Archive for September 2011

bukan mi kuning

4


Ami lapar.

Dicapainya pisau kecil tajam disisinya lalu tangan kanannya yang kasar menggenggam rambutnya yang panjang menyentuh pinggang.
Zrass,  zrass, dia lalukan pisau itu perlahan-lahan penuh tenaga untuk mendapatkan helai rambut semaksimum mungkin.
 
Langkahnya lambat-lambat menuju ke dapur sambil genggam tangannya masih menggesek-gesek pada rambut. Sepertiga ketebalan rambut itu mula terpisah dan kini berada dalam gengaman tangannya yang terus kemas. Takut juga dia kalau kalau rambut itu terjatuh ke atas lantai, nanti dirotan abahnya yang maha garang. Dulu pernah Ami dirotan abahnya, akibat makan nasi tumpah-tumpah atas meja, tapi Ami masa itu cuma 5 tahun, memorinya kabur kabur akan radius taburan nasinya tapi parutnya hingga ke hari ini masih ada lagi. Kakinya diangkat tinggi ketika melangkah, mengelak ruang rumah yang sempit.

Mangkuk plastik jingga dicapainya dari almari yang tingginya 2 meter, Ami lompat dan tangan kirinya mencapai sisi almari yang lebarnya cuma 5cm itu. Pisau tadi terlepas dari genggaman dan dicapainya pula dengan jari kaki kiri. Ami tersenyum bangga. Kalaulah crushnya Haikal nampak, mesti jatuh hati sebab aksi itu lebih kool daripada aksi Halle Berry sewaktu menjadi Catwoman, wanita kegilaan Haikal.

Ami sengih lagi. Dia tumpukan sepenuh tenaga dekat bahagian tangan kirinya, dia tarik badannya ke atas untuk mengapungkan badannya selama beberapa milisaat di udara, otot perutnya kembang kecut untuk mudahkan dia melakukan aksi ‘triple backflip’, rambutnya yang masih belum terpotong tadi melambai cantik di udara sambil tangan kanannya terus kemas menggenggam, tangan kirinya ditolak kebelakang untuk memastikan pendaratan yang sempurna.

Mangkuk plastik tadi terpelanting entah kemana. Matanya meliar mencari mangkuk jingga tadi, oh di hujung sana ya, Ami kutip.

Sambil berjalan masuk semula ke dalam kamarnya, Ami letak rambut tadi dalam mangkuk, tanpa semena-mena rambut itu menebal dan bertukar warna kepada biru dan merah jambu. Eh ni dah macam warna kegemaran Barbara Mercedes punya anak patung ni dah kenapa.  Dia cuba makan mi biru, terasa baju dalam wanitanya hilang fungsi. Terasa sejuk pula bahagian bawahnya yang cuma memakai skirt ungu muda. Mangkuk tadi masih belum terlepas dari genggaman.

“Cubaan suara, satu dua tiga, nasib baik bukan macam suara Jastin Bibir,” kata Ami dalam suaranya yang baru, garau dan semacam macho terasa. Dalam diam dia mengangguk setuju, patutlah kaum adam ni tak suka pakai seluar dalam!

Kalau macam itu, mungkin makan mi merah jambu ini jadi perempuan balik, jadi lelaki tak seronok, takde cuti 
sembahyang - keh keh keh.

Dia salah. Makan mi merah jambu --jadi khunsa.


Review : Nurul Asyikin

3

Novel sulung keluaran Siluet Books ini ditulis oleh Aloy Paradoks. Dalam garapan perspektif pertama, aku membacanya mengikut gaya intonasi, membayangkan bagaiman gelodak perasaan seorang lelaki yang sering mendung kisah cintanya. Lupakan tentang kesilapan ejaan dan struktur ayat ketika membaca buku ini, jika tidak akan terasa seperti ada kerikil di dalam mulut menjamah aksara. Sentuhan marhaen jelas ketara dengan dia menceritakan kehidupannya mengikut babak tahun secara anti-linear. Dalam bab-bab cintanya yang acap kali terlepas dari pelukannya, penulis menggarap perasaan dan pengalaman watak dengan utuh sekali. 

Aku paling gemar bab dia dan ayahnya mensisakan masa bersama. Salah satunya mengenai lukisan, di mana ayahnya mengajar dia cara melukis dari kertas kalendar dan menghasilkan kertas yang tiada nilai kepada sekeping kertas yang bermaruah. Bab penghujung, jelas terserlah ayahnya seorang yang kuat berpegang pada prinsip, yang menjadikannya bangga sebagai Nurul Asyikin.

Ia sebuah monolog panjang dengan selingan dialog dengang watak-watak kecil lain, yang menggarapkan pengalamannya menjadi seorang Nurul Asyikin yang berencahkan hitam putih kehidupan yang sesekali berwarna riang. Seorang sahabat berkata, ia kisah penulis, bagi aku, itu tolak ketepi dengan aku hanya melihat Nurul Asyikin. Novel ini isinya ringan, lebih ringan dari popkorn.

Salah satu petikan dalam Nurul Asyikin;
" Abah kata lagi sekali dekat aku, jangan nilai cantik. Kertas lukisan itu asalnya hanya sehelai kertas kalendar lama yang buruk, tapi ia sekarang sekeping kertas bermaruah. "
Rentetan babak ayah Nurul Asyikin memperihalkan nilai kecantikan pada lukisan.

Sekian review ringkas dari Luc Abdullah, Zine Satu Malam.

In by Anonymous, Monday 26 September 2011


kisah satu pagi yang biasa-biasa sahaja

10

Aku terjaga pagi itu setelah bermimpi roh gentayangan rambut menggerbang. Dia masih nyenyak diulit, membelakangi aku di sebelah. 

Sambil menongkat kepalaku dengan tangan kiri aku pintal-pintal rambut ungunya dengan jari telunjuk sambil mengalu-alukan aroma paginya ke setiap rongga tubuh. Sedikit hamis namun tetap menyegarkan. Aku rangkul pinggangnya dan dia berpusing mengadap aku dengan muka stoik masih kantuk. 

Aneh, tubuhnya tiba-tiba bercerai-cerai menjadi beberapa ekor kanggaru separa-mini bersayap ungu yang mengepak-ngepakkan sayap quasi-kelawar beria benar mahu terbang tapi setiap seekor hanya berhasil tergolek atas lantai. Aku hanya tersenyum sinis melihat mereka bertempiaran meloncat dan terhantuk siling disagat kipas dalam kamar utama itu, meneriak bahasa yang tidaklah pernah aku fahami. 

Aku kira-kira, ada sepuluh ekor kesemuanya. Aku tangkap seekor buat nasi kanggaru. Tak sedap langsung.

Petang itu aku pergi selenggara rambut di salun uniseks yang berbau buah stroberi. Rasanya ada mamalia buas berhabitat di dalam rambut ini.

by ahmad,


: .......... ::

1

murah,
maruah murah di jual di pasar lelongan
di lorong-lorong gelap
di bahu-bahu jalan
koyak camping perca membalut tubuh mereka

mahal
maruah mahal di butik-butik ternama
di kedai serba mahal
satin gemerlapan berkilau dimiliki mereka

tiada beza jika dua-dua diulit dosa.


Raja, hamba, dan askar.

1

Dia askar yang pulang dengan luka yang ternganga. Kaki kirinya lumpuh parah dan langkahnya juga penuh hati-hati. Dikampung halaman, suasana tidak lagi seperti dulu. Diri serasa kosong.


Dan dia terus ke halaman pusara melawat rakan-rakan seperjuangan yang tertewas mati. Ada yang sudah lama dia kenal, ada yang baru, dan ada juga nama-nama yang serasa asing baginya. Matanya tertumpu pada batu nisan disebelah kiri, sedikit kotor dengan debu-debu pasir.

Abu Bin Ahmad.
5 Mac 1933 - 10 April 1953.

