Archive for November 2011

Kisah Aku

6


Aku duduk seorang diri di bangku bawah sebatang pokok. Seorang. Dan Aku selalu keseorangan, Dan tiada orang yang ingin berkawan. Kenapa? Aku pun tak tahu.

“ Hoi.” Ada satu suara menyapa Aku. Aku tersentak. Khayalan Aku lalu pecah bersepai.

Aku mendongak sambil tersengih memandang susuk tubuh yang tegak berdiri di hadapan. Tak kenal, getus hati Aku.

“ Dari tadi aku tengok kau duduk seorang diri kat sini. Tersengih-sengih. Kenapa? Kau gila?” Tanya orang itu. Amboi, mulut. Suka hati cakap Aku gila. Aku ketawa. Tak ambil hati.

“ Saja-saja. Aku suka duduk sini. Hari-hari aku duduk di sini. Tengok orang lalu lalang. Aku suka.” Jawab Aku ramah.

“ Ohhh. Kau memang selalu duduk sorang-sorang ke?” Aku ditanya lagi.

“ Ya, sebab aku tak ada kawan.”

“ Kenapa?”

“ Tak ada siapa yang mahu berkawan dengan aku.” Ucap Aku perlahan. Sayu.

“ Aku Fendi.” Dia memperkenalkan diri.

Aku tersengih sambil menyambut huluran tangannya.

“ Aku jadi kawan kau boleh?” 

Aku terdiam. Kemudian, Aku tersengih sambil menggelengkan kepala. Tanda menolak.

“ Kenapa?” Tanya Fendi.

“ Kau tak boleh kawan dengan aku. Bahaya.”

“ Bahaya? Kenapa?”

“ Panjang ceritanya.”

“ Pendekkanlah.”

“ Aku tak ada mak ayah. Mereka meninggal semasa aku kecil. Itu menurut cerita nenek akulah. Dia kata, mak ayah aku kena bunuh dengan orang jahat. Aku pun nyaris kena bunuh. Tapi, aku selamat sebab ada orang jahat lain yang bunuh orang jahat tu. Jadi, aku masih hidup sampai sekarang. Tapi, aku masih tak selamat. Orang jahat tu pula nak bunuh aku. Tapi dia tak dapat bunuh aku.” Cerita Aku.

Fendi khusyuk mendengar cerita. Ternganga mulut. Buruk betul rupanya.

“ Kenapa?” Fendi ingin tahu.

“ Sebab aku hebat. Aku pandai silat dengan taekwando.”

“Ohhh…”

“ Aku juga ada super power. Ada kuasa. He he he. Sebab itu orang jahat tu tak dapat bunuh aku. Aku takut nanti orang jahat mahu bunuh kau juga nanti sebab berkawan dengan aku. ” Cerita Aku lagi.

“ Gilalah. Tak percayalah aku.” Fendi memandang Aku atas bawah.

Aku hanya tersengih-sengih. Aku dah agak dia akan cakap begitu. Memang sukar untuk orang percaya cerita Aku. Aku tak kisah. Aku bangun mengibas-ngibas bontot. Menandakan Aku ingin beredar.

“ Kau nak pergi mana?” Tanya Fendi pelik.

“ Aku nak balik.” Jawab Aku.

“ Eh, tunggu. Kau tak bagitahu pun nama kau apa.”

“ Hehe. Ya? Lupa pula. Nama aku, Aku Mustafa.”

“ Hah?”

“ Aku Mustafa.” Ulang Aku lantas beredar dari situ meninggalkan Fendi.

Fendi pula, terpinga-pinga memandang susuk tubuh yang bernama Aku Mustafa,berbaju pagoda lusuh, berseluar sukan biru muda yang rabak di lutut beredar. Kepalanya yang berambut panjang tidak terurus digaru-garu perlahan.


HEHEHE





BIN Trivia!

7


  • Terdapat 40 kispen di dalam buku yang berkulitkan autentik ini di mana masing-masing mempertaruhkan 20 kispen yang berlainan rasa dan sentuhan.
  • Ophan Bunjos lebih kerap bermain dengan laras bahasa yang lebih pekat dengan esen Indonesia dan M. Faiz Syahmi hadir dengan stail kontemporari yang rangup.
  • Unsur satira yang terkandung di dalam buku ini sinikal nya berbeda dari .44 kerana garapan kedua-dua penulis yang mempunyai kelas yang tersendiri di dalam penulisannya.
  • Kulit muka buku, seperti .44, amat mencerminkan isi dalamannya, jeng jeng jeng. Lelaki dan wanita, sentuhan dan dot dot dot di dalam dunia yang penuh kelabu, kelabu, kelabu.
  • Kebanyakan kispen Ophan Bunjos meniti perhubungan kemanusiaan dalam dunia kelabu-kelabu manakala kispen M. Faiz Syahmi menampilkan kelainan dalam menyampaikan isu kemanusiaan, nantikan.
  • Hanya ada 40 buah Bin yang diriliskan dengan seratus sembilan muka surat dengan 28 orang sudah menempahnya. Sangat terhad? Ya! Sangat! Jadi jangan ragu-ragu untuk menempahnya di keratstudio@gmail.com
  • Sebagai indesainer kerat studio, jujur saya katakan cara penyampaian di dalam 40 kispen ini memang berjaya buat saya tersenyum sendirian dengan penulisan Ophan Bunjos yang mendalam lubuknya serta penulisan M. Faiz Syahmi yang mampu membuat saya bermonolog sendirian iaitu "Ini, ini WIN!"
  • Kalau kamu-kamu nak tahu apa dia yang menarik di dalam ini, apa kata kamu emel ke keratstudio@gmail.com dengan katakan, admin kacak, saya mahu memiliki Bin!
  • Kamu-kamu penuh dengan rasa anxiety mengapa hanya ada tiga huruf sahaja yang mewakili judul buku ini? Saya bagi hint iaitu penulis-penulis buku ini serta epitom hitam di bahagian belakang kulit buku.
  • Bagi yang telah membaca .44 dan merasakan telah tergigit peluru yang masuk melalui lohong-lohong otak, saya kira buku ini boleh bikin kamu-kamu rilek-rilek goyang kaki walau tengah berhimpit-himpit di dalam elarti.
  • Hanya dengan RM 15, buku ini mampu kamu miliki, lagi-lagi para penulis yang mencari buku untuk dijadikan bank idea, ini lah dia!
  • Oh ya, kamu-kamu boleh dapatkan di Pekan Frinjan 2 Disember ini!

Nak dapatkannya? Nak tak? Nak? Keh keh keh.


:: Pasak Hati ::

0

kau buang aku macam sampah
sikit pon kau tak endah
kau biar aku jatuh
kau megah melangkah

kau tikam aku
tepat pada hati
tepat pada jiwa
tepat pada rasa

kau menang dengan rasa curang
kau menang dengan kau buat aku terbuang
kau hebat hancurkan hati orang

tapi sayang
kau lupa pada karma
aku diam, aku tunggu sahaja

orang yang kau buang ini
orang yang kau sampahkan ini
yang kau curangi ini
tetap duduk melihat apa yang jadi

kau datang menagih kembali hati
kau datang menganggu hari-hari aku
kau datang dengan seribu janji

hey,
mana pergi cinta curang kau dulu?
mengapa kau rayu aku?
orang yang kau kata tak memahami dunia mu?

silap percaturan kali
aku ini tak mungkin kau dapat kembali
sekali aku melangkah, aku tak kan berpaling lagi
aku sudah memaku pasak hati

aku bahagia dengan rasa rabak,ranap
aku hidup dengan rasa sampah yang kau beri
aku berdiri atas cinta yang kau jual beli
aku teguh, tiada kamu hidup aku masih bererti

aku sudah pun pasak kan hati
aku tegar, tak kan berpaling lagi
tak mahu cerita lama terjadi kembali
terima kasih, pergilah pergi.


interviu

6

Aku ialah Britney Spears, katanya sebagai pemuka bicara. Saya ternganga.

