Diari Syawal 1432H.
Di bulan Ramadhan,
Aku gembira bila ditawarkan oleh seorang kawan, untuk berkerja bersamanya di sebuah syarikat kecil, sebagai pereka grafik kad kahwin. Walaupun hanya mereka bentuk kad kahwin, aku bersyukur kerana impian aku untuk menjadi seorang pereka grafik menjadi kenyataan. Designer and writer, akan ku kejar impian itu hingga ke lubang cacing. Haha!
Sehari sebelum menjelang Syawal,
Aku pulang ke kampung halaman bersama abang tersayang, kerana ibu bapaku telah pulang terlebih dahulu. Di sepanajang jalan, aku lebih banyak membuangkan pandangan aku diluar tingkap. Angin diluar meniup-niup rambutku serta pipiku. Tatkala itu aku terfikir, kalaulah kenangan pahit itu mampu pergi dari hidupku sepantas angin diluar tingkap kenderaan ini, bukankah itu sesuatu yang bagus?? Aku melepaskan keluahan yang berat, lalu membaringkan kepala dikerusi empuk itu.
Malam Raya,
Ibu kepada ibu kandungku dikejarkan ke hospital kerana stoke yang menyerangnya pada malam itu. Kemudian dia dikejarkan ke hospital yang terletak di Seremban, untuk menjalani pemeriksaan X-ray pada otaknya. Aku serta saudara yang lain, hanya mampu menunggu di rumah, sementara ibuku menemani nenekku di dalam ambulans yang menghantar.
Hari Raya Pertama,
Selepas nenekku terlantar diwad ICU, sinar syawal pada tahun ini, bagai tidak dirasai, hajatku untuk melawati pusara datukku, solat raya. Semuanya tergendala. Aku tidak salahkan nenekku, tetapi rasa sayu di hati ini membantutkan segala rasa. Dan membuatkan aku semakin berfikir. Sesuatu yang tak sepatutnya aku fikirkan.
Pada waktu petang, aku melawat nenek bersama ayah. Ku lihat banyak kereta di pakir kereta, ramai yang datang melawat, dan berbaju raya. Sedondon bersama anak bininya. Hatiku tersenyum tatkala melihat mereka. Hanya satu rasa. Seronok.
"Tittt... tiittt ...."
Bunyi mesin pengesan nadi itu kedengaran memecah kesunyian wad penjagaan rapi itu. Nenek terbaring kaku. Matanya tidak dapat dibuka, tapi dia dapat merasai kehadiranku, ku sebut namaku...
"Nek.. Ini linda datang ni..." Bisikku di cuping telinganya.
Dia hanya mengangguk sayu, tanpa melihat dan bersuara. Mungkin stroke yang menyerangnya membataskan pergerakkannya.
"Ttiitt ... Tiiitt ..."
Aku hanya mengeluh.
Hari Raya kedua, Hospital Tuanku Ampuan Nasihah, Negeri Sembilan.
Seorang wanita di dalam pertengahan tahun, sedang menunggu ditiang pintu masuk ke bilik wad ICU, dari wajahnya yang suram aku dapat mengagak yang dia risaukan sesuatu, dan sedang menunggu. Aku menundukkan kepala, cuba selami hati wanita pertengahan umur itu, merasai apa yang dia rasai.
"Kak Ngah!!" Satu suara hinggap di cuping telingaku, aku berpaling ke arah kanan, dimana suara itu kedengaran. Apa yang ku lihat, sekumpulan saudara maranya datang dan salah seorang darinya sedang memeluk wanita pertengahan tahun itu, air mata mereka mencurah-curah ke pipi masing-masing.
Mungkin wanita pertengahan tahun itu yang mereka panggil 'Kak Ngah'. Aku hanya memerhati, sambil duduk di tepi pagar masuk ke bilik wad ICU itu. Aku menarik nafas panjang. Ku cuba menahan emosiku sendiri, entah kenapa begitu cepat hati ini tersentuh.
Aku hanya mampu berdoa, semoga nenek ku dalam keadaan selamat.
Malam,
Baru pulang dari melawat nenek, aku terus masuk ke kamar dan membuka komputer ribaku, menaip segala macam yang aku rasai, dan jari ini begitu lancar menari-nari di papan kekunci. Inilah apa yang aku rindui selama ini. Ini lah apa yang aku mahu selama ini. Menulis dalam keadaan yang tenang, tiada gangguan, tiada tekanan ditempat kerja, tiada internet di sini yang melekakan aku dari tidak menulis dengan sepenuh hati. Lagu "Sungai Lui" nyanyian Aizat berulang kali dimainkan. Lagu yang agak tenang untuk didengari.
Banyak masalah yang melanda, dan syawal kali ini banyak menenangkan aku dari terus berfikir benda yang tidak seharusnya, ketenangan ini yang aku mahukan untuk membuat sebuah karya, mungkin semua karya yang tertangguh semenjak aku mula berkerja. Kesibukkan benar-benar membantutkan imaginasi aku untuk berkarya.
Aku berharap, rasa ini, jemari ini akan terus menulis buat buah tangan pada pembacaku. Ku pohon seribu kemaafakan, jika cerita-ceritaku tidak sehebat yang lain, tidak setanding mereka. Tapi impianku tetap satu, menjadi seorang penulis yang bukan hanya menulis untuk kesenangan, yang bukan menulis untuk nama, tapi aku menulis untuk luahan, untuk hiburan, untuk memberi pengajaran dan sebagai kenangan, juga hadiah buat pembaca setiaku... Semua ceriteraku hanya untuk kamu...
Hari Raya ketiga,
"Abang, sei dah bagitahu belum?" Kata bonda dalam loghat Negeri sembilan.
"Apa." Kata ayah sambil menonton televisyen.
"Atuk yang depan katil mak, dah meninggal semalam."
"Bila?"
"Pukul 9"
Aku tersentap seketika. Atuk yang dimaksudkan mak adalah orang tua yang terlantar di hadapan katil nenekku. Dan atuk itu mungkin ayah kepada "Kak Ngah" yang ku nampak kemarin. Kerana aku ternampak dia duduk di katil orang tua yang kaku terbaring itu disisinya, sambil membaca surah Yassin. Aku termenung. Rasai apa yang wanita pertengahan umur itu rasakan saat itu. Sayu hatiku. Semoga rohnya dicucuri rahmah. Dan syawal kali ini, benar-benar menyedarkan aku akan realiti kehidupan, tentang erti sebenar sebuah kehilang yang tidak akan kembali, lantas membuatkan aku ingin bangun, dan keluar dari dunia ciptaanku sendiri.
Bawaku lari meninggalkan dunia maya ini, pimpin tanganku harungi cabaran dunia, SAHABATKU...
Yang Benar,
2 Responses to Diari Syawal 1432H.
Menulis selagi mampu mencoret. Coretlah sehingga kertas habis, dan teruskan pada carik-carik yang tertinggal, dan kemudian cantumkan ia menjadi salah satu kertas dinding dunia kamu, dan kamu perlihatkan pada mereka yang mahu. Dan mereka yang mahu, menghidupkan watak-watak dan mainkan dalam minda mereka sendiri dalam olahan sendiri.
Nice, luc ..
you can be a successful writer one day ..:)
Post a Comment