Ini kawan baiknya. Inilah orang yang sering bermain wau bersama-sama di pesisir pantai sambil menikmati bayu laut yang suam. Inilah sahabatnya yang menurutinya mengaji bersama-sama di madrasah setiap maghrib dan pada hari dia merelakan diri sebagai benteng Negara, Abu juga ada bersama.

Sayangnya, mati mereka tidak sama-sama. Kerana takdir bagi setiap manusia sememangnya asing. Satu keputusan tekad Abu untuk mara kedepan sehinggakan terpijak periuk api tidak pula menyinggah kotak fikir dia. Badan Abu habis berkecai terbakar. Dia melihat bagaimana satu keputusan yang salah membawa kepada haluan yang jauh berbeza.

Jika ada seperkara yang peperangan mengajarkan dia, rasanya cuma satu yang dihadam dengan penuh erti dan maknawi.

Aku adalah Raja bagi kehidupan dan Hamba bagi kematian.

Dia masih cuba mengerti takdir dan setarafnya.

In by jhnrdzi, Friday 23 September 2011


Si Damping Petang

0

Gelas waktu jaganya dituang dengan persoalan berunsur kenapa dan mengapa.
dia memilih separuh kosong berbanding separuh penuh.
menggodak cairan hidup penuh keladak di dasar gelas.
meneguk perihal takdirnya yang tetap tak jernih walau ditapis.
tenggorokan perit berpasir.
meski acapkali sumbing gelas merabit bibir.
biar.
itu tanda ingatan yang disengajakan.
pedih itulah taulan yang takkan mungkir.
pedih si pengingat yang baik.
dan tatkala gelas jaganya kembali kosong,
ada kelibat bahagia hitam cuba menjengah.
usah dihalau.
kerana hari hari pun bayang itulah yang menjadi pendamping seusai petang,
mengikat dan mengurung rasional serta pertimbangan di genggaman jiwanya.

” Jangan risau. Aku masih sedar.“


-LITHIUM


Review : Ngeri

7

Ngeri merupakan novel ketujuh dari Fixi. Penulisnya Gina Yap Lai Yoong, cubaan beraninya sebagai novel kedua selepas mengeluarkan novel pertama beraura cinta. Sebenarnya, aku mengharapkan Ngeri yang ngeri. Mungkin aku sudah biasa dengan seni yang mengerikan menjadikan tahap thriller bagi novel ini, tak cukup thrill. Jujur aku katakan, novel ini tiada intipati seksual; jadi sesuai menjadi bacaan remaja sekolah yang masih suci mindanya. Manakala dari segi cara pembunuhan yang dia selitkan dalam ni, dia amat kreatif. Novel ini turut menyelitkan emel-emel interaksi di antara watak-watak dan perbualan telefon. Dari mula hingga akhir, ia menerapkan aura noir, tapi tak segelap yang aku sangkakan. Aku antara penggemar noir yang berbaur gelap, tapi bagi mereka yang menggemarkan ala-ala Nancy Drew dan nukilan Enid Blyton, cari buku ini, beli, dan nikmati.

Olahan watak-watak dalam kisah ini seperti Samuel, Joanne, Rehan, Profesor Bazri dan Leonald garapannya agak lemah (please penulis, jangan benci saya) tapi aku lebih sukakan watak-watak mangsa (dalam subplot) kerana menimbulkan gestur yang aku harapkan memandangkan mereka yang kena bunuh. Ada empat pembunuhan yang berlaku mengikut skrip, di mana kesemua skrip yang dihantar sebagai kerja kursus ditolak dengan alasan tidak realistik oleh Profesor Bazri.

Cerita yang bermula dengan interaksi di antara tiga sekawan yang sekelas dalam bidang perfileman di Universiti Filem Masyhur di mana Samuel dinampakkan wataknya yang suka bergurau kasar dengan kawan-kawannya tetapi malas serta suka menggunakan motosikal Rehan sesuka hati. Plotnya memuncak dengan tempo perlahan apabila kerja kursus mereka; hasil perahan jus otak Joanne dan Rehan tanpa bantuan Samuel, ditolak mentah oleh Profesor Bazri dengan alasan ia hanya cerita biasa. Samuel akhirnya berjaya mengolah cerita yang kreatif selepas bertekak dengan penjual burger. Skrip kedua berdasarkan ideanya ditolak mentah dengan alasan tidak realitistik dan tak mungkin ais dapat membeku selama sejam. Di situ terletak kekreatifan Gina dalam mengaitkan ais dan sains.

Skrip ketiga yang dihasilkan oleh Samuel selepas kemalangan jalan raya ketika berlumba dengan Jack bagi aku sungguh kreatif dengan berdasarkan Pinocchio. Rehan mulai menyokong Samuel dengan menolongnya membeli prop sementara Joanne masih teragak-agak berikutan skrip kedua yang mirip dengan kematian anak penjual burger yang terpampang di akhbar. Begitulah juga skrip ketiga dan keempat yang ditolak habis oleh Profesor dengan alasan yang sama. Kemuncak klimaks kecil berlaku bagi setiap pembunuhan.

Petikan pembunuhan ketiga :
' CARI BAHAGIAN BADAN YANG LAIN JIKA KAU BOLEH ' 

Dalam mencari siapa dalang sebenar dalam kisah ini, aku dapat meneka dengan betul. Nak tahu selanjutnya, beli dan baca. Cuma satu, bagi mereka yang menyukai noir berbaur gelap dan pekat, mungkin akan kecewa kerana tidak mencapai tahap inzal, ia lebih kepada rasa ingin tahu, tapi debar-debarnya tiada. Buat penulis, semoga terus menulis dan mencari ruang selesa untuk tema penulisan, seperti Jong Chian Lai yang telah berjaya dalam penulisan ke tahap Asia. Cerpennya telah diterjemah dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dan banyak lagi kejayaan lain.

Sekian, reviu ringkas dari Luc Abdullah, ZSM.

In by Anonymous, Wednesday 21 September 2011


berfikir dengan P

8

Tidur Marlon tersentap oleh tekanan tiba-tiba pada groinnya. Dalam jenguk-jenguk cahaya yang mengintai obskuriti, ada satu lembaga di situ.

Lembaga itu mengengsot mendekati kepala Marlon, meninggalkan jejak-jejak sedikit melekit, kemudian berhenti di atas dadanya.

Rupa-rupanya lembaga itu ialah segumpal lendir sebesar monitor crt 17 inci yang sedikit kekuningan(?). Kecuali satu bonjolan menegak di depannya, tiada ciri-ciri yang boleh kita klasifikasikan kepada apa jua jenis benda hidup pun. Lendir yang memberikan aroma tipis yang amat familiar.

Satu garisan merentangi lendir itu dan membuka satu belahan yang menyerupai mulut.

"Hai Marlon," lendir itu menegur sambil mengukir senyum.

"Err, hai?," Marlon masih agak mamai.

"Kamu kenal kami siapa? Kami fikir tidak maka biarlah kami iluminasikan kamu. Kami namakan diri kami Alex James. Kami ialah beban imajinasi lucah kamu terhadap Nurul Ain si setiausaha, Sara Ayu jiran sebelah, juga Nora Zain si model seluar dalam yang bertalu kamu rembeskan dalam tandas juga di atas cadar."

"Hah? Apa sial yang kau merepek ni?"

"Kami makhluk tanpa rupa, identiti juga masa depan, kerana kamu cenderung berfikir dengan penismu. Tapi kami tidak mahu menuding jari menyalahkan kewujudan grotesk kami pada sesiapapun, pada kamu mahupun semua perempuan seksi itu, kerana secara harfiahnya kami memang tidak berjari. Hahahaha."

"Ha ha."

"Tapi dengan intervensi alam, kami mempunyai kebolehan untuk bertukar solid dan kembali mencair mengikut kemahuan. Agak kool bukan? Kami datang menegur ni bukanlah apa, cuma mahu memperkenalkan diri pada individu yang paling rapat dengan kami, iaitu ayah kami."

"Oh, baguslah tu. Selamat berkenalan Alex James. Sekarang sila biarkan aku menyambung mimpi senggama aku."