Setelah berbelas kali turun naik pejabat dengan bertalileher dan berkasut kulit yang dikiwi cantik, akhirnya saya telah mendapat kerja sebagai seorang jurnalis (walaupun berkelulusan dalam bidang perkomputeran - yang saya masih blur hingga sekarang) di akhbar Sinar Gama. 

Untuk esaimen pertama saya perlu menemuramah Gajah Madah (pseudonim) iaitu penulis dan pengilustrasi buku kanak-kanak bestseller 'Gajah Saya Basah dan Kisah-Kisah Tauladan' yang dihentam teruk oleh pengkritik kerana meraikan dadah dan fornikasi bebas dalam satu karya yang ditujukan kepada anak-anak kecil. Dengan serta merta 'Gajah Saya Basah dan Kisah-Kisah Tauladan' diharamkan penjualannya.

Dia ialah seorang yang aneh. Dia tinggal di tempat yang aneh. Sepanjang temuramah singkat kami tubir bibirnya 2 kali bertukar gulungan ganja.

Aku ialah Britney Spears, sambungnya lagi lalu terus ketawa. Saya hanya tersenyum sinis.

Kejap, telapak tangannya dihadapkan ke arah saya. Dia kemudian mengalih pandangannya kepada kamu yang sedang membaca ini, memecahkan dinding keempat, "Sebelum kamu semua pervet ini membayangkan ini ialah satu karya khayalan erotis seorang crossdresser biar aku bacakan dulu satu petikan daripada artikel tentang Britney Spears yang ditulis oleh Chuck Klosterman dalam majalah Esquire keluaran November 2003 : 
Translasi kasarnya - Seorang budak perempuan berumur 13 tahun mengganggap Britney Spears sebagai hero, abangnya mengganggapnya sebagai seorang bintang porno, teman wanita si abang menganggapnya sebagai contoh terdekat kenapa perempuan membenci diri mereka, ayah teman wanita ini mengharap anak perempuannya yang berumur 12 tahun akan mengajak Britney ke rumah untuk slumber party - jadi asalkan Britney tidak menyebut 'Ini ialah diri saya', sesiapa sahaja boleh menginjek apa itu Britney dalam otak mereka. Secara pra-sedarnya, semua orang boleh menjenamakan Britney mengikut pendapat mereka sendiri." 
She's, atau untuk lebih tepat publisis nya, a freakin' geniusI'm a fuckin' genius! Sambungnya lagi, kali ini fokusnya kembali kepada saya.

Aku ialah Britney Spears dalam bidang literatur, tutur katanya redup. Jari telunjuknya menuding ke pintu, mengarahkan saya keluar.

Saya pulang ke pejabat dengan hanya berbekalkan tiga baris ayat, dan kemeja yang berbau ganja. Profeshen saya sebagai seorang jurnalis di akhbar Sinar Gama pun berakhir begitu saja.


**


(in movies or stage play) Breaking the fourth wall - speaking directly to the audience, including them in the situation. 

by ahmad, Saturday 26 November 2011


Warkah daripada android masa depan.

2

Nama saya Ikram. Saya datang dari masa depan. Tahun 2020. Masa itu awak dah lama mati dah. Zaman ini kami tak tonton lagi kulit wayang. Ada satu teknologi moden dipanggil internet. Melalui wahana ini, kami dapat mengakses ke pelbagai website-website yang ada diseluruh dunia. Tetapi seperti remaja biasa zaman kami, saya sangat sangapkan porno. Bagi saya, Maria Ozawa adalah suatu ganja yang perlu saya hadam setiap hari.

Pada zaman ini juga, homosapiens sudah lama pupus. Yang ada hanya android-android yang lengkap berupa seperti manusia. Ada hidung ada mulut. Ada telinga yang mendengar dan ada satu cip besar yang kononnya dipanggil 'otak' tetapi jarang sekali berfungsi. Ia lebih kepada software memory daripada software execution. Kami tak berfikir, sebaliknya tuan-tuan kamilah yang menentukan arah tujuan hidup kami sendiri walaupun disetiap buku teks mereka omongkan kami hidup dengan demokrasi.

Kami android yang diprogramkan.

Kami bukan belajar disekolah tetapi kilang. Pada waktu pagi, ada loceng yang memanggil kami-kami semua untuk memasuki department masing-masing. Department A untuk para android yang menyimpan banyak memori tentang biologi dan sains, manakala department B pula dikhaskan untuk android-android yang tangannya dilengkapi dengan motor yang senang melukis. Tetapi android yang ditugaskan kedalam department ini selalunya gagal berfungsi. Tuan-tuan kami tidak minat dengan seni. Katanya itu khayalan orang bodoh. Yang penting hanya duit, android betina, dan asalkan kami dapat ganjaran lumayan, yang haram juga boleh jadi mulia. Itu sesuatu yang sudah lama dipropagandakan.

Setiap android dihasilkan mengikut tahun. Saya android tahun 2016-2020. Jadi ini bermakna, kami akan diuji pada akhir tahun yakni 2020. Apabila kami berjaya mengikuti apa yang tuan kami mahukan, kami kononnya akan dibawa ke kilang baru yang lebih besar. Disana, semuanya akan diinputkan lagi dan kami akan diuji untuk melihat sejuah mana keberkesanan sistem.

Bagaimana pula jika kau gagal ujian akhir tahun itu Ikram?

Oh, seperti setiap andorid yang 'gagal', kami akan dibuang, dilupuskan, dan dilabel sebagai 'sampah masyarakat'. Masyarakat akan melihat kami sebagai android yang tidak berkebolehan, cacat cela, dan tidak sempurna. Kami difahamkan bahawa android-andorid ini tidak mempunyai masa depan. Oleh itu, kebanyakkan daripada kami menjadi sedikit rebel, seperti menunggang motorsikal secara terbalik, menelan ganja, atau melakukan sedikit vandalisme. Otak kami kemudiannya dilumpuhkan dan hanya tenaga kerja kami yang diperlu untuk mengisi perut tuan-tuan kami yang tidak pernah kenyang sehinggalah besi-besi menjadi karat dan CPU berhenti menyala. Suara kami juga tidak akan didengari kerana kami hanya kelompok-kelompok yang hina.

Pada akhir sekali, yang menang menjadi 'tuan-tuan kami' dan yang kalah menjadi hamba-hamba. Tetapi selalunya yang hamba memang sangat ramai. Survival of the Fittest seperti yang diajarkan oleh Charles Darwin. Itu lumrah zaman kami.

Pada zaman 2020, tiada manusia. Hanya mesin, android, dan kilang-kilang.

Mahu ikut saya?


:: Bintang Ufuk Selatan ::

0

pesan aku pada bintang
datang temui aku esok hari
aku tunggu di balik dahan
juntaikan langit di kaki awan

pesan aku pada bintang
bawa datang hati aku yang kau pinjam
aku disini, terus tegak berdiri
menyaksikan kasih taman hati

pesan aku pada bintang
jangan berhenti menyinar
terangi aku dengan cahaya,
berpeluk tubuh.di pangkal pohon lama

pesan aku pada bintang
sampaikan salam rindu
pada dia di angin lalu
pada cinta musim kedua yang baru

pesan aku pada bintang
tolong bawa aku terbang
tinggi-tingi ke galaksi sana

pesan aku pada bintang
bintang ufuk selatan
jauh di utara sana

pesan aku pada bintang tak pernah mati.


:: Senyum Seri ::

1

21112011

biasan dari cermin itu,
tidak lagi pucat,
tidak lagi kosong,

pantulan itu kini seri berwarna,
senyuman diukir tanpa dipaksa,
nampak indah pandangan jiwa,
dia kini benar-benar bernyawa.

hai kamu,
pembawa senyuman hati
terima kasih datang menerangi
mungkin kita ditakdir begini
sekadar teman sudah memadai
tidak aku pinta hubungan hati
takut kamu tidak sudi

tidak lagi aku tangisi
bila tiba musim hujan begini
aku duduk diam bahagia begini
jangan kau lari pujaan hati

sudilah kiranya temani aku
jalani hidup-hidup tanpa ragu
pinta aku satu
bolehkah kau tunaikan pada aku?

senyum kala aku sakit
senyum kala aku duka
senyum kala aku bahagia

senyum ku padamu bekal hari-hari kita.



p/s : berbunga hati, apa erti aku sendiri tak mengerti.


Cuaca

3

Sinar-sinar cahaya matahari memasuki bilik yang gelap, belum sempat aku menoleh ke arah cahaya, ia sudah mendung. dari redup-redup terus bertukar ke titisan-titisan hujan, sikit-sikit tompokan air ke jalan yang di saluti tar menjadi basah penuh, air yang menari-nari di jalan tadi mula bercantum menjadi aliran sungai kecil memasuki lorong-lorong longkang. Aku pernah tanya pada hujan kenapa kau turun walaupun semua dalam keadaan ceria. mereka kata "semula jadi" dab aku faham maksudnya. Aku hanya senyum melihat mereka menari kembali. Matahari kadangkala perlu berehat memberi sinaran cahaya kepada semua. 

Aku juga sebahagian semula jadi, naluri aku padat dengan emosi, emosi orang di sekelilingan. Aku mahu juga menjadi seperti hujan kadangkala. menari dengan suka hati selepas itu mengalir pergi. Aku tutupkan mata, hitam, hitam dan terasa haba merah di mata, cahaya memasuki ruang yang tertutup. aku buka pelahan-lahan. Cahaya matahari sudah menembusi awan mendung lalu sinaran yang sedikit itu terpancar tepat ke arah ku seperti ingin memberikan aku sesuatu. 

Aku minta pada matahari, pinjamkan saja aku mimpi indah untuk kegunaan hari ini sehingga esoknya. Aku juga mahu gembira. Sinaran matahari terus bersinar.

by .,


guni

7

Terjaga saja dari tidur, Wahi sudah terkurung di dalam satu karung guni. Guni? What the f? Dipacu panik yang memiring, dia meraung, meronta-ronta cuba mengoyakkan guni tersebut, tapi gagal.

Guni itu ada dua lubang, kita namakannya Lubang 1 dan Lubang 2. Lubang 1 berada betul-betul 45 darjah di atas garis mata Wahi manakala Lubang 2 betul-betul di hujung jari kakinya, itu jika dia melunjurkan kedua-duanya dalam posisi sekarang, iaitu 18.5 darjah membengkok di pinggang. Kedua-dua lubang hanya muat tiga batang jari Wahi sahaja, maka sebarang niat untuk lolos menerusi kedua-duanya ialah di luar persoalan.

Dua hari sudah berlalu. Begitulah mengikut jam tangan Casio F91W-1 vintaj hitam kepercayaannya. Kalau lapar Wahi hanya perlu ketuk-ketuk dinding guni dengan kuat, kemudian ngangakan sahaja mulut di bawah Lubang 1. Kalau sakit perut pula Wahid tonggeng saja di atas Lubang 2.

Wahi sekarang sudah makan tanggung berak cangkung, secara literalnya. Mudah bukan? Kehidupan idaman. Bukan?

Tak payah mandi, tidak perlu pergi kerja, tidak payah menentang kerajaan yang korup, tiada perlu duit, heck, tak perlu susah-payah mahu berpakaian pun. Oklah, mungkin tempat sekarang ini sempit amat, sedikit hanyir, dan buat pinggang Wahi lenguh-lenguh, tapi yang penting dia tidak perlu puaskan hati masyarakat yang menghakimi. Bebas, sebetul-betulnya bebas, tapi terkurung.

Masuk hari keempat, terjadinya satu gegaran yang agak menakutkan, melontar Wahi yang baru sahaja usai makan melantun ke sana ke mari di dalam guni. Ah! Celaka haram apa pula ni! Gegaran itu berterusan, menolak jeluak Wahi berdikit-dikit menuju tekaknya. Namun, sepantas ia bermula sepantas itu jualah gegaran itu berakhir. Tenang seketika sebelum...

Eh, ini pergerakan yang beritma. Berbeza daripada tadi. Macam aku sedang dikendong dari titik A ke titik B. Itu Wahi berkata dalam hati, setelah meneliti konsistensi pergerakan tersebut.

Ada bunyi engsel dikangkangkan. Dengan tidak semena-mena, Wahi disedut rakus oleh satu mekanisma aneh ke dalam Lubang 2. Belumpun sempat Wahi mengukuhkan kekuda, seluruh tubuhnya sudah pun menembusi Lubang 2 (aneh, boleh pula tembus walhal lubang itu sebesar 3 jari sahaja) dan menggelongsor melalui satu terowong yang panjang, sangat panjang. Ke kiri, ke bawah, ke kanan, ke bawah. Terlalu lama sampai Wahi naik bosan.

Setelah agak-agak setengah minit perjalanan, Wafi ternampak kelibat satu tompok cahaya sebesar syiling 50 sen. Ah akhirnya, penghujung terowong.

Tapi tidak, dia masih belum mahu keluar. Dengan sedaya upaya Wahi cuba mencapai apa saja pada dinding terowong untuk bertahan tapi ternyata sedutan itu berganda lebih kuat, dan pantas sahaja menghenyak kederatnya. Wahi redha, dia pun sudah habis upaya. Dibiarkan sahaja badannya menggelungsur keluar. Mungkin ada hikmahnya.

Tiba-tiba intervensi! Perutnya menjadi penyelamat super, menjadi deus ex machinanya. Syukur!! Rupa-rupanya ukurlilit perut Wahi tidak melepasi had mulut terowong itu, dan telah menyekat Wahi daripada keluar. Perut Wahi sudah menjadi gabus, yang menyumbat botol wain. Tidak rugi Wahi makan banyak.

Kedua-dua belah kaki Wahi pula sedang terkapai-kapai di luar, menjenguk dunia bebas lepas.

Namun selamat hanya seketika. Setelah berkali digesa tujahan dari atas kepala dan dinding terowong, Wahi akhirnya terpaksa juga menikmati sapaan bayu pada pipinya. Dijenguknya ke kiri, ke kanan, dalam gerak perlahan. Hey, ini pun ok juga. Nafasnya ditarik sedalam boleh, mengalu-alukan aroma alam. Melayan. Melayang. Wahi menutup mata, merapatkan kedua-dua belah tangan dan melabuhkannya ke pipi kiri. Kedua-dua lutut dirapatkan ke dada, kemudian senyum diukir. Senyum sesenyumnya. Bagaikan bermimpi.

Walaubagaimanapun, Wahi, sebagai seorang realis, pantas sahaja sedar dalam realiti jasadnya sedang digesa graviti. Wahi menjenguk ke bawah. Ada satu kolam kecil. Cepat-cepat Wahi membuat satu pusingan mudah lawan arah jam, 2 setengah balik kuang, luruskan badan dan akhirnya menjunam jatuh bersama percikan air minima ke dalam kolam air itu. Wahi pandai berenang tapi dia perlu segera mencari daratan sebab sejuk gila kot air tu, boleh kena hipotermia ni.

Tidak sampai sedetik, deruman air yang sangat banyak jatuh menggila daripada dinding sekeliling Wahi, dan memusarkan air kolam dengan dahsyat sekali. Sedaya upaya Wahi cuba untuk mengapungkan diri tapi gagal kerana pantas sahaja dia semput dan ototnya kejang. Klisenya, pada waktu-waktu sebeginilah baru nak menyesal kerana tak bersenam. Pusaran air menghentam kepala Wahi ke kiri, menghentaknya ke kanan. Hentakan yang kelima pada dinding telah menghalau kesedaran Wahi jauh-jauh.

Wahi membuka mata. Berkemeja merah motif bunga-bunga dan berseluar bermuda tiga suku. Dia sedang terawangan di udara, sedang menjunam laju ke bumi. 3 pusingan balik kuang terbalik seterusnya Wahi sudah melutut cantik di sebuah pulau kecil dgn sebatang pokok kelapa di tengah. Seorang gadis genit bertempurung kelapa di payudara dan berskirt daun kelapa sedang menari hula di puncak pokok kelapa. Syurga?


by ahmad, Monday 21 November 2011


Kepompong

0

“Adakah menjadi satu dosa jika saya berharap, berniat suci dan kadang-kala berimaginasi liar.”
-Seorang karakter dalam filem indie yang aku lupa tajuknya-

Ya, kepompong duniawi ini punya rasa
kepompong duniawi ini di-ilhamkan
disuntik naluri dan kotak emosi
untuk menjadi manusia dan bersama manusia

Namun
kepompong sial ini makin tua
tua dengan garis-gari prejudis
komplesi tona ilmu dari buku teks
bulu pubik dan janggut tumbuh
tumbuh dari pengalaman terhantuk lalu sedar

haa, mengeluh dari tekak kering
dahagakan riak warna iris
jus garis antara bibir dan kulit
epiderma dan urat darah

“Luahan rasa biarkan tak punya jawaban nya, biarkan ia hanya sekadar jeritan ke gaung, biar gema satu semesta semoga tenang hati kecil ini.”
-Seorang karakter dalam filem indie yang aku lupa tajuknya-

Karya agung pencipta realiti
lembut dan hipnotik
suam dan ketagih
sebab Kais hilang akal
ilham kurniaan tuhan cukup tanpa haruman ambrosia merah
khayal aku sejenak separa hari
kotak kepala dan syaitan menari-nari
dendangan nafsu
tapi cita ini melampaui nafsu
melampaui kewujudan kepompong hina ini

Rama-rama monark migrasi
dengan perang sayap
riak kelibut kabut siulan jingga dan ireng
kenapa rama-rama hijrah dan migrasi?
terilhamnya cinta dan kemandirian kewujudannya
turunnya antara probosis dan stemmata

Kepompong sial ini statik
bodoh hanya ungkap puisi
tak punya tindakan
terbiar baring atas tilam malas
bantal mimpi

Mengapa dipersonafikasikan sebagai
kepompong?
kopeknya lapisan krisalis
adalah keluarnya jiwa dan nyawa sebagai
rama-rama dan kembali kepada pencipta
jadi papilon dan nikmati manisan nektar sorga
atau siksa racun serangga.

“Pabila aku tonton filem seram, aku tutup mata ku kerna takut. Pabila anjing kejar aku, aku lari kerna takut. Tapi aku paling takut pabila tak lagi berjumpa dengan mu.”
-Seorang karakter dalam filem indie yang aku lupa tajuknya-

ditulis dengan sakit bontot dan tak boleh tidur

salam

Aku tak romantik, tapi takut.


Maafkan Aku

3

maafkan aku

aku bukan tuhan

bukan wali mahupun nabi

bukan ulama mahupun mufti

bukan pak kadi mahupun pak imam


maafkan aku

aku tidak ada hak untuk menghukum orang

aku tidak ada hak untuk menjatuhkan dosa

aku tidak ada hak untuk mengangkat kemuliaan orang

aku tidak ada hak untuk menjatuhkan hukum


maafkan aku

aku cuma seorang fasik

tak layak mencium harumnya sorga

kataku sesat dan jalanku bidaah

tindakanku makhruh

dan aku tertanya

mengapa sungguh berat hukum mu, saudara?

mengapa kau sungguh jaksa hukum?

mungkin kau tuhan, saudara?

mungkin segala kata kamu siddiq?


maafkan aku

aku tidak ada hak untuk menghukum orang

aku tidak ada hak untuk menjatuhkan dosa

aku tidak ada hak untuk mengangkat kemuliaan orang

aku tidak ada hak untuk menjatuhkan hukum


jelas aku bukan tuhan.


kamu?


:: Terbang tingi-tinggi sayang ::

2

kita memandang sisi langit yang sama
bezanya cuma dari sudut mana kita berdiri
kita lihat matahari yang sama
bezanya cuma dari arah mana kita mendongak
kita rasakan bayu yang sama
bezanya cuma dari titik mana ia bertiup
perpisahan adalah sesuatu janji
yang pasti kita akan bertemu kembali

terbanglah tinggi bagai helang di udara
satu saat pasti pulang ke asalnya
usahlah menunggu yang tidak pasti
tapi usaha dan terus berusaha untu mendapatkannya
biarkan ombak terus menghempas pantai
biarkan sinar terus menyinari
biarkan bayu terus menghembus
sematkan di hati, tempuhi apa yang jadi

kadangkala yang terbaik untuk orang lain
mungkin tidak untuk kita
kerana kebahgiaan terletak di tangan kita
sejauh mana kita rasai dan hargai apa yang namanya bahagia.



p/s : puisi ni sudah lama, aku up semula di blog.


Review Jenis Takjagahati : Poin Empat Puluh Empat oleh Lucifer dan Khrlhsym

10


Selepas diacu pistol ke kepala, akhirnya aku tulis juga review ini dengan perasaan berat hati. Berat hati sebab sama sama member pun aku kena beli juga buku ini. Begitulah dasyatnya sifat kedekut Khrlhsym walaupun luarannya seperti seorang lelaki budiman yang tidak mengancam nyawa.

Mari kita intai satu persatu tulisan Khrlhsym-Lucifer dalam buku Poin 44 yang mempunyai kulit buku yang 'degil' ini. Mula mula aku melihat buku ini benda pertama yang aku risau adalah aku akan merasa bosan. Bosan bukan kerana tulisan mereka tidak menarik, tetapi kerana aku rasa aku telah pun melalui lorong lorong gelap otak mereka ini melalui blog dan persahabatan di alam maya dan meramalkan tulisan mereka senang dijangka. Tetapi sebaliknya, aku salah. 

Babi Negara

Tulisan Khrlhsym ini seingat aku adalah antara tulisan yang paling dibanggakan oleh beliau. Sebelum membaca cerita ini telah beberapa kali aku dengar tentang Babi Negara ini di mulut beliau. Menceritakan tentang satira politik negara,  atau lebih tepat lagi tentang seseorang yang layak dipanggil babi negara, ianya memang sebuah cerita yang layak ditaruhkan sebagai masterpiece seseorang seperti Khrlhsym yang jarang jarang kita dapat lihat meluahkan pendapatnya mengenai isu isu yang berlaku dalam negara.

Hegomonia.

Secara jujurnya aku kurang berminat membaca cerita cerita bercorak transgesif atau bahasa mudahnya cerita gelap-ganas-babi-kejam-gila walaupun aku merupakan salah seorang penulis Kontrol Histeria. Tetapi setiap kali Lucifer mengarang sebuah cerita bercorak sebegini, aku tidak dapat menahan diri daripada membacanya kerana seperti yang semua orang tahu, Lucifer gemar muncul dengan penamat cerita yang tidak dijangka. Tapi malang, cerita ini walaupun menarik dengan watak Sariel yang hatinya telah membatu selepas menyaksikan kekejaman rejim pemerintahan Zaphikel sejak zaman kanak kanak, penamat ceritanya telah dapat dijangka pada suku pertama cerita lagi. 

Mesej Untuk Tuhan 

Antara ayat paling kegemaran aku dalam karya ini adalah "kerana bila diletak di tengah-tengah aku akan berat di salah satunya". Pendek tapi sarat dengan mesej yang sebenarnya bukan untuk Tuhan, tapi untuk diri beliau sendiri dan boleh digunapakai dalam kehidupan pembaca.

Baju Kusam

Cerita ini menceritakan tentang jatuh dan bangunnya Khrlhsym selepas putus cinta dengan seorang makwe yang lebih berminat pada lelaki yang lebih berminat untuk membawa kereta memandangkan si malang Khrlhsym langsung tidak berminat untuk membawa kereta (berdasarkan pengakuan lisan daripada beliau). Semoga Khrlhsym menemui sinar bahagia dengan teman barunya Lucifer. (Hidup Seksualiti Merdeka!)

Zeus Ikan Sardin dan Aplikasi Bimasakti.

