:: Pujuk Hati ::
Aku diam, aku bungkam,
Pendam jadi dendam,
Kalian, mari lihat,
Hati aku kian mati,
Dipijak henyak dia yang tak berhati.
Aku tak kesah,mana ada aku peduli,
Kau biar aku terhenti disini,
Rindukan kau yang melangkah pergi,
Pergi lah pergi,
Jangan datang lagi.
Tak apalah, aku tak kisah,
Orang tak sudi, aku lagi tak peduli,
Jangan esok kau datang menagih kembali,
Aku tak pernah menulis janji,
Aku penat rindukan bayang kau,
Ahh sudahlah,
Aku tak mahu terus dipermainkan,
Ini game kau, aku tak mahu ikut,
Biar aku kalah, tapi masih membawa maruah,
Aku dongak ke langit,
Awan tadi masih sama,
Aku berjalan merentas masa,
Satu masa aku akan lupa,
Pada perkenalan kita,
Tapi bukan pada kenangan bersama,
Hai pelangi lapan warna,
Tertipu jua aku pada helah dia,
Tak apa lah, masih ada masa,
Lupakan segala, dan berlalu pergi.
pesan penulis : hari-hari kini bahagia. mohon depangkan dada seluasnya, aku mahu kongsi bersama,.=)
5 Responses to :: Pujuk Hati ::
tak perlu menagih kasih pada yg tak sudi..
dan biarkan diri bererti,
dr terpaksa makan hati sendiri..
pujuk jiwa manja manja
si ngok ngek : =)
xanze : manjakan hati kah?
si ngok ngek : =)
xanze : manjakan hati kah?
manusia punya pelbagai rasa..
kita tak perlu pelangi lapan warna..
tujuh warna belum tentu bahgia..
kerna pelangi itu hanya datang seketika..
Post a Comment