Aku, Perempuan Muda Dan Lelaki Separuh Abad

i
Aku hanya duduk
Sambil menikmati secawan kopi panas
Melihat gelagat manusia
Berusaha untuk hidup
Dalam dunia ini
Yang boleh aku panggil kejam
Menindas mereka yang lemah
Mengangkat mereka yang kuat
Kejam

ii
Dia berdiri di sana
Sambil terselit cigar di jari
Dengan gincu merah menyala
Skirt hitam dipadankan dengan baju merah
Tersenyum melihat mereka yang lalu lalang
Tapi sayang, aku dapat lihat
Tangisan dalam senyumannya
Dan aku tahu bukan itu yang dia mahu

iv
Dia di sana ketawa sendirian
Mencipta kegembiraannya sendiri
Syurga sementara untuk dinikmati
Hanya untuk dia
Tiada orang lain
Jarum terus terselit di tangannya
Tidak dilepas kunci ke syurganya
Dan dia terus ketawa
Dalam syurga ciptaannya

Kopi panas telah suam
Dan aku teruskan menikmatinya
Sambil melihat warna kehidupan
Yang ada hitam disebalik putih
Tidak terlihat oleh mereka
Dan aku rasa bersyukur
Dengan apa yang aku Ada