Gua satukan review dua cerita ini untuk menunjukkan keserasian dua insan penulis ini. Kedua duanya menceritakan resipi kejadian manusia mengikut acuan pengalaman masing masing. Tentu sekali Lucifer yang lebih terarah pada kejuruteraan mengaplikasikan pengetahuannya dalam menghasilkan fiksyen tentang sebuah kilang memproses homosopien dalam tin seperti ikan sardin. Manakala Khrlhsym yang lebih dekat dengan komputer dan multimedia pula membuat acuan homosapien dengan menggunakan nama virus/software/aplikasi. 

Nama Guwa

Guwa pun tidak pasti kenapa Lucifer memilih tajuk ini, mungkin tertekan hidup dalam kegelapan atau khayal sewaktu menamakan cerita ini. Mengisahkan Fidel seorang pengemis yang mempunya kebolehan sebagai transduser yang mampu menghidupkan anggota tubuh sebagai individu yang mampu berkata kata. Cerita ini seolah olah bergenrekan sofkor erotika yang dua kali ganda lembut disebabkan pemilihan perkataan seperti penis, tubir burger dan susu cap gantung. Sebaliknya aku lebih suka perkataan tersebut tidak ditapis. Tulis saja kote, cipap atau tetek (ada mata yang terbeliak!) maka organ organ yang telah disebut mungkin lebih jelas terbayang atau lebih baik lagi berdenyut ketika membaca.

Sebelum itu, aku terjumpa perkataan "farkyew" dalam cerita ini, maka aku tuntut duit royalti sebanyak ringgit malaysia seratus daripada Khrlhsym. Harap Khrlhsym tidak buat perangai Barisan Nasional.

Halimunan

Aku dapat merasakan yang cerita ini diolah daripada satu episod realiti dalam hidup Khrlhsym. Menceritakan bagaimana halimunannya beliau di mata perempuan lawa di luar sana. Tapi pendapat aku perempuan tersebut berlalu pergi bukanlah kerana Khrlhsym merupakan hasil seni halimunan tetapi gerun dengan penampilan subang ganasnya yang setia berbuai di telinga.

Perang Hurufiyah.

Cerita ini sepatutnya dipasangkan bersama Babi Negara sebentar tadi. Satira politik dalam negara yang diolah dengan cukup baik oleh Lucifer. 

Penunggu

Khrlhsym  pahlawan pedang yang telah banyak melukakan hati hati orang di sekelilingnya menunggu untuk mencabut kembali pedang pedang tersebut biarpun ianya bakal berparut. Mungkin tanpa beliau sedari, dihatinya sendiri sudah banyak pedang tertusuk. Mungkin pedangsendiri atau pedang orang lain yang dihunus ke hati.

Fundamentalisuci

Kisah serbanitas dengan sifat sifat tipikal pendakwah segera bertauliahkan keyakinan diri. Suatu ketika dahulu, mata aku pernah sama seperti mata Lucifer dalam memandang sang serbanitas ini.

Gila Bayang

Cerita mengenai pembunuhan makwe seorang polis ini tidak dijangka walaupun penamatnya biasa. Jika boleh ditulis lebih panjang lagi mungkin cerita ini tidak kelihatan ditulis oleh seorang steno yang tergesa gesa. Pembaca Kontrol Histeria mungkin mahukan cara kematian Liza yang yang lebih terperinci.

Tiga Ratus Enam Puluh Darjah

Jujurnya aku gagal mencerna karya ini. Mungkin jika dua tiga tahun lagi apabila aku ditakdirkan sudah cukup pintar untuk membaca maksud tersirat dalam fiksyen Lucifer, aku akan tersengih bahagia memahami isi kandungan tulisan ini.

Hitam Putih

Menceritakan pengalaman yang aku rasa dilalui oleh semua orang dalam sedar atau tidak. Dan biasanya ianya adalah satu simptom biasa untuk penyakit mental block seorang penulis. Ya, aku cuma mampu berkayak atas karya Khrlhsym ini tanpa menyelam memahami maksud yang lebih tersirat.

Taman Permainan Leviathan

Menceritakan sebuah taman mainan yang dikuasai budak bijak bernama Leviathan. Seorang kapitalis muda yang mengambil peluang untuk berniaga di atas taman permainan yang dibina oleh orang lain. Sebenarnya watak Leviathan ini tidak kelihatan jahat bagi aku walaupun aku merasakan yang Lucifer mahukan watak tersebut bersifat begitu. Mungkin didikan MARA dengan slogan "Keusahawanan kerjaya pilihan" sudah sebati dalam hati hingga membuatkan aku menyokong tindakan Leviathan. Hei, sekurang kurangnya Leviathan bayar pekerjanya.

Tanpa Pergerakan

Aku memandang karya ini sebagai satu puisi daripada Khrlhsym yang lahir daripada pengalaman suram hidupnya. Disebabkan hidup aku ceria bak Nora Danish, aku langsung tidak mempedulikan kesedihan hidup Khrlhsym dalam celah celah ayat sayu yang ditulis beliau. 

Holo Interaktikal

Ya, Lucifer terlupa untuk menulis cerita ini sampai habis. Seorang lelaki yang secara tidak sengaja menaiki mesin masa ke masa hadapan tiba tiba pengsan dalam keadaan telanjang bulat. Sekurang kurangnya tamatkan cerita dengan memakaikan baju pada si malang itu!

Secawan Kopi Bersama Gudang Garam

Gudang Garam atau Surya adalah rokok untuk seniman. Masa yang digunakan untuk menyedut dan menghembuskan asap amat bernilai pada seorang seniman seperti Khrlhsym kerana dalam setiap hembus asap itu ada cerita yang ingin disampaikan. Dan kopi o pula memang menjadi kegemaran beliau (atau peddo?) dan perokok perokok lagenda Surya  lain yang menulis seperti Ghostwriter misalnya. Dan ini memang benar benar cerita tentang nikmat kopi bersama rokok gudang garam bagi mereka yang tahu menghayatinya.

Katarsis

Ini adalah satu lagi cerita yang boleh dikatakan sebagai tipikal untuk Lucifer. Perang, Ketuhanan dan Cinta, tiga benda ini tertampal pada dahi Lucifer. Tapi jangan salah faham, biarpun tipikal tetapi setiap satu ceritanya menarik untuk dibaca hingga ke noktah terakhir. Dan cerita ini adalah cerita Ayah Pin yang digabungkan bersama cerita Anwar Ibrahim. 

Sekali lagi pemilihan perkataan yang aku tak dapat rasa, iaitu burung bagi menggantikan perkataan kote. Kemon lah Luc, kote kote. K O T E.

Kosong.

Ya, tajuk yang sesuai untuk cerita.

Anatomi Mega Mall

Kedai menjual kulit, kote dan otak. Amat sesuai untuk seorang zombie seperti aku. Oh, baru teringat, selain daripada kote, kau boleh guna perkataan konek juga Luc. Ya, konek konek. K O N E K.

Mustahil

Sampai sini aku dah hampir hampir berasa malas untuk menulis review tulisan Khrlhsym. Kahkahkah. Sebabnya Hampir 70% karya Khrlhsym dalam buku ini seolah olah datang daripada satu karya yang dicarik carikkan kepada beberapa bahagian. Tapi dalam setiap cebisan punya maksud yang tersendiri dengan ayat power yang memberi kesan dalam hati.

Dan dalam karya ini, keywordnya adalah "menghakimi".

Bintang Pagi.

Ini adalah penjelasan tentang nama Lucifer yang telah digunapakai oleh beliau di blog dan alam maya. Lucifer yang bermaksud pembawa cahaya lebih dikenali sebagai syaitan. Apa pun aku tetap anggap Luc syaitan, walaupun kini beliau telah menggunakan nama pena Luc Abdullah atas desakan makwe. Makwe manalah yang ingin berteman lelakikan syaitan. Apa pun aku teka nama sebenar Luc adalah Ayob Sulaiman Al Kerabi.

Sepuloh Pintu.

Ini cuma cerita tentang orang naik tangga. Tangga yang sama, usaha yang sama, cuma sikap yang berbeza bila sampai di pintu pertama daripada sepuluh pintu.

