Showing posts with label info. Show all posts

Ulasan Ringkas: Random Access Memories (Daft Punk)

0

Musik dansa elektronik (EDM) bukanlah makanan kegemaran saya. Ia sebuah bunyi yang tidak saya fahami bentuk-susun, bahasa-tutur, dan cara untuk menikmatinya. Pengetahuan saya tersangatlah dangkal. Apatah lagi EDM lenturan Daft Punk (DP) yang mereka di dalam jargon ini mengangkatnya seperti messiah. Saya bersua DP buat pertama kali sekitar 2011 bukan dari musik mereka, tetapi melalui topeng robotik duo Thomas Bangalter dan Guy-Manuel ini. Ya, cuma dari topeng. Rilisan pertama dari DP yang saya dengar pula ialah Human After All dan ia tidaklah begitu memikat (ketika itu saya tidak tahu album ini dilabelkan sebagai tumit achilles mereka). Sepatutnya saya mulakan dengan album Discovery yang diagungkan namun nasi sudah pun menjadi bubur. Persepsi pertama saya sudah terpesong.

Masalah terbesar EDM bagi saya ialah runut-runut bunyinya seolah palsu dan tiada roh. Mungkin kerana saya kurang menggemari bunyian elektronik, bak kata Eddie Vedder; 'lagu yang baik (selalunya) mempunyai elemen-elemen natural', maka kerapkali EDM saya letakkan di tepi, sekadar mampu berlegar-legar di luar pagar hati. Dek kerana itu, bayangan DP turut perlahan-lahan memudar, malah hampir menghilang, sebelum ia diselamatkan dengan jayanya oleh lagu Instant Crush. Trek ini bertanggungjawab memikat saya untuk kembali merujuk DP. Ia menampilkan vokal terbaik Julian Casablancas (The Strokes) yang mengepalai susunan musik bercirikan kugiran pop yang saya fahami. Setelah beberapa ketika mengagumi keunikannya, saya beralih pula ke trek funky yang segera menjadi kegemaran saya, Lose Yourself To Dance feat. Pharrell Williams. Ini seterusnya membawa saya ke album penuhnya yakni rilisan terbaharu DP; Random Access Memories (RAM).

*sumber
Mengejutkan, RAM sangat berbeza jika dibandingkan dengan album-album terdahulu DP. Saya tidak tahu apa yang peminat setia EDM mereka katakan mengenai rilisan ini, kerana RAM pada saya tidak langsung berbunyi EDM. Sebaliknya ia sarat dengan unsur-unsur semulajadi yang dikatakan Vedder. DP melalui RAM 'telah meninggalkan riff EDM berpengaruh yang mereka pelopori kepada bunyi, gaya, dan teknik produksi dari era 70an dan awal 80an'. Penggunaan bunyi mesin dan sampel (kubu kuat DP) telah digantikan dengan hasilan musik dari pemusik dan instrumen sebenar. Transisi besar ini telah memihak kepada orang seperti saya. Berbekalkan pengalaman saya menyusuri sisi retro pop musik terdahulu, mudah sahaja bagi album ini untuk menembusi kotak pemahaman saya. Trek-trek hebat seperti Give Life Back to Music, Giorgio by Moroder, WithinTouch, Get Lucky, BeyondDoin' It Right dan Contact antara yang kerap saya ulangmain-kan (saya rasa saya dah senaraikan hampir semua trek).

Di manakah letaknya RAM di dalam jargon EDM? Kemungkinan besar ia berada di dalam landasannya yang tersendiri. Memetik ulasan laman Rolling Stone; rilisan ini ialah 'judul tindihan rock progresif bersama musik dansa disko yang mengorbit antara Pink Floyd dan Earth, Wind and Fire'. Tepat sekali. RAM mungkin ialah satu-satunya album DP yang saya gemari, yang boleh juga saya katakan; sebuah rilisan yang cool-ier than thou!





In , by m o y a, Tuesday, 8 September 2015


Kerana Hari-Hari Buruk Ialah Serigala Yang Jahat, Sayang.

