saya suka."

" oh, sudah kamu terima rupanya,"

"balik nanti, saya letak dalam bekas, letak di depan meja solek.terima kasih jiwa"

" baiklah, hati-hati cinta, saya perlu menyambung kerja, nanti borak lagi"

Talian diputuskan, ah hampa, baru sahaja aku bergembira, dia sudah putuskan. Kerja sebagai "web developer",
aku harus faham katanya. Ya memang aku faham, tapi masa untuk aku hampir tiada.Aku kembali mengahadap
lukisan-lukisan kasar aku yang masih belum aku siapkan. fikiran aku melayang, seraya teringat kisah
perkenalan dahulu.

Aku bertemu dengan dia, sewaktu sama-sama dihantar oleh syarikat masing-masing, kebetulan waktu itu,
pangkat aku hanyalah seorang pereka biasa, sama seperti dia , juga pereka biasa. Kami ditugaskan bersama-sama.
Selama lebih kurang 3 bulan bekerja sama,boleh dikatakan hampir tiap hari, separuh dari masa, aku habiskan 
habiskan bersama dia. Hinggalah projek kami siap, kami tetap berhubung.
Gayanya seperti bercinta, hampir semua kami kongsi bersama. 

Lalu satu hari, aku berani bertanya, status hubungan kami, aku masih ingat lagi, keadaan dia cukup tenang,
sedangkan aku gelisah.Aku tanyakan. apa hubungan kita, apa masa depan kita, dengan lagak tenang,
lantas dia katakan, 

"saya tahu lavender cintakan saya kan,lavender sephia, kita akan terus begini, saya tak mahu berjanji,
saya tak mahu disakiti dan menyakiti, selagi saya boleh disisi awak, saya tetap disisi awak."

aku bungkam, aku diam, hampir 3 minggu aku diamkan diri, tapi aku rindu dia. Sudahnya , aku sendiri setuju.
sedar tak sedar, sudah dua tahun kami begini. Tetap setia,dia tak pernah menghalang aku kemana, dengan siapa,
cuma dia harus tahu kemana, dengan siapa aku pergi, sudah cukup,dia tak pernah tetapkan apa-apa syarat.

jauh benar fikiran aku melayang.Jam tepat 5.30, aku harus pulang, pulang ke sangkar kediaman, lari dari
kesibukan kerja pejabat ini. Aku tidak gemar, membawa pulang sebarang kerja ke rumah, bagi aku,
rumah adalah tempat untuk berehat, bukan untuk tempat tertekan. Sedang leka mengemas, deringan bunyi telepon 
buat aku tersentak seketika, ada pesanan masuk. 

"Cinta, malam ini makan malam dengan saya ya di rumah.Saya masak.jam 9 saya ambil kamu di rumah, "

Ah. Berbunga riang kembali hati aku. Bermakna , pulang ini aku harus siap-siap,Ah tak sabar pula 
aku menunggu malam hari. Dia selalu saja begitu, dingin tapi masih bikin kejutan buat aku.
Oh tak lupa, dia juga handal memasak. Mari pulang.

Bunga rose, aku letakkan dalam balang kaca, separuh berisi air, dan aku masukkan beberapa ketul ais,
Rendaman pati aroma lavender sangat menenangkan. Kesengalan hilang bersama air dalam tab mandi. Hampir sejam,
aku mula bersiap, mula berhias untuk makan malam. Malam ini, aku memilih untuk santai,skirt labuh krim pastel labuh bohemia,
dipadankan dengan top putih,tak lupa cardigan merah jambu lembut. Layangan bedak, sedikit calitan warna pada kelopak mata,
juga sedikit warna merah pada tulang pipi, nah kini aku sedia. Mudah,sempat aku lihat ke arah jam dinding, sebentar lagi dia
akan sampai, lalu aku cepat-cepat melipat tudung, terus ku kenakan di kepala. Aku berdiri di hadapan cermin penuh, berpusing-pusing,
aku puas hati, sebagai gadis berhijab, tidak perlu fesyen keterlaluan bagiku. Aku capai tas tangan, aku turun ke ruang tamu, menunggu,

Selang lima minit, deruan enjin kereta di depan rumah, tak perlu tunggu lama, aku terus sarung wedges, terus ke kereta.

"assalamualaikum , jiwa"

Dia tenang, memerhati aku.

"waalaikum salam,cinta "

salam aku disahut dengan satu senyuman manis. ah, senyum itu kerap kali datang menghiasi tidurku.
Duduk diperbetulkan, tali pinggang keselamatan disisip, aku diam. Aku pandang dia, dia masih lagi 
memerhati aku. 

" jom lah gerak, nak tunggu apa lagi?"

" saja, nak tengok awak dulu lavender sephia. mana tahu dah tak sempat nanti"

Tersentak aku dengan jawapan itu, lantas, ku tepuk bahu dia. 

Dia senyum. sekali lagi.

Perjalanan ke rumah dia, tak lama, hanya 25 minit sahaja. Sampai di halaman rumah, aku agak terkejut,
belon berbentuk hati ada di merata-rata penjuru,  ada yang diikat, ada yang di biar bebas. Di satu sudut, 
ada meja biasa, tersedia lilin, yang menarik hati, sejak bila ada buaian di halaman rumah dia.
Dia bilang, silakan duduk dahulu, dia mahu kedalam.

Aku memilih untuk berbuai. Cantik buaian kayu ini, tali diikat kemas,dengan simpulan akar-akar mati,
berfikir sejenak, bila ada nya buai ini, atau aku sendiri sudah lama tidak kemari.
aku labuhkan duduk aku di buaian, rasa seperti anak-anak kecil.

itu adalah momen terakhir. Bila mana, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki, yang entah datang dari mana,
tiba- tiba meluru masuk ke perkarangan rumah, aku kaget, aku terkejut, aku kaku. 3 lelaki masuk,
ke dalam rumah, manakala dua lelaki lagi berada di kiri dan kanan aku, mengacukan pistol ke arah aku. 
aku diam, aku bungkam. 4 das tembakan aku dengar dari dalam rumah, aku terpana. Iskandar, jiwa.
Serentak, aku bangun, ingin lari,belakang aku dihentam dengan benda keras, pandangan aku berbalam, gelap, malap.

Esoknya, bila sedar, aku sudah di katil, di rumah putih, ditemani bonda. Aku masih binggung, cuba mengingat peristiwa lepas,
Bonda minta aku tabah, aku tahu sesuatu yang buruk telah terjadi, cuma aku masih berharap tidak seteruk apa aku pikir kan.
Nyata apa yang aku pikir, itu lah realitinya. 

Akhbar 17 Februari, aku ambil. Berita muka depan. Bagai terhenti jantung rasanya,

" PEREKA DAN PEMBANGUN LAMAN WEB DITEMUI MATI DITEMBAK"

Selesai aku baca berita itu, aku rasa bumi yang aku pijak makin samar. Jiwa aku hilang. Jiwa aku dibunuh kejam,
Mengapa, Mengapa dia. Hilang arah, bonda menenangkan aku, doktor datang memberi sedatif pada aku. Gelap.
Dunia gelap, dan aku bermimpi jiwa, pesan dia pada aku, supaya aku hidup baik-baik, dia tetap hidup dalam jiwa aku.

*diari ditutup*
Hari ini genap, 66 hari, jiwa aku hilang, jiwa aku dibunuh kejam. Genap juga 66 hari jambangan bunga terakhir dari dia, tetap aku simpan,
hilang warna, hilang bau, hilang semuanya.

Tingal jiwa, tinggal cinta
Hati lara, resah berduka
Impian kini tinggal cerita
Hilang kau, hilang dunia

Hai jiwa
Moga tenang kau dipersemadian sana
Doa cinta sentiasa mengiringi
Kau bawa kasih hingga mati
Tinggal aku melara sepi

kekasih raga, arjuna jiwa
aku cinta, sampai nyata.

iskandar isra'



Pesan penulis :- cubaan pertama mengolah cerita, maaf terkurang atau terpanjang atau terbosan. 





kau

8

Masa yang agak ke hadapan di satu pekan yang mundur;

Semasa kita mula-mula kenal dulu kau sudah kudung kedua-dua belah tangan. Kau kata akibat kemalangan tapi pemandu-pemandu teksi di situ kata kau tak bayar hutang along. Aku lebih percayakan versi pemandu teksi sebab kau pun setuju kan, kata-kata pemandu teksi lebih jujur intipatinya berbanding kata-kata menteri. Tapi kalau diikutkan, kata-kata sesiapapun lebih konkrit daripada kata-kata menteri. Ah, abaikan. Itu bukan persoalannya di sini.

