Imagine a world without free knowledge - Wikipedia

Sejak ilmu tidak lagi percuma, aku sudah rajin melangkah kaki ke perpustakaan dan membelek buku-buku di dalamnya bagi memperkayakan lagi ilmu di dada, biar di perpustakaan itu aku terpaksa membelek satu persatu mengikut genre yang aku perlukan dalam pekerjaan aku. Mungkin, leceh bagi sesetengah manusia untuk berkhalwat di perpustakaan menelaah tiap-tiap aksara yang tertulis halus di atas buku, tapi bagi aku, dengan melangkah kaki perpustakaan telah menyebabkan stamina aku makin tinggi, serta makin berotot di betis, kerana tidak lagi perlu menghadap komputer berskrin 21 inci lama-lama. Lagi pula, dengan berada di perpustakaan, aku boleh berkenalan secara alam nyata dengan manusia lain yang turut bermotifkan sama seperti aku. Itu adalah kehidupan aku, di bandar yang punya perpustakaan besar penuh dengan buku-buku yang diperlukan.

Di sesuatu tempat yang lain, di mana buku-buku di dalam perpustakaannya berselimutkan habuk berikutan tidak dikemaskini versi terbaru, hanyalah catatan lama yang barