:: Tarian rindu ::
Gadis itu penat mengalun lagu,
Lagu rindu yang tak bersendu,
Ditarikan tarian cengeng,
Tubuh digelek, hati merintih.
Dia,
Baru sahaja melangkah pergi,
Tinggalkan gadis itu sendiri,
Di sini, sepi, yang tak berpenghuni,
Dengan lubang, lohong,
Luka yang terbuka,
Dimamah pedih,
Dirasuk tak berair mata.
Gadis itu bangkit,
kesakitan masih berbekas,
Retak hati tak perlu diubati,
Nanti pulih sendiri,
Dia menongkah angin malam,
Dia mencari tempat paling hitam,
Mendakap tubuh , mengunci rasa,
Dingin, disapa angin.
Dia tetap sendiri,
Mendakap tubuh,
Diam berdiri,
Tari ditarikan,
Lagu diiramakan.
Tapi semua itu hanya sekadar,
Tak bermakna apa,
Kerana dia masih rindu,
Rindukan sesuatu yang dulu.
Dia masih, tarikan semuanya,
Cuma tak seindah dulu.
pesan penulis : teguhkan hati, pasakkan kata, bangkit gadis/jejaka ranap! dunia masih indah.
2 Responses to :: Tarian rindu ::
seperti aku pernah katakan, realiti lebih indah sebenarnya daripada fantasi..
kalau semangat nak bangkit,bangun tu sekadar tampal kat mulut tapi tak ada usaha nak menggerakkan, sampai mati lah kamu menari, cik Niya.
in that case, go get yourself a very good pair of dancing shoes
oh, and good luck.
oh, and yes, i'm being brutally sarcastic.
Post a Comment