Berbalik pada kisah kau. Kau mencari nafkah halal melalui satu-satunya kepakaran kau, iaitu membuat pertunjukan lagak ngeri BMX tanpa memegang hendal. Bab ini aku memang kagum sangat, aku yakin dalam masa 3 tahun kau boleh jadi pro.

Malangnya suatu hari basikal kau telah bergesel dengan sebuah lori sarat dengan unta untuk Raya Haji dan kau terpelanting menghentam asfalt. Ambulans datang. Sebelum kau hilang kesedaran, aku nampak kau, dengan pen di mulut, telah menandatangani satu borang.

Betapa terperanjatnya kau sebaik terjaga dan menyedari bahawa kau sudah kembali berlengan. Tangan manusia yang betul, dengan kehangatan, aroma dan setiap otot yang berfungsi sempurna secara default. Kau gembira namun kau inginkan klarifikasi lalu kau bertanya kepada misi.

Rupa-rupanya malam tadi kerajaan dah luluskan satu akta baru - iaitu Akta Bebas Oku - bersempena dengan keberkesanan satu prosedur novelti hasil penyelidikan nano-saraf universiti lokal yang mampu menggantikan setiap anggota badan yang tiada dengan anggota orang yang sudah mati. Ditambah pula dengan kepesatan industri pembedahan rekonstruktif masakini, hasilnya bak kata orang putih, flawless. Tak ada siapa pun akan perasan itu bukan tangan ori kau.

Kosnya? Percuma sahaja. Pilihanraya sudah dekat barangkali.

Lepas tu lama aku tak jumpa kau. Setelah beberapa bulan baru kita bersua kembali tapi malang jasad kau sudah terbujur tidak berlengan dihurung langau dicarik gagak.

Kata teman-teman rapatku kau ingin menikmati kehidupan lalu kau berhutang lagi, jadi rasanya kita sudah boleh meneka kesinambungan kisah itu bukan. Tapi nampaknya ada satu lagi versi. Kisahnya, apabila anggota kau sudah kembali sempurna secara ironinya kehidupan kau menjadi cacat. Kau sudah tak boleh cari makan. Ya, aku juga akui lagak ngeri BMX bagi orang bertangan adalah pemandangan yang amat biasa dewasa ini, lagi-lagi dengan skil kau yang suam-suam saja itu. Jadi kau potong tangan kanan kau dan kemudiannya menawarkan 5 ringgit kepada seorang mat pet untuk mencantas lengan kiri kau. Malangnya sebelum sempat kau mengupah orang untuk menjahit luka itu kau dah kehilangan darah yang terlalu banyak dan kau jatuh terjelepuk tidak bernyawa.

Mungkin patut bertanya kepada pemandu teksi untuk kesahihan tapi sebelum itu aku harus melabuhkan sayap dan menyertai teman-teman menyiat daging kau. Maaf, kelangsungan hidup harus diteruskan kawan.


by ahmad, Friday 23 December 2011


Solitud

6


Tak ramai yang tahu disebalik kulit dengan senyuman gembira diwajah ini adalah satu hukuman solitari seumur hidup sedang berlangsung. Susuk susuk manusia disekeliling tidak lebih daripada sekadar batang logam yang memenjarakan emosi yang disalurkan secara tidak jujur melalui segala gelak tawa dan gurau senda. Umpama racun yang ditelan secara suka rela, semuanya didustakan dengan perkataan bahagia.

Adapun malam ini hukuman itu berakhir dengan terbaringnya aku di dasar tasik tanpa sesal mengharapkan segala beban yang ditanggung seorang diri cukup berat untuk menenggelamkan jasad ini walau mereput. Biar jasad ini tertimbus dengan sisa lumpur kecewa seorang lelaki yang berputus asa. Seratus tahun hukuman Tuhan, aku gagal pada tahun yang ke dua puluh. 

Ini bukan tulisan untuk diratapi, jauh sekali memohon simpati. Ianya sekadar cercaan aku pada hidup yang dijalani seorang diri, dalam solitari. Mungkin aku tidak patut menulis, atau mungkin ini patut jadi yang terakhir. Pada hidup yang dibenci, pada mati yang pasti, aku tunduk pada mana mana ketentuan mu. 

Katakan lah aku tidak keseorangan, walaupun selepas aku pergi.


Zoul Yazix.

by zoul yazix,


Oh bulan.

13

Mendengar lagu Yuna di radio yang bertajuk Dan sebenarnya itu menyebabkan aku terasa yang bulan memang tidak mahu lagi melayan diriku lagi. Ya! langit pada malam ni hitam dan lagu Yuna ini sememangnya memerli aku. Aku caci bulan sepuas-puasnya malam itu kerana dia turut hilang semasa aku berada dalam kesedihan malam. Cahaya yang samar-samar dengan tiba-tibanya terpacul daripada sebalik awan (bayangkan awan itu selimut). "Apehal?" kata bulan sambil menguap. Aku jawab takde apa-apa aku rasa nak nikmati secawan kopi yang suam sambil menikmati cahaya bulan dan ya aku sedang kecewa seperti juga lagu Yuna yang tengah bermain di corong radio sekarang ini.

Bulan macam berang dengan aku, dia kata kenapa perlu kaitkan dia dengan hal cinta sedangkan dulunya dia lebih dikenali sebagai malapetaka. "Kau nampak bulan, itu bermaksud darurat tahu?" dia berkata dengan nada garang. "Oi palat! Sebab sekarang darurat lah gua panggil lu muncul, kalau gua tak sedih, tengok muka lu yang bertompok-tompok tu pun gua tak ingin" kataku dengan nada marah. "Bukan aku yang sedih, tapi hati aku yang rasa sedih. Kecelakaan ini membuatkan seluruh badan aku terasa seperti dalam keadaan yang sangat sedih dan celaka. Celaka yang di maksudkan ini sangat abstrak sama juga maksud subjektifnya apabila kau berkata celaka, dan ya celaka itulah yang dimaksudkan. " kataku lagi menerangkan sepenuhnya kepada bulan di harap dia memberi aku sinar simpati.

Batang cahaya bulan itu menyuluh tepat-tepat pada aku, lalu batang cahaya itu menampar-nampar mukaku berkali-kali sambil gelak dia berkata sedarlah dengan nada sinis. Ya! aku memang sedar, cuma badan aku kehilangan kesedaran dan refleksi dengan fikiran roda gear yang sentiasa berputaran tanpa henti. "Kalau bersedih lu amik lah anti despressant, lu ingat gua apa bai? doktor fadzilah kamsah nak kasi lu nasihat? Dah gua nak tidur, lewat dah ni" sambil bulan menarik awan menutupi dirinya dan cahaya semakin menghilang.

Sinaran bulan dan cerita dongeng, kalau angin boleh ditunggang tentu sahaja aku menunggangnya, naik ke sampai kebulan dan tampar bulan berkali-kali kerana tidak memahami keadaan aku sekarang.

In by ., Wednesday 21 December 2011


Simbiosis manusia, phoenix, dan bulldog ditengah-tengah sahara.

5

Sharifah Sally yang sudah berkelana jauh ke negara arab akhirnya sudah menjumpai apa yang dicari-carinya. Burung phoenix yang sering diperhikayatkan didalam mitos orang-orang tua. Burung itu bertenggek diatas pepohon urma ditengah-tengah padang pasir sahara. Ada juga seekor anjing bulldog yang kurus keding dibawah pepohon mengeluarkan tahi dan kencing. Sharifah Sally tertanya-tanya juga kenapa ada bulldog di tempat seperti ini. Tetapi soalan itu cepat-cepat diketepikan kerana anjing itu tidak membawa apa-apa mudarat kepadanya. Cuaca sedang-sedang saja. Walaupun sesekali angin kusam meniup garang dari barat daya. Cermin mata hitam, losyen perlindungan, piring, mayonis, dan gincu merah menjadi teman seorang wanita yang gila isim.

