Aku bukan teroris, aku hanya reformis, aku cintakan damai.

Benarkan ku bersuara,
Benarkan ku menulis.

Jangan kau tutup mulut ku,
Jangan kau patahkan pena ku,
Jangan kau sekat saluran ku,
Jangan kau racuni fikiran ku.

Bersuara hak semua,
Hak aku, dia dan mereka!

Aku bukan teroris,
Aku hanya reformis.
Aku cintakan damai.

Jangan kau fobia bayangan sendiri,
Kerana makin jelas terserlah kebodohan diri,
Undang yang kau reka diketepi,
Amalan double-standard juga kau sanjungi.