Tepis dengan Angan-Angan
Ketika beliau mengajukan soalan
berapakah umur aku tahun ini, aku memandangnya dalam-dalam. Perempuan, seperti biasa akan pusing sana
pusing sini pusing sana pusing sini dahulu sebelum dia bertanya soalan yang
sebetulnya. Perempuan tidak akan
bertanya secara direct dan tidak juga akan faham jawapan bersifat direct. Ini sifir yang seharusnya tertanam dalam
benak kaum Adam seantero dunia. Jika ini
pertama kali kau mendengar pernyataan ini, aku tidak pelik jika kau tergolong
di dalam golongan yang merayu kepada perempuan supaya menemani kau keluar. Menonton filem Avengers terbaru
misalannya.
“I semakin berusia, you semakin
berusia, orang di hadapan ini juga, tak lupa di belakang sana juga” itu jawapan
aku. Dia nampak tidak berpuas hati
dengan jawapanku, mungkin juga dia merasakan jawapan itu bersifat sinis.
“Apa perancangan bila umur
semakin meningkat?” Nampaknya dia masih belum berpuas hati dan tampil dengan
soalan yang lebih mencabar, yang kalau tersilap jawab, boleh mengundang malapetaka
besar.
“Perancangan yang macamana you
nak I cerita ni? Let me know” aku masih belum mahu menjawab.
“Please, I want to know” dia
jawab sambil buat muka mengharap yang boleh buat hati lelaki macam kita ni,
well akan cair.
“Okay I akan jawab sebagaimana
mostly perempuan nak dengar, okay perancangan I sekarang ni, I tengah kumpul
duit, sikit sikit sikit then I akan jumpa parents you, I call parents I then
diaorang pun datang bincang dengan parents you, then bawa rombongan meminang,
kita bertunang if you agree, kahwin siap ada persembahan puisi, dapat anak then
upload setiap jam di instagram, okay yang last tu melampau, so what do you
think?”
“Hahaha kelakarlah you ni, tapi
memang betul ke tu perancangan you? Wow klise” sememangnya itu adalah jawapan
dan perancangan klise dari hampir kesemua lelaki.
“Nope, perancangan I, hari ni
last kita jumpa, start tomorrow we will not see each other for a year, I bawa
diri I, you bawa diri you, I nak pergi mengembara, jumpa ramai orang, singgah
tempat baru, try makanan yang tak pernah I makan, try benda-benda baru macam
bunge jumpee, then you pun should do it, tinggalkan Pavilion, tinggalkan
channel E, tinggalkan Sephora, do the journey, explore new thing, but at the
end, after one year, we meet again then we realize, even so many people with so
various activities, it is not complete without you sweetheart”
“Ouchhh youuuuu, how sweet, you
are different, yes you, that’s why I choose you”
Well, kalau aku hidup lagi tahun
hadapan.
One Response to Tepis dengan Angan-Angan
auwwww! aku suka tulisan pepol yang ini!
Post a Comment