Bukan Ulasan tetapi Mempromosikan Sesuatu Yang Lain

Saya bukan lah siapa-siapa untuk Jargon Books, cuma lah pembaca, yang apabila si pembaca ini suka kan apa yang dia baca, dia ingin bagi orang lain baca sekali untuk meraikan 'excitement' yang dia perolehi ketika membacanya, sama lah macam saya, mahu mengkongsikan sesuatu yang barang kali, berbaloi untuk kalian habiskan RM 23 untuk buku yang mempunyai 133 muka surat, 10 cerita dari 10 penulis, yang bukan calang-calang bagi saya yang gemar mengikuti perkembangan beberapa penulis yang terdapat dalam buku ini.
Borang Pesanan
Tajuk: Kelahiran Lain
Nama penulis tanpa mengikut susunan cerita yang tidak bertajuk: 
Aedi Asri, Ainunl Muaiyanah, Daniyal Kadir, Hud Hanafee, Nadrah Mustafa, Rasyidah Othman, Shafiq Halim, Tramizi Hussin, Wan Nor Azriq dan Zulwaqar Akram.

Dalam sepuluh cerita ini ada lapan yang terkesan tidak kira lah ia membuat saya fikir dalam-dalam mahu pun tersengih sorang-sorang dalam kedai makan ketika membaca ini, di mana ia sarat dengan kehidupan, bagi saya, yang dihiris-hiris oleh emosi dan direncahkan dengan filsafat, ada yang pekat, ada yang nipis. 

1. Cerita pertama nya kalau saya simpulkan tentang perasaan, hati, jiwa dalam kemelut perasaan. Bukan lah kispen cinta yang biasa, kerana ia dikayakan dengan filsafat si penulis, dalam merungkai kehidupannya dengan 'orang' itu.

2. Cerita keduanya bagi saya sangat menarik, dan penulisnya berjaya memasukkan saya dalam ceritanya, tentang seorang lelaki yang berpuisi dengan gadisnya dalam kereta, dan ya, puisinya sangat berahi, dan buatkan saya yang tidak mudah menelan puisi, khayal dalam ceritanya.
"Aku cakap, malam ini bulan menyendiri, ada di sini. Di dalam kain baju kurung ini. Di celahan kelangkang mu, perempuan. Aku cakap lagi, bulan, biar aku menyentuhmu. Tangan aku perlahan-lahan masuk ke dalam kainnya." m/s 13, Kelahiran 2.
Penulis ini kemudiannya membawa saya mengembara dalam cerita nonlinear ini masa dalam usia watak utama berusia 13 tahun di mana cikgunya suka sajak dan dia suka cikgunya, kepingin akan cikgunya. Tanpa sedar, saya diperkenalkan dengan sajak, tanpa sedar saya jadi suka dengan puisi. Dan cerpen ini bagi saya antara yang terbaik pernah saya baca (it's my cup of tea).

3. Cerita ketiga ini yang buat saya tertarik terus untuk membelinya, kerana ia adalah sebuah cerita pendek yang diceritakan dalam pelbagai gaya yang berlainan iaitu konvensional, avant-garde, wawancara arus perdana etc maka belilah sendiri.

4. Cerita keempat ini masih lagi membicarakan filsafat kehidupan, erm, bukan perisa yang saya gemar, tapi barangkali lebih digemari orang lain. Tentang kehidupan dan perhubungan insani, yang saya telan tanpa fikir panjang.

5. Cerita ini berpusing pada satu plot watak utama yang tengah menjawab soalan, saya ditarik masuk dalam mesin masa cerita ini, berulang kali. Perlu kah saya bocorkan soalannya? 

6. Ia adalah kegemaran saya. Teknik penceritaannya adalah kegemaran saya, dan ia menusuk, dengan rencah satiranya yang memukul, menuding saya di dalam kulit manusia yang telah dibelah-belah. Transgresif. What could I say more? Ustaz di dalam tivi itu masih lagi menuding-nuding jarinya pada saya, sekarang.
"Ustaz itu berpesan dalam nada yang seperti menyindir kepada aku, janganlah berpura-pura sedang gembira sedangkan kamu tak layak untuk bergembira kerana api neraka menanti kamu. Janganlah pula kamu berpura-pura seperti sedang hidup sedangkan kamu sebenarnya sudah mati semalam dan tiada siapa pun yang sedar kamu sudah mati kerana kamu banyak dosa dan api neraka sahaja yang boleh menerima jasad kamu. Rasakan. Rasakan. Rasakan." m/s 81, Kelahiran 6.

7. Ini tentang Halim dan Perempuan alamaya yang dia tidak pernah nampak wajahnya melainkan tubuhnya, dia dalam perjalanan mahu berjumpa perempuan itu, dalam perjalanan dia mengimbau memoirnya.

8. Perempuan hujan, perempuan bulan, cinta, laki-laki. Laki-laki ini mahu membunuh dirinya dan mencuba beberapa cara tapi diri dia sendiri menghalangnya. Saya belum berjaya meletakkan diri saya di dalam ceritanya, mungkin kerana saya belum cukup kecewa dengan kisah cinta saya setakat ini (barangkali).

9. Saya sukar khayal di dalamnya, saya cuba melemaskan diri tapi gagal.

10. I took two days to read this fiction, as I am not good in English fiction, day 1; I failed to drown in this fiction but day 2; I managed to understand it, and I felt the sadness conquered me much. This is life that we've been struggling to be happy to, yet, we are the walking dead in a fresh meat's suite.

Moleklah saya ulangi sekali lagi yang saya komenkan dengan citarasa saya sendiri, berlainan dengan rasa-rasa orang lain, yang saya mahu kongsikan, seperti semangkuk mi kolok yang sedap, mahu saya hidangkan pada orang lain untuk merasainya sekali.

Ulasan yang bukan sebetulnya ulasan ini ditulis selepas sebulan membacanya, dan sisa yang tinggal itu lah terkesan, apa yang istimewa tentang buku ini adalah ia tiada tajuk, dan nama penulis dihalimunankan, hanya fiksyen dalam membebaskan imej/nama penulis dari tulisannya sekaligus mengelirukan saya dan pembaca itu sendiri dengan pendapatnya tentang siapa yang menulis yang mana. (*merujuk kepada komen qifahsdamha dalam kotak komen)

Ya, saya terkena dan pastinya komen saya yang berselitkan sedutan itu yang memabukkan saya dalam fiksyennya.

Sekian, dari klan Zine Satu Malam.


In by Anonymous, Monday, 30 January 2012


6 Responses to Bukan Ulasan tetapi Mempromosikan Sesuatu Yang Lain

zoul yazix said...

Macam program jalan jalan cari makan. Gua dah terliur ni.

nanti gua beli.

Qiez AR said...

oh god, tempting sungguh. lagi2 adegan mencari bulan dicelah kelangkang itu. harus beli!

qifahsdamha said...

Terima kasih sebab sudi baca dan reviu, bos.

Cuma nak perbetulkan sikit, susunan cerita sebenarnya tak mengikutkan susunan alfabetikal nama penulis, tapi disusun secara rawak. Kami nak membebaskan imej (dan nama) penulis dari tulisannya dalam Kelahiran Lain (kerana itu tak ada nama dan tajuk). Sekaligus nak mengelirukan pembaca sendiri dengan pendapatnya tentang siapa yang menulis yang mana.

Apapun, terima kasih sekali lagi. :)

Anonymous said...

Owh, saya baru tahu, saya ingatkan ikut susunan seperti yang dalam zine, maaf dan terima kasih untuk membetulkannya. Hehe, dan terima kasih untuk tulisan-tulisan dalam Kelahiran Lain.

Vee said...

mana nak beli ni wehh..kedai mamak ada dak?

Anonymous said...

Ke hadapan Vee,

telah saya sediakan link borang pesanan di atas atau pun klik di link Jargon Book di atas.

Membaca dengan membaca yang benar baca-baca itu amalan mulia.


:3