Zine Sijil Pelajaran Kerat genre Kemahiran Hidup
Sejahtera pembaca-pembaca Zine Satu Malam, ini adalah zine yang dihasilkan di bawah Kerat Studio yang akan menghasilkan genre lain juga, genre yang pertama adalah subjek Kemahiran Hidup yang membawa sebahagian tema transgresif serta kemanusiaan.
Apakah yang terkandung dalam zine ini?
Terdapat 60 soalan yang dituliskan sepanjang kispen (1000++ patah perkataan) atau sependek certot (300++ patah perkataan) berkenaan kelangsungan hidup atau pilihan-pilihan dalam kehidupan serta fiksyen semata-mata. Janganlah dipercayai isinya walau perkataan fiksyen itu mengaburi kenyataan sebenar yang berlaku dalam kehidupan. Dari perihal perhubungan sesama manusia, kecelakaan yang menimpa diri dan realiti yang diadaptasi menjadi fiksyen, barangkali 1 jam tidak akan cukup untuk menjawab soalan-soalan di dalam ini. Ada 70 muka surat bercetak yang boleh kalian cuba untuk jawab dalam masa satu hari tiga puluh minit.
Berapakah harganya?
Harganya cumalah RM 5 sahaja. Murah? Hanya berkulitkan kertas glossy dan berintikan kertas putih 70 gsm.
Bagaimana hendak mendapatkan zine ini?
Hari ini (23 Jun 2012) ia tengah dijual di Pesta Buku Alternatif (KLAB) dan esok (24 Jun 2012) di tempat yang sama (Annexe Gallery, Pasar Seni, Kuala Lumpur) dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Jauh dari tempat anda? Boleh belikan ia secara talian di sini.Siapa yang terlibat dalam zine ini?
Siapa yang terlibat itu tidak penting, yang penting adalah tulisan yang berkualiti, bukan? Dan saya sebagai penyelenggara zine itu (yang menyatukan kesemua soalan di dalam zine) amat pasti yang tidak rugi anda menghabiskan RM 5 untuk mendapatkan zine ini.
Saya tetap nak tahu contoh isi di dalam zine ini, tak cukup lagi jaminan anda itu untuk mengatakan zine ini bagus.
Baik, saya sertakan contohnya supaya anda yakin untuk membelinya.
[nombor soalan, tulisan ZY]
Dalam soalan ini kau adalah seorang lelaki miskin yang hanya mempunyai sebuah motor Honda EX5 sebagai harta. Suatu hari hidup kau tiba-tiba kelam apabila pemilik rusuk kiri kau yang hilang (menurut kepercayaan kau) tiba-tiba menulis sepucuk surat yang mengandungi sehelai kertas kajang dan sepucuk pistol berisi sebiji peluru. Pada kertas kajang tersebut tertulis,"Ahad yang lepas sewaktu kau mengikuti rombongan kelab kapcai aku telah menduakan kau apabila membenarkan tubuhku disentuh adik lelakimu yang tiba-tiba merangkak naik ke kamar tidur kita mengungkapkan kata cinta. Disebabkan tidak dapat menahan rasa bersalah, aku serahkan pistol dengan sebiji peluru ini untuk kau tentukan sendiri, mahu menghukum aku atau adikmu. Pilihlah salah seorang daripada kami supaya aku tidak terus hidup terseksa dek rasa bersalah ini."Lalu kau pun terpaksa memilih untuk membuat pilihanA. Menembak isteri yang telah curang dan terus hidup bersama seorang adik kaki sailangB. Menembak adik yang telah menodai isteri mu dan menganggap kejadian tersebut sebagai mimpi basah yang cukup ngeriC. Menembak kepala sendiri kerana menganggap perkara yang telah berlaku sangat keji lalu mengambil keputusan untuk menurut kata-kata Professor Hubert J. Farnsworth – “I don't want to live on this planet anymore”D. Menyerahkan pistol tersebut kepada polis dan membiarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang undang kepada isteri atas kesalahan memiliki senjata api secara haram
Sekian,
LA
Post a Comment