Archive for August 2013

Sedang cari penulis untuk Tanpa Nama!

1


Tanpa Nama adalah sekumpulan penulis puisi yang bernaung dibawah ZSM. Sering berkicau di twitter @twt_tanpanama. Mereka bergerak secara berdikari dan turut mempunyai blog sendiri  di http://notatanpanama.blogspot.com/.

Tanpa Nama mempunyai satu port rahsia di fesbuk. Dalam port tersebut mereka sering membincangkan aktiviti aktiviti seperti hashtag TN, event puisi, zine. Selain itu mereka sering berbincang mengenai isu isu puisi, tokoh tokoh puisi dan berkongsi ilmu masing masing. Sebagai sekumpulan manusia biasa, mereka juga tidak terlepas dari dosa mengumpat dalam group.

Ya, kami sedang mencari penulis baru untuk memeriahkan kumpulan ini. Sebagai panduan, ciri ciri berikut kami berikan supaya tidak ada mana mana pihak yang akan menyesal di kemudian hari;

1. Penulis mestilah tahu menulis puisi, sebabnya ini group puisi, bukannya group pejuang bahasa yang entah mende mende.

2. Puisi yang ditulis pula haruslah menarik dan unik. Kami tak minta puisi yang hebat macam sasterawan kerana kita semua pun masih dalam proses belajar, cuma yang kami mahukan adalah gaya yang tersendiri. Bila kita baca kita tahu "Oh ini mesti puisi brader yang gitu gitu tu". Dan cuba elak pakai ayat yang biasa seperti "aku umpama pungguk yang memandang mu bulan nun jauh di atas sana". Cuba buat kelainan, contohnya "aku umpama budak gemuk sepuluh tahun dengan muka melekap rapat di dinding kaca Big Apple, memerhatikan dirimu The Alien, ciptaan terindah". Contoh je, contoh.

3. Penulis yang bakal mencuba kena bersedia untuk memberi komitmen pada aktiviti aktiviti group Tanpa Nama. Kami ada banyak aktiviti, jadi kalau anda orang yang sibuk, maka elakkan lah masuk. Tak nak ada silent member. Belajar, bekerja? Kami pun, cuma bila kita minat sesuatu benda, sibuk macam mana sekalipun pasti kita luangkan juga sedikit masa untuk buat benda yang kita suka. Kan kan kan?

4. Bersedia untuk belajar, dikritik dan mengkritik. Kalau tak, boleh pergi sambung main twitter.

5. Anda mesti lah orang yang fun. Maksudnya tak serius macam cikgu disiplin. Sebabnya dalam group ini kami sering bergurau, ala macam famili famili. Gittoh.


Anda menepati ciri ciri di atas? Nak mencuba? Kami cuma nak 5 orang penulis. 3 akan dicari melalui email manakala selebihnya kami akan cari di twitter. Tawaran tamat bila dah cukup 5 orang!

Untuk email - sila hantar ke kamitanpanama@gmail.com dengan subjek "Join TN".

i. Nama (tak nak anonymous) / Nama glemer kalau anda glemer.
ii. Tweethandle & URL fesbuk
iii. Contoh puisi. Maksimum dua puisi sahaja. Puisi tema apa pun tak apa.
iv. Sebab paling jujur anda boleh bagi kenapa nak join Tanpa Nama.

Untuk twitter - sila mention @twt_tanpanama dengan puisi twitter anda. Puisi anda mestilah bertemakan "cinta". Ya, ini sebenarnya satu perangkap. Cinta adalah antara benda paling cliche dalam dunia. Jadi anda kena kreatif tukarkan cliche kepada "clichelaka, powernya!"

Ya, kami memang demand. Kalau tak suka, kekal tenang dan rileks brader, brader rileks.

by zoul yazix, Thursday 15 August 2013


Mengapa menulis puisi?

0

Salam sejahtera kawan-kawan. 

Aku saja nak kongsi sejumlah alasan mengapa masih menulis puisi oleh M. Aan Mansyur. Sebelum tu, elok aku kenalkan siapa M. Aan Mansyur ni (kalau ada yang belum kenal). 


Beliau adalah seorang penulis puisi kelahiran Sulawesi Selatan yang bekerja sebagai sukarelawan di Kafe Baca Biblioholic dan Komunitas Ininnawa. Untuk ketahui lebih lanjut boleh follow beliau di Twitter (@hurufkecil) atau di blog (hurufkecil.net).

Berikut adalah fragmen alasan beliau mengenai "Mengapa saya masih menulis puisi":

1. Ingin terus hidup di masa kecil kerna baginya puisi adalah dunia yang mencintai kanak-kanak yang hidup dalam diri setiap orang dewasa.

