deskripsi

Keanu si kambing busuk pada malam isnin 11 Oktober adalah seekor kambing biri-biri wangi berbulu putih awan dengan sedikit calit warna pelangi yang meloncati pagar kayu, mengungguli acuan koreografi tanpa cela atas satu planet kecil berwarna merah jambu bersama teman-teman yang juga seputihnya. Nuansa hentakan kaki beritma yang kadang-kadang membawa kepada migren. Keanu pasti dia wangi kerna ada simbol-simbol semacam bunga terawang-awangan di sekelilingnya. Oh, ini semua adalah mengikut deskripsi seekor kambing hitam tempang yang bernama Kenu. Kenu yang hobinya pada masa lapang ialah membuat suara robot di depan kipas dan kunyah ais. Deskripsi Rohimah mungkin juga berlainan.


9 Responses to deskripsi

Amalina said...

aku suka deskripsi yang mengambarkan kenu berbanding deskripsi panjang lebar yang melambangkan keindahan keanu.

kenu dan keanu adik beradik ke soulmate?

nasyrun said...

aku juga. padahal punyalah lama aku pikir deskripsi keanu tu berbanding dengan kenu yang ditulis secara spontan cuma

mungkin adik beradik mungkin soulmate mungkin juga tiada apa2 hubungan, kau sendiri tentukan hehe

Amalina said...

aku tak reti nak tentukan, biar Tuhan yang tentukan.

nasyrun said...

hehe itu pun boleh juga

mirachantek said...

tragedi oktober..............
#tetibe



Keanu Reeve hensem. #tetibe


menurut definisi aku, Keanu adalah seekor kambing yang tetap akan mengembek, walau sewangi mana pun.

nasyrun said...

mira - hari ni kau mmg byk tetiba ye haha

makwe joni said...

rohimah ye..haha

nasyrun said...

citah - haha ya

makwe joni said...

kambing biri biri busuk?

dan hobi kenu itu ialah hobi yang sangat meriangkan