365 hari
Alia - Gadis Pantai Timur.
Haziq - Jejaka Selatan.
Haziq memulakan misi memburu gadis pantai timur itu. Bersungguh benar. Tidak pernah putus asa mengejar si gadis. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itu prinsipnya.
Ajaibnya, mereka tidak pernah bertemu walau sekali. Sekadar mengirim gambar lewat telefon bimbit. Cinta itu buta. Mereka peduli apa.
Langkah pertama dimulakan;
" Alia, kita kenal sudah hampir setahun. Aku sayang kau. Sudi tak kau jadi dewi hatiku? "
-- " Haziq, aku kira aku bertepuk sebelah tangan selama ni. Aku gembira. Kau lah arjuna jiwaku. "
Maka bermulalah pengembaraan ke alam cinta. Setiap hari berutus kata. Biasa, adat orang berkasih.
Seorang di selatan, seorang di panti timur. Jauh terpisah. Bagi mereka, jarak jauh itu lah yang mengukuhkan lagi cinta mereka. Mereka berdua gigih menjaga hubungan agar berpanjangan.
Sebulan, dua bulan, tiga bulan; masih mencintai dan dicintai.
Masuk bulan ke lapan;
" Ok lah bby, I tidur dulu. Penat. I love u, syg. Take care. "
-- " Ohh, ok. Kesian u, tidur lah k. I love u too. Gudnite, take care. "
Selang satu minit;
" Hai Amy, dah tidur?"
Alia gelisah. Haziq pandai berdolak dalih dan memujuk rayu. Alia kalah. Alia mudah memaafkan Haziq dan menganggap ia perkara kecil.
Bodoh. Terang terangan lelaki itu menipu kau!
Tiba bulan ke dua belas, genap setahun menjalin cinta.
Hubungan dewi dan arjuna itu mula goyah. Alia saban hari menghubungi dan bersungguh menjaga hati si arjuna tetapi dilayan sambil lewa. Seperti bosan.
Geram dengan sikap arjuna jiwanya yang semakin lama semakin menyeksa dan memakan diri sendiri, Alia nekad mahu berpisah.
" Haziq, aku rasa sudah tiada cinta dari kau untuk aku. Kau layan aku pun dah lain. Aku rasa sudah sampai masanya. Terima kasih arjuna. "
-- " Alia, kenapa ni? Apa aku dah buat? aku masih sayang kau. Kau dewi aku! "
Tiada balasan. Alia terlalu sakit hatinya. Jika dibalas umpama meletakkan garam di luka yang berdarah. Perit.
Tiga minggu kemudian Alia mendapat tahu bahawa dia dewi kedua dalam hidup Haziq selama ini. Terasa sangat bodoh dirinya saat itu.
Haziq menduakan Alia selama 365 hari.
One Response to 365 hari
peh peh peh.
Post a Comment