Burung itu diam dengan mata memerhatikan Sharifah. Mengikut mitos yang sharifah dengar-dengar semasa dia di universiti dulu, memakan abu daripada jasad phoenix yang mati boleh menambahkan jangka hayat. Ini membuat beliau takjub dengan pemburuan phoenix dan sesudah 35 tahun mencari, akhirnya dia sudah jumpa mengikut peta yang dibeli daripada seorang penulis kolum surat khabar.

Mengikut perkiraan, phoenix itu akan menjadi abu didalam masa sepuluh jam lagi. Maka dengan itu, Sharifah Sally pun berkelah dibawah pepohon itu dengan rasa tamak haloba menggerhani jiwa. Dia tidak kisah dengan taufan yang garang dan sinar yang sesekali mencucuk-cucuk tubuhnya. Habis badannya legap hitam. Ah, tak mengapa. Asalkan dapat abu phoenix itu, apa-apa yang menghalangnya akan segera dihadap dengan tabah.

Akhirnya, pada jam kesepuluh, burung phoenix itu menjerit kuat, sehinggakan kesunyian malam dipecahkan dan telinga si bulldog dan Sharifah Sally pekak sebentar. Badan burung tersebut dimamah api yang entah datang dari mana, perlahan-lahan menjadikan ia abu hitam kemerah-merahan. Bulldog tadi menyalak-nyalak. Sharifah Sally sangat gembira melihat akan ini. Senyuman lebar melintasi bibirnya yang digincu merah jambu.

Perlahan-lahan, abu phoenix jatuh daripada dahan keatas pasir. Sharifah Sally cepat-cepat mengambil piring untuk menadah. Sesudah cukup semuanya, hati dia pun menjadi girang. Lalu disapukan mayonis pada atas abu tadi untuk jadikan lebih nikmat kepada lidah. Tanpa fikir panjang lagi, Sharifah Sally menyuapkan abu kemerah-merahan campur putih itu kedalam mulutnya menggunakan tangan dengan rakus.

Ngap! Ngap! Ngap!

Habis kesemua, dia pun duduk sambil menunggu keajaiban. Dia bayangkan immortaliti seperti yang didengar dari kisah-kisah Yunani. Tidak lagi kulit berkedut, tidak lagi direndahkan oleh kerabat-kerabat elitis. Berbaloi juga akhirnya setelah bertahun-tahun menggembara mencari jangka hayat yang tidak terekstensikan. Bulldog yang ada disebelah patuh menunggu. Ledih dijelir. Seperti sudah lama menunggu semua ini agar cepat berlaku. Sedang enak Sharifah duduk, tanpa amaran, perutnya terasa sakit yang amat. Ada panas yang menggelegak. Dia mahu menangis dan meraung tetapi desibel suaranya tidak pantas untuk melintasi padang pasir sahara yang maha luas. Kulitnya menggelupas, biji mata tersembul, dan sesekali dia termuntah api!

Sakitnya bukan kepalang sakit. Akhirnya, Sharifah Sally tewas. Dia jatuh tumbang. Badannya terus ditelan api, daging menjadi abu. Sementara tulang rangka badan masih kukuh. Daripada abu tadi, seekor phoenix menjelma semula lengkap dengan sayap dan pelepah. Sesudah manifestasi, burung tadi bertenggek semula diatas dahan sambil matanya kenyit kepada bulldog. Bulldog erti ini lantas menjalankan tugasnya mengambil tulang tengkorak Sharifah Sally yang masih panas lalu dinajiskan sebelum ditanam dibawah pepohon kurma, bersebelahan dengan tengkorak-tengkorak mangsa lepas.

"Ini namanya simbiosis mutualisme yang efektif.", kata phoenix tadi tiba-tiba berbahasa melayu dengan suara lembut seperti perempuan di pertengahan usia kepada Bulldog. Bulldog hanya menggoyang-goyangkan ekornya tanda setuju.


'So called' reviu tanpa format, pendek untuk 3 dalam 1 Buku-buku Lejen Press

10

Ketiga-tiga buku di dalam gambar adalah terbitan Lejen Press iaitu 'Heroin', 'Angus, Himself' dan 'Kontrol Histeria' yang boleh didapati di Uya Distro atau di Lejen Press. Apa-apa pun, saya secara sedikit skema nya akan mengulas tanpa format buku-buku Lejen Press kecuali tulisan di bawah nama Lucifer Abdullah secara ringkas yang barang kali buat kalian yang membaca teruja-teruja untuk menjadikan buku-buku seperti di atas di rak buku kalian mahu pun terpotong stim. Terlebih dahulu saya ingin ingatkan pada lasykar bahasa yang laras bahasa saya tiada format yang menepati kehendak hati kalian.

  • Ulasan fizikal buku-buku
    • Pertama yang saya suka mengenai buku-buku ini adalah apabila dilihat dari jauh, menawan, memikat, dan mengggoda nafsu saya untuk membelinya, apabila saya datang dekat-dekat, saya belek-belek, saya sedikit kecewa dengan piksel ilustrasi kulit buku kabur dan kelihatan pecah. Itu sahaja tentang kulit buku. Tetapi untuk ilustrasi pula memang sesuai dengan isi dalam buku terutamanya kulit 'Angus, Himself' yang mengheret saya ke zaman klasik.
    • Setting margin dalam helaian kertas buku adalah sedikit ke dalam. Maksudnya, ruang dalam dimakan sedikit oleh tulang buku dan menyebabkan saya perlu belek buku-buku Lejen Press luas-luas, sedikit tak efficient kerana untuk pembaca yang tidak gemar belek puas kerana takut terogol buku menjadi lusuh.  Ada baik kurangkan margin luar dan lebihkan margin dalam.
    • Saya pun mulakan bacaan saya, dan saya dapati jenis font untuk ketiga-tiga buku adalah berbeza dan saya lebih selesa membaca Kontrol Histeria dan Angus, Himself kerana font nya adalah jenis serif, ada ekor dan topi seperti Times New Roman misalnya, pendapat peribadi saya font yang sesuai untuk buku fiksyen adalah jenis serif, itu bagi saya lah sebagai pembaca. Bak kata Ophan Bunjos, ia menentukan mood kita dalam menghalusi sesuatu pembacaan.
    • Secara keseluruhannya, bagi fizikal buku-buku, boleh dimantapkan lagi.

  • Ulasan Kontrol Histeria
    • Setakat maklum balas yang kami terima tentang buku ini, seorang pakwe telah melarang makwenya daripada membaca buku ini kerana kispen Titik yang membuatnya kembang kuncup:
“Hebat apa? Sakit tau tak! Sampai hati tampar orang. Sampai hati cucuk jarum dekat puting orang.” Frennie cebik. “Belajar kat mana buat benda-benda macam tu? Ganas betul.” Frennie menumbuk bahu Lyeddie. Tapi dia yang terinjak ke arah bertentangan.
“Pengalaman. Bila kau dah bermain seksualiti tanpa sempadan, kau akan rasa bosan. Justeru permainan baru yang lebih mencabar dipraktikkan.” Lyeddie menjawab dengan senyuman.

