Review: Ombak Rindu
Mengisahkan Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang ditinggalkan ibu dan ayahnya di tepi kedai dobi layan diri berhampiran restoran makanan segera McDonald di Shah Alam kerana tidak pandai mengeja. Justeru itu ayah saudaranya, Taha secara tidak sengaja telah memelihara Izzah sampai beliau membesar menjadi seorang model lawa yang dipakaikan baju baju kampung yang orang kampung sekarang pun tak pakai dah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang kerana ketagih main Texas Holdam Poker di fesbuk lantas memaksa Izzah untuk bermain fesbuk 24 jam sehari sementara beliau keluar mencari kerja.
Disitulah Izzah berkenalan dengan seorang samseng siam bernama Hariz (Tony Jaa) setelah sama sama menyertai page pencarian Gadis Kampung Lawa Macam Model dan Lelaki Samseng Handsome. Hariz telah menegur cara Izzah mengeja perkataan rinduw dengan menambahkan huruf W, tetapi Izzah tidak mempedulikannya dengan membalas "Sayew x peduliw lerw. Kewl kot ejew macam niew". Disebabkan rasa marah yang meluap luap, Hariz telah membuang Izzah daripada senarai rakan fesbuknya. Namun begitu, Izzah menyedari yang beliau mencintai Hariz setelah terdengar lagu Cinta Muka Buku di Youtube, tapi segalanya telah terlambat apabila Izzah mahu menambah Hariz kembali di fesbuk, Hariz sudah pun in relationship with Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan yang suatu ketika dahulu popular dengan entry blog "Saya tak ada dara, saya okay".
Hariz memberi syarat kepada Izzah supaya mengubah ejaan perkataan yang entah apa apa tersebut jika mahu berkawan dengannya jika tidak, Izzah mungkin maut terkena serangan Lutut Gangster Siam milik Hariz. Sementara Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan turut menggunakan ejaan yang bukan bukan di belakang Hariz.
Dapatkah Hariz menemui gadis yang mampu mengeja dengan betul di zaman ini? Saksikan Ong Bak Rinduw di pawagam berhampiran anda.
23 Responses to Review: Ombak Rindu
Siapa-siapa nak hd boleh download sini taw.
OMBAK RINDU versi HD
ngeng ngeng ngeng....
terbaik~
conform ramai berpusu pusu ke panggung wayang jap lg..
sakit perut aku baca review ni. hahaha.
kool . tak sabar nak tgk wayang
lucifer,tu film paling pendek aku penah tengok ! hahaha xD
lucifer,tu film paling pendek aku penah tengok ! hahaha xD
HAHAHAHAHHA.....terbaik....kalau ni aku sanggup tengok
Arghhhh...cilakanya! kahkahkah
Review paling bagus pernah aku baca
Cilaka sekali lagi!
*aku mmg tak boleh terima pesen ejaan ada W tu...patut diberi buah Lutut Gangster Siam tanpa perlu bicara apa2 lg
Hariz! saya musti pileh!
hahaha
tolong la kasi link page pencarian Gadis Kampung Lawa Macam Model dan Lelaki Samseng Handsome tu pleaseeee
itew na join gak au!
oke lawak dol. lama xbaca blog mcm nie hehe.. i will follow u :P
hahaha!!!! hahahaa!!! hahahaaa!!!
aku suka betul dia eja ada 'w'
senak perut gelak
ini. aku suka! hahaha.
hahaha. bongoks..
itteww nak gelak lerwww hahaha najis tol!
kah3....aku gelak guling2 ats katil bace....hadoih lar~~
baguslah hariz ni....sama la sy tak suka ade penambahan ejaan W'mnyampah..heheheheh
best sinopsis ni..hahah
cool.!
itew shukew sinopsis awk..ahaks.~
macam hape je eja gitu..
hadoyaiii..penat nk tambah W ni.hikhik
x ape2 tah
hahahaha. aku nak suruh osman ali baca. lol~
wow, tak sabar aku nak tgk citer neh... cam menarik je
ngeng!
Post a Comment