Cerpen random dari internet.
0
Tamat.
Aku masuk dan terus mengambil tempat di belakang sekali. Alasan aku mudah, aku bukan mahu mendengar sangat dan tidak mahu bertanya sebarang soalan. Tidak ketinggalan, aku juga sebenarnya sudah lewat tiga puluh minit untuk mesyuarat ini.
Dari belakang, aku mendengar dengan jelas segala butir-butir mesyuarat yang sedang disurahkan oleh ketua jabatan. Dari tadi, nada suaranya tidak berubah, sentiasa tinggi. Aku tidak tahu samada ini betul-betul satu mesyuarat atau sesi memarahi staff bawahan.
Dari tempat duduk, aku meninjau-ninjau jauh ke hadapan. Kelihatan seorang staff sedang mencatit segala apa yang keluar dari mulut ketua jabatan. Owh aku hampir terlupa bahawa memang tugasnya sebagai minutes taker untuk semua mesyuarat yang melibatkan ketua jabatan, samada di dalam dan juga luar jabatan. Di sebelahnya pula duduk seorang staff yang kejap angguk, kejap tulis, kejap angguk dan angguk angguk angguk. Itu adalah bos yang kedua, yakni satu lapisan di bawah ketua jabatan. Satu tulis dan lima angguk itu merupakan satu definisi yang tepat untuk menggambarkan peribadi beliau.
Dan yang selebihnya adalah staff-staff bawahan yang merupakan penggerak utama jabatan ini tetapi macam biasa la, yang paling kurang mendapat perhatian. Aku memerhati flip chart yang sudah hampir penuh diconteng oleh ketua jabatan. Aku cuba membaca apa yang tertulis. Ada agenda sebagai tajuk besar, dan ada nombor satu sehingga sepuluh dibawahnya. Mengambil kira ada sepuluh agenda, beserta hal-hal lain yang akan ditambah secara tidak sengaja oleh ketua jabatan, aku menjangkakan mesyuarat ini akan mengambil masa selama dua jam. Lebih parah, tiada tea o suam dan mihun dihidangkan. Karipap pun takde.
Selepas kesemua sepuluh agenda dibentangkan, ramalanku kurang tepat apabila masa sebenar yang diambil untuk mesyuarat ini adalah selama dua jam tiga puluh minit. Aku tertidur untuk tiga puluh minit terakhir itu. Tiba-tiba, ketua jabatan memandang tepat ke arahku dan mula bertanya.
"Mustaqim, kamu denagr apa yang saya beritahu tadi?"
"Dengar Puan, dengar"
"Agenda mana yang kamu rasa kamu kena buat lepas ni?"
"Agenda nombor sebelas Puan"
"Hahh nombor sebelas? Agenda ada sampai sepuluh je Mustaqim"
"Agenda nombor sebelas, sila kemas bilik mesyuarat ni dan simpan semula flip chart dan LCD projektor di tempat yang sepatutnya"
Satu pemetik api, sebiji gula-gula batuk, sekeping setem, sebatang rokok yang sedikit bengkok, sebatang pencungkil gigi, sehelai sapu tangan, sebatang pen, dua keping syiling 5 shekel. Itu semua hanyalah secubit dari apa yang saya ada dalam poket ini. Jadi perlukah ada persoalan kenapa ianya boleh membonjol sebegitu rupa? Ramai yang musykil akan kebonjolan itu. Mereka kerap bertanya, 'Apa ke jadahnya dalam poket kau tu?' Kebanyakan masa saya tak jawab pun, saya cuma senyum. Ada tikanya saya hanya membalas dengan gelak tawa yang pendek dan sopan, seolah-olah si polan di depan saya ni baru saja membuat lawak yang tak kelakar namun atas dasar kemanusiaan saya gelakkan jua.
Dan kalaulah ada yang masih gigih mahu bertanya lagi, saya akan keluarkan kesemuanya, kemudian saya mungkin akan terangkan betapa pentingnya benda-benda itu saya bawa pada setiap masa. Nasib baiklah tiada yang segigih itu. Kronologinya selalu begini; Apa jadahnya, senyum@ketawa kecil, situasi senyap yang kekok, beralih ke topik yang lain.
