Archive for May 2013

319

0

Satu hati suku diberi
Dua hati bawa separuh lagi
Tiga hati curi suku pergi
Empat hati musnahkan saki baki
Pulangkan. Pulangkan. Pulangkan.
Aku sendiri, tak mahu mati lagi


Salju

3


ada sebuah mesin pengisar ais manual yang besar di langit sebelah utara dunia. setiap lima minit, sang malaikat akan mengisar bongkah ais dengan lengannya yang sasa lalu hirisan-hirisan kecil itu dibiarkan bertebaran ke bumi — memutih dan sejuk. kesejukan itu buat manusia rasa nyaman. terkadang ia bisa membekukan keping-keping hati sang pencinta. keping-keping hati yang sudah membeku kebiasaanya menjadi rapuh serta terlalu mudah untuk patah dan hancur berderai.

pandanglah ke kaki langit di sebelah utara dunia, di situ ada sebuah mesin pengisar ais manual yang besar dan setiap lima minit, sang malaikat akan mengisar bongkah ais dengan lengannya yang sasa.




Terus tenang dan lemaskan perasaan.

0


dan bidadari itu mula bersuara tatkala 
bumi sang pria ditandang kemarau bahgia. 
lambaikan tangan pejamkan mata. 
usah biarkan pipi membasah penuh sia. 
lihat akarmu apa impimu. 
moga bahagia untuk dia bak syurga.
terus melangkah berbingkai wajahnya.


Hatiku yang kabur, bukanmu kawan.

1


Siat-siatkan bibir itu
yang tersenyum berukir palsu
Patah-patahkan jemari itu
yang menghulur salam bersorok batu

Diorangasingkan itu sakit,
Diorangjahatkan itu pedih, kata seseorang.
Benar. 
Hakikatnya engkau tidak pernah begitu
padaku.

Lalu
Biar bibir aku saja yang disiat
kerana lupa membalas senyum tulusmu
Patahkan saja jemariku
kerana sarat menggenggam batu

Hatiku yang kabur, bukanmu kawan.


Kipas.

0

Dalam bilah2 yang tidak pernah berkenalan.

Berpandangan apatah lagi melempar senyuman.
Berkejar kejar sesama sendiri.
Saling merebut tempat di depan sedangkan
kau tidak tahu sejak azali.
Sedar atau tidak, ada pihak sedang menyejukkan tubuh2 mereka
di atas kayangan.

Merebut pangkuan emas kasta yang atas.
Noda dan ronta bukti kau ikhlas.
Melutut puas di atas jasad2 yang ditindas.
Tangga menuju gerbang kehitaman tanpa batas. 


drama dramatik

0

I dont know what love is, but it would kill me if I lost you. 

Itu yang tertulis sebagai sarikata di bawah skrin televishen, tatkala seorang hero [berkumis nipis, sentiasa bersinglet, dan sering muncul di dalam adegan bersembang semasa sedang mengangkat dumbbell] di dalam sebuah kisah percintaan muda mudi dan perebutan harta yang ditayangkan pada waktu perdana menuturkan kata-kata pujangga yang baru dihafalnya. blrghh sepphd hdngogo. Itu saja yang dapat didengar apabila dia cuba menghabiskan dialognya dengan cebisan paha temanita/isteri(?)nya [fakta yang masih kabur kerana pengarah ingin menyelitkan unsur saspen] dalam potongan dadu dan digoreng tepung masih penuh di dalam mulut. Dia takkan kehilangan, maka dia takkan mati. Sang hero menunjukkan mimik muka penuh semangat dan determinasi. Esok, lengan dan buah dada pula. Cheers

by ahmad, Thursday 2 May 2013


Post navigation