Diari seorang pelatih doktor sakit jiwa

Nama doktor pelatih: Nur Kartina Binti Muhammad Jailani
Profile pesakit: Siti Nur Liyana Binti Ali
Umur: 23 tahun
Penyakit: Split personality atau personaliti belahan dua
Diari pemerhatian:

1 April 2011
Melalui pemerhatian saya, pesakit ini kelihatan normal walaupun dia mempunyai split personality. Dia selalu tersenyum dan ketawa. Dia juga selalu bersosial dengan pesakit lain. Secara keseluruhannya , dia menunjukkan perangai yang sangat baik. Malah dia menunjukkan saya puisi yang dihasilkan . Mungkin dia masih belum di”triggerred’ untuk bertukar kepada personaliti yang lain.

2 April 2011
Kelakuan seperti biasa

3 April 2011
Kami dikejutkan dengan pesakit yang tiba-tiba berubah ganas. Dia menghantukkan kepala pesakit lain kepada tepi katil .pesakit bertindak dengan ganas dan berada di luar kawalan.Kami terpaksa bergelut untuk memegang pesakit dan menyuntiknya dengan ubat penenang.Pesakit diasingkan dalam bilik pemerhatian kerana perbuatannya yang ganas .Pesakit akan dipindahkan balik ke bilik apabila dia menunjukkan perubahannya .

5 April 2011
Pesakit kembali kepada sikapnya yang normal. Pesakit kelihatan sangat bosan dan untuk mengelakkan dia bertukar kembali kepada personalitinya yang ganas, saya masuk untuk membuat diagnosis terhadap diri pesakit.Saya bertanya sebab kenapa dia bertindak ganas namun pesakit tidak menyedari langsung yang dia bertindak sedemikian.

8 April 2011
Pesaki kembali kepada biliknya yang asal.Peskait menunukkan kelakuan yang baik.Tetapi pada waktu tengahari, pesakit berubah menjadi ganas. Pada waktu itu, saya sedang berbual-bual dengannya. Dia dengan tiba-tiba menjadi ganas apabila melihat seorang pesakit perempuan yang lain(kelihatan seperti lelaki dan bermabut pendek) memegang patungnya ,memeluk dan mencium.

Apabila pesakit saya melihat pesakit mental perempuan itu, wajahnya menunjukkan dia sangat takut dan dia mula menunjukkan simptom depresi. Dia memeluk saya dan saya terpaksa berusaha menenangkannya kerana dia memeluk saya dengan sangat erat.

Tetapi tiba-tiba pesakit melepaskan saya dan dia merampas buku saya lalu berlari menuju kepada pesakit perempuan yang sedang memegang patung dan memukulnya dengan buku saya.Keadaan menjadi kalut dan kami terpaksa mengikatnya untuk menyekat perbuatannya yang sangat ganas.

9 April 2011
Pesakit meronta untuk melepaskan diri. Pesakit masih berkelakuan ganas dan terpaksa diikat di katil untuk mengelakkan masalh.Dia mengecam saya dan merayu supaya dia dilepaskan . Pesakit berubah kepada personaliti yang baik dan merayu banyak kali supaya dia dilepaskan.

Saya menerangkan kepada dia yang buat masa ini dia msih belum dapat dilepaskan kerana kami tidak mahu dia mengapa-apakan dia.Tiba-tiba pesakit menjerit kepada saya dan cuba menggunakan kepalanya untuk memukul saya tetapi saya dapat mengelakkannya.

Pesakit menunjukkan muka yang bengis. Pesakit berubah kelakuannya kepada personalitinya yang ganas. Pesakit menjerit dan memarahi saya. Antara kata-katanya yang saya rekodkan ialah seperti berikut:

“Kamu jahat. Saya cuma ingin menyelamatkan budak perempuan itu dari dipukul dan diperapa-apakan oleh ayahnya. Saya perlu bunuh lelaki itu. Dia jahat. Dia akan memuaskan nafsunya kepada budak perempuan itu. Saya tidak boleh benarkan itu berlaku.”

Pesakit menjerit berulang kali yang dia perlu menyelamatkan budak perempuan itu.Tetapi selepas beberapa ketika,pesakit sudah letih dan kemudiannya dia lena

10 April 2011
Jururawat menyerahkan kepada saya diari pesakit yang saya awasi. Menurut jururawat, pesakit ini suka menulis dalam diari dan dia selalu mebawa diair itu ke mana-mana.

Selepas membaca diari itu, saya mendapat pengetahuannya yang lebih jelas mengenai punca split personality yang dialami oleh pesakit ini Pesakit menyebut mengenai kakaknya yang menjadi mangsa kepada perbuatan ayahnya oleh sebab nafsu dan mengandung . Pesakit juga mencatatkan yang dia hampir menjadi mangsa tetapi dia selamat apabila kakaknya mengorbankan dirinya untuk memenuhi nafsu ayah dia.Tetapi pada suatu hari dia melihat kakaknya sakit dan melihat jasad bayi diambil oleh ayahnya dan ditanam di belakang rumah.
Dia berasa sangat takut melihat keadaan kakaknya pada masa itu dan mungkin itu menjadi ‘starting’ kepada satu perasaan yang bercampur antara ketakutan dan kemarahannya .Dalam diari itu terdapat puisi yang ditulis pesakit mengenai perasaannya kepada ayahnya . Terdapat juga lukisan yang mana dia melukis ayahnya dengan perut terburai dan di sini pesakit mula menunjukkan imaginasi ganasnya bermula usia 6 tahun. Terdapat banyak lukisan dalam diarinya yang mengandungi lukisan dia membunuh ayahnya dengan pelbagai cara.Trauma yang teruk disebabkan melihat kakaknya menderita menjadi sebab pesakit telah mengalami ‘split personality”.

11 April 2011
Kakak pesakit datang pada hari ini untuk melawat adiknya .Saya telah menemu bual kakaknya untuk mengenali dengan lebih lanjut latar belakang adiknya.

Menurut kakaknya, adik dia telah membunuh ayahnya sewaktu berusia 7 tahun dengan menikam ayahnya. Pesakit kemudiannya disahkan mengalami sakit metal dan menerima rawatan yang tegar manakala kakaknya tinggal di rumah anak yatim. Mereka tidak berjumpa sehinggalah sekarang kerana selepas kakak pesakit tamat pengajiaan tingkatan 5, dia berhijrah ke Pahang unuk tinggal dengan ibunya. Ibu dan ayahnya telah bercerai bercerai dan ibunya kemudian berkahwin dan dia serta pesakit tinggal bersama ayahnya untuk 2 tahun. Ini kerana ibunya mengikut suaminya ke Indonesia untuk bekerja bersama anak-anak hasil perkahwinan baru ibunya dan ayah tirinya enggan menjadi mereka lagi. Selepas itu, mereka tinggal dengan ayah mereka tetapi malangnya kakak telah menjadi magsa ayahnya.

Kakak cuba menjejaki pesakit tetapi gagal kerana pesakit telah melarikan diri dari tempat dia menerima rawatan. Kakaknya baru mendapat tahu yang adknya iaitu pesakitnya ditempatkan di hospital ini.
Kakak pesakit dibawa melihat pesakit tetapi tidak dibenarkan berjumpa denga pesakit kerana dia masih lagi cenderung berkelakuan ganas.

12 April 2011
Pesakit berjumpa dengan kakaknya dan dia mengecam kakaknya.
Pesakit kembali kepada kelakuaannya yang normal. Menurut doktor Ahmad yang menjaga pesakit itu, pesakit akan menerima rawatan intensif dan kakaknya akan turut sama untuk memberi sokongan.


Refleksi
Kesimpulannya, saya mendapati banyak perkara baru terutamanya untuk sentiasa dalam keadaan bersedia secara emosi, mental dan fizikal apabila pesakit bertindak ganas. Apa yang perhatikan dalam kes ini adalah zaman kanak-kanak adalah zaman yang sangat “vulnerable” dan pengalaman pahit dan melihat keluarga atau orang tersayang menderita boleh meninggalkan impak yang sangat kuat pada emosi kanak-kanak yang boleh berlanjutan sehingga mereka dewasa.


: dilaporkan oleh Nur Kartina


9 Responses to Diari seorang pelatih doktor sakit jiwa

lavender harum wangi said...

awat banyak nau typo? btw, nice story. true story ke apa?

zombie said...

sebab aku tak edit apa apa. kah kah kah.

la ni, hang point out semua typo habaq kat aku. haha

lavender harum wangi said...

kejadah. banyak kot. hahahaha.


8 April 2011
first word dah typo. ayat kedua melambak typo. semua sekali ada 4 typo.


9 April 2011
perenggan pertama, ayat ke-2. perenggan ke-2 ayat cam sengal sikit.


10 April 2011
perenggan pertama.

11 April 2011
perenggan 2, ayat 2,3 dan ayat last. semua sekali ada 4 typo.

dah tu je yang aku nampak. yang lain tu lantak pi. hakhakhak.

Martini Muaz said...

-Ibu dan ayahnya telah bercerai bercerai dan ibunya...
apa ini? apa ini?

-...ayah tirinya enggan menjadi mereka lagi.
kalau aku ayah tirinya pun aku tak mahu MENJADI mereka walaupun untuk sekali

-mungkin itu menjadi ‘starting’ kepada..
aku rasa 'starting' boleh ditukar ke 'trigger point' seperti yang disebut-sebut selalu dalam Criminal Minds tapi itu atas kamu lah

dan sekarang term yang digunakan ialah dissociative identity disorder, split personality ialah term lama.

sekian, wassalam

Dark Half said...

pohhh...aku suka ini tukang kritik jenis kill! kill! die! die!
muaz, nanti kritik cerita aku pulak

arghhh!! login silap acc

Martini Muaz said...

okey. takutlah mahu kritik cerita Dark Half. nanti dibunuh secara kejam di tempat satu lagi. haha. haha.

nak martini lagi?

Linda Zizan said...

hahaha
kaw kaw punya pengkritik,
bagus bagus bagus, i like ..
Kritik aku punya juga eh ...
hoho .. :p

nasyrun said...

jgn kritik aku punya

iqin othman said...

pelatih doktor ke doktor pelatih?