2. Puisi adalah media yang nyaman dan aman untuk menyampaikan kebenaran dan kemungkinan-kemungkinan. Setiap orang punya kekuasaan untuk menafsir kebenarannya masing-masing.

3. Saya menyukai permainan, utamanya permainan bahasa. Ia boleh menciptakan sesuatu nampak sederhana, indah dan dalam sekaligus.

4. Melalui puisi, kita dapat belajar tentang banyak hal. Ingin menulis tentang sesuatu, perlu tahu dan mencari tahu.

5. Puisi adalah satu dunia di mana orang masuk ke dalamnya, datang dari berbagai tempat dan keyakinan berbeza tetapi mereka tidak berseteru. Kita bisa berdansa bersama dengan yang lainnya walau tak pernah berjabat tangan.

6. Saya percaya bahwa dengan menulis puisi adalah cara belajar untuk menjadi manusia sederhana dan rendah hati. Ia menyedarkan diri sendiri bahwa masih ada yang lebih baik (puisi mereka) dan tidak pula kita menghukum yang kurang baik.

Sekian, perkongisan aku daripada bukunya Sudahkah Kau Memeluk Dirimu Hari Ini?.

Jadi, apakah pula alasan kalian menulis puisi?


katil masa cerita

2

Hari hari dia bawa bantal
Sana sini kepit tak pernah tinggal
Kena perli kena hina dia buat kental
Senyum manis tembok kalis sial

Dalam bantal ada paku
Paku salut duri semalu
Buat rakan sama bulu
Moga untung sendiri sapu

Bantal penting buat tidur
Tiap masa mesti ada buat dengkur
Dia banyak baik kasi bantal hulur
Orang kantuk akur lena sampai kubur.


Di Bulan Ramadhan.

1

"That's ridiculous." Hudson marah di sebalik skrin komputer riba di atas meja kerja milik Imran. Imran cuma mampu merenung tanpa bersuara. Dalam hati dia merungut, "Satu ofis pun borak guna Skype. Macam la busy sangat. Hekeleh."

"Takkan minah tu tak tahu? We always buy from them. Kenapa tiba-tiba hari ini jadi macam ni? Kalau dia hantar order kita tanpa discount macam biasa pun tak apa. Takkan tak boleh proceed kot? Sekarang macam mana?" Hudson masih berang. Imran cuba memikirkan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapai, sekali-sekala memutarkan pen di jarinya.

"I rasa tu memang tak boleh pergi dah but don't worry, I will fix this. Jangan risau bro. Hehe.." Imran cuba menenangkan Hudson.

"Don't bro me until you fix this. Kita masing-masing dah diberi tugas and clearly, you haven't done your part." kata Hudson dan sebentar Skype session mereka tamat. Imran masih duduk di kerusinya, matanya curi-curi memerhati rakan setugas lain yang sedang tekun melakukan tugas masing-masing. Matanya berhenti di sudut di mana terletaknya bilik pantry. Dia melihat ke arah jam dinding di depannya.

"Hmmm, sempat kot." Imran mencapai telefon dan mendail nombor untuk dihubungi.

"Hello, it's me again, Imran. The person who call earlier."

"Oh, hello again Mr.Imran. How can I help you? Kalau berkenaan order tadi, kita memang tak boleh proceed sebab order dah closed." kata suara di hujung talian.

"You mean there's nothing you can do at all? Penting ni. Kalau tak ada diskaun macam selalu pun tak apa." Imran masih mencuba.

"No, sir, there's nothing I can do. I'm so sorry."

"Well, tak apa lah. Thanks." Imran meletakkan telefon, menggigit jari sebelum mencapai semula telefonnya.

"Hello, mak. Mak, Raran ni. Mak dekat mana?"

"Ya Raran, mak dekat rumah. Kejap lagi nak pergi bazaar beli juadah. Kamu balik makan ke tak?"

"Tak balik. Berbuka dengan budak-budak ofis hari ni. Mak, dekat bazaar tu ada jual nasi beriyani kambing tak?"

"Ada, kenapa?"

"Saja tanya. Ok mak, jumpa malam nanti, bye." Imran meletak kembali telefonnya sambil melihat semula ke arah jam dinding di depannya. "Hmm, sempat ni, sempat."


*****


"Hey semua, jom ke bilik pantry. Kejap lagi nak berbuka." laung Imran dari bilik pantry. Maria orang yang pertama bangun dari kerusinya dan berjalan ke bilik pantry. Maria menjenguk dan melihat ke dalam bilik pantry. Dia kehairanan dan merenung Imran yang tercegat di pintu. Dia tanya..

"I thought we're having pizza for berbuka today, no?"

Imran mengeluh;

"Order dah tutup Maria, dah tutup..."

"Habislah kau Imran. Ihiks." Maria ketawa.