Distopia

Yeah antara cerita kegemaran dalam buku ini. Kan bagus kalau ada dialog dua hala tentang kepentingan buku. Bakar buku seperti dijaman sebelum reinassance.

Kalah.

Ah Khrlhsym memang gemar bermain dengan perkataan hingga mampu menukarkan satu mesej yang ringkas kepada satu karya pendek yang kemas. Baca lah sendiri tentang perajurit yang tak tertewaskan ini. Ya, masih belum tewas, aku rasa dia cuma perlukan masa untuk melepasi pintu pertama.

Lantai Berkasih Sayang.

Mungkin kisah hidup sebenar Luc suatu ketika dahulu. Membuli dan dibuli, kitaran hidup senior junior di atas lantai yang menjadi saksi. 

Kemon Luc, anatomi berkantung dua? pfffftttt.

 Halusinasi

Ah sekali lagi Khrlhsym yang malang ini ditinggalkan teman wanitanya. Bertabahlah, ada banyak lagi lelaki di luar sana yang ditinggalkan makwe di luar sana, hubungi lah mereka dan tubuhkan lah sebuah kelab. Aku tidak mahu spoilkan ending cerita, baca lah sendiri.

Lelucon Modenisasi

Sampai sini gua dah malas nak menulis review sebenarnya. Banyak gila cerita dia woi, gila babi nak review semua. Inilah sebabnya anda patut beli buku ini, dengan harga RM15 dengan saiz kompak setebal buku novel tingkatan 1, ianya memang berbaloi.

oh cerita ini bercampur campur. Tapi perenggan akhirnya seolah olah ditujukan pada si anonymous atau keyboard warrior yang bersepah di alam maya.

Penulis

Cerita yang semua penulis wajib baca. Tak kira la penulis blog/buku/cerpen/puisi/notafesbuk/status/twitter dan lain lain lagi penulisan yang mampu membawa kalian ke atas.

Mesin Basuh dan Serbuk Pencuci

Lupa nak pesan, kepada sesiapa yang baru membaca tulisan tulisan Luc atau Khrlhsym, mohon letakkan kamus disebelah anda. Mereka berdua ini gemar bermain dengan perkataan perkataan baru atau perkataan yang jarang digunapakai oleh penulis lain.

Jika tidak, cerita ini akan kelihatan seperti sebuah kisah seorang lelaki yang membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh manual.

Wakil Tuhan

Cerita dengan dialog. Ya aku tak berapa gemar membaca sesuatu dengan dialog semata mata. Aku mahu imaginasi aku dibantu. Atau mungkin bantuan tersebut boleh disalurkan dalam dialog seperti skrip dalam novel Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani. 

Kisah tentang Syurga dan Neraka, Khrlhsym menimbulkan satu konflik tentang yang dibunuh dan membunuh. Tapi aku tak rasa yang dibunuh terus ke syurga. Ah apa pun ini cumalah fiksyen.

Poin Lima Kosong Kaliber

Aku rasa Luc perlu membeli buku Nama Nama Anak untuk memberi inspirasi kepada beliau bagi menamakan watak watak dalam kispennya. Bukannya nama tersebut tidak sedap, tapi nama nama asing yang sering digunakan oleh Luc perlu ada perbezaan yang boleh melekat dalam kepala pembaca. Misalnya dalam cerita ini dua watak yang bernama Rukael dan Radius. R dan R, untuk mereka yang mempunyai otak lembap seperti aku amat mudah untuk keliru, tambahan lagi bila membaca tangan Radius dipotong dan dia menggunakan sudu dan garpu untuk memakan tangannya sendiri. Siapa pegang sudu dan garpu kalau tangan Radius cuma tinggal satu?

Tiket Sorga

Membeli tiket bas ke syurga dan neraka, dan slogan "Semua orang mampu masuk Sorga". Khrlhsym memang power. Aku juga pernah menulis tentang cerita seperti ini, tentang Bas Panas/Sejuk tapi tidaklah sesinis Khrlhsym dalam kispennya ini. 

Potret Famili

Juga cerita softcore erotica, menceritakan sebuah keluarga yang tidak normal. Walaupun banyak aksi di ranjang, aku gagal mencapai ereksi.

Sorga

Khrlhsym tulis tetek dan bulu. hik hik hik

Pilihan raya

Satira ringan yang menggambarkan mentaliti rakyat Malaysia ketika menghadapi hujah hujah parti yang bertanding. Nama parti tak sedap, Parti Kambing Gurun tukarlah jadi Parti Babi Negara.

Dosa Dua Kali

Alangkah bagusnya karya ini ditulis dalam bentuk skrip teater yang sebenar dan dipanjangkan lagi dialog dialog antara watak. Mesejnya sampai, cuma aku masih tertanya tanya maksud dosa dua kali.

Talian Yang Tak Tersahut

Lucifer juga cuba untuk menjadi semalang Khrlhsym yang ditinggalkan makwe tanpa khabar berita. 

Mencari Jawaban

atau sepatutnya Mencari Jawapan? Memfokuskan kepada soalan berapa jarak manusia dengan Tuhan, kispen ini seolah olah tergantung. Aku juga masih tertanya tanya seperti Anton.

Kisah Seekor Mamalia Genit Yang Malang.

Kisah ringan daripada Lucifer yang sungguh menyayat hati. Bagaimana seorang bapa tiba tiba bertukar menjadi seekor tikus genit yang comel. Sedap juga baca bila Luc tulis cerita ringan ringan ni.

Rumah Kecil

Juga cerita ringan daripada Khrlhsym. Mesejnya juga lebih kurang macam novel Lorong Kematian karya Geidurrahman El-Mishry yang dapat ke syurga tetapi masih tidak tenang dan berpuas hati. Dalam cerita ini, orang tua yang menjadi kaya dengan hati yang gundah gulana.

Haram

Lebih kurang macam cerita Dosa Dua Kali.

Yeah sudah habis review! Jadi keseluruhannya buku ini sangat berbaloi dibeli. Ini bukan kata kata promosi buku syarikat Kerat Studio, tapi secara peribadi aku galakkan lah beli buku ini sebab buku ini sangat murah untuk kandungan yang padat sepertinya. Buku murah dengan isi yang bagus adalah buku-wajib-beli kerana sesuatu buku itu macam bank bagi penulis. Bila kau nak tulis sesuatu tetapi tak ada idea, kau akan rasa terdesak. Bila terdesak kau akan pergi 'bank' pinjam idea. Pinjam bukan tiru. Boleh nak jadi poseur, tapi janganlah selama lamanya poseur!

Sekian, harap Lucifer dan Khrlhsym tak ambil hati gurauan aku dalam review ini.


Yang benar,
Pengerusi Persatuan Tukang  Review Takjagahati.












by zoul yazix, Friday 18 November 2011


Membazir Sakti.

0

Andai disuruh berpesan-pesan sehingga reda tangis sengsara si dara itu, sampai hari penghitungan terbesar itupun tidak lah mungkin berlaku, fikir sang musafir. Oh, sulitnya nak hela nafas terbeban, ya? 


   Dia kemudiaannya mengusap penuh kasih kedua tapak kakinya sebelum menguliti akan keduanya dengan bumi. Hai kaki, kembara ini sudah ditakdir. Jangan pula kita gentar.

  "Lindunglah kami dengan ekor matamu,Tuhan." Dan melangkah si musafir itu hingga sampai satu kawasan kelam tapi terang benderang dengan rahmat.

   Di satu sudut paling cerah, satu bintang berkilau sedang menangis. Habis luruh serbuk emas saktinya berkirai melekit di dada langit. Bulan yang sedari tadi menjadi pemerhati bisu sudah mulai resah. Risau kalau bintang beremosi itu mencemar kampung halaman tumpah jiwa mereka. Lalu dia melaung sahabatnya bintang yang lain. Tapi tiada satu pun betah menyahut. Sedangkan mereka mereka itu sedang enak sahaja beristirehat menggilap kemilau masing-masing. 