2


Sajak di atas diambil dari filem The Grey (2012) arahan Joe Carnahan yang juga merupakan pengarah filem The A-Team (2010). Secara peribadinya ia antara filem kegemaran saya, bukan kerana dibintangi Liam Neeson, namun kerana saya sukakan tema, mesej, jalan ceritanya serta sajak ini. The Grey ialah wayang kisah manusia melawan alam, atau man vs nature, atau man vs wild. Liam Neeson sebagai watak utama bernama John Ottway bersama kumpulannya terkandas di hutan Alaska selepas kapal terbang yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas di situ. Di dalam cubaan untuk menyelamatkan diri dan terus hidup, mereka telah diduga dengan cuaca ekstrim, konflik dalaman sesama mereka serta antagonis cerita ini; sekumpulan serigala kelabu. 

Sajak ini ialah satu-satunya jambatan memori antara Ottway dan mendiang bapanya. Melalui rangkap ini, semangat bapanya telah diperturunkan kepadanya. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Ottway bertahan demi menempuh hari demi hari. Saya juga berfikir begitu. Dari kaca mata saya, sajak ini pendek, tetapi mesejnya sangat besar dan kuat, dan itulah yang membuatkan ia menarik sekali. 'Jangan putus asa', 'percaya pada kekuatan diri sendiri', 'tabah menempuh dugaan' dan lain-lain yang seangkatan antara mesej-mesej yang saya boleh tafsirkan. Menyokong idea ini, dua baris terakhirnya sengaja dibiarkan berulang, mungkin demi memberi penekanan pada mesejnya. Hey, ia berkesan. Sajak ini jadi hebat dan menarik dek pengulangan baris tersebutlah.

Di dalam babak-babak terakhir The Grey, hanya Ottway yang tinggal (yang lain sudah mati) dan beliau telah dikepung oleh kumpulan serigala yang memburunya sedari awal. Terperangkap, Ottway cuma ada dua pilihan, (i) menyerah diri dan membiarkan dirinya dibaham atau pun (ii) bangun melawan. Semestinya, menyahut semangat bapa dan sajaknya, Ottway memilih pilihan kedua. Filem kemudian terus ditamatkan begitu sahaja. Nasib Ottway sama ada hidup atau mati diakhir cerita tidak diketahui, namun audien dibiarkan melihat dan mempercayai yang itu ialah pertempuran terhebat dan terakhir beliau demi nyawanya.

Kesimpulannya, hari-hari buruk kalian ialah serigala yang jahat yang mahu kalian mati kerana mereka lapar dan daging kalian sedap. Walaubagaimanapun, jangan mengaku kalah. Kalian sekarang ada sajak ini dan Liam Neeson, jadi lawanlah! 




Seni Satira

6

Satira dari definisi kamus membawa maksud penggunaan jenaka, ironi atau sindiran yang bertujuan untuk mengkritik sesuatu kebodohan atau kejahatan dalam konteks politik dan isu-isu semasa. Dalam skop kesusasteraan, ia adalah sejenis karya seni yang menyenggamakan kritik dan humor dalam mencari perhatian dalam sesuatu perkara, isu, masalah dan yang seangkatan dengannnya. Satira yang baik mampu mengajak pembaca memikirkan mesej yang disampaikan di dalamnya di mana ia bertindak sebagai cermin kepada homosapien tentang kehidupan.

(Ya, saya bergaya skema di sini.)

Ada dua skop satira iaitu umum dan khusus. 
  • Umum: bersifat umum dan rawak di mana ia merangkumi majoriti atau sesiapa sahaja tanpa disebut namanya.
  • Khusus: bersifat kasar, sinis dan tajam yang ditujukan untuk manusia-manusia tertentu.

Satira boleh disampaikan dalam pelbagai jenis contoh-contohnya seperti;
  • kartun garapan Zunar yang berselimutkan kontroversi dan Lat yang sangat berbakat.

Zunar

Lat
  • novel " Daerah Zeni " karya A. Samad Said yang penuh sinikal. (sisipan)  " Ya, ya, aku pun tidak menderita,” kata Zedi, nadanya lebih mengejek. “ Kita ketiga – tiganya sedang bahagia, amat bahagia,” Zedi mula ketawa panjang, kemudian menipis menjadi tangisan. “ Tengok diri aku, tengok diri kakak, tengok diri bapa. Kita ketiga – tiganya manusia bahagia raya ! ”  Dialog ini mengiaskan keadaan penderitaan yang ditanggung keluarga Zeni teramat perit hinggakan disamakan dengan sesuatu yang sebaliknya iaitu bahagia.