    • Banyak tulisan yang bagus-bagus dalam ni seperti penulisan April yang mengujakan dalam kispen Pelepasan tentang Natalie dan rumah mayat yang mayat masih.... bahagian itu yang histerikal nya dan saya tidak bolehlah membocorkannya kerana bakal potong stim. Kispen kedua April yang bertajuk Pasar Hirleyk berunsurkan satira, dan ya, saya tersengih membacanya.
    • Pembuka prakata antalogi ngeri ini bukan lah ayat biasa-biasa yang skemanya terdapat dalam buku biasa sebaliknya dimulakan dengan kispen yang memperkenal Kontrol Histeria dari pelopor blog Kontrol Histeria, Khrlhysm tentang abnormaliti dan cara mengawalnya serta dot dot dot.
    • Hik hik hik. Itu yang mampu saya komen tentang Chacha, setiap kali saya belek kispen Hik Hik Hik, saya akan hik hik hik. Kalian dah boleh bayangkan kegilaan penulisnya dari Hik Hik Hik.
    • Terjun Ke Neraka tulisan Dark Half bermain dengan transisi scene yang non-linear dalam penceritaannya ini menggarapkan kisah biseksual yang bermain dengan segi tiga cinta. Nak liwat ke nak klasik? :3
    • Ada lagi seorang penulis yang bernama Dex Morgan tetapi selalu hilang-hilang seperti Mikhail Maverick dan Norman Bates, menaruhkan kispen Vigilante yang bermain dengan jalan cerita yang sedikit lain daripada lain dengan dipecahkan kepada beberapa bahagian.
    • Eszol kali ini muncul dengan Manusia Bangsatnya walau bagaimana pun saya lebih menyukai Misi. Jimak minda saya membacanya. 
    • Fiq Vertigo kali ini kurang menyerlah dalam kispen-kispen nya walau sebelum ini berjaya membuat saya tersengih puas, tapi dia punya bakat sebagai seorang penulis yang menggunakan fikirasa dengan khayalan tinggi. Tapi bagi kalian pula, mungkin kalian akan kata, "Wow." Boleh ke Kontrol Histeria untuk tulisannya yang lain.
    • gabanMorka, penulis yang ini bagi saya unik dalam penulisannya kerana pengetahuan muziknya diasimilasikan dalam penulisan menghasilkan sesuatu yang memukau, untuk saya, yang gemarkan kispen yang bukan semata-mata kispen tetapi saya sangat sukakan kispen Paku, mantap dalam menghasilkan kesakitan yang halimunan kita rasai.
    • Kispen Ophan Bunjos ada tiga diselitkan dalam ini, dengan aroma laras bahasa dari seberang, dia amat sinonim dengan tema kemanusiaanya dalam sedikit kegilaan yang bertapak, tidaklah seperti saya yang berkonsepkan hati dalam peti ais, setengah otak di tepi jantung.
    • Tentang Johan Radzi, tulisan Hamzah Tak Nak Mama Sakit lebih saikotik berbanding kispen satu lagi, mungkin kerana aura penulis muda ini lebih manipulatif dengan gaya ringan yang comel menghasilkan sesuatu yang terserlah, seperti kispen Syaitan ManusiaWarkah Dari Masa Depan dan ATM. Mohon penulis ini menelusuri garisan surrealisme nya yang boleh diterokai kerana dia sangat berbakat dan berpengetahuan tinggi dalam filsafat untuk penulis muda sepertinya.
    • Tulisan Khrlhysm satu lagi mengenai Komunis dan kemerdekaan dengan jalan cerita yang non-linear, bak kata Aan Bertukar, semacam babak filem yang bertukar-tukar.
    • Lee Zha yang mempunyai latar belakang sastera kalau tak silap saya matang dalam penulisannya yang pekat dengan emosi yang menusuk. Kuntum, kispennya membuat saya tersengih-sengih dengan intro dan yang pasti, ia terbaik dalam gaya Mak Nyah.
    • M. Faiz Syahmi muncul dengan Titik, Pasang dan Perenggan SatuDua yang mempunyai abnormaliti berlainan di mana Pasang merupakan kegemaran saya. :3, Titik yang menampilkan Sadism dan Masochism sepastinya menghisteriakan perempuan yang belum bersetubuh lagi. Kehkehkeh. Perenggan SatuDua pula mengenai schizophrenia.
    • Mula-mula saya baca tulisan Melissa Ray, dia semakin matang dalam penulisan, memandangkan dia juga rookie seperti saya. Saya gemarkan kispen Paderi darinya, memandangkan ia sesuatu yang saya fahami dari jiwa gelap saya. Dan kispen Lancap, saya syak Melissa Ray ini bapuk sebenarnya.
    • Tulisan Mikhail Maverick tidak seperti tulisannya di blog Kontrol Histeria, mungkin emosinya kecamuk akibat putus cinta dengan Melissa Ray. Ia lebih kepada Mikhail yang meraba-raba mencari stail baru dalam penulisan tetapi maaf, Mikhail, tulisan kamu gagal menginzalkan. Tapi usah gundah para peminat Mikhail Maverick, mana tahu kalau kalian baca kalian inzal, untuk tahap saya, tidak.
    • Kali ini Norman Bates muncul tanpa adegan parang kesayangannnya, Cleaver tapi muncul dengan kispen cinta. Auww. Tapi, serius molek. Penamatnya molek gila.
    • Tulisan Naj Hebat kali ini turut mengecewakan saya kerana saya mengharapkan kegelapan darinya tetapi mungkin hatinya tak sehitam saya yang sudah sepekat tar, tulisannya masih berbaur remaja dan kasih sayang.
    • Sebenarnya tulisan Nurarnida Sabrina pernah menjadi kegemaran saya, seperti Sayap Tak Terlihat dan Ilse. Moga-moga dia menulis semula, kerana sekarang dia masih lagi hiatus.
    • Sahidzan atau nama geli-gelinya PK ini sangat detail dalam penulisannya dan dia berjaya mewujudkan pelantar imaginasi kepada pembacanya berikutan penulisannya yang seperti menonton filem. Bagi saya, dia memang power!
    • Erotomania, bernada romantis dari tulisan seorang penulis romantis bagi saya dalam gaya ringan,   Ska-Andy-X. Dia ada keistimewaannya sendiri dalam mengasimilasikan dalam mengasimilasikan keadaan sekitar ke dalam kispen, bagi saya lah. Kehkehkeh.
    • Rejuvenasi mantap dalam penceritaannya oleh Zaiful Zaharuddin yang memang dikenali dalam tema kemanusiaan dan serta sains fiksyen. Kalian pasti menyukainya.
    • Ziela Salih, penulis muda yang masih mencari gayanya sentiasa memperelokkan tulisannya dari semasa ke semasa dalam menghasilkan kegilaan yang tersendiri, dan Kelapa, memang mantap.
    • Tulisan Zoul Zombie sedikit mengecewakan kerana saya sangat gemarkan penulisan comel nya bermain dengan surrealisme dengan isi tersirat yang padu satiranya, tapi kali ini dia muncul dengan nada serius. Kispen Solitud lebih saya sukakan berbanding Arlina kerana ia mengenai penulis, dan fahamilah, "Don't mess with the writers, they might kill you in their book."
  • Ulasan Angus, Himself
    • Satu-satunya buku berbahasa Inggeris dari Lejen Press adalah Angus, Himself tulisan A. B. Hashim yang berpekan di sini:  http://randombabblingsfromtronoh.blogspot.com/. Tulisan ini adalah mengenai menjadi seorang lelaki yang dikelilingi wanita tetapi dia hanya menakluk tanpa membiarkan diri ditakluk kecuali untuk wanita bernama Fay Reid. There are parts of his writings are so attached to my souls that I can't help to deny. He is indeed an amazing Malay with his nearly fluent English where we can feel his soul's ramblings.
    • Tulisannya boleh disimpulkan dengan sejelasnya pada muka surat 128,
The Correspondence:A young lady wrote an e-mail for me yesterday asking, "What inspire you to write, Mr. Baird?"
"Five things. Clits, tits, pussies, booze and madness.""Not in that particular order." I replied.

  • Ulasan Heroin
    • Tulisan gadis bernama Amal Hamsan ini bermain dengan gaya bahasa yang saikotik, bermain dalam imaginasinya dalam menghasilkan tulisan biasa kepada sesuatu yang lain dari yang lain dan pastinya berbaloi untuk kalian membelinya dalam harga RM 20. Serius, dia, saya harap tidak putus menulis dan menghasilkan tulisan yang lebih memukau.
    • Bagi saya kispen-kispen nya memang agak mentah tapi dia adalah original dalam kategorinya sendiri untuk menyentuh jiwa orang lain. Kalau saya bandingkan diri saya dengannya, dia seorang penulis yang menggunakan dakwat jiwa insani, manakala saya terlalu fiksyen.
    • Ada 10 cerita, yang berbaur keremajaan, berbaloi untuk kalian habiskan duit untuk ini, berbanding menonton Ombak Rindu. Kehkehkeh.
Sekian, dari Zine Satu Malam. Jangan ambil hati sama saya, kalau nak jugak, sila ambil di peti sejuk.

In by Anonymous, Tuesday 20 December 2011


:: Monolog hati ::

0

Tidak aku pinta hubungan hati,
kerana aku tahu kau tak sudi,

Tidak aku pinta kau jauh disisi,
kerana aku masih mahu kau tetap di hati

Tidak aku larikan diri,
Kerana aku sudah pasakkan hati,

Tidak aku katakan rindu,
Kerana angin lalu telah sampaikan padamu,

Tidak aku mengatakan cinta,
Kerana kau sudah sedia tahu cerita

Tidak aku berhenti,
kerana pastinya kita masih begini,

Tidak aku katakan tidak
Jika kau berkata ya.

