Solitud

Adapun malam ini hukuman itu berakhir dengan terbaringnya aku di dasar tasik tanpa sesal mengharapkan segala beban yang ditanggung seorang diri cukup berat untuk menenggelamkan jasad ini walau mereput. Biar jasad ini tertimbus dengan sisa lumpur kecewa seorang lelaki yang berputus asa. Seratus tahun hukuman Tuhan, aku gagal pada tahun yang ke dua puluh.
Ini bukan tulisan untuk diratapi, jauh sekali memohon simpati. Ianya sekadar cercaan aku pada hidup yang dijalani seorang diri, dalam solitari. Mungkin aku tidak patut menulis, atau mungkin ini patut jadi yang terakhir. Pada hidup yang dibenci, pada mati yang pasti, aku tunduk pada mana mana ketentuan mu.
Katakan lah aku tidak keseorangan, walaupun selepas aku pergi.
Zoul Yazix.
6 Responses to Solitud
mustahil kau akan keseorangan. pasti ada orang yang menemani walau tanpa kau sedari. bersenyumlah. ;)
Tak, kau takkan jadi seorang. Imaginary friends memang sahabat baik yang tak pernah tinggalkan kita.
kau...jangan tewas sebelum waktunya...aku nak kau bangkit...kalau aku boleh, kau pasti lebih tegar!
kemon brader
manusia selalu tak sedar, mereka sebenarnya tak sendiri. nun kat atas, selalu ada.
CERCA HIDUP SAMA LA MACAM KAU CERCA TUHAN
WHAT ELSE CAN I SAY?
OH YA, GOOD LUCK KAT HARI PERHITUNGAN NANTI TU YA.
"MATI" BAIK2.
Post a Comment