  •  contoh kispen satira pula saya selitkan karya M. Faiz Syahmi; Surat Dari Nuraka.




Salam sayang, sayangku yang hidup bahagia di dunia atas.

Aku di sini., setiap hari penuh kesakitan. Biasalah., di dunia aku penuh dengan kejahilan., mengikut telunjuk tuan aku yang satu., yakni ketua neraka yang kita sangat kenali dulu. Iblis terlaknat. Iya., sekarang ini baru aku rasa mahu melaknat tuan kita itu.! Dia telah berjaya menfaktabkan kita terutamanya aku., yang kini sudah genap 1 minit berada di neraka. Iya., kamu bijak., sayang. 1000 tahun dunia bersamaan dengan sehari di akhirat. Aku baru seminit di sini., sudah rasa perit.

Sayang.,

Aku sungguh menyesal sekali terjun dari KB Mall. Aku rasakan ada mereka-mereka yang bekerja dalam jabatan bomba dan penyelamat untuk menyelamatkan aku dari terjun., tetapi mereka yang lain buat taktahu saja.! Aku terjun., aku sangkakan hanya patah kaki. Tetapi leher yang terpatah. Sampai sekarang., sejak aku di didaftarkan ke sini., sudah beribu kali aku terjun. Dan berulang kali jugaklah leher aku terpatah. Aku menangis., tetapi tiada siapa yang endahkan. Aku meraung., tapi tiada siapa yang peduli. Semuanya dengan hukuman masing-masing., kerana perbuatan mereka di dunia. Macam aku.

Sayang.,

Kita pernah bersenggama bersama. Kau dibalik selimut., aku cari lurah vaginamu. Aku picit puting tetekmu. Di sini., aku dibalik selimut api., aku cari lurah penuh dengan jengking. Aku picit puting tajam mengeluarkan lendir busuk untuk diminum ketika haus. Mana lagi nak cari Chocolate Indulgence.? Mana lagi nak cari Tako Tao.? Pernahkah sayang bayangkan Tako Tao diisi dengan lendir bernanah., bukannya sotong ataupun ayam.? Sayang., lecur lidah itu sudah menjadi kebiasaan di sini.

Sayang yang kukasihi dari hati penuh celaka.,

Kutitip salam Malik di sini padamu., kerana kulihat dari sini kau masih lagi bermain penis bagaikan kau bermain patung-patung barbie dulu-dulu. Aku nampak., sayang. Kau sungguh gembira sekali diisi wangian mani putih melekit itu. Vaginamu yang hancur luluh kukerjakan dulu semakin longgar dek kerana kau rindukan aku., tetapi penis lain yang kau cari. Ya., aku tahu salah aku kerana terjun dari KB Mall. Ini semua kerana salah faham kita., yang kau jawabkan soalan aku dulu. Aku bertanya samada kau sayang aku atau KLCC., tetapi kau jawab kau sayang KLCC lebih dari aku kerana kau takut peristiwa bercumbu-cumbuan di depan Pavillion itu dirakamkan oleh rakan-rakan kita sekali lagi.

Tidak., sayang. Kalini rajuk yang kubawa itu membawa padah. Panas yang kurasa sehingga saat ini tidak pernah hilang. Bahkan semakin bertambah setiap saat. Kau kulihat bahagia., sesat lagi menyesatkan. Aku menyesal., sayang. Menyesal kerana bawa kau ke dunia bahagia yang penuh celaka itu. Setiap hari aku lihat penyeksaan demi penyeksaan berlaku di hadapan mata. Ramai yang alpa terkena. Ramai yang terbahang menjadi arang. Dijelmakan balik fizikalnya., diulang balik penyeksaannya. Tiada kompromi., sayang. Memang kami yang diseksa tidak mungkin diendahkan.! Sepertimana kami tidak mengendahkan perintah Tuhan.!