Tidak aku nafikan rasa,
kerana aku masih berdoa.


13.10 pm
sayang, kita tidak berjanji, tapi hati aku milik kau, kau milik aku, jika ya aku bahagia, jika tidak, aku rela lepaskan kau.terima kasih rasa yang membahagiakan ini, di setiap nya hari aku, kita lalui berdua, dengan setiap momen tercatat juga aku lakar. kita kontra, kau api, aku angin. kau diam, aku bising, kau serius, aku lebih keanak -anakan. moga catatan ini jadi satu lagi ukiran baru untuk aku tulis dalam diari hati,
jaga diri encik kesayangan, aku mampu perhati dari jauh,
sayang, aku rasa kau makin jauh, kenapa? aku cuba menjadi sesuatu untuk kamu. 



cinta
adriane


:: Rasa Kedua ::

1

November
Aku pernah berdoa pada Tuhan,
Sebulan yang lalu,
Pinta aku, hilangkan rasa yang menggit hati, mencengkam jiwa
Gantikan dengan indah seri peneman jiwa

Disember
Datang dengan satu keindahan
Sunyi dulu, kini berlagu merdu
Sakit dulu, Sembuh senada rindu
Rasa itu, bangkit dalam tubuh dan jiwa luluh

Dia,
ada sesuatu yang menarik tentang dia,
Dia,
aku belajar menerima,
jadi kental , keras hati tegar jiwa
buat aku senyum indah tiap nya pagi hari
dengan dia,
Ketawa aku tiap malam, gayanya persis bahagia
dengan dia,
tangis aku, senyum gundah aku,semua ada pada dia,
Aku tunjuk, ego, keras kepala , degil aku
suka dengar bebelan kasar dia,
pada aku yang tak pernah jemu

Apa ini rasa yang paling ikhlas?
Apa ini rasa yang datang tanpa aku undang?

entah,
Aku tak punya jawapan untuk setiap soalan kalian
hati aku masih bermain teka teki
mengunci hati, bermain dengan minda

yang pasti,
aku kini bahagia, ada dia
Moga Tuhan silangkan Jodoh pertemuan antara kami
amin.



Gemuk Penakut

16

Monolog ini telah dibacakan oleh Zoul Yazix di acara Puisi Satu Petang sebelum beliau dipukul oleh sekumpulan orang orang gemuk yang tidak bahagia.

Nama kita Zul. Kita orang gemuk. Definisi orang gemuk ini badannya besar, ukur lilit perut mereka pula biasanya sekali ganda daripada dada. Peha jangan cakap lah, kalau buat korban, boleh ganti seekor kambing. Orang gemuk lelaki pula wajib ada manboob, kadang kadang boleh jadi lagi besar daripada girls boob. Perut pula saing saing orang pregnant. 

Nama kita Zul, dan kita orang gemuk. Kata orang, orang gemuk ini sensitive sejak lahir. Hati mereka katanya rapuh, jiwa mereka mudah tersentuh. Tapi sebenarnya, orang orang di luar sana yang membentuk sensitiviti orang gemuk ini. Kita orang gemuk, kita tidak sensitive sejak lahir, tapi kita sensitive sejak gemuk. 

Waktu kita sekolah rendah dulu, kita ni tak adalah gemuk sangat. BMI pun ngam ngam saja. Tapi sebab badan kita besar dan perut kita berlaga dengan butang baju sekolah, kawan kawan semua kata kita gemuk. Waktu sekolah rendah dulu, kalau tak ejek guna nama bapak, sifat fizikal la yang jadi mangsa. Ada yang jongang, ada yang tak ada gigi, ada yang kurus sampai waktu main lompat tiang pun boleh confuse mana satu member mana satu tiang. Kita? Nama ayah kita payah nak sebut, jadi badan gemuk kita la jadi mangsa. Gemuk gemuk gemuk. Dan yang paling tak best sekali, setiap kali main bola sepak mesti kena jadi keeper, tak boleh jadi striker. Dengan alasan kalau orang rembat bola, boleh tahan dengan perut. Untung untung melantun masuk gol sebelah sana. 

Ingatkan benda ni tamat bila masuk sekolah menengah. Kita dulu dapat 5A waktu UPSR, jadi dapat lah masuk sekolah menengah yang power sikit. Ingatkan masuk sekolah budak budak cerdik ni boleh la berbahagia tanpa dihantui perkataan gemuk. Tapi sebenarnya mulut budak budak cerdik ni lagi celaka. Jenis suka cari sinonim perkataan gemuk. Ada yang panggil fatty acid, ada yang panggil Big Mac, dan ada juga yang panggil Bob Kuman. Ini lagi satu benda, asal badan besar je orang panggil bob. Kita syak perkataan Bob ini asalnya daripada perkataan boob. Sebenarnya time time sekolah menengah ini lah kita dah mula ada feeling pada makwe. Kita ingat lagi makwe yang kita minat dulu namanya Ainin Sofia, lawa orangnya, wajahnya ayu, senyumnya manis, matanya persis Avril Lavigne. Tapi sebab kita gemuk, kita tak konfiden langsung nak mengorat Ainin Sofia tu. Nanti apa lah kata Ainin Sofia tu. Dah la gemuk, muka hitam, perut dah sama naik dengan pengetua sekolah. 

 Bila masuk universiti, kita dah pasang niat, kita tak nak jadi orang gemuk yang diejek lagi. Kita nak jadi orang gemuk yang bahagia. Jadi kalau orang ejek gemuk kita buat tak layan saja. Taktik ni cikgu kaunseling kita ajar dulu, kata cikgu tu orang kalau ejek kita ni dia mahukan respon, kalau dia tak dapat respon lama lama dia akan bosan. Lagi satu cara nak tambah konfiden kita, kita tukar nickname. Kita tukar nama kita jadi Kechik. Sumpah, kawan kawan dan sesetengah pensyarah panggil kita Kechik. Untung untung boleh jadi doa ye dak? Masa ni, level confident kita dah sampai ke tahap yang memuaskan. Kita dah tak berapa peduli sangat dah apa orang cakap, walaupun kadang kadang kita kena mengaku yang kita terasa dengan cara orang layan kita sebagai orang gemuk. Bayangkan bila naik lrt atau komuter, masuk masuk pintu tu semua orang tengok kita, lepas tu muka masing masing mesti cuak tengok kiri kanan, bimbang kita pergi duduk menyempit dekat sebelah. Bimbang nanti bau busuk peluh orang gemuk melekat dekat badan. Lagi satu bila naik lif. Pernah suatu hari kita nak naik lif, lepas tu ada sorang makwe dalam lif. Nampak saja kita nak masuk dalam lif terus mata dia terbeliak. Dia pandang kita, lepas tu pandang atas. Pandang kita, pandang atas. Rupa rupanya dia pandang tanda “maximum weight: 1800 LBS”. 

 Tapi, Tuhan itu maha adil. Bila ada kekurangan dan kelemahan ini, kita boleh tahu, siapa yang ikhlas dengan kita, siapa yang betul boleh terima kita. Kita ada kawan yang tak peduli pun kau gemuk ke, hitam ke, muka macam Imran Ajmain ke, semua depa kawan. Dan yang paling untung, kita jumpa seorang makwe buta nama Pelangi. Dia buta sebab dia jadi makwe kita. Orangnya lawa, kurus dan sekali petik jari boleh tersungkur Brad Pitt di kaki. Tapi sebab dia buta, dia pilih kita. Katanya, kalau kita boleh terima dia seadanya, kenapa pula dia tak boleh terima kita. Pernah suatu hari kita tanya dia, tak kisah ke ada boyfriend gemuk? Dia kata gemuk? awak tak gemuk lah, awak cuma besar. Dia suka ada boyfriend besar ni, boleh buat penghadang angin time jalan jalan dekat taman, boleh jadi objek anti ragut waktu jalan dekat kaki lima, dan agak agak bosan boleh main sembunyi sembunyi dekat belakang badan. Ya, nama dia Pelangi dan dia buta. 

