berfikir dengan P

Tidur Marlon tersentap oleh tekanan tiba-tiba pada groinnya. Dalam jenguk-jenguk cahaya yang mengintai obskuriti, ada satu lembaga di situ.

Lembaga itu mengengsot mendekati kepala Marlon, meninggalkan jejak-jejak sedikit melekit, kemudian berhenti di atas dadanya.

Rupa-rupanya lembaga itu ialah segumpal lendir sebesar monitor crt 17 inci yang sedikit kekuningan(?). Kecuali satu bonjolan menegak di depannya, tiada ciri-ciri yang boleh kita klasifikasikan kepada apa jua jenis benda hidup pun. Lendir yang memberikan aroma tipis yang amat familiar.

Satu garisan merentangi lendir itu dan membuka satu belahan yang menyerupai mulut.

"Hai Marlon," lendir itu menegur sambil mengukir senyum.

"Err, hai?," Marlon masih agak mamai.

"Kamu kenal kami siapa? Kami fikir tidak maka biarlah kami iluminasikan kamu. Kami namakan diri kami Alex James. Kami ialah beban imajinasi lucah kamu terhadap Nurul Ain si setiausaha, Sara Ayu jiran sebelah, juga Nora Zain si model seluar dalam yang bertalu kamu rembeskan dalam tandas juga di atas cadar."

"Hah? Apa sial yang kau merepek ni?"

"Kami makhluk tanpa rupa, identiti juga masa depan, kerana kamu cenderung berfikir dengan penismu. Tapi kami tidak mahu menuding jari menyalahkan kewujudan grotesk kami pada sesiapapun, pada kamu mahupun semua perempuan seksi itu, kerana secara harfiahnya kami memang tidak berjari. Hahahaha."

"Ha ha."

"Tapi dengan intervensi alam, kami mempunyai kebolehan untuk bertukar solid dan kembali mencair mengikut kemahuan. Agak kool bukan? Kami datang menegur ni bukanlah apa, cuma mahu memperkenalkan diri pada individu yang paling rapat dengan kami, iaitu ayah kami."

"Oh, baguslah tu. Selamat berkenalan Alex James. Sekarang sila biarkan aku menyambung mimpi senggama aku."

"Boleh tapi first things first. Yang penting sekarang kami horny dan kamu sahaja yang available. Maaflah ye."



##


Mayat Marlon telah ditemui di atas katilnya selepas tiga hari. Punca kematian : tercekik. Limpahan semen melata selayak tsunami semen, melencuni tilam juga lantai. Setelah diperiksa, dalam lubang anus Marlon juga.

Pihak media bergurau mengatakan ini adalah kes orgy bertukar trajedi tapi setelah dipastikan semua jejehan semen itu milik Marlon sendiri, tiada siapa mahu berspekulasi lagi.

by ahmad, Tuesday, 20 September 2011


8 Responses to berfikir dengan P

Martini Muaz said...

hah! ambil itu, Marlon!

bertanduk? horny? dua maksud. haha! seorang ayah diliwat bakal anak-anaknya sendiri. so sweet. imajinasi pervert.

jadi adakah moral of the storynya ini ialah jangan onani? mujur juga perempuan onani tidak mengeluarkan bakal anak.

ahmad said...

martini - moralnya ialah jgn membuang merata2 hahha

Amalina said...

rasa macam nak muntah.

ahmad said...

amalina - ya, itu ialah tujuannya utk dijadikan pengajaran hehe

aljambz said...

kah kah kah. multiple cilake.

ahmad said...

al jambz - hahha org lelaki akan lebih memahami cerita ini

Päk Läng said...

mani yg ganas lg berahi

power! kalau sperma dari

mani ini bersenyawa dgn ovum

pasti akan menghasilkan baka

yg menakjubkan! haha

ahmad said...

pak lang - dah marlon berfikir dgn penis maka maninya juga akan begitu haha