Pada hakikatnya barang-barang itu telah saya pilih dengan teramat teliti supaya saya sentiasa bersedia. Bersedia supaya saya sentiasa ada 'kelebihan' tatkala momen kebenaran menampilkan diri. Emm, itu tak berapa tepat sebenarnya. Semuanya berada di situ supaya saya tak akan ada 'kekurangan' atau kelemahan tika munculnya momen kebenaran yang kerapkali tak dijangka. Kerana 'kelebihan' apa yang boleh saya dapat dengan pencungkil gigi atau setem? Tapi katakanlah, sebagai contoh, seorang gadis cantik - taklah cantik mana, cuma boleh dikatakan agak menarik, seorang gadis normal cuma tapi dengan senyum paling menawan yang boleh merentap nafas dan melangkau sedetik degup jantung - bertanyakan anda untuk sekeping setem, atau tak tanya pun. Dia cuma berdiri di situ, di tepi sebuah peti surat merah tika malam yang kehujanan, dengan sekeping envelop tanpa setem, kemudian bertanyakan anda lokasi pejabat pos terdekat, diselangi batuk-batuk kecil kerana dia sejuk, dan desperet, kerana gadis itu sedar tiada pejabat pos yang masih dibuka, lebih-lebih lagi pada waktu itu. Dan pada saat dan tika, pada momen kebenaran yang telah muncul, dia takkan tanya, 'Apa ke jadahnya ada dalam poket kau?'. Dia cuma akan terharu atas kewujudan setem yang terselit celah poket anda. Mungkin tidaklah sampai terharu, namun sekurang-kurangnya dia akan mengukir senyuman yang paling menawan itu, ukiran buat sekeping setem. Saya akan menerima urusniaga sebegitu dengan hati terbuka, walaupun harga setem melambung dan harga senyuman dah merudum teruk.
Selepas menawan saya dengan senyum termanis, dia akan ucap terima kasih, kemudian batuk lagi, sebab dia sejuk dan juga sebab dia dah segan. Saya akan tawarkan kepadanya gula-gula batuk yang saya ada. Si gadis akan bertanya 'Apa lagi yang awak ada dalam poket tu?' dengan lemah lembut, tanpa apa kejadahnya, tanpa negativiti, dan saya akan jawab tanpa ragu-ragu, 'Apa saja yang kamu mahukan, sayang. Apa. Saja. Yang. Kamu. Mahukan'
Sekarang anda tahu. Inilah yang saya ada dalam poket. Peluang. Peluang untuk ini. Peluang yang suam-suam sahaja, tidak wow, tak layak masuk dalam peratus kebarangkalian pun. Saya tahu. Saya bukan bodoh. Walaupun dengan peluang miniskul ya amat, tetapi katalah kebahagiaan yang sentiasa sibuk dengan orang lain itu tiba-tiba terlintas untuk datang menjenguk, saya akan ada pilihan untuk kata 'Ya', bukannya 'Maaf, saya tidak ada rokok/pencungkil gigi/syiling untuk apa yang kamu mahu lakukan itu'. Inilah yang saya ada, padat dan membonjol, peluang untuk berkata ya, dan bukan maaf.
"Aku boleh pulang balik hati yang aku curi dari kau dulu, Salmah, tapi boleh kau pulangkan balik memori aku sebelum aku kenal kau? Memori yang kosong dan pucat tanpa ada sinar-sinar bahagia." Berkata Roslan; matanya tepat memanah tajam ke mata Rosnah.
Tangan Roslan memulas kuat ke dada kirinya. Darah memancut-memericik-melibas-libas setiap kawasan yang ada. Di muka, tanga, kaki, baju, termasuklah dinding rumah sewa Roslan.
Kurang lima minit bergasak mencari jantungnya, Roslan mencapai pangkal jangtungnya dan ditarik. "Zapp!" Lalu dihulur kepada Salmah.
"Nah, ini yang kau mahu balik, bukan?".
Salmah meyambut dengan wajah yang bergitu tenang sekali tanpa refleksi gelisah.
"Klik!" Bunyi yang halus tetapi tajam keluar.
Picu ditarik.
Ada yang bersepai.
"Aku dah pulangkan balik memorimu yang dahulu. Tetapi aku pulangkan memorimu 25 tahun kebelakang. Itu memori sebelum kau lahir melihat matahari, bulan, serta aku yang kau tidak hargai."
It
was pitch black in my room, and quiet too. The only tone echoed through the
surrounding was the sound of crickets chirping lullaby under the bushes outside
the house; rubbing the edge of their wings onto each other, much like a fiddler
with their strings and bow.