Semua orang ada kekurangan masing masing, apa yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita nak berdepan dengan kelemahan tersebut. Macam kita, walaupun kekurangan itu masih ada, tapi kita terima dengan hati yang terbuka. Apa apa pun, hidup ini terlalu singkat untuk kita risau tentang berat badan!

Hai! Nama kita Kechik, dan kita orang besar!


by zoul yazix, Monday 12 December 2011


Review Berdarah Hidung: BIN [2]

7

Baca bahagian pertama di SINI.

Kalau ada yang rasa reviu aku sangat 'mama bosan', sila flush muka kau dalam jamban dan terus dapatkan Bin dan baca. Reviu yang bosan tak mencerminkan buku yang direviu.

Bagi aku, karya-karya dalam Bin sangat menepati identiti penulisan independen yang sering melawan arus dan lari dari tema tipikal novel-novel cinta leleh yang berkenjah di pasaran arus perdana.

Pasti ada pembaca yang akan berasa sesetengah isu yang disuntik dalam beberapa kisah yang dihidangkan adalah sesuatu yang tabu, kurang ajar, kurang selesa, terjentik, ter'euw-euw', terbeliak biji mata, terjijik dan sebagainya. Sesekali sila lapangkan minda tanpa perlu menghukum secara melulu. Realitas hidup sebenarnya lebih banyak yang busuk dan buruk di sebalik taman bunga dihiasi pelangi. Tapi kebanyakan dari kita berasa selamat untuk hidup dalam penafian (denial).

Sebelum aku sambung ulasan BIN, ada beberapa perkara yang bila aku tinjau-tinjau sekeliling, aku rasa nak provok. Tembak!

Mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia sukakan sesuatu yang gratis. Adakah dengan hanya mengaharapkan bahan bacaan percuma je memanjang menunjukkan kau menyokong sesuatu gerakan seni sastera (tak kiralah aliran perdana atau independen)? Tak salah rembat barang free, tapi sesekali belilah buku sebagai tanda penghargaan. Ingat perah otak tu semudah memuat turun fail PDF ke? Buku-buku angkatan Ombak Rinduw boleh pulak kau beli tanpa banyak bunyi.

Apa lagi yang korang melongo? Aku dengar-dengar tinggal lagi 10 naskah. Siapa yang mahukan Bin dan  .44 bolehlah menyerang hendap Khrlhsym di Uya esok, 10 Disember 2011 sempena pelancaran 5 buku baru Lejen Press.

V For Celah Kangkang
Sesekali syok juga baca karya Ophan yang ringan-ringan. Kritikan resepi filem aksi-ada-hero yang masih tak berubah sejak sekian lama.

Ray-Ban dan Mangkuk Sia #3, #4 dan #5
Masuk bahagian #3, aku terus langkau bab dalam Bin untuk tahu kesudahan kisah lelaki si pelukis buta dan gadis bisu pembawa mangkuk sia. Aku suka gaya pengolahan cerita yang Peddo gunakan kali ini. Membaca siri ini terasa seperti menonton tivi. Siap ada pengulas selari yang menyampuk sekali. Dalam kesemua karya Peddo, kisah ini adalah faveret aku. (semoga cik Khalidah Aziz tidak bertambah bengang dengan penggunaan ‘tivi’ dan ‘faveret’). Keh keh keh.

Sundal
Bila seorang lelaki berani mengambil risiko untuk dicalarkan kepercayaannya oleh seorang penyundal, dia harus terima dengan hati yang terbuka tapi rabak.

Futura Eris Elis
Aku tunggu klimaks untuk cerita ni dan ia berakhir secara bersahaja. Tapi, ada pengajaran yang berguna terselit di sini.

Anjing
Headshot! Aku nak cilok tag feveret Lucifer, “Ini, ini sangat WIN!”.

Fetisy Halal Luarbiasa
Mungkin ada yang akan ber'euww euww'. Tapi bila sebut fetisy, biasanya ia agak unik kalau tak ngilu sekalipun.

Jews Pembunuh Cicak
Metafora dari Ophan terasa semakin pedas dan sedap. Aku kata, laungan demokrasi yang bukan demokrasi itu hanyalah lawak bodoh.

Sebotol Air Zam-Zam Di Taman Perumahan
Aku harap orang-orang yang berpemikiran seperti tiga sahabat berlainan bangsa dan agama ini akan semakin bertambah. Fikiran tu, janganlah jumud sangat.

Lost
Sakit rindu itu sangat berat bagi yang sedang dan pernah melaluinya, apalagi jika kerinduan untuk seseorang yang telah ‘pergi’.

Pilihan Yang Malang
Adakalanya jika pilihan itu dibuat dengan harapan untuk membahagiakan seseorang, ia mungkin berakhir dengan rasa kecewa. Bahagiakan diri sendiri dahulu.

Metafora
Dulu, manusia perangai serupa ini mungkin rare, sekarang ia sangat tipikal.

Saputangan Hijau
Aku ulang baca dan baca sebab aku tak faham. Jadi, apa yang aku faham akhirnya (maaf kalau tafsiran aku salah): 
Jangkamasa perkenalan dan hubungan intim di antara sepasang manusia belum tentu dapat membibitkan rasa cinta. Apa gunanya sesuatu hubungan jika yang tinggal hanyalah simpati dan cinta sifar.

Hujung Minggu Sekular
Aku senyum baca ini. Lain yang dirisaukan oleh seorang bapa sekular terhadap anak gadisnya, lain pula yang terjadi.

Lunch
Kisah yang ingin disampaikan tidaklah begitu rumit untuk difahami, seperti menyebut tajuknya. Tapi mesej subliminal yang terkandung dalam setiap baris ayat mungkin menjentik bagi yang terasa dijentik. Sila telan realiti hidup.

Labah-labah Putih Di Tingkap Berkaca
Ini tentang perubahan dari zon selesa. Kita mungkin takut untuk membiasakan diri pada awalnya tapi kita redahkan saja. Terima kasih pada Arabella.

Darai
Hahaha…inilah hasilnya bila imaginasi berlari liar. Membaca Darai (pondan) terasa seperti melantak ikan kerapu tiga, empat, lima rasa di era Star Trek. Berunsur futuristik dan sekali lagi tema arsitektur diterap dalam jalan cerita yang turut disulam isu sosial dan fiksyen saintifik tentang pembangunan baka pembiakan manusia yang semakin maju. Tapi highlight utama adalah tentang seorang guru lelaki yang gemar berbogel tiba-tiba mendapati tubuhnya mengalami transformasi aneh pada organ reproduksinya. Ah..ah..ah..

Alasan
Sila gunakan taktik ini bila kau terlupa temujanji dengan awek yang telah menunggu kau hampir 4 jam lamanya.

Anding
Kalau nak cakap membaca kisah terakhir dalam Bin ini seperti menonton Merongmahawangsa terbitan KRU adalah sangat tidak kool. Kerana ia berkilo-kilo lebih WIN!!

Akhir sekali, aku ada mesej persahabatan untuk cik Khalidah Aziz (:
Hai awak! Saya sebenarnya tak pernah bercita-cita untuk mematuhi undang-undang polis bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Di sini saya ingin mendedikasikan komen yang kelima di entri blog [ini] untuk tatapan awak.

“.. kalau mahu sangat guna bahasa melayu, sila cari alternatif untuk 'telefon', 'internet', 'digital' etc. kerana itu bahasa inggeris yang telah dimelayukan” – Martini Muaz.


:: Irama Hati ::

2

Sunyi, rasa yang makin sepi

aku capai gitar kesayangan
cuba memainkan irama dari hati
nyata tak berbunyi 

dimana harus aku letak rasa itu
dimana harus aku buang rasa ini
kemana harus aku lari bawa jiwa ini
kemana harus aku pergi 

Rasa yang pergi,
kemudian datang kembali
kau yang pergi,
datang lagi , kembali menagih hati

sudah
cukup
aku penat, aku lelah
permainan ini aku mahu tamatkan
biar aku kalah, tapi aku menangkan jiwa rasa aku.

selamat tinggal pujaan hati
biarlah aku berbahagia kini
kita tidak berjodoh lagi
mungkin takdir mahukan kita begini

cukuplah cerita
cukuplah segala rasa
cukuplah tumpahnya air mata

pesan aku, 
pergi, jangan datang lagi.
aku bukan suri hatimu lagi.


p/s :It Rain Or Shine, I'll Be Fine



Review Berdarah Hidung: BIN

12

Menikmati BIN diibaratkan seperti nikmatnya seorang yang kebuluran tiba-tiba terjumpa dua bungkus mi megi di musim-musim kemarau poket. Yup, dalam dua perisa yang berlainan. Mungkin perisa kari dan tom yam. Sama-sama pedas, sama-sama aumm dalam stail penulisan yang punya signatur tersendiri.

