Adik



"Adik mana?" soal emak.

Kakak di dapur menjerit lantang. "Menyorok." Pendek dan padat. Namun jawapan sebegitu sudah mampu menjana kefahaman sempurna buat seisi rumah.

"Kali ini mana tempat sembunyi?" soal mak lagi.

Kakak senyum sambil jari telunjuknya lurus menghala belakang pintu bilik.

Semua yang ada dalam kubikel kecil ruang rehat itu menahan ketawa.

"Mak, adik yak!" sayup-sayup suara adik dari belakang pintu kedengaran. Pasti sudah selesai urusan. Apalagi, pecah terus ketawa yang ditahan-tahan sambil menghirup udara cemaran adik yang makin pekat.

Yeks!


5 Responses to Adik

zombie said...

Dayya ni suka berak belakang pintu rupa rupanya. kahkahkah.

dayya said...

eh eh abg zombie ni. watak utama tu bukan saya. tuh ada nama tuh. haha. :D

Azhar Ibrahim said...

Pesen sama ngan anak buah aku setahun lebih umur dia. Tapi dalam pampers la dia buang air. Pegi masuk bilik, duduk bertonggeng kat penjuru dinding. Pastu panggil opah dia.

T__T

dayya said...

hahaha, ni cerita few years back. budak tu dah sekolah tadika/darjah satu dah sekarang. anak yang mak saya asuh. :D HAHA.

senandung semalam said...

anak sedare sye pesen klau nak berak dia diam je..hahaa..tau2 dah gtau ak ak