[SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (ii)

Sambungan dari sini (i).

Aku terus dakap kekasih imaginasi aku dari belakang, tangan meliar-liar mencari teluk rahsia yang mampu membuat dia merengek-rengek. Dia menepis tangan nakal ku. "Tadi janji nak bacakan puisi dulu." Aku terdiam kejap membiarkan akal mengaitkan satu puisi untuk dipersembahkan. Aku dudukkan dia di atas katil sambil mata menjamah-jamah lekukan tubuh yang merangsang kejantananku. "Aku ini angin bayu/ Menyapa jajahan rahasia" Lalu aku hembus nafasku di lehernya menyebabkan dia bergelinjang. "Biar penduduknya merengek-rengek/ Dalam limpahan nikmat/" Bergetar-getar bukit-bukit suci di jajahan rahsia. Tanpa sabar, dia terus memelukku, minta ditelusuri serakus mungkin. Tapi pelukan rakusnya merudumkan nafsuku, lantas aku menolaknya. "Kenapa berhenti, hurm?" 

Aku geleng, terus mengenakan kembali pakaian. "Kau rakus, macam sudah terlalu puas untuk malam pertama. Sedangkan aku mahu menikmatinya, seperti bait-bait puisi, satu-persatu, tanpa perlu gelojoh. Nampaknya aku kena bentukkan kekasih imaginasi baru yang bukan macam kau, sayang." Dia tersentak. "Kita mula semula ya, sayang?" Aku cuma senyum langsung aku memadamnya dari pandanganku. Ini adalah malam pertama yang harus sempurna, maka kotak minda menghasilkan seorang lagi kekasih imaginasi. Kali ini, bukan dalam ruang bilik tetapi sebuah labirin.

Dia memandangku, tepat-tepat ke dalam mata. "Kau kena bacakan aku fiksyen dulu sebelum dapatkan aku." Ujarnya, dengan penuh yakin.


7 Responses to [SIRI BERSIRI] Malam Pertama. (ii)

zombie said...

aku syak nanti semua penulis akan describe kekasih imaginasi masing masing. kahkahkah!

Lucifer said...

Kakaka. Aku rasa permainan akan bermula kalau penulis seterusnya faham pasal bacakan fiksyen tu.

Päk Läng said...

nampak gaya mcm tu lah jadinya
silap silap lepas ni ada pulak kekasih yg mintak bacakan sifir

Redhzuan Indera said...

Lucifer , permainan dah pun bermula bila kau padam kekasih imaginasi kau tu .

nasyrun said...

rupa2nya aku bermimpi

Bidadari Syurga said...

imaginasi superb... huhuhu... aum....

Bidadari Syurga said...

baca fisyen pastu sila buat sambungannya... hahahahahaaha