Reviu buku : Alegori Robot Derhaka oleh Saat Omar

1

Dah hadam Alegori Robot Derhaka oleh Saat Omar. Di beli di Art For Grabs pada harga RM15, dibungkus bersama seketul coklat Cadburry. Bungkusannya menarik, macam beli set alatan magik. 

Aku tak ada duit, dan biasanya waktu aku tak ada duit memang aku tak akan beli buku mahupun zine. Entah hantu raya mana dia pakai waktu nak balik tu aku pergi hulur not dua puluh dekat brader yang duduk dekat sofa. Dalam train terus aku koyak plastik buku ini macam barbarian, sampai orang sebelah menjeling.

Bila selak, aku terus tuju cerpen dahulu sebab puisi puisi ni bukan benda yang aku boleh enjoy dalam train. Terus aku ketawa kecil dan rasa macam budak lelaki paling comel dalam dunia. Orang sebelah jeling lagi.

Aku tak rasa buku ini buku paling best pernah aku beli, tapi aku tak rasa rugi, sebab bila baca aku dapat banyak idea daripada buku ini. Daripada cerita budak yang sayang ke pokok sampai lah ke cerita lelaki yang mati dalam vagina. Baca catatannya pula memang rasa macam dekat dengan aku, sebab aku pun gemuk. Aku faham perasaan terpaksa mengiring cecah lantai sebab nak ikat tali kasut tu. Sampai setengah buku, coklat yang aku kulum dah habis.

Lain orang lain selera. Kalau orang yang jenis baca buku buku deep, buku sastera, buku indon yang tinggi tatabahasanya atau buku buku dewan pustaka dan bahasa aku tak rasa akan enjoy buku ni. Orang macam aku yang jenis suka baca benda santai, benda yang tak perlu kerut kerut kening, benda yang buat aku sengih dan jadi budak lelaki paling comel dalam sebuah keretapi menuju ke Kajang, ha aku rasa boleh la beli.

Tapi aku tetap tak puas hati dia bagi sebiji je coklat Cadburry. Sampai sekarang aku marah lagi. Eh aku ada cerita tak orang sebelah aku yang dalam train tu tanya buku apa aku baca? 

Ha aku jawab pakai jeling je.


malam saatku sedang menulis tentang kamu dan kamu datang merangkulku dari belakang lalu membaca tulisanku, memberi komen tentang kekurangan ini dan itu, lalu kemudiannya kau mengucup dahiku sambil menghadiahkanku sebuah senyum yang termanis pernah kulihat sebelum kau perlahan-lahan melepaskan rangkul mesra itu dan hilang mengikut tiupan bayu dingin malam, meninggalkan aku keseorangan lagi, menyambung tulisanku tentang kamu

0

ketika aku sedang ingin menulis sadjak tentang hujan, kau datang menyapaku dari luar jendela dan mengajakku untuk sama merai hujan yang mulai ramai. aku faham oles senyum itu yang berkali-kali meruntuhkan tembok keegoanku yang aku bina lama untuk menangkis senyum-senyum seperti itu. tapi tembokku tidak cukup kukuh menghalang senyummu yang bagaikan peluru meriam yang menghancurkan segenap kota. aku tinggalkan sadjakku kosong tak bertulis dan keluar dari rumah bersama kamu menikmati tiap rintik hujan

kita sama berdansa, bercanda dalam kumpulan hujan sambil memijak lopak-lopak agar berkecai. dan hujan itu makin lama datangnya makin deras, keras hinggakan memedih mataku. dalam tujuh ke lapan kali kerlip, aku lihat kamu sudahpun tiada. aneh! yang tinggal cuma hilaimu yang mesra kudengar bersilih dengan irama hujan dan harum parfummu bersatu dengan aroma hujan. dek mata yang masih berpisat, aku melangkah keluar dari pentas dansa menuju semula ke kubikel separa gelapku untuk menyambung semula sadjakku tentang hujan yang tergendala

ketahuilah sayangku, di sana, sadjakku telahpun lengkap tanpa sebarang tulisan. larik-lariknya dipenuhi oleh aromamu yang masih melekat di badanku. rimanya pula terdiri daripada setiap ekspresi senyummu yang indah. dan ia dideklamasi oleh irama merdu hilaimu yang kuingin dengar tanpa jemu

lalu aku berpikir, tidakkah kamu sendiri adalah sang hujan wahai sayangku?


Tak Tahu

0

Tahu tak apa yang paling bodoh ? Bila mana kau sudah mula melupakan perasaan yang pertama-tama. 
Pertama kali ;
bercakap
berjalan,
ketawa,
menangis,
sakit,
bahagia,
kecewa,
nak nak kalau yang dikongsi itu milik dua tubuh,
sakit ?
tu pun masih terkinja kinja mahu mengejar perasaan seterusnya lagi. 