Bagi yang biasa mengikuti blog Ophan Bunjos atau lebih dikenali dengan pseudonym Ghost Writer, mungkin anda telah familiar dengan gaya penulisannya yang ada serbuk perisa dari negara seberang. Kali ini, Ophan menyajikan pelbagai rencah kehidupan dari suasana kampung dan zaman kanak-kanak yang serba naif hinggalah ke dalam kancah kehidupan hedonis di kota metropolitan.

Manakala M. Faiz Syahmi (Peddo) selesa melakarkan warna-warna kehidupan manusia dalam medium yang bervariasi. Tetapi tidak terlepas dari elemen transgesif dan erotisisme yang mungkin juga boleh dianggap sebagai identiti Peddo dalam kebanyakan karyanya.

Aku bukan penulis hebat yang layak mengkritik BIN untuk tujuan improvisasi kepada Ophan dan Peddo. Ulasan ini dibuat setelah aku diperas ugut oleh editor Bin, iaitu inchek Lucifer. Keh Keh.. (gelak cuak). Jadi, sila anggap ulasan ini lebih kepada pandangan peribadi berbanding kritikan dari seorang pembaca yang mungkin agak 386 dari segi memproses data, makna dan mesej tersirat di sebalik kisah-kisah yang disajikan.

Ok, aku tau ulasan ini mungkin akan membosankan korang, jadi aku pecahkan kepada dua siri.

Dunkelweizen
Ego itu wujud dalam kebanyakan lelaki secara lahiriahnya. Jadi tak hairan jika permintaan atau tawaran lumayan dari seorang perempuan yang memukau rupa parasnya seperti Lara, harus dipertimbangkan terlebih dulu oleh Bima. Tapi setiap perempuan ada saja jalan untuk memecahkan tembok ego lelaki. Peranan Dunkelweizen mungkin kelihatan kecil, tapi ia pemangkin yang menambah ghairah.

Lembam Pandir
Pandir adalah kisah rakyat yang menjadi dongeng sezaman. Cubaan yang menjadi dari Peddo dalam memodifikasikan kisah klasik ini dalam jelmaan zaman moden. Macam biasa, trademark penulis yang gemar menyuntik unsur-unsur erotisme yang ringan-ringan mampu buat aku tersengih.

Kerana Kekenyangan Itu Mahal
Pada aku, ini mesej tentang rezeki. Mungkin ada di antara kita dengan bangganya merasakan makin tinggi ilmu seseorang, makin luas pintu rezeki. Tapi jangan lupa, rezeki itu milik Tuhan. Bila fasa menuntut ilmu di menara gading berlalu, kita akan terasa ironinya bila kerani cabuk lebih mampu menyara anak bini dari seorang graduan berkeluarga yang turut mendiami metropolis yang sama.

Ray-Ban Dan Mangkuk Sia #1
Kisah ini ada lima bahagian. Bahagian pertama mengajak pembaca mengenali si pelukis buta pemakai ray-ban.

Korban Dalam Kurungan Juli
Tak kira di kampung atau di bandar, aku rasa kebanyakan dari kita biasa dimomokkan dengan mitos korban kepala manusia bila sesuatu projek membabitkan pembinaan terutamanya jambatan.

Ramadan Pertama Terakhir
Heh, mungkin pesanan buat pasangan yang baru menikah atau pasangan yang sangap tak hengat. Jangan gelojoh sangat. Ia mampu mengundang kecelakaan.

Dewatakalah
“Saat pintu hati laki-laki terbuka maka harus sadar kalau pintu akalnya mulai tertutup”.
Dalam istilah urbannya, loser! untuk seorang lelaki seperti Pander. Pemenang hati perempuan-perempuan murahan ini tetap kalah pada seorang perempuan seperti Nir biarpun nyawa menjadi korban.

Musim
Bagi Anis, hutang maruah yang direnggut oleh nafsu-nafsu buas itu harus dibayar dengan nyawa. Dan dia lebih puas ‘bermain-main’ dengan mangsa-mangsanya terlebih dulu.

Nafas Langit
Aku andaikan kisah ini sebagai pemandangan akhir zaman. Ia sedang berlaku.

Eksperimen – LGBT
Seksualiti merdeka? Kenapa tidak? Haha.. mungkin akan tiba suatu masa di mana pemerintah semakin ‘bijak’ menangani isu LGBT dengan taktik psikologi yang halus lagi kotor.

Sofa
Satu lagi penyakit penghuni rumah sewa yang selesa buat hal masing-masing. Monolog tanpa komunikasi dua hala mengundang panas hati sendiri-sendiri. Semoga tak ada yang terkorban bila rasa tak puas hati tak terbendung lagi.

Panggilan Ajakan
Mesej ketuhanan yang sangat jelas. Kerinduan dan airmata yang jatuh tatkala menyebut nama Maha Pencipta adalah sesuatu yang rare di akhir zaman ini.

Dewi Purnama, Aku Dewatamu
Aku anggap ini adalah kisah cinta saikedelik.

Ray-Ban Dan Mangkuk Sia #2
Percintaan yang sangat menarik aku kira. Si buta pemakai ray-ban dan si pekak, pembawa mangkuk sia yang membuat ‘first move’ dengan juadah air tangannya barangkali. Kisah yang menjadi penghias kulit buku BIN.

Tarian Dalam Cermin
Puisi itu refleksi cerminan diri seseorang. Mungkin suatu alternatif yang berguna selain membaca bahasa tubuh.

Koersi
Seperti makna koersi itu sendiri, karya Peddo yang ini telah memaksa aku mebacanya sebanyak dua kali untuk menangkap siapakah Terrier Tommy dan Razack Mockery walaupun aku pernah baca sekali lalu di blog Peddo tak lama dulu. Secara jujur, kisah ini agak mengganggu mental aku untuk memahaminya pada bacaan pertama. Apa yang menarik tentang Koersi, Peddo menghighlightkan tentang hierarki senior-junior di kalangan pelajar dan merefleksikan istilah senibina ke dalam perilaku manusia. Razack Mockery dan SKL Strawberi tampil berkuasa di akhir cerita mengingatkan aku kepada seorang pembunuh pecahan personaliti dalam salah satu siri Criminal Minds. Lemah dan pasif ketika berpenampilan sebagai lelaki tetapi muncul sebagai seorang pembunuh berhati kering, berkuasa dan berkeyakinan tinggi dalam jelmaan alter ego she-malenya.

Helda
Momen yang tak ternilai untuk dilepaskan adakalanya dipilih untuk diabadikan untuk selama-lamanya. Helda mungkin terlalu naif, tapi itu adalah pilihannya. Betapa dia mengagumi Armand.

Saya Sayang Cikgu!
Hehe.. siapa yang tak pernah ada imaginasi indah terlarang tentang cikgu sekolahnya? Dan bukan semua cikgu adalah seperti 'Cikgu Suraya' (bukan cikgu Suraya dalam kisah Air Zam-Zam Di Taman Perumahan).

Untuk Apa Aku Di Sini?
Dari sepuluh karya Ophan yang baru dibaca setakat ini, ini adalah favorite aku. Gelodak rasa sang pelaut yang bakal menghampiri Pulau Jarak buat pertama kali untuk berteduh dilakarkan oleh Ophan seperti dialog di antara dua jiwa yang masing-masing angkuh, tapi sangat bergaya.

Hukum
Manusia sering menjatuhi hukum tapi bahasa tubuh itu lebih jujur dan mampu mengubah persepsi.


Review: Ombak Rindu

23


Mengisahkan Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang ditinggalkan ibu dan ayahnya di tepi kedai dobi layan diri berhampiran restoran makanan segera McDonald di Shah Alam kerana tidak pandai mengeja. Justeru itu ayah saudaranya, Taha secara tidak sengaja telah memelihara Izzah sampai beliau membesar menjadi seorang model lawa yang dipakaikan baju baju kampung yang orang kampung sekarang pun tak pakai dah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang kerana ketagih main Texas Holdam Poker di fesbuk lantas memaksa Izzah untuk bermain fesbuk 24 jam sehari sementara beliau keluar mencari kerja.

