bukan mi kuning


Ami lapar.

Dicapainya pisau kecil tajam disisinya lalu tangan kanannya yang kasar menggenggam rambutnya yang panjang menyentuh pinggang.
Zrass,  zrass, dia lalukan pisau itu perlahan-lahan penuh tenaga untuk mendapatkan helai rambut semaksimum mungkin.
 
Langkahnya lambat-lambat menuju ke dapur sambil genggam tangannya masih menggesek-gesek pada rambut. Sepertiga ketebalan rambut itu mula terpisah dan kini berada dalam gengaman tangannya yang terus kemas. Takut juga dia kalau kalau rambut itu terjatuh ke atas lantai, nanti dirotan abahnya yang maha garang. Dulu pernah Ami dirotan abahnya, akibat makan nasi tumpah-tumpah atas meja, tapi Ami masa itu cuma 5 tahun, memorinya kabur kabur akan radius taburan nasinya tapi parutnya hingga ke hari ini masih ada lagi. Kakinya diangkat tinggi ketika melangkah, mengelak ruang rumah yang sempit.

Mangkuk plastik jingga dicapainya dari almari yang tingginya 2 meter, Ami lompat dan tangan kirinya mencapai sisi almari yang lebarnya cuma 5cm itu. Pisau tadi terlepas dari genggaman dan dicapainya pula dengan jari kaki kiri. Ami tersenyum bangga. Kalaulah crushnya Haikal nampak, mesti jatuh hati sebab aksi itu lebih kool daripada aksi Halle Berry sewaktu menjadi Catwoman, wanita kegilaan Haikal.

Ami sengih lagi. Dia tumpukan sepenuh tenaga dekat bahagian tangan kirinya, dia tarik badannya ke atas untuk mengapungkan badannya selama beberapa milisaat di udara, otot perutnya kembang kecut untuk mudahkan dia melakukan aksi ‘triple backflip’, rambutnya yang masih belum terpotong tadi melambai cantik di udara sambil tangan kanannya terus kemas menggenggam, tangan kirinya ditolak kebelakang untuk memastikan pendaratan yang sempurna.

Mangkuk plastik tadi terpelanting entah kemana. Matanya meliar mencari mangkuk jingga tadi, oh di hujung sana ya, Ami kutip.

Sambil berjalan masuk semula ke dalam kamarnya, Ami letak rambut tadi dalam mangkuk, tanpa semena-mena rambut itu menebal dan bertukar warna kepada biru dan merah jambu. Eh ni dah macam warna kegemaran Barbara Mercedes punya anak patung ni dah kenapa.  Dia cuba makan mi biru, terasa baju dalam wanitanya hilang fungsi. Terasa sejuk pula bahagian bawahnya yang cuma memakai skirt ungu muda. Mangkuk tadi masih belum terlepas dari genggaman.

“Cubaan suara, satu dua tiga, nasib baik bukan macam suara Jastin Bibir,” kata Ami dalam suaranya yang baru, garau dan semacam macho terasa. Dalam diam dia mengangguk setuju, patutlah kaum adam ni tak suka pakai seluar dalam!

Kalau macam itu, mungkin makan mi merah jambu ini jadi perempuan balik, jadi lelaki tak seronok, takde cuti 
sembahyang - keh keh keh.

Dia salah. Makan mi merah jambu --jadi khunsa.


4 Responses to bukan mi kuning

lavender harum wangi said...

shemale

nasyrun said...

rambut yang berkuasa sakti?

Päk Läng said...

mungkin jika Ami
makan kedua2 mi
(merah jambu+mi biru)
serentak akan menyebabkan
dia bertukar menjadi seorang
kamen raider lantas hidup dlm
dunia cermin...

selain rambut merah jambu dan biru
rambutan juga sgt sedap dimakan jika siap kupas dan disejukan di dlm peti ais...serius.

s e n s h i said...

Lavender

auuu !

nasyrun

aku dah tanya Ami, dia tak berapa pasti.
mungkin lebih kepada rambut yang lazat.

Pak Lang

dikhabarkan Ami pernah menyimpan rambutan yang telah dikupas tapi tidak disempat dimakan sendiri.
keh keh keh