"Boleh tapi first things first. Yang penting sekarang kami horny dan kamu sahaja yang available. Maaflah ye."



##


Mayat Marlon telah ditemui di atas katilnya selepas tiga hari. Punca kematian : tercekik. Limpahan semen melata selayak tsunami semen, melencuni tilam juga lantai. Setelah diperiksa, dalam lubang anus Marlon juga.

Pihak media bergurau mengatakan ini adalah kes orgy bertukar trajedi tapi setelah dipastikan semua jejehan semen itu milik Marlon sendiri, tiada siapa mahu berspekulasi lagi.

by ahmad, Tuesday 20 September 2011


Beretta

4

Derap kaki langkah seorang jururawat berstileto memecah kesunyian rumah agam dua tingkat itu menuju ke bilik tidur utama. Pintu dikuak perlahan. Diperhatinya si korporat tua itu sedang menikmati sarapan pagi di atas katil. " Selamat pagi, encik. " Sapanya sambil mengukirkan senyuman manis kepada majikannya. Farid Asnar membalas senyumannya dengan pandangan sinis sambil mengunyah perlahan roti bakar yang bersadur kepingan keju. " Kau lambat lah, Juli. " Kelu lidah Juli dengan air muka yang bertukar mendung. Dia segera membuka kotak ubat-ubatan yang terletak kemas di atas kabinet sebelah katil meneruskan rutin hariannya.

Usai menikmati sarapannya, Farid Asnar bangkit dari perbaringan menuju ke jendela. Diperhatinya tukang kebun sedang khusyuk mendandan taman bunga yang mengelilingi kolam kecil. Pemandunya pula sedang menyandar pada kereta mewahnya berbual mesra dengan seorang wanita yang bertubuh giur berambut ikal mayang. Wanita itu isteri Farid Asnar yang sah digomoli tiga tahun yang lepas. Dia menajamkan renungannya pada dua susuk tubuh itu. Mereka bertepuk tampar mesra. Isterinya tampak benar-benar gembira. Farid Asnar mengeluarkan cerut yang tersisip di celah langsir, disembunyikan supaya dia dapat melepas ghairah ke atas cerut yang sekian lama menghantui paru-parunya.

Sebaik sahaja cerut diletakkan di tubir mulut, Juli merentapnya. " Encik, tak boleh, paru-paru mesti jaga.Tsk tsk tsk. " Dahi Juli berkerut dan mulutnya terherot sedikit. Farid Asnar tersenyum lalu memeluk tubuh. " Aku orang tua malang, penat lelah cari nama, kayanya baru di waktu senja, ada bini hatinya bukan pada aku. Haha. " Dia kembali baring di kamar yang penuh dengan bantal empuk berkain sutera. Juli mematahkan cerut tadi lalu memasukkannya ke dalam tong sampah. " Kau, sudah ada calon suami? " Persoalan Farid Asnar membuatkannya tersentak.

" Soalan itu agak personal untuk seorang gadis, encik. " Tingkahnya. 
" Anggap saja aku ni sebaya seperti kau. Boleh jadi teman bicara tentang hidup, kan? " Luah Farid Asnar dalam memecahkan ruang yang dingin di antara mereka.
" Calon itu belum ada, pakwe tu ada lah, encik. "
" Eh, pakwe tu tak sama dengan calon suami ke? "
" Calon, haruslah dicari yang dapat menjamin masa depan, tapi sekarang, hati ini perlukan belaian. Hehe. " Dia tersipu-sipu malu.
" Ceritakan lah, tentang pakwe kau. "
" Cuma lelaki biasa yang meriki jalan mencari kejayaan dalam hidup, encik, tetapi dia seorang lady man. Manis di mata saya. Manis juga di hati saya. "
" Umur kau tak jauh dari isteriku, sepastinya dia menggemari lelaki yang manis, kan? " Farid Asnar tersenyum sinis. 
" Tidak juga, encik. Encik punya keistimewaan sendiri yang menyebabkan isteri encik terpikat. Saya sendiri kagum dengan isteri encik yang sangat berkarisma. " Ujar Juli sambil menghulurkan pil-pil harian yang harus ditelan kepadanya.

" Kenapa kau bergaduh dengan anak tukang kebun minggu lepas? " Juli terkelu lidah sebentar. Segelas air kosong dihulurkan kepada Farid Asnar. " Dia... perempuan murah. " Luahnya, geram. Farid Asnar menaikkan kening kanannya, sedikit. " Kenapa cakap macam tu? "

" Dia, memeluk Azim, semberono. " 
" Oh, pemandu aku tu, pakwe kau? " Juli mengangguk sambil menggigit bibir.
" Kau cemburu terlebih mungkin. Azim nampak terlalu baik. " Sinis senyuman Farid Asnar.
" Ini bukan kali pertama dia dipeluk semberono oleh perempuan entah siapa-siapa, waima di kelab malam sekali pun, ada jalang yang kemabukan duduk di pangkuannya lalu mengulit bibirnya, saya yang duduk di sebelah tampak ghaib di matanya. Hurm. " Dadanya sebal.
" Jangan dirundung emosi. Mungkin Azim cuma terlalu melayan. Anak muda. Biasalah. " 

Kedengaran pintu dikuak. Susuk tubuh yang amat dikenali Farid Asnar berjalan menuju ke arahnya. Dahinya dikucup lembut. " Sayang, I nak ke Boulevard sekejap. " Farid Asnar hanya mengangguk tanpa seulas senyuman. 

" Nak pesan apa-apa, sayang? " 
" Habiskan hartaku sepuas-puas yang boleh, ok, sayang? " Mata Farid Asnar mencerun. Isterinya masih tetap dengan senyuman manisnya. Tubuhnya yang montok itu tidak lagi mampu mengecurkan air liurnya. Dia  berlalu pergi meninggalkan bilik itu selepas cubaannya untuk bersalaman ditepis.

" Sambung cerita kita tadi, Juli. " Juli mengangguk. Masih setia berdiri di tepi katil.
" Dia, bagi saya, terlampau mesra. Si jalang yang duduk di pangkunya tidak dia tolak, malah dilayan dicium diramas. Kalau tak mengenangkan kami berada di pub, sudah lama saya kerjakan. Hemph. " Mimik mukanya berkeriut mengikut isi cerita. Anak tukang kebun sudah berparut lehernya akibat dicakar keras oleh si Juli. Farid Asnar berganjak dari perbaringan menuju ke jendela, perlahan, sambil terbatuk-batuk. Rasa kelat di tekaknya.

Diperhatinya dari jauh, isterinya yang bertubuh giur itu menarik lengan si pemandu menuju ke dalam rumah, pastinya pergi berjimba mengulit nafsu seperti hari yang lepas-lepas. Dia kembali ke kamar, lalu menyelimuti dirinya. Juli hanya memerhati perilaku Farid Asnar. " Juli, tolong keluarkan pistol di dalam laci bawah almari baju. " Arahnya sambil menahan sebak dadanya. 

" Untuk apa, encik? " Dia terpinga tetapi tetap menuruti arahannya.
" Aku nak minta tolong Azim. Tolong sampaikan, boleh? " Ujarnya sambil memerhati sepucuk Beretta 92 di tangan Juli. Tangannya menggenggam kuat selimut tebal. Urat lelakinya timbul berselirat.
" Okay, minta tolong apa? " 
" Pistol ni namanya Beretta 92, keluaran Itali tahun 1972, antik dan sudah lama tidak diservis. Aku nak minta tolong Azim bersihkannya, hati-hati, pistol itu masih bernyawa dengan beberapa peluru. " Juli mengangguk patuh, kagum dengan sepucuk pistol yang berada dalam tangannya.
" Sayang betul dengan barang antik, ya, encik. "
" Apa guna barang baru kalau tak berkhidmat untuk tuannya, kan? Pergilah sekarang. Azim mungkin di biliknya seperti biasa. " Senyumannya melebar, matanya memicing, sinis. Dadanya mulai berombak kencang. Juli kurang faham tetapi tetap akur. Dia meninggalkan Farid Asnar menikmati cahaya pagi yang memancar dari jendelanya. 