Disitulah Izzah berkenalan dengan seorang samseng siam bernama Hariz (Tony Jaa) setelah sama sama menyertai page pencarian Gadis Kampung Lawa Macam Model dan Lelaki Samseng Handsome. Hariz telah menegur cara Izzah mengeja perkataan rinduw dengan menambahkan huruf W, tetapi Izzah tidak mempedulikannya dengan membalas "Sayew x peduliw lerw. Kewl kot ejew macam niew". Disebabkan rasa marah yang meluap luap, Hariz telah membuang Izzah daripada senarai rakan fesbuknya. Namun begitu, Izzah menyedari yang beliau mencintai Hariz setelah terdengar lagu Cinta Muka Buku di Youtube, tapi segalanya telah terlambat apabila Izzah mahu menambah Hariz kembali di fesbuk, Hariz sudah pun in relationship with  Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan yang suatu ketika dahulu popular dengan entry blog "Saya tak ada dara, saya okay". 

Hariz memberi syarat kepada Izzah supaya mengubah ejaan  perkataan yang entah apa apa tersebut jika mahu berkawan dengannya jika tidak, Izzah mungkin maut terkena serangan Lutut Gangster Siam milik Hariz. Sementara Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan turut menggunakan ejaan yang bukan bukan di belakang Hariz.

Dapatkah Hariz menemui gadis yang mampu mengeja dengan betul di zaman ini? Saksikan Ong Bak Rinduw di pawagam berhampiran anda.

by zoul yazix,


:: tulisan kaca ::

3

menulis dengan air mata
pada dingin malam yang ketujuh
kesekian kalinya langit menangis
melihat bidadari patah tak berwarna

dia menulis pada kaca
dia membaca tinta jiwa
dia tangiskan tulisan hiba
ada jiwa yang bisik kan terluka

mungkin parah
mungkin berdarah
mungkin..





* from my own note at FB *


Puisi Satu Petang

8


ZineSatuMalam merupakan sebuah pergerakan penulis dan pelukis yang menghasilkan karya karya yang boleh dimuat turun dan dibaca tanpa perlu membayar pengeras seperti wang ringgit mahupun seekor ayam hitam yang lahir dalam bulan Oktober. Adapun terdapat juga karya karya ZineSatuMalam yang dijual atas dasar rasa tamak mahukan populariti dalam kalangan masyarakat Frinjan setiap bulan, namun kami tetap fokus menghidangkan sajian fiksyen dan non fiksyen untuk tatapan anda secara percuma. Apa pun nawaitu utama ZineSatuMalam tersangatlah murni iaitu menjadi platform kepada penulis penulis kerdil mempamerkan karya karya mereka kepada umum disamping mendidik kedua dua penulis dan pembaca ZineSatuMalam. Tiada syarat khas untuk menyertai ZineSatuMalam walaupun dikatakan kumpulan penulis ZineSatuMalam ini sangatlah bengis dan tidak mempunyai hati perut dalam memberi pendapat, komen mahupun kritikan, jadi mohon sesiapa yang ingin menyertai barisan penulis tetap ZineSatuMalam ini menjemur hatinya sehingga kering. Jangan malu jangan segan untuk sertai kami, sesungguhnya kami ini cuma pujangga pujangga biasa yang bercerita.

Kini ZineSatuMalam melangkah setapak lagi dengan mengadakan sebuah acara kecil kecilan iaitu Puisi Satu Petang (PSP). Puisi Satu Petang ini adalah satu acara dimana sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina atau usia boleh membaca puisi bebas di hadapan audiens yang bersedia meminjamkan kedua dua telinganya selama satu petang untuk mencerna segala hidangan perkataan yang diungkapkan. Kalian juga tidak perlu gusar jika hati tiba tiba berdebar debar kerana terfikir yang kalian tidak pernah membaca puisi di khalayak ramai sebelum ini malah tidak pernah belajar cara cara membaca puisi secara formal kerana puisi dan persembahan kalian tidak akan dihakimi dan diberi markah, kita cuma mahu berhibur dan menyalurkan pendapat serta meluahkan perasaan melalui aktiviti membaca puisi ini. Menurut kajian yang telah kami lakukan, setakat tahun 2010 masih belum ada insan yang meninggal dunia kerana tersalah membaca  puisi. Kami mendoakan tahun 2011 tidak akan mengubah statistik tersebut.

Tempat : Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 2 (berhampiran
Wet World
Tarikh : 11.12.11
Masa : 4.00 - 7.00 pm

Puisi Satu Petang ini akan diadakan secara santai tanpa mikrofon dan pentas tinggi yang bisa mengundang gementar. Yang membaca puisi akan berdiri dan yang mendengar akan duduk di lantai bumi dengan berlapikkan selipar atau suratkhabar lama yang akan disediakan nanti. Kalau kalian memerlukan prop seperti pedang atau senapang patah ketika membaca puisi, mohon ianya dibawa sendiri dari rumah.

Temanya bebas, tidak perlu risau mencari puisi apa yang harus dibaca kerana dengan izin Tuhan kami akan menyediakan beberapa buah buku puisi sebagai rujukan dan pinjaman. Kalian juga boleh memilih untuk membaca puisi nukilan sendiri yang selama ini diperam di dalam almari.

Puisi sahajakah? Tidak, walaupun aktiviti ini dinamakan Puisi Satu Petang, ianya tidak terhad kepada membaca puisi sahaja, kalian juga boleh bermain alat muzik, menyanyi, membaca cerita pendek, membuat review buku/puisi, bersyarah atau berlakon di hadapan khalayak dengan meninggalkan perasaan segan silu kalian di tepi jalan. Petang tersebut, kita akan menjadi sekumpulan orang yang tidak malu di tepi tasik.

Dan satu lagi berita baik adalah Buku Jalanan juga akan turut berada di tepi tasik bagi memberi peluang kepada kalian untuk meminjam buku buku yang menarik untuk dibaca secara percuma! Jangan lepaskan peluang ini kerana kebanyakkan buku buku yang ada di rak Buku Jalanan adalah buku buku bagus yang susah didapati di kedai buku atau terlalu mahal untuk dibeli dengan duit sendiri. Seperti biasa Buku Jalanan juga akan mengadakan aktiviti melukis dengan menyediakan alatan melukis dan kertas lukisan, juga secara percuma!

untuk pertanyaan lanjut email saja di zinesatumalam@gmail.com atau terus ke wall facebook ZineSatuMalam (http://www.facebook.com/ZineSatuMalam). Semua soalan akan dijawab dengan penuh sopan dan bergaya.

by zoul yazix, Monday 5 December 2011


Pekik Si Bisu.

2

Sudah terbiasa
Dibiar rasa sakit
Yang menggila didalam
Mati dengan sendirinya
Hingga datang binasa
Berdaki dan melekit
Terus dan terus saja tenggelam
Ah! lelah bertarung nyawa!


Ya, aku sedang sakit
Hidup sedang sulit
Jiwa sedang perit
Hati walang menjerit


Ya, aku sedang lara
Seksa menjeruk rasa
Buntu, tak boleh mara
Sekat, dikekang masa


Ya, percaya dah menepi
Gelut hindar sepi
Aku belum mati
Cuma sakit hati.


Tuhan,
Mohon belasMu
Kembalikan
Jiwa pada jasad
Kalau tidak mustahil.

by Qiez AR, Saturday 3 December 2011


:: Bangku Putih Berdua ::

4

Aku bermimpi si dia arjuna
Duduk di bangku putih sendiri
duduk merenung langit lepas
diam bungkam, sepi rasa itu mati

dia itu ditinggalkan
dia itu dikhianti cinta
dia itu sedang menjeruk rasa
rasa yang tinggal menikam jiwa

hai arjuna raga beta
sabarlah kiranya, itu pinta adinda
percayakan waktu akan mengubati semua
sabar menanti, tabah lah lalui

hai dunia
sudah-sudah seksa arjuna beta
kasihan kan dia
perlu lalui semua ini hari -hari

pulangkan dia

kelmarin,
aku bermimpi dia arjuna
dia duduk dibangku putih itu lagi
tapi kali ini tidak sendiri
kini dia berdua dengan adinda hati



Post navigation