Arak jadi pilihan di dunia. Kita minum bersama., mabuk dan berkhayal. Kau pegang penis aku., aku pegang tetek kau. Ganja jadi oksigen baru. Kita sedut bersama., berkhayal dan mabuk. Aku bermain kelentit kau., kau bermain puting tetek aku. Akhirnya., kita berdua tenggelam dalam kesenggamaan dunia kita berdua. Sayang., sayang. Kita sungguh seronok diulik mimpi ketika itu. Nasihat orang tua kita patuhi., hanya di hadapan mereka. Kita lupa yang mereka adalah penjaga kita. Hasad dengki jadi mainan tuturan. Bila aku benci mereka yang membenci kita., aku hantar batilion kita yang suka bermain gym. Ala., yang tubuh besar-besar itu. Aku tunggu sayang., aku tunggu mereka juga bersama aku di sini. Menjalani hukuman akhirat bersama. Barulah brotherhood., kan sayang.?

Sayang., aku harap kau terus dengan apa yang kau lakukan itu., bermain dengan lelaki dan bermain dengan kata nista. Aku tahu., kata nista yang jadi zikir harian buatmu itu bakal membawa kau kembali ke dakapanku. Sungguh sayang., di sini juga kita boleh bersenggama seperti biasa. Cuma kita ditemani tubuh lain yang tidak bernyawa., asyik meliwat punggungku tanpa henti seperti mechanism vibrator yang kita guna. Sakitnya sayang., sangat menyedapkan.

Akhir kata., kenang aku dalam dosamu. 

(Sarkasis)


Seni satira ini unik dengan bahasa perlian yang paling lembut digunakan dalam menyampaikan mesej tertentu. Jika pulp fiksi itu mendekati surrealisme, satira ini adalah sebuah cermin seni yang mampu mencerminkan kebuasan dalam diri mahupun masyarakat bergantung dengan peluru yang termuntah dari karya menuju ke sasarannya.


In by Anonymous, Tuesday, 26 July 2011


Kipas Fiksi atau nama comelnya FanFic

1

Fan Fiction atau nama bahasa ibundanya, kipas fiksi ialah sejenis karya bila mana penulis mencedok karakter-karakter atau kisah atau kedua-duanya sekali seperti mencedok dari novel, rancangan tv, filem, artis-artis dikenali ramai dan yang seangkatan dengannya menjadi sebuah fiksyen baru.
Contohnya: Harry Potter kini sudah bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat selepas dipecat menjadi auror berikutan kedegilannya untuk melawan Voldermort. Dia berazam mahu memegang semula kayu magis dan beraksi semula menyelamatkan dunia ketika jaman dia muda-muda dulu.

Karya kipas fiksi juga boleh dilakukan secara cross-over di mana penggabungan watak-watak dalam sesebuah karya adalah daripada kisah-kisah berbeza.
Contohnya: Superman akhirnya tiba di bumi Jepun sebagai pelarian setelah kriptonit ditanam di dalam badannya oleh pihak musuh, di sana dia bertemu dengan salah seorang ahli pelindung bumi Jepun daripada raksasa dan dia diserap masuk ke dalam pasukan walaupun dia sudah menjadi orang biasa. Ketika Jepun diserang raksasa seperti klise-nya, rakan seperjuangannya itu tiba-tiba menghilangkan diri lalu Ultraman muncul di hadapan raksasa itu. Dia kagum dan merindui zaman kegemilangannya. Dia akhirnya pergi bercuti dan membuat janji temu dengan Dr. Gregory House dengan harapan beliau dapat merawat penyakit kriptonitnya.

Karya kipas fiksi ini sebenarnya berkronologikan daripada peminat-peminat sesebuah filem, artis, rancangan tv mahupun novel atau pun yang seangkatan dengannya dan tidak perlu digarap secara skema mengikut fakta kisah asal dengan gaya bebas sama ada hendak digarap secara seksual, aksi, thriller, fantasi, pulp fiksi, skema dan lain-lain. Karya sebegini banyak mencetus sisi yang tidak klise dan unik daripada karya asal yang dicedok dan keinzalan yang ekstra sekiranya karya tersebut adalah sesuatu yang kita sendiri minat atau kenal perwatakannya.

Boleh jadi protagonis itu antogonis dalam karya fiksi, boleh jadi juga ada pembelitan putar alam mengikut daya kreativiti penulisnya dengan mengubah jalan cerita asal, menambah watak baru, mengubah bahagian penamat, menambah sub-plot, menterbalikkan jalan cerita dan yang seangkatan dengannya mengikut selera penulis. Karya yang baik adalah karya menginzalkan pembaca. Maka, selamat berinzal. Bukan, maksud aku, selamat menikmati dengan mata terbulat sedikit dan rahang jatuh sedikit sambil menikmati popkorn.