Suasana kembali sepi, matanya terpejam celik menahan kantuk, kesan dari ubat-ubatannya. Pandangan mulai kabur. Kelabu. Putih. Kelabu. Bang! Bang! Dua kali tembakan yang berturut-turut merentap kesunyian rumah agam. Jeritan merencah suasana yang hingar-bingar. Farid Asnar kepingin mahu menyoroti hingar-bingar itu dan menikmati suasananya tetapi badannya terasa lelah, kelopak matanya degil mahu menutup pandangannya dari dunia. Kelabu. Hitam. 

In by Anonymous, Friday 16 September 2011


Review: ZineSatuMalam: Pari-Pari siri II

4


terima kasih kepada encik Abu Abbas bin Saleh atau nama pari-parinya Gajah Putih. aku, menjadi lab rat produk pelangsingan hanya dapat menikmati naskhah kali ini di dalam jamban. tapi tidak apa, enak sebenarnya melayan naskhah ini terutama pada tajuk-tajuk yang berat [baca: tajuk oleh beliau sendiri] 

tanpa membuang masa sahur bagi sesetengah orang, baiklah aku mula menulis reviu kispen beliau.
akhem. 

Hikayat Raja Bukit, Tuan Segala Perang oleh Abu Abbas bin Saleh
membaca kispen ini buat aku terbayang Zaman Medieval yang kita selalu tonton di tivi. zaman yang masih ada naga, masih ada raja-raja yang istananya dilengkapi moat dipenuhi air dan peperangan itu seperti Sunday Mass sahaja.
dikisahkan di suatu daerah yang tinggal hanya pari-pari dan sejenis pohon yang buahnya diidam segala raja, kononnya panjang seribu dinasti lagi umur mereka jika dimakan, dipuja setiap malam oleh penghuni daerahnya dan gameo antara puak menjadi penghubung keamanan. kegilaan mahukan umur panjang buat daerah itu kacau bilau dengan datangnya si tamak, yang akhirnya sampai hajat melalui ajaran yang sakit. di pertengahan cerita itu diselit bagaimana gosip buah Bunga Utama sampai ke telinga si tamak tadi.

ah. 

sawan. ia seperti meneguk minuman fiber yang sudah kembang. jika aku tersilap percaturan baik kiranya bin Salleh betulkan. aku perlu sangkut baju di jemuran.

BikiniFairy oleh Nub Mohd Tahir
kisah seorang kanak-kanak yang didampingi pari-pari berbikini, mengajar ke arah kesesatan. ini bukan kisah Fairly OddParents yang melunaskan segala hajat si anak. seks jadi mainannya, memperalatkan anak itu supaya membesar dan menjadi sepertinya juga. jadi realiti ngeri, seperti suatu scene dalam siri drama Supernatural.


sekian reviu dari seorang human lab rat. sila komen atau betulkan tanggapan aku terhadap karya kamu.
wassalam.


sayang

13

Hi, nama i Sarah.
I ada bf, namanya Zahiril.
Mukanya petak, tapi dia bukan robot.

I luv Zahiril sangat-sangat.
Dia kata i lah segalanya,
dia bilang i lah selamanya.
Hidup matinya, hanya untuk i cuma.
Tiada yang lain.

Oh babe, don't u know how much i missed u.

Tapi itu minggu lepas.
Sekarang i sudah ada bf baru.

Namanya Adzim.
Mukanya bulat, tapi dia bukan gemuk.

Adzim, i luv u sangat-sangat.
U kata i lah segalanya,
u bilang i lah selamanya.
Hidup mati u, hanya untuk i cuma.
Tiada yang lain.

Oh, di celah-celah pussy i ni ke?
Sorry, ni telinga Zahiril, ex bf i.
Eh Adzim, kenapa u buat muka begitu?

Tahniah sayang, nampaknya pussy i ni laparkan u.

#

Hi, nama i Sarah.
Apa nama u?

by ahmad, Tuesday 13 September 2011


trivia 2

5

Tahukah anda?
Zoul Yazix, diktator ZSM yang menetapkan syarat perlu menulis dalam tulisan penuh dan tidak boleh menggunakan bahasa eww dengan ejaan bukan bukan yang memalukan seperti saia sayunk awak sanad sanad dalam Zine Satu Malam suatu ketika dahulu pernah menulis SePerTi Ini DenGan EjaAn yaNk Tah aPe apE daN tuRut membAhasAkan diRinYa sebAgai aKo.

Anda mampu mengubahnya.

- ZY


trivia

9

Tahukah anda?
Boy Antropini, iaitu diktator nekrofilis yang menghalalkan genosaid tiga ratus ribu umat manusia itu pernah memasukkan tangannya ke dalam lubang jamban semata-mata untuk menyelamatkan seekor kumbang yang terkapai kelemasan semasa dia kanak-kanak dulu.

by ahmad,


Ngeri

3


Dia menggigil kelu tersandar di tepi dapur. Terpejam celik merenung telefon mudah alih yang baru kejap tadi berdering. Perbualan yang singkat tetapi mampu menyelerakkan emosi ke tahap maksima. Di hadapannya tercatuk sebuah kepala yang amat dikenalinya. Dapur ini kawasan jajahan ibu memasak lauk mengisi perut. Air mata menitik membasahi dinding ego. Telefon mudah alih bergetar sekali lagi. Punat hijau ditekan. " Hanif... " Suara serak-serak basah menusuk gegendang telinga. Dia kelu.

Aku sedang menunaikan permintaan kau. Kau nak semua ahli keluarga kau lenyap kan? " Corong telefon bergema lagi.

Tak.. tak... aku tak maksudkan... Argh! " Telefon digenggam kuat, seakan-akan mahu dibaling jauh. Jauh dari mata.

 Adik perempuan kau comel, mungil, dada yang tengah mahu subur, akan menduduki PMR kan tahun ni? "

Gampang! Jangan sentuh adik aku, lahanat! " Hanif mendengus, kasar.

Menikmati anak gadis ternyata amat memuaskan, kau harus cuba suatu hari nanti. Hatinya sedap dikunyah dengan merendamkannya ke dalam perahan limau nipis. Ah. " Matanya terbuntang, hatinya sebal, peluh merecik-recik di dahi. Sebaik sahaja mahu membalas kembali suara garau tersebut, talian terputus.Langkahnya diatur laju menuju ke bilik adik perempuannya. Telefon mudah alih terlepas dari genggaman. Sekujur tubuh tanpa seurat benang, dengan dada yang terburai isi, dan mata yang terbuka luas, seolah-olah dicabut rohnya dalam keadaan terkejut. Hanif melutut lemah. Kolam harapan yang terletak di hujung kota bersipongang di kotak ingatan. Duit syiling 50 sen dibaling ke dalam kolam, dengan sebuah harapan keluarga yang kucar-kacir ini lenyap. Lunyai. Telefonnya bergetar sekali lagi. Getarnya turut menggetar tulang belikat. Ayah...

(untuk kongsian)

In by Anonymous, Monday 12 September 2011


unfolding

6

Lebat edan sepanjang hari,
Harap dapat tulis pasal ini.

Itulah pantun melankoli terakhir Igu, si iguana biru pakar berbahasa hopelandic sebelum diheadshot dari jarak 2 kaki oleh seorang lelaki yang mengenakan dress putih penuh calit merah dan berwig paras bahu dengan revolver Colt Single Action Armynya.

Lelaki yang seraya meniup asap dari muncung senjata vintaj terus dipeluk erat gadis ayu bertelinga sedikit capang dengan kuntuman senyum pseudo-angeliknya.

