Jalan Yang Dua
Kalau dalam hidup ada dua jalan,
Di benak otak yang senak membayangkan jalan satu pecah dua.
Mula tapak kaki melangkah di depan simpang,
Mula otak pening pinar berputar mahu pilih yang mana,
Mula golak konflik jiwa,
Yang itu apa cerita,
Yang ini apa cerita.
Yang putih letaknya di ceruk mana?
Yang gelap syaitan pula di ceruk mana?
Harus juga ada yang kata,
“ denai yang nampak hitam itu sebenarnya syurga, “
“ denai yang terang hingga silau kornea itu neraka! “
Aku?
senang dengan jalan pintas.
tapi, hei,
Kau -- sebenarnya nak ke mana?
One Response to Jalan Yang Dua
nampak ia lebih banyak tersekat dalam kekeliruan.
Post a Comment