Si Damping Petang

Gelas waktu jaganya dituang dengan persoalan berunsur kenapa dan mengapa.
dia memilih separuh kosong berbanding separuh penuh.
menggodak cairan hidup penuh keladak di dasar gelas.
meneguk perihal takdirnya yang tetap tak jernih walau ditapis.
tenggorokan perit berpasir.
meski acapkali sumbing gelas merabit bibir.
biar.
itu tanda ingatan yang disengajakan.
pedih itulah taulan yang takkan mungkir.
pedih si pengingat yang baik.
dan tatkala gelas jaganya kembali kosong,
ada kelibat bahagia hitam cuba menjengah.
usah dihalau.
kerana hari hari pun bayang itulah yang menjadi pendamping seusai petang,
mengikat dan mengurung rasional serta pertimbangan di genggaman jiwanya.

” Jangan risau. Aku masih sedar.“


-LITHIUM