Gadis bertahi lalat di pipi gebu

Gadis bertahi lalat di pipi gebu
kau kujumpa ketika menunggu elarti
dengan serius wajahmu menanti
walau tika elarti ke mari menghampiri
saat kita sama masuk gerabak ia umpama mimpi
kerna mulanya kufikir kumalu menghampirimu
namun lain yang jadi, lalu aku masih menatapmu
dari jauh, berjarak lima meter darimu
kutatap kuperhati sesekali dengan rasa segan silu
betapa cantik tahi lalat itu terletak di pipi kiri
dengan baju putih lengan panjangmu,
kaugabungkan dengan tudung bawal berbunga jambu
aku tatap sesekali, dengan keseganan masih menyelubungi diri
kau juga kunampak memandangi aku sesekali
mungkin tidak selesa ditatap sebegini
maafkan aku, maafkan aku
aku cuba berlawan dengan diriku
samada kupatut terus tatapimu
atau kembali dalam duniaku
langsung, kuberjanji pada sendiri
jika destinasi kita sama
akan kutegurmu walau hati sepenuhnya goyah
stesen keempat akhir, ketiga akhir hingga kedua akhir
kau masih di situ tak ke mana-mana
sampai satu botol terisi air lemon
bergolek ke arah kakimu
kau elak dengan kaki kananmu
lalu memandangku
aku yang memang memerhatimu
tersenyum padamu
dan kau malu-malu membalas senyumku pada cermin sembilan puluh darjah di hadapanmu
lucu sekali saat itu
dan pabila destinasi sampai ke akhirnya,
lekas kubangun bawa barang-barangku
keluar dari pintu kananku
dan kau keluar dari pintu berdekatanmu
lambat-lambat langkahku
menanti saat masa sesuai menegurmu
lalu
terluah jua bicara itu
'botol, tak ambik sekali?'
kauketawa, dan katakan 'tidak, takperlu'
kusambung lagi pertanyaan kedua kali
kaujawab dengan langkah kaki yang laju
meninggalkanku
saat itu
kutahu
yang kumasih tidak layak
untuk menegur gadis-gadis setarafmu
seorang gadis bertudung bawal jambu
bertahi lalat di pipi gebu
namun
peristiwa ini kekal di pikiranku
lekat kuat terlekap
dalam memori yang kian membeku


7 Responses to Gadis bertahi lalat di pipi gebu

ana said...

takpe bro..mungkin bukan jodoh kau..usaha lagi.

jhnrdzi said...

patutnya kau letakkan nombor kau dalam botol lemon tu sekali. hikhik!

M. Faiz Syahmi said...

aku fikir budak ni dah ada boifren. gaya dia tu, memang betul tak selesa dengan aku. hahahaha

ghost writer said...

aku lebih suka cara teguran yang spontan.

zombie said...

Teringat pesan seorang teman aku dahulu, juga seorang perempuan.

Katanya kalau mahu tegur seorang gadis, tegur dengan mata memandang tepat ke arah anak matanya, bukan dada.

Cuma teringat, aku tak fikir kau ada renung mana mana. Ahaks.

Päk Läng said...

susah sebenarnya...hehe

Unknown said...

Sila cuba lagi nanti. :-)