SOALAN LAZIM

Apa itu zine?

Zine (baca: zin) yang berasal dari perkataan fanzine atau magazine merupakan buku / booklet / majalah yang dicetak sendiri, biasanya dalam skala yang kecil. Terdapat pelbagai jenis genre zine - punk zine, art zine, literature zine dan lain lain.


Jenis zine yang diterbitkan ZSM?

ZSM menerbitkan literature zine atau litzine. Zine yang mengandungi teks seperti catatan, cerpen, novela atau puisi.

a) ZINE PDF - merupakan zine berbentuk digital yang boleh dimuat turun secara percuma. Isi kandungan zine ini adalah karya daripada semua orang sama ada ahli kolektif ataupun bukan ahli kolektif. Tajuk atau tema zine akan diberitahu di media sosial dan penulis boleh menghantar karya mereka ke email ZSM untuk dikumpul dan diterbitkan.

b) ZINE PROJEK - merupakan zine hasil tulisan penulis-penulis tertentu yang dikumpulkan dan akan dicetak sebelum dijual di acara-acara seni. Penulis biasanya dipilih daripada kalangan ahli kolektif.

c) ZINE PERSONAL - merupakan zine hasil tulisan seorang atau beberapa orang penulis tertentu yang dipilih selepas dinilai tulisannya. Zine ini akan dicetak dan dijual di acara-acara seni. yang juga dicetak dan dijual di acara dan pasar buku altenatif.


Ingin menghantar & menerbitkan karya di blog ZSM?

Emailkan karya anda ke email zinesatumalam@gmail.com. Pastikan ruangan subjek diisi "karya blog". Pastikan anda meletakkan tajuk karya, nama anda dan url Twitter jika ada.


Ingin menerbitkan zine di bawah label ZSM?

Hantarkan manuskrip anda dalam bentuk PDF atau WORD ke email zinsesatumalam@gmail.com. Pastikan ruangan subjek diisi "manuskrip zine".


Ingin menjadi sebahagian daripada ahli kolektif ZSM?

Hantarkan butiran berikut ke email zinesatumalam@gmail.com dan pastikan ruangan subjek diisi "join ZSM"; nama, umur, bandar, pekerjaan/belajar di mana, URL blog & laman sosial, dan alasan kenapa ingin menyertai ZSM.


Post navigation