   Bulan pun berasa hairan sedikit sebanyak. Terjungkit bucunya memikir perihal si bintang nan satu, yang kemilaunya seindah mutiara, terzahir se-gah temannya yang lain itu, tapi cuma dia itu sedang membazir sakti.  Alangkah rugi, getus Bulan dalam hati.

   Tiba- tiba,halaman langit terbongkah. Semua kalut capai uncang dan peti. Tapi semua pun gagal jumpa pintu keluar. 

kau? Apa kau mahu? tunggu dan lihat? Atau, lari? 

Mari buat keputusan. 




by Qiez AR, Tuesday 15 November 2011


:: Hujan Cinta Musim Kedua ::

1

Aku duduk di taman ini

Taman bunga penuh indah mewangi
Segar, juga warna warni
Menunggu tiba sang pengikat hati

Dari jauh derapan pahlawan hati
Jantung berdebar, resah dalam hati
senyum dia nampak sempurna seri
buat aku tersipu malu mahu dirai

Raih genggam erat tangan ini
Berjanji dia menjaga hati
Tulus jiwa santun ku beri
Cinta dia makin ku semat ikat di hati

Hujan tadi kian beransur pergi
Muncul pula 8 warna pelangi
Hadir dia bak Matahari
Buat Bidadari patah sayap berdiri kembali.

Terima kasih kamu arjuna hati
Terima lah sebekas pecahan hati
mungkin buruk pandangan ilusi
Sebenarnya indah untuk kamu raja di hati

Berjanji kita tidak sehidup semati
Takut nanti sumpah makan diri
Kita bercinta seadanya saling melengkapi
Mudahan menjadi kali ini

Terima kasih cinta
Hadir di hujan musim kedua
di pelangi lapan warna



love, 
niya



sigh..

4

3 hari lepas Syed Idham telah menjual akaun fesbuknya. Di dalam akaun ber'id'kan Syed Id tersebut ada 3691 orang kawan, yang mana ini termasuklah 87 teman yang dia pasti akan sedih selama 2 jam jikalau mereka meninggal kerana kanker paru-paru, 48 bff, 32 teman tapi mesra, 25 kekasih gelap, 19 kekasih, 66 pengendap dan 17 yang dihendap kepada seorang taikun minyak, dengan harga 500 ribu ringgit malaysia tunai. Esok Syed Idham akan buka akaun baru.

by ahmad,


fikshen semata

8

Satu hari saya bangun, tangan dan kaki saya dah tiada. Lesap. Ghaib. Saya pun pergi hospital. Doc kata bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya hati awak masih pada tempatnya.

Saya marah-marah doc tu.

Buat apa dengan hati, saya mahu tangan dan kaki.

by ahmad,


Review : Petak

5

Buku tulisan Petak Daud yang diterbitkan oleh DUBOOK PRESS ini aku dapatkan dari seorang kawan, dengan kulit buku yang unik, tanpa ilustrasi tetapi sarat dengan kispen dan puisi olahannya sendiri serta berprakata-kan Aloy Paradoks. Mungkin lebih enak jika buku ini dibaca dari hadapan, tapi kerana mungkin aku seorang rebel, aku mulakan dari belakang. Kebanyakan kispen sarat dengan pengajaran tersembunyi, membacanya seperti membaca tulisan sendiri yang mentah, berbaur anak muda yang meratah masa kemudaan dengan ghairah menulis. Aku paling gemarkan kispen 'Pintu Yang Ternganga' berbicara tentang penulisan dengan pengakhiran yang tak terduga. Puisi yang paling aku gemar pula adalah 'Bang -Sat', serasa aku yang terbangsat di dalam puisi itu.

Dengan hanya RM10, berbaloi buku ini menjadi koleksi bagi mereka yang ingin mencari tulisan berkualiti. Ada 10 kispen dan 10 puisi yang bermuka surat sebanyak 48. Dengan warna merah jambu yang ghairah ini, milikilah ia!


In by Anonymous, Sunday 13 November 2011


Review: Zine Satu Malam: Sofkor

10

Review lebih kurang.

Miss Cery & Fendy oleh Yaya Fiq mengenai kisah ehemm dalam bilik air. Ringkas, padat dan sampai jalan ceritanya ke otak aku.

Seri Berahi oleh Xalleh Razak pula adalah Puisi sofkor. Sekali lalu aku baca, adakah dia hanya bermimpi bersenggama dengan seri?maaf jika salah.

Arca Bernyawa oleh Hanif Boey menarik dan kreatif. Jurusan Seni Halus ye? Hahaha.

Bidadari Dunia, Bidadari Syurga oleh M. Faiz Syahmi merupakan kisah seorang bapa yang ‘tewas’ dengan kecantikan anak gadisnya. Syukur, dia masih tahu dosa jika menodai anak sendiri. Cuma, kasihan kepada isterinya yang dijadikan ‘kambing hitam’ bila nafsunya di gugat oleh anak gadis sendiri, bidadari dunianya.

Bahaya oleh Izza. Haha.kali kedua baca baru aku faham. Imaginasi anak-anak yang sedang membesar. Anak-anak sekarang terlalu dalam imaginasinya. Bahaya.

Karya Martini Muaz. Tak salah aku, kisah ini bertajuk ‘Konsultansi’. Menarik. Cerita tentang seorang gadis yang di nodai dan kemudian ketagihan seks. Kerana tidak mampu melampiaskan nafsunya, gantinya adalah dengan makan….dan makan…dan makan sehingga dia mengalami masalah berat badan. Ishh…mintak simpang aku jumpa doctor yang sebegini…hehehe

Dia atau dia oleh Perempuan merupakan kisah percintaan antara gadis dengan lelaki yang berstatus suami. Akhir cerita aku rasakan si lelaki bingung untuk memilih antara isteri dan Amy. Mungkin isterinya juga gojes.

Temu Tamu oleh Krakenia Andromeda Nesa. Hahaha. Ada kejutan kerana mulanya aku sangka ustaz itu akan ‘tewas’ pada Raziah. Aku malas taip panjang-panjang sebab ada yang lebih hebat dari aku akan mereview nanti.

Sang Dewi oleh HEROICzero berkenaan kisah seorang lelaki yang baru melangkah alam kedewasaan. Keliru akan perasaannya pada Sang Dewi, kekasihnya ya? Mungkin wajah lelaki muda ini sangat jambu, menyebabkan raut kematangan seakan tiada. Hahaha

Emma oleh Ramona Bunga. Ok, yang ini aku payah nak komen. Hahaha…kisah seorang gadis bernama Emma yang menawarkan khidmat secara percuma pada 2 jejaka. Hidup tanpa rasa cinta, dan hanya punya rasa seronok bila di beri perhatian dan dilayan nafsunya.

Malam Penamat Cinta oleh Kaka Perawan. Kisah mengenai Mia, yang kehilangan kasih sayang seorang kekasih. Menyebabkan dia tegar mencabut nyawa sendiri. hidup tanpa pegangan di kota. Sayang.

Malam Keraian Cinta oleh Larasephia. Puisi kedua sofkor. Menceritakan mengenai sepasang pengantin baru yang meraikan malam pertama mereka. Ya, kali ini kisah yang halal. Hehehe

Selamat Pagi oleh Abu Abbas. Oh, satu lagi puisi. Mengenai sepasang kekasih atau sepasang suami isteri yang masih terbayangkan saat indah yang di lalui pada malamnya. Berat hati untuk berpisah buat sementara waktu. Pergi kerja aje kot. Aduhai…hahaha

Kalashnikov 47 oleh Luc Abdullah. Agak gugup mengulas karya brader sorang ni..hahaha. kisah yang berlatarkan keadaan perang saudara, di mana Sultan Ashar telah berjaya menewaskan adindanya, Pengiran Asfar. Aisya, anak saudaranya terpaksa menjadi mangsa kerakusan nafsu Sultan Ashar. Menariknya, percintaan rahsia antara Aisya dan Firdaus, orang kanan Sultan Ashar. Penghujungnya, di tinggalkan dengan teka-teki bagaimana Aisya berjaya membunuh bapa saudaranya.

Erotika Train oleh Khrlhsym. Juga gugup mahu mengulas. Salah satu kisah yang buat aku tersenyum. Sesuatu yang biasa dilalui oleh para pengguna tren terutama ketika tren sesak. Dengan bantuan imaginasi, tergaraplah kisah erotica di dalam train. Nasfu dilampiaskan dengan bantuan tren. Hahaha. Pandai ye?

Tetekrolik oleh Zoul Yazix. Tajuknya juga aku dah gelihati. Kisah seorang gadis bernama Delila yang ketandusan kasih sayang lelaki. ‘dihadiahi’ prof. Xenile sebuah cyborg yang hanya perlu di cas tenaganya dengan menyonyot ehem-ehem Delila. Penghujungnya aku gelak besar. Kesimpulannya, Silikon membahayakan manusia dan juga cyborg. Jangan cuba-cuba.

Gudang Garam. Penutup zine kali ini. Err…mengenai kekecewaan si penulis.  







Review: Poin Empat Puloh Empat (Part 2)

9

 hai, aku kembali. kali ini membawa pereviu import. terima kasih. aku kasihkan kamu berdua. 



11.  Fundamentalisuci (Lucifer)
kita manusia. semua ada dosa. termasuk kamu, kamu dan kamu yang berserban berjubah konon mewakili agama. apatah lagi kami yang tdak seperti kamu, kan serbanistas? 

12. Gila Bayang (Khrlhsym)
kadang-kadang kita menyalahkan orang lain atas kesalahan tangan kita sendiri.dan kita jadi undang-undang, kita menghukum, kita play God. tapi kita tidak tahu kebenaran yang menunding jari ke arah kita.

13. Tiga Ratus Enam Puluh Darjah
less is more. provokatif. satu karya yang terlalu basic yang mencuit pandangan berbeza-beza setiap individu. inilah seni namanya.

14. Hitam Putih
idea yang hebat datang pabila kita sangat down, kan?


15. Taman Permainan Leviathan
plastik semuanya. kegembiraan yang berbayar. oops! perlu taati Leviathan!

16. Tanpa Pergerakan (Khrlhsym)

  • dia bercakap tentang roh dan kematian (Dark Half, November 2011).
  • haram aku tak faham mende. sekian terima kasih. first time aku baca aku faham lain. 2nd time aku baca aku paham lain pula. kemudian faham pertama bertindan dgn faham kedua dan akhirnya semua runtuh dan aku balik pada sifar (Nasyrun, November 2011)
  • =.=' (Martini Muaz, November 2011)
17. Holo Interaktikal (Lucifer)
  •  bukan ke ni cerita pasal bento yang ingat dia mengembara masa tapi sebenarnya efek menselethone (yang telah aku gugel tapi tak mengeluarkan apa2) (Nasyrun, November 2011)
  • i x tau la betul ke x pemahaman i tapi i rs psl mesin merentas masa atau budak bento tu yg stone. mayb dia tgh tripping (Dark Half, November 2011)
  • oh (Martini Muaz, November 2011)

18. Secawan Kopi Bersama Gudang Garam (Khrlhsym)
secawan kopi dan gudang garam teman halimunan mengharungi hidup. nikmat, nikmat, gurih. semua yang pahit dia telan. dari semua bahagian hidup.

19. Katarsis (Lucifer)
wakil Tuhan itu, yang kitabnya ditulis sendiri itu cuma melampiaskan nafsunya pada rahib kecil pada malam katarsis. imej sucinya dipuja sehingga satu masa dia terhukum oleh dosanya sendiri. aw.

20. Kosong (Khrlhsym)
tiada apa yang kosong sebenarnya. kita hanya perlu melihat sesuatu dari sudut yang lagi satu. atau mungkin sudut lagi satu daripada yang satu itu.



lagi? tunggulah.


ZineSatuMalam : Sofkor

8



Zine ini mengandungi unsur unsur seks yang tidak keterlaluan. Adalah dinasihatkan jika anda membaca cerita cerita di dalam zine ini, sila kekalkan kedudukan tangan anda pada laptop dan tetikus.

Zine ini 

Tak boleh muat turun? Hantar email pada kami dengan ayat 
"abang hensem, sofkor satu copy!"


hujan tajam warna hitam

4

satu jenis pepejal separuh lekit
berbentuk gumpalan yang hanyir
berdenyut kecil
mengharapkan mata-mata tajam lain
dapat menghidu kemasinan cecair kaca yang merembes senyap
yang mana titisannya sekejap-sekejap hilang
dihirup kehitaman

terbaur hanyir dicincang lumat
diharap pandangan melaut dipipih
tanpa serasa benci yang diludah berduri
rasa yang mencari rasa yang diberi
lihat yang dicaci lihat yang dibenci
menatap pandangan serasa hati
tidak dibenci memberi membalas senyuman sinis

circa dua tiga detik kemudian
pepejal tadi berubah
menjadi raksa
rakus mengalir menampakkan jasad sebenar
yang lari dari norma


...

..

.





- akidyeap feat senshii -


Di kuburan atas bukit

6

Sayup angin bayu yang membelai bukit kecil yang dipenuhi kuburan, ada yang masih bertanah merah, ada yang sudah bersimen. Dari jauh, tampak batu nesan seakan-akan bangunan KLCC berkembar yang bercambah ranum tiap kali petang aku menjejakkan kaki di bukit kecil ini.

Aku dekatkan diri pada kuburan setingkat yang tercatit nama seorang saudara yang terlebih dahulu menyahut panggilan dengan buku yasin kecil di tangan kiri dan seberkas air yang mengandungi bunga yang lumat di tangan kanan. Di sisi seorang gadis genit yang telah diamanahkan kepadaku untuk menjaganya sehingga dia mampu menjaga diri sendiri dan keluarga.

Kini, gadis itu sudah pun berjaya, senyumlah kamu wahai sahabat, yang matinya ketika mengejar bintang lalu dijemput kenalan kita, Izrael, mungkin kita nanti tidak bertamu di taman sorga, bah kan mungkin kamu yang memaut tanganku yang tergelincir di batuan neraka.

Maafkan aku sahabat, kerana aku tidak menepati untuk menjaganya dekat-dekat, tetapi telinga dan mataku mengejar alunan masa yang sentiasa ke hadapan dan tidak pernah ke belakang, biar aku ini tinggal sehelai sepinggang, menyediakan pundak seperti kamu dahulu yang gemilang, kerana aku tahu dosa dibalik tirai di belakangmu terhadap gadis genit itu yang tak termaafkan.

***

Aku belek buku kecil yang mengandungi aksara arab, aku perhati gadis genit di sisi, lancar menitipkan baris-baris tulisan dalam buku kecil itu, aku tertunduk diam, miming, malu pada usia yang mengetuk semi abad, malu pada remaja yang masih belasan tahun mengalunkan doa untuk abangnya yang telah tidur selamanya.

Dia tertoleh melihat aku yang tertunduk-tunduk, lalu menolak bahu ku sedikit dengan ranting kayu, awak tak pandai baca ke? Aku terkebil-kebil mengiyakan, lantas memintaku mengikut bacaannya, mengajarku mengenali tulisan di buku kecil. Ikut ya? Bilangnya dengan pandangan mata yang redup. Ya siin. Wal qur a nil hakim. Jernih air yang tertahan lalu mengalir dari tubir mata, mengajuk bacaan gadis itu.

*** 

Aku tenung batuan kerikil yang menghiasi kuburan setingkat itu, tanpa adiknya yang kini sudah mengorak langkah tanpa jagaanku dekat-dekat, alunan aksara arab sudah lancar mengheningkan senja yang mulai melabuhkan matahari di pinggiran, dengan pintaan maaf infiniti tak terungkap. Biar kini aku mampu berbicara bahasa Muhammad, gadis genit yang acap kali meneman di waktu siang dan tidur sudah bahagia memeluk bintang kejayaan, walhal aku masih lagi bertatih menulis, mengetik papan kekunci lalu menghasilkan kispen ini.


Post navigation