Yang mentaip dengan nada skema secara tak sengaja,
Люцифер

In by Anonymous, Saturday, 23 July 2011



Fiksyen sains sebagai aliran sastera

1

Fiksyen sains berbeza dari arus perdana sastera kerana ia menceduk segala metafora ceritanya dari bidang sains dan teknologi, namun perbezaan ini sahaja tidak cukup jelas untuk mendirikannya sebagai suatu genre yang tersendiri.Sebagaimana yang telah dibicarakan sebelum ini, kepelbagaian ragam tema dan spektrum genre yang beraneka menyebabkan fiksyen sains sukar diterjemahkan selaku suatu genre mutlak dalam dunia sastera moden, malah definisi fiksyen sains itu sendiri sering mengundang perdebatan di antara para pelopor dan pengkajinya. Kekeliruan ini seringkali berlaku akibat pertindihan fiksyen sains dengan aliran fantasi. Buktinya, novel ‘Harry Potter And The Goblet Of Fire’ karangan JK Rowlings telah memenangi Anugerah Hugo selaku novel fiksyen sains terbaik tahun 2001, sedangkan ia dikenali umum sebagai suatu karya fantasi kerana penggunaan unsur magis yang begitu ketara selaku jentera penceritaannya.

Kecelaruan ini tambah meruncing akibat perbezaan persepsi yang wujud di kelompok pembaca, kerana latarbelakang setiap individu akan mewarnai kefahaman dan persepsinya terhadap fiksyen sains. Cerita yang dianggap sebagai fiksyen sains oleh seorang peguam, misalnya, barangkali tidak akan dianggap sedemikian oleh seorang jurutera. Fenomena ini dipentaskan dengan jelas dalam gelanggang pencalonan karya untuk Anugerah Hugo dan Anugerah Nebula, yang menjadi tanda mercu kecemerlangan dalam pengkaryaan buat dunia fiksyen sains. Para pendukung Hugo dan Nebula seringkali mengemukakan novel-novel fantasi selaku calon buat anuerah-anugerah berprestij tersebut. Kecenderungan sebahagian daripada para karyawan fiksyen sains untuk menghasilkan novel fantasi turut menambahkan lagi kekeliruan yang wujud.

Ada pihak yang berpendapat bahawa fiksyen sains, fantasi dan ‘horror’ patut diklasifikasikan sebagai juzuk himpunan ‘Sastera Luarbiasa’ (Literature of The Fantastic’). Ada juga pendirian yang mengatakan bahawa fiksyen sains sepatutnya di kategorikan sebagai subgenre kepada ‘Fiksyen Spekulatif’, yang turut merangkumi aliran fantasi, sejarah alternatif (Alternate History), realisma magis (Magic Realisme) dan utopia/distopia, juga aliran gaya unik dan ganjil. 

Polemik mengenai pengkelasan fiksyen sains selaku suatu genre sastera juga telah mencetuskan tiga aliran pendapat yang berbeza, iaitu ‘Continuity Proposition’ (Gagasan Kesinambungan), ‘Differential Proposition’ (Gagasan Pembezaan) dan ‘Proposition For Harmonization’ (Gagasan Harmonisasi). ‘Continuity Proposition’ berpendapat bahawa fiksyen sains adalah juzuk himpunan atau subgenre kepada aliran fantasi, berbeza dengan pendirian ‘Differential Proposition’ yang menganggap fiksyen sains dan fantasi sebagai dua genre sastera yang berbeza. ‘Proposition For Harmonization’ pula berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi.

‘Continuity Proposition’ menganggap fiksyen sains sebagai suatu bentuk fantasi. ‘ A Handbook to Literature ‘mendefinisikan fiksyen sains sebagai : "A form of fantasy in which scientific facts, assumptions, or hypotheses form the basis, by logical extrapolation, of adventures in the future, on other planets, in other dimensions in time, or under new variants of scientific law" (Holman).