Itu mungkin temanitanya, fikir Igu sebelum nafasnya yang penghabisan.

by ahmad, Sunday 11 September 2011


Review: ZineSatuMalam: Pari-Pari

9

Link download ZSM Pari-Pari:

Salam sore.

challenge baru ni agak mencabar bagi aku yang kurang minat tentang fantasi dan tahyul-mahyul rakyat dan mungkin aku tak dapat memberi review yang bernas. tapi aku cuba interpret dengan sebaik mungkin dan aku sedia dimaki-hamun. zine 51 muka surat memang satu cabaran juga untuk aku menelaah dengan teliti, aku rasa dah macam baca mastika edisi kaum bunian pun ada. haha.

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari biasanya digambarkan sebagai berbentuk seperti manusia, dan mempunyai masyarat tersendiri. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas. Asal mereka tidak jelas dalam cerita rakyat, dengan pelbagai kelakuan, dan bentuk shaitan, atau spesies yang bebas sepenuhnya dari manusia atau malaikat.
(deskripsi Wikipedia)

Ni ke pari-pari?

Special thanks to Mr. Lucifer, design muka hadapan yang hensem.

Aku baca beberapa kali dan aku suka ada illustrasi, meriah. Review dibawah.

1. Nombor 5 oleh Zuliza
Bagi aku ni picisan yang paling logikal dari yang lain, counter-fantasi dan menimbulkan persoalan lalu melaparkan fantasi anda tentang perihal pari-pari yang penuh enigma. sesuai menjadi pembuka selera kerna kalau ditengah nanti ia akan menjadi satu tamparan padu kembali ke realiti. secara peribadi aku sangat suka persoalan nombor 4, satu pengajaran untuk ibu-bapa dan nenek-atok supaya tidak memomokkan anak kecil tentang cerita dongeng seperti hantu kopek, pari-pari gigi dan sebagainya, nanti nak duit punya pasal semua gigi dicabut pakai playar muncung tirus, sapa nak jawab?

2.There is someone like an angel oleh Isha Idiaz
Ah...alegori sebagai appetizer. Ini satu alegori ditujukan bukan untuk kekasih, lebih kepada sahabat rapat dimasa sedih atau sesiapa yang rapat tanpa ikatan romantik. ringan, tepat dan sesuai dengan alegori dan tema. Nice.

3. Anamilla, si pari comel oleh Lieyanna Esmeralda
Mulanya aku dapat bau satu aksi pedophilia inter-species, antara manusia dan pari-pari tapi tidak kusangka mood ZSM Fiksyen Noir masih terlekat kat benak akal Lieyanna, aku dah bayangkan Tooth Fairy dalam Hell Boy: The Golden Army, gore dan comel pada masa yang sama. anda berjaya bermain dengan fantasi dan memanipulasi dugaan pembaca, mengikut persoaalan keempat oleh Zuliza, cerpen sebegini tidak sesuai didodoikan untuk anak kecil.

4. Nukilan Buat Puteri Cahaya oleh Mya Amira
Stu nukilan alegori yang indah untuk Puteri Cahaya oleh Mya. Puteri ini boleh jadi seorang anak mahupun kekasih bergantuung kepada anda untuk menilai sama ada dia seorang bapa atau boifren. Satu puisi murni tanpa asmara dan berahi yang terlampau. sangat indah.

5. Pari Pari oleh Faiqah
Fantasi, harapan dan cinta kalau dikacau, dikocak dan dicampurkan dengan realiti mungkin akan jadi kenyataan. takpa, faiqah, ada pari pari cam gambar kat atas dan puisi ni ada berbaur suicide, masam manis=best. persona puisi ini seperti seorang yang sudah putus asa, hanya menunggu fantasi dan keajaiban yang mengubah segalanya.

6. Pari-pari itu wujud oleh Amalina & benda kecil
Aww, man, kalau didi tu terkencing dalam seluarkan baru lah terbaik. Anak kecil memang selalu nampak perkara-perkara ghaib dan pabila mereka memberitahu tentang itu kepada ibu-bapa, tidak akan diendahkan kerana suara anak kecil sentiasa diperlekehkan oleh orang dewasa yang selalu mahukan logik dan penjelasan disetiap kejadian. dengan anak kecil kita mungkin sudah lama jumpa bigfoot dan segala haiwan cryptozoology.

7. Lucy Si Peri Comel oleh Lavender Harum Wangi
suku pertama zine. JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAJUK YANG 'COMEL'. ni lagi satu kes kesan ZSM fiksyen noir yang tak abis lagi atau korang semua memang manusia yang kanibal, sadis dan gore. cerita ni macam cerita rakyat Baba Yaga dan Hansel and Gretel tentang wanita dengan sakti yang mengamalkan kanibal anak kecil untuk memperkuatkan saktinya dan mengekalkan awet muda. hanya bacaan 18 tahun keatas. sekali lagi, baca persoalan 4 semula. haha. tapi memang padat dan diceritakan dengan efektif dan indah.

8. Pari pari oleh Perempuan
Aku meletak persona ini seorang yang nihil atau seorang yang dalam kencah kehidupan yang tidak lagi indah, pengambilan nikotin berlebihan dan putus asa yang amat lalu menidakan segala keindahan alam. kehadiran pari ini mungkin satu jilid baru bagi persona, mungkin satu cinta baru dengan harapan dan masa depan yang gemilang. haha, sangat indah.

9. Pari pari yang terkurung. oleh Amalina & benda kecil
Aku teringat zaman Neopet dulu, ni light faerie in a jar hasil buruan Balthazar. Harap tak bogel pari-pari ini. sangat enigmatik, tragik dan indah pada masa yang sama. simple dan penuh makna.

10. Angel Si Pari Pari oleh Xalleh Razaz
hmm, aku rasa cam cerita superhero-to-be, malang sekali spiderman rogol budak sekolah tapi mati, tragis. aku suka personafikasi zombie dan pontianak, aku faham apa yang kau ingin maksudkan, banyak label yang ko bagi kat sesetengah kumpulan masyarakat, ahli gusti sebagai politikus hendaknya. ini cerita marhaen kota fantasi yang diinspirasi oleh realiti. nice bro.

11. Sang Mimpi oleh Sang Tekukur Jantan
Siapa Dhil Sukarna? Pari-pari dari Jeli? Kolam dihujung lorong hutan bakau? mimpi yang aneh. mimpi basah mungkin, impian lelaki baru baligh. aku kurang faham, plot terlalu pendek. tapi memang heaven lah kalau dapat berkubang dengan pari-pari dari Jeli atau dalam jeli. ehehehe.

12. Wahai Pari-Pari oleh Eszol RAAR
hahaha, pertengahan zine buat aku senyum lepas cerita pari-pari yang gelap.
Persoalan yang tepat kalau boleh satu masa kita bertemu dengan pari-pari nanti, aku paling suka dengan soalan yang "Wahai Pari-Pari kamu punya pari-pari versi Ibrahim Ali tak? Wahai Pari-Pari tak perlu jawab soalan yang tadi kerana saya tahu katak seperti beliau tidak mungkin sesekali menjadi pari-pari." dan aku secara peribadi berharap di dunia pepari golongan pepari saiz ekstra tidak didiskriminasi walaupun tak dapat terbang lama. Sangat tepat dan sinikal. Nice

13. Pari-pari SMS oleh Iqbal Zarin
What the heck, meng? teringat kembali pasal cukai 6% yang baru dikenakan baru-baru ni. Pari-pari tu warna apa? kalau hijau tu pari-pari Maxis, ni mesti warna biru kan? haha. Sinikal dan satire abis, terbaik.

14. Pari pari biru. oleh Rose Merah.
Realiti sentiasa kejam, hipokritikal, kepura-puraan dan tidak adil, itu sebab manusia berfantasi untuk keluar dari realiti. satu ode yang romantis separa tragik, mengenangkan bagai mana manusia mencorak dunia ini dengan kepentingan sendiri dan ketamakan. dunia boleh menjadi satu tempat yang indah jika semua orang memberi ruang untuk memahami yang lain dan sedia berkongsi segalanya secara gratis. Hebat!

15. Kenapa Kau Pari-pari? oleh ThePhyscoDeeDean.
ni kes dengki ni. persona adalah seseorang yang dapat menilai kecantikan dengan teliti dan dia mahukan perhatian yang diberikan kepada pari-pari itu. namun, realiti mampu berikan dia serupa seperti itu jika dia mengabdikan diri kepada sesetengah pihak, kejam bukan? jadi cintai lah diri anda seadanya dan senantiasa ada seseorang yang sangat menghargai anda lebih dari yang lain. satu puisi yang best.

16. Kerana engkau adalah pari pari ku. oleh Isha Idiaz
lagi satu alegori yang indah dari Isha. Mengingati kekasing yang sentiasa menghilangkan segala kesedihan dalam kalbu dan mengukir senyuman pabila memandang wajah si kekasih. kekasih yang sentiasa tersenyum tak kira apa dan hampir ajaibnya dengan pari-pari. hah, magic.

17. Pari-Pari oleh Superhero AL
pari-pari hijau atau dolar amerika syarikat, ni puisi mengenai seorang kaya dan seorang papa kedana dan anak si kaya. mungkin ini ada kena mengena denga cukai 6% baru? siapa tahu kan.

18. Design 1.jpg oleh Akid Evererest
masih terfikir mengapa bidadari itu sampai pinggul saja, come on. nak peha! pujian keatas karakter lelaki yang sangat power dan kepak yang abstrak. tahniah.

19. pariparitipu.jpeg oleh Isaac Ismael
illustrasi mengenai bidadari telah dipanah hatinya oleh cupid, siapa yang menyintainya? outline agak kasar tapi dengan trademark sendiri. rambut, anak panah dan kepak memang superb. nice.

20.Labyrinth Hati Harry oleh Ramona Bunga
Harry bukan good boy yang ramai gadis-gadis idamkan, bad boy yang hanya sesetengah dapat memahami isi hati mereka, satu cerpen mengenai cinta antara bad boy dan seorang gadis, dimana lelaki itu selesa bersama persona dan lelaki itu seorang manusia yang masih perlukan kasih sayang walaupun dengan apa cara. pari-pari itu adalah persona yang memberikan segala daya dan kasih pada lelaki tersebut, walaupun tak berkepak dan boleh buat silap mata, aku yakin bagi Harry dia adalah pari-pari. Nice.

21. Penyakit Aneh di Negara PariZineSatuMalam oleh Linda Zizan
hahaha, sinikal, sakarstik dan memahami, ini apa yang dilalui oleh penulis ZSM setiap kali challenge baru keluar, kadang-kadang last minit tau, takde idea, takde masa, komitmen dengan bini/laki dikala lewat malam. tapi kali ni sebagai reviewer aku dan nk schizo dah ni, 31 karya yang korang bagi semua awesome. tapi pada masa yang sama, terima kasih kepada kontributor semua yang naik psikosis malam aritu. aku dah cam nak muntah darah dan aku dah salahkan zoul dan nasyrun kalau ada yang makan ubat gegat lepas ni. hahaha.
AMARAN KEMENTRIAN KESIHATAN: ZSM BOLEH MENGUGAT KESIHATAN MENTAL ANDA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG. haha

22. Fay oleh Qiez Medusa Ar
"Her sun kissed face pale like a dead surya."aku suka ayat ni. aku rasa ni pasal seorang gadis yang bunuh diri dan kesal dengan kewujudannya tapi aku tak berapa nak faham paragraph 5 yang die amik kasut kuda tu dan "Authority of Verification and Registration of Ethereal Beings". tapi sangat well-written, sangat enigmatic somewhat satu fantasi yang tak berapa nak indah. Terbaik.

23. Sistem oleh Lucifer
Satu cerpen yang boleh dikatakan anarkistik, anti-state dan anti-autoriti. tapi anarki bukan bermaksud tiada etika mahupun garis paduan tapi tiada ketua. peranan Alexial menjadi seperti hantu krismas sangat hebat diceritakan dan Aloysius sebagai anarkis yang sebenarnya masih mencari kebenaran untuk kebaikan sejagat. Aloysius bukan ke nama anak saudara pua chu kang. hahaha. cerita ni setting die cam post-Apocalypse. Nice.

24. Si Pari Pari oleh Johan Radzi.
kan indah kalau semua kejadian bunuh diri berakhir dengan ini. Terselamatnya Bisk dari mati dengan sia-sia dan kehadiran Asha menyelamatkan keadaan macam Knight in shining armour dan damsel in distress plotnya cuma dengan cubaan bunuh diri Bisk. Nice, macam anime Ah! My Goddess pun ade. hehe

25. Hikayat Raja Bukit, Tuan Segala Perang oleh Abu Abbas
come on! tak kan aku nk review aku punya kot. ni tugas Martini Muaz. haha.

tapi ni kosa kata
gameo(greek)=perkahwinan
hetairismos(greek)=pasangan
mana(german;menarch)=kuasa batin
atua(polynesia)=tuhan;kuasa batin
lamellar=sejenis baju besi terdiri dari kepingan plat logam yang ditindih seperti sisik
satir(greek;satyr)=faun;semangat hutan;separa manusia dan kambing

26. Penyampai Hajat oleh oleh Martini Muaz
hahaha, klasik ala anak itik hodoh, sapa nak ditukar jadi angsa putih/swan? bunuh diri atau hidup sebagai angsa? weh, baik bunuh diri. hahaha. kalau dijadikan sketsa/wayang gambar, sure lawak. haha. Penyampai hajat yang hampeh. haha.

27. 1001 Teladan oleh Syafiq Mohamad
ada elemen jack and the bean stalk, cinderella sikit dan ade elemen dadah. walaupun, ada stereotaip karacter gemuk, cerita ini tentang realiti hidup dalam masyarakat yang suka berasuah, membodek, dan kuasa autokrat yang kuat lalu menindas masyarakat kelas bawahan. Nice, aku suka cerita camni, korupsi dan fantasi, satu kombinasi yang unik.

28. Para Pari oleh Nasyrun
ahahahah, karya maha sinikal dan sakarstik. nice bebeyh. aku kalau nk tambah, muka Nathan rompong dan berparut kena cuka getah boleh tak? moral cerita ni pari-pari wanita sangat agresif kalau pasangannya selingkuh terus bankrap dilkerjakan si pari-pari wanita itu.(sama juga dengan manusia) ahaha. menoceng tu part paling best, dah teruk kena pun boleh pikir lagi pasal awek tuh. haha. nice bro.

29. Pari pari susu pekat manis. oleh Zoul Yazix
sape nak pari-pari kalau nak susu teh pekat lemak ber krim? nice, sinikal dan komedi luar norma.

EDIT:
Sorry kepada yang tuannya karyanya dibelakang, cam Zoul, review pendek, aku tengah packing barang nak ke kolej aku sambil bapak aku dah tunggu aku, sempat pulak aku menulis review, bersabung aku ngan bapak aku bagai garuda dan jentayu.

Korang boleh sangat berikan pendapat pasal review aku, kalau ade salah review sume and Martini Muaz, indah kalau ko boleh review aku punya or sapa-sapa yang boleh bagi pendapat pasal aku punya cerpen.

adieu.


Jalan Yang Dua

1

Kalau dalam hidup ada dua jalan,
Di benak otak yang senak membayangkan jalan satu pecah dua.

Mula tapak kaki melangkah di depan simpang,
Mula otak pening pinar berputar mahu pilih yang mana,
Mula golak konflik jiwa,
Yang itu apa cerita,
Yang ini apa cerita.

Yang putih letaknya di ceruk mana?
Yang gelap syaitan pula di ceruk mana?

Harus juga ada yang kata,
“ denai yang nampak hitam itu sebenarnya syurga, “
“ denai  yang terang hingga silau kornea itu neraka! “

Aku?
senang dengan jalan pintas.

tapi, hei,
Kau -- sebenarnya nak ke mana?



Pahlawan Gudang Garam

3

"bro, rokok sebatang" 

itu lah kata kata terakhir lelaki tersebut sebelum rebah disisi meja restoran mamak seksyen 7 dengan mulut herot, gigi mereput, leher berlubang dan kemaluannya mengeluarkan asap berbau sirap mapel. Perokok perokok yang sedang melayan perlawanan bola sepak liga perdana inggeris bingkas bangun datang memberikan penghormatan. Setiap seorang daripada mereka mengeluarkan sebatang rokok, bakar dan kemudian melemparkannya ke sisi lelaki yang rebah di lantai tersebut. Asap rokok berkepul kepul memenuhi ruang udara restoran sebelum tubuh lelaki itu samar samar terbakar lalu hilang bersama sama debu yang ditiup angin.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan penghuni penghuni syurga kretek.

by zoul yazix, Thursday 8 September 2011


deskripsi

9

Keanu si kambing busuk pada malam isnin 11 Oktober adalah seekor kambing biri-biri wangi berbulu putih awan dengan sedikit calit warna pelangi yang meloncati pagar kayu, mengungguli acuan koreografi tanpa cela atas satu planet kecil berwarna merah jambu bersama teman-teman yang juga seputihnya. Nuansa hentakan kaki beritma yang kadang-kadang membawa kepada migren. Keanu pasti dia wangi kerna ada simbol-simbol semacam bunga terawang-awangan di sekelilingnya. Oh, ini semua adalah mengikut deskripsi seekor kambing hitam tempang yang bernama Kenu. Kenu yang hobinya pada masa lapang ialah membuat suara robot di depan kipas dan kunyah ais. Deskripsi Rohimah mungkin juga berlainan.

by ahmad,


Incarnated Torment

4

I am never an angel
You are never a warrior
I was wrong,
you're not my fated savior
Bliss and victory were short lived
My purest heart, you have deceived
Off all the agonies I'm forced to devour
There's no love, sweet or sour

Why does this heart keep beating
Filled with remorse, I dare not breathing
Tears falling and bloods dripping
Souls wandering, heart ripping
Will you alas repenting?

Dusty,rotten,useless promises
The curses torch the pain inside
Revealing flaws.
Oh,Mr Wisdom go merciless!
Run or fly,can you forever hide?

Dusty,rotten,worthless vows
of tender joys,rapture incarnate
Exposing scars.
Ah,Ms Prudence, go prideless!
Swim or dive, still swallowed by tide

I am never an angel
You are never a warrior
My fated savior, you are NOT!
Lets shed the waste,release this knot

Bliss and victory were short lived
My purest heart,you have deceived
Of all the miseries I'm forced to endure
There's never love, sweet nor sour






p/s : hello! 
Larasephia was here. 
http://laraserphia.blogspot.com


Disappointment and Resentment

2

Disappointment
Years I have long the northern star
Shining with grace in the stellar sky
Bless be the day you came bless me
Bless me with hope and direction
I worship like a deity
that I have faith near god-like
Nay, you just a mere
Player in this cruel drama
I regret every dry thirsting breath
Every day and night pass missing shadows

True cruel colors
Madonna unconcealed her dagger
Stabbing unwary sad victim
Thrusting his ribs 60 times
She relish in the blood bath
Dancing, merrily merrily
There he lies, spasmodic movements take his hope away

Cries of her plea of eternal love
Just another killer act
Her sweet poem just another death certificate
Being with her just like
Algojo holding guillotine trigger
Her words, her angelic voices
Beg my death wish
Her soft fair skin
My veil shrouding my end
Her warmth
Hell inferno burned by hers

Resentment
Tomorrow, Tomorrow, Tomorrow
Sun and Moon Ferris Wheel turn furiously
Leaving the them who sleep behind
Full Moon thunders the midnight sky
I’ll wait the sea to dry up
So we can dance again in the ballroom
Waltz, Tango, you name your music
Festival I dreamt
Another massacre awaits
I can smell the dying love stench
Horrid, Putrid, Bloody, Foul
Grinding by delicate senses
But I can’t tell whos dying
Either neighbor next door
Or my necrosis holding my soul
Rancid flesh, Puss and Blood
Tearing the affection
Fatality is sure
Death of love
Love that magical and wonderful
Magics can be illusions
Casted by witches and warlocks
Hexed, that I may not moved, paralyzed


I rise as a grey, gloomy ghost
Wandering, earth-bound
Long for warmth
That run on skin of players
As a pay for the play they sang
I would haunt you
In your memories
Hammered on you sin tablets

If
Just if
In the other life, moment
I saw your visage, spectre
I’ll turn my head away
Shifting, dive to the crowd
Away from your beg for forgiveness
Believing that would be much sweeter
Than crushing your cranium
Driving it hard to concrete wall
And drinking your fluid, intoxicated with it

What if,
Your treason to love
Your homicide of infant love
Is just a man’s foolish accusation
Pray for my happiness
Pray that you can rest peacefully

Here
I dress myself gray
Mourning, cry a tear less grief
Friends and relative come and go
A funeral that you would never came, invited
Death of our dear friend,
Named, Love.


365 hari

1

Alia - Gadis Pantai Timur.
Haziq - Jejaka Selatan.

Haziq memulakan misi memburu gadis pantai timur itu. Bersungguh benar. Tidak pernah putus asa mengejar si gadis. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itu prinsipnya.

Ajaibnya, mereka tidak pernah bertemu walau sekali. Sekadar mengirim gambar lewat telefon bimbit. Cinta itu buta. Mereka peduli apa.


Langkah pertama dimulakan;


" Alia, kita kenal sudah hampir setahun. Aku sayang kau. Sudi tak kau jadi dewi hatiku? "

-- " Haziq, aku kira aku bertepuk sebelah tangan selama ni. Aku gembira. Kau lah arjuna jiwaku. "


Maka bermulalah pengembaraan ke alam cinta. Setiap hari berutus kata. Biasa, adat orang berkasih.

Seorang di selatan, seorang di panti timur. Jauh terpisah. Bagi mereka, jarak jauh itu lah yang mengukuhkan lagi cinta mereka. Mereka berdua gigih menjaga hubungan agar berpanjangan.


Sebulan, dua bulan, tiga bulan; masih mencintai dan dicintai.

Masuk bulan ke lapan;

" Ok lah bby, I tidur dulu. Penat. I love u, syg. Take care. "

-- " Ohh, ok. Kesian u, tidur lah k. I love u too. Gudnite, take care. "


Selang satu minit;

" Hai Amy, dah tidur?"


Alia gelisah. Haziq pandai berdolak dalih dan memujuk rayu. Alia kalah. Alia mudah memaafkan Haziq dan menganggap ia perkara kecil.

Bodoh. Terang terangan lelaki itu menipu kau!


Tiba bulan ke dua belas, genap setahun menjalin cinta.

Hubungan dewi dan arjuna itu mula goyah. Alia saban hari menghubungi dan bersungguh menjaga hati si arjuna tetapi dilayan sambil lewa. Seperti bosan.

Geram dengan sikap arjuna jiwanya yang semakin lama semakin menyeksa dan memakan diri sendiri, Alia nekad mahu berpisah.

" Haziq, aku rasa sudah tiada cinta dari kau untuk aku. Kau layan aku pun dah lain. Aku rasa sudah sampai masanya. Terima kasih arjuna. "

-- " Alia, kenapa ni? Apa aku dah buat? aku masih sayang kau. Kau dewi aku! "


Tiada balasan. Alia terlalu sakit hatinya. Jika dibalas umpama meletakkan garam di luka yang berdarah. Perit.

Tiga minggu kemudian Alia mendapat tahu bahawa dia dewi kedua dalam hidup Haziq selama ini. Terasa sangat bodoh dirinya saat itu.


Haziq menduakan Alia selama 365 hari.


Salam Kenal

4

sudah kenal
salam tinggal itu sudah janji

kelongsong duniawi bukan abadi
tinggal nama
tinggal memori
akan luput dipukul ombak
ombak zaman

Salam, nama aku Abu Abbas dan nama penanya, Gajah Putih. Zoul memberikan aku kepercayaan untuk me-review buku, puisi dan apa-apa hasil penulisan kalian semua. Harap diberi tunjuk ajar.

Blog peribadi aku: http://abuabbas1991.wordpress.com/
p.s. malang sekali aku pakai Wordpress. haha


Bangun Pagi

8

Jam 8 pagi dan aku terbangun dari mimpi yang tidak berapa indah. Dari bawah gebar aku lihat badannya. masih berbokser putih. Seksi. Lalu aku hulur tangan memeluk abdomen dia.

"Eemmph."

Ya. Ini baru indah. Seindah fiksi-fiksi tulisan penulis wanita malaya. Seindah Carl Zafran yang bermata biru-hijau. Seindah langit pantai timur waktu senja. Seindah malam Putrajaya.
Dia yang bisa memberi aku ejakulasi infiniti hanya dengan ciuman di pipi.

Johan.

Johan di katil, Johan di padang, Johan di pejabat, Johan di pinggan, Johan di cermin. Johan ada di mana-mana. Hingga kadang-kadang aku lihat muka CEO botak dengan kulit menggerutu itu juga seperti Johan. Oh Johan, Johan Johan Johan Johan Johan Johan.

Aku mabuk Johan sejak mula belajar merangkak dari pub ke pub. Dan Johan, seperti alkohol yang aku telan di setiap perhentian, memberi aku ketagihan. Ketagihan yang tiada taranya.Yang aku fikir jika aku ketiadaan dia maka tiadalah makna hidup yang pendek ini yang lalu mungkin akan aku putuskan untuk memendekkannya lagi. Kau fahamkah itu Johan?

Dan Johan kata ya. Dia faham. Dan dia takkan tinggalkan aku untuk gadis-gadis yang menggedik menghimpit  dia saban pagi hingga malam.

Johan, kau tahu aku pernah menangis gembira dengan kenyataan itu? Dan mulai dari itu aku sentiasa bersama Johan. Bangun pagi nampak Johan. Sarapan dengan Johan. Berkereta ke pejabat dihantar Johan. Makan tengahari dijemput Johan. Petang dibawanya aku pulang. Malam kami bersama dan kitaran itu berulang, berulang, berulang. Johan ada di mana-mana.

Namun, hari ini selepas aku memberi pelukan itu kau berpaling membelakangi aku. Ini pelik, Johan. Kenapa, Johan? Kau benci aku? Kau sudah ada gadis yang kau suka himpitannya dari pagi sampai malam?

Lalu selepas sarapan pagi Ahad yang mendung ini kau tarik tangan aku. Kau peluk aku hangat-hangat, kejap-kejap, rapat-rapat, erat-erat. Kau minta maaf. kau sebut sejuta kata bermaksud cinta. Tapi aku masih keliru kenapa namun hati sudah tidak tenang dan tidak sedia untuk luka.

"Aku mahu kahwin."

Aku angkat muka dengan mata bersinar. Puppy eyes, orang kata. Setelah sekian lama bersama...

"Dengan Anna, kau kenal kan? Gadis yang bekerja di warung hotdog Wak Jaman?"

Aku tolak Johan. Tak mungkin! Tak mungkin!! Kalaupun dia mahu kahwin kenapa dengan Anna? Dengan gadis itu? Apa kurangnya aku? Kenapa bukan aku? Bukankah Johan sudah lama bersama aku? Tak gembirakah dia? Selama ini perasaan dia terhadap aku apa? Bagaimana? Sebagai apa?
KENAPA?

Botol-botol wangian jenama terkemuka aku baling satu persatu. Mula dengan CK hadiah dari Johan, dia mengelak ke tepi, lalu terkena meja sisi. Aku baling Paco Rabanne kegemaran, tersasar terkena dinding. Aku baling Carolina Herrera tapi terjatuh cuma di kaki. Chanel. Versace. Hugo Boss. Guerlain. Semua sipi-sipi. sampai ke Annick Goutal yang kedainya tiada di Malaysia, yang mana dulu aku terpaksa makan roti dengan air kosong untuk simpan duit ke Singapura semata-mata untuk membeli sebotol ini, dia jerit suruh aku berhenti.

"Kau mahu tahu kenapa?"

Aku menangis. Botol kecil Annick Goutal aku letak kembali. Pandangan aku berbalam-balam aku biarkan saja. Saat itu aku cuma mahu tanam diri aku saja.

KENAPA???

"Sebab....."
Aku duduk. Teresak-esak.

"Sebab kau lelaki, Mikey."


Review : Aku kan novelis! - Nurul Syahida.

5

Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
Sabah / Sarawak RM20.90
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8
"Dunia ini adalah rumah sakit jiwa. Gua dan lu juga adalah pesakit gila," jawab Roul.

"No. Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yang aku matikan pada bab pertama."

"Tapi lu tak matikan pun. Lu cuma harap lu boleh matikan. Sebab sampai sekarang pun gua masih lagi ada disini. Dan lu masih layan gua bercakap."

Kuketap bibirku. Melayan pemuda ini bercakap hanya akan membuatkan aku rasa makin sakit hati. Keadaan itu kuteruskan sehingga sampai di hadapan bilik editor. Tombol pintu kupulas dan sebelum aku masuk, sempatku menoleh pada Roul di belakangku.

"Mungkin kau bukan watak dalam novel aku, sebab tu kau tak mati-mati sampai sekarang," ujarku sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik meninggalkan Roul sebelum dia membalas kata-kataku.

Atas ni antara dialog yang aku suka, yang aku rasa .. sweet! 

Aku ni jenis malas nak membaca, tapi suka menulis. Macam mana lah orang nak baca cerita aku kan, sedangkan aku pun malas nak membaca. Hahaha! Tapi, bila aku dalam bas, on the way pergi or balik kerja, wajib mesti kena ada satu novel. Haha ! Dan antara novel itu 'Aku kan novelis!'.

Aku suka jalan cerita dia yang sempoi dan bersahaja, penulis ni dia mempunyai gaya yang tersendiri dan mempunyai pemikiran yang tajam. Sebab kebanyakkan tulisan dia, banyak mempertengahkan sesuatu yang sudah selalu kita buat tapi kita tak sedar. Kemudian penggunaan bahasa English dia pun bagus. Dan ada scene yang boleh buat aku meleleh, pada mukasurat 436. Lepas tu, ada bab yang lawak, aku memang tergelak seorang diri. Orang mesti ingat aku gila dalam bas duduk kemudian tergelak tiba tiba. Haha ! Aku suka baca ulang kali bila aku rasa nak masuk dalam dunia cerita ni sebab aku boleh rasa yang aku berada dalam dunia Safi dan Iza bila aku hayati betul-betul. Serius aku suka ! Suka ! Suka ! Suka ! Haha Jadi cepat cepat beli buku ni, dan kaum adam, mesti kau orang jarang layan buku macam ni kan? Rugi sangat.

___________

"Sebagai seorang penulis, elemen terpenting yang harus dimiliki adalah keinginan untuk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dalam dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu untuk melihat dunia orang lain dalam satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman-teman yang menjadi cermin untuk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini." - Nurul Syahida

___________
“Aku tak nak tahu semua tu.”


“Oh.”


“Habis lulu nak apa?”


“Aku menuding jariku ke dadanya. Dia mengerut dahi.”


“T-shirt gua?”


“Hati kaulah!”


“Yang tu gua dah bagi. Minta benda lain pula.”
___________
  

Direview oleh Linda Zizan


cerita wayang

5

Malam

Tengok wrestling.
Sembang sembang sembang tidak juga bergasak.
Sembang sembang sembang tidak juga bergasak.

Merungut.
Orang bayar tiket mahu tengok gasak, bukan mahu dengar borak.

Ketawa besar digeletek dejavu.



Siang

Bush jaket berbutang besar dan songkok tinggi.

Mengerah senyum melambai fanatis.
Ritual rasmi pada celahan tingkap Mercedes.

Mereka penyanjung.
Pengangguk omongan penadah retorik.


Post navigation