kisah satu pagi yang biasa-biasa sahaja
Aku terjaga pagi itu setelah bermimpi roh gentayangan rambut menggerbang. Dia masih nyenyak diulit, membelakangi aku di sebelah.
Sambil menongkat kepalaku dengan tangan kiri aku pintal-pintal rambut ungunya dengan jari telunjuk sambil mengalu-alukan aroma paginya ke setiap rongga tubuh. Sedikit hamis namun tetap menyegarkan. Aku rangkul pinggangnya dan dia berpusing mengadap aku dengan muka stoik masih kantuk.
Aneh, tubuhnya tiba-tiba bercerai-cerai menjadi beberapa ekor kanggaru separa-mini bersayap ungu yang mengepak-ngepakkan sayap quasi-kelawar beria benar mahu terbang tapi setiap seekor hanya berhasil tergolek atas lantai. Aku hanya tersenyum sinis melihat mereka bertempiaran meloncat dan terhantuk siling disagat kipas dalam kamar utama itu, meneriak bahasa yang tidaklah pernah aku fahami.
Aku kira-kira, ada sepuluh ekor kesemuanya. Aku tangkap seekor buat nasi kanggaru. Tak sedap langsung.
Petang itu aku pergi selenggara rambut di salun uniseks yang berbau buah stroberi. Rasanya ada mamalia buas berhabitat di dalam rambut ini.
10 Responses to kisah satu pagi yang biasa-biasa sahaja
Aku tak faham =..=
champ - kau cuma kena faham 'aku' itu perlukan potongan rambut sahaja, yang lain hanya distorsi cerita
lucu. keh keh keh
dahsyat-nya.
pasti mamalia?
senshi dan venus - aku anggap itu adalah pujian maka terima kasih hehe
makwe - sgt pasti kerana mereka semua berbulu rerambut, bukan berbulu pelepah atau bersisik
mungkin ada kutu
dari alam yg satu lagi
ini gentayangan sudah datang
pak lang - kutu berskala jumbo
mira - sila jgn bikin aku bermimpi ngeri lagi hahah
aku lebih suka jumbo
si gajah biru
Post a Comment