Buku yang sama turut mendefinisikan fantasi sebagai "a work which takes place in a nonexistent and unreal world, such as fairyland, or concerns incredible and unreal characters or employs physical and scientific principles not yet discovered or contrary to present experience as in science fiction and utopian fiction" (Holman).

Pandangan ini disokong oleh Brian Aldiss , yang berpendapat bahawa 
"[i]n its wider sense, fantasy clearly embraces all science fiction. But fantasy in a narrower sense, as opposed to science fiction, generally implies a fiction leaning more towards myth or the mythopoetic than towards an assumed realism" (Trillion Year Spree .)

Definisi yang sedemikian dengan sendirinya menjadikan fiksyen sains sebagai salah satu aliran cabang atau subgenre dari genre fantasi yang lebih besar.

‘Differential Proposition’ pula berpendapat bahawa fiksyen sains dan fantasi adalah dua genre yang berbeza. Fiksyen sains dianggap sebagai kelompok naratif yang menjadikan andaian (extrapolation) terhadap konsep masa depan sains dan teknologi sebagai dasar cerita, yang mana andaian berkenaan dibuat menerusi loncatan kemajuan sains dan budaya yang digarap secara lojik.
Agihan pandangan ini turut berpendapat bahawa fiksyen sains konvensional mesti mematuhi fakta sains yang telah terbukti kebenarannya.

Fantasi pula didefinisikan sebagai kemerdekaan dari realiti yang berlaku secara sedar dan merujuk kepada karya yang ditempatkan di dunia khayalan, sebuah dunia imaginasi yang tidak mungkin wujud dalam dunia nyata.

Sebagaimana yang disebutkan terdahulu, adalah menjadi satu kebiasaan (convention) bagi para pengarang fiksyen sains untuk mematuhi fakta sains yang terbukti kebenarannya apabila berkarya (contohnya tahap didih air pada paras permukaan laut di Bumi) tetapi bebas untuk berbuat apa sahaja yang mereka mahu dengan fakta sains yang masih diperingkat teori.

Pengarang karya fantasi tidak merasakan dirinya terikat atau tertakluk kepada peraturan-peraturan sedemikian, dalam ertikata lain, tidak wujud sebarang sekatan bagi para penulis fantasi. 

‘Differential Proposition’ berpendapat bahawa fiksyen sains mempunyai ciri kualitatif yang unik dan tertentu dari segi kandungan dan penceritaannya, yang tidak terdapat pada genre sastera lain. Ciri kualitatif ini merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Subjek ( A Subject Matter - Science and Technology)
2. Proses ( A Treatment - A sense of wonder,an inquiry into the nature of progress, The ‘Wow’ Effect )
3. Matlamat ( A Purpose - Speculation about the unknown)

Damon Knight, seorang pengarang fiksyen sains yang terkenal di Amerika Syarikat, telah mengariskan beberapa kriteria fiksyen sains seperti berikut:
1. Sains
2. Teknologi Dan Rekaan (Technology and Invention)
3. Zaman Akan Datang Dan Zaman Lampau, termasuk semua cerita pengembaraan di dalam masa (The future and remote past, includin all time travel stories) 
4. Ekstrapolasi
5. Metod Saintifik (The Scientific Method)
6. Dunia Lain (seperti planet lain, dimensi lain dan sebagainya, termasuk pelawat dari dunia atau dimensi tersebut)
7. Bencana alam, samada secara semulajadi atau akibat perbuatan manusia 

Damon Knight berpendapat bahawa cerita-cerita yang mengandungi tiga atau lebih unsur-unsur yang disebutkan di atas boleh dikategorikan sebagai fiksyen sains, yang mengandungi dua unsur pula berada di persempadanan (borderline) dan yang mengandungi satu unsur sahaja atau tiada langsung bukanlah fiksyen sains.

Hujah ‘Differential Proposition’ ini menarik kerana turut disokong oleh kelompok fantasi yang berpendapat bahawa setiap cerita fantasi mesti mempunyai sistem magis selaku unsur atau jentera cerita. Definisi fantasi sedemikian jelas bertelagah dengan metod saintifik (The Scientific Method) yang menjadi teras fiksyen sains seperti yang digariskan di atas. Suasana dua paksi yang berbeza ini jelas menampakkan polarisasi di antara fiksyen sains dan fantasi selaku dua genre sastera yang berbeza. 