Tamak bukan ? 


Ke Kelas Renang

3

Oleh kerana lalu lintas di Kuala Lumpur tidak sama dengan di Labis, Roji terpaksa menggunakan kenderaan awam. Ini pertama kali Roji menaiki kenderaan awam. Kata Jikal, kenderaan awam di Kuala Lumpur menjadi medium untuk menyampaikan agenda politik; agen kerajaan. Namun Roji tidak hiraukan pesan Jikal. Apa dia peduli dengan kerajaan? 

Laluan ke Seremban sangat padat ketika ini. Lebih-lebih lagi pada hari minggu. Mungkin yang ramai-ramai beratur dan menunggu cuma nak ke stesen seterusnya iaitu Mid Valley. Roji mengeluh sedirian, "kenapa semua nak ke sana hanya sekadar ingin tengok wayang? Tak tahu bersabar? Tunggu seminggu dua keluarlah DVD cetak rompak. Dengan hanya RM5 boleh tengok berulang kali, bodoh". 

Lepas makan tadi di medan selera Roji tak sempat menghisap rokok. Baru dia ingin keluar ke seberang Hilton Hotel Kazem menghantar sms kepadanya untuk bergegas membeli tiket ke Seremban. Takut tak sempat. Roji mengeluarkan kotak rokok dari poket. Sementara menunggu alangkah enaknya kalau merokok. "Dik, kat sini tak boleh hisap rokok. Hisap choki-choki boleh", seorang lelaki India separuh umur menegurnya. "Erkkk, uncle, saya cuma keluarkan kotak rokok. Nak letak dalam beg." Roji mereka alasan. Lalu dia masukkan kotak rokoknya ke dalam poket sisi beg. "Celaka betul, kenapa aku tak perasan signage 'no smoking' kat sini tadi". Monolognya lagi. 

Tak boleh jadi. Duduk atas kerusi logam ada baiknya duduk bersila di lantai. Baru Melayu; konon. Sambil memerhati gelagat anak muda yang rasa-rasanya masih bersekolah dengan gaya SWAG-nya, Roji tergelak. "Entah apa-apa budak-budak sekarang ni". 

Datang perempuan sekitar lewat 20'an duduk bersila di sebelahnya. "Boleh akak duduk?" soal perempuan tersebut. "Boleh kak, apa salahnya, platform ni bukan saya yang punya. Hehehe." jawab Roji dengan humor yang kontang. "Akak pakai legging ni nak ke mana? Ada kelas renang ke?" Sambung Roji. Walaupun petanyaan Roji agak kendur tapi perempuan tersebut rasa macam ada tali tangsi tegang yang tersangkut pada lehernya. Lantas perempuan tersebut menjawab, "adik apa tahu? ini fesyen." "Oh ya ke? Tak tahu pula saya ini namanya fesyen. Hehehe. Akak tunggu siapa?" 

Sambil menarik legging yang tersangkut pada kelengkangnya (ketat sangat barangkali) perempuan tersebut menyambung, "akak tunggu kawan awak, entah mana dia. Kata dah sampai." 

Roji diam sebab dia tak tahu nak tanya apa lagi. Nak tanya lebih-lebih takut makwe orang (atau tunang?). Takut juga pakwenya (atau tunangnya) akan datang kejap lagi. "Dik, akak tersalah platform ni. Akak nak ke Perlabuhan Klang sebenarnya, platform 5. Kat sebelah sana" tangannya menuding ke arah belakang. "Tu hah! Kawan akak kat sana, patutnya tak nampak. Hahaha." 

Ada macam yang tak kena dengan 'kawan' perempuan tadi. Bukan soal apa yang dipakai kawan perempuan tadi. Tapi soal rupa kawan perempuan tersebut. Roji bangun dan datang ke arah kawan perempuan itu. "Eh, Kak Ngah buat apa kat sini? Kak Ngah kenal akak ni ke?" Roji rasa macam ada sauh kapal sedang menghempap tempurung kepalanya. "Ini kawan akak lah Roji! Macam mana kau orang boleh kenal?" Belum sempat Roji menjawab pertanyaan kakaknya, perempuan yang duduk di sebelahnya tadi memintas. "Aik? Kau orang adik-beradik? Dik, tengok. Akak adik pun pakai legging. Inilah namanya fesyen". 

Roji terkedu. Tak sangka kakaknya dah tak tahu berenang sedangkan masa kecil dulu mereka sama-sama berkubang di tali air. Baginya, memakai legging umpama pakaian orang ke kelas renang. Celaka betul. mengata orang tapi akak sendiri pun buta fesyen.


Post navigation