Proposition For Harmonization’ pula berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi, kerana sains fiksyen itu sendiri bersifat fantasi dan denan demikian boleh dianggap sebagai bentuk fantasi moden. Arthur C. Clarke, seorang pengarang fiksyen sains yang terkenal berpendapat bahawa ‘Setiap teknologi yang melampaui batas kemajuan tidak dapat dibezakan daripada magis’ Tafsiran yang sedemikian menepati tuntutan definisi fantasi yang mewajibkan penggunaan magis selaku jentera cerita, sekaligus melenyapkan perbezaan di antara fiksyen sains dan fantasi selaku dua genre yang berbeza.

Miriam Allen deFord memberikan kesimpulan yang menarik tentang hubungan diantara fiksyen sains dan fantasi dengan kenyataan berikut:'Science fiction deals with improbable possibilities, fantasy with plausible impossibilities" (Aldiss 26)


Nukilan Ahmad Patria Abdullah, penulis trilogi novel Saga Artakusiad

In by Anonymous, Tuesday, 19 July 2011


Abang, macam mana saya nak join Zine Satu Malam?

11

Ok, sebelum lu orang join gua nak bagi bagitahu awal awal. Join zine ni tak glemer macam lu orang join zine lain sebab zine ini percuma. Boleh download bila bila masa dekat 4shared. Tak ada jual dekat mana mana kedai kecuali zine zine yang terpilih. Naskah Fiksyen contohnya.

jadi yang untungnya bila join Zine Satu Malam, kalian boleh gunakan menatang ini sebagai medium untuk berkarya dengan bebas. Kalian juga dapat berkenalan dengan penulis penulis lain dengan merapatkan silaturahim dan seterusnya memungkinkan kalian yang #foreveralone untuk dapat makwe/pakwe sorang dua. Kalian juga dapat improve tulisan kalian melalui proses semulajadi iaitu belajar melalui pemerhatian. Banyak lagi untung join zine ni tapi gua malas nak cerita, kang riak pulak.

Ok nak join?

Senang sangat. Tak perlu bayar yuran pun. Mula mula, join kami di facebook. Kemudian lu orang kena bersabar. Kena tunggu malam malam yang tenang, malam tu akan ada tajuk zine baru. Bukan buat tiap tiap malam. Ni memang jenis zine tak ada disiplin punya. Tak ada jadual tetap pun.

tanda tanda malam yang ada tajuk baru?

Mula mula, malam tu mesti gelap. Cahaya matahari tidak kelihatan. Kemudian tanda paling penting ada di wall facebook ZSM. Kalian akan dikejutkan dengan kehadiran sekeping lukisan yang dilukis menggunakan software paint. Siapa tak terkejut tengok gambar tu dia bukan manusia. Ok gua bagi contoh

ha, ada tajuk kan situ? itulah tajuknya! Jadi kalau nak join, tulislah berdasarkan tajuk. Jangan tajuknya kipas lu orang tulis pasal karipap pula.

ok kita buat revision. Tandanya adalah

1. Gelap
2.ada gambar yang mengejutkan
3.dekat gambar tu ada tajuk

jenis karya macam mana yang diterima?

semua! Lu orang nak menulis cerpen, puisi, seloka, drama ataupun lagu, itu bebas. Kepada pelukis, kalian boleh melukis. Gua terima semua asal boleh masuk pdf.

tapi,

kalau lu orang menulis macam gampunk sempa1 akuw pon ta boleh bacew jadah apewnyew akuw na paham? Tulis penuh! Gua lempang siapa buat bahasa bangang macam ni dekat gua. Lempang gua ni boleh bawa maut.Tulisan biar tersusun, huruf kecil besar nya, titik komanya. Barulah mesra pembaca.

lepas tu nak hantar kat mana?

hantar dekat inbox facebook gua atau admin lain. Kalau selalu lepak wall tu tahu lah gua yang mana satu. Atau, paling senang, letak dekat bahagian komen gambar tu. Senang gua nak tengok. Kalau post dekat wall zine, gua memang akan buat buat tak nampak.

sekian, kalau ada pesanan tambahan, kemudian gua edit. Amal amalkan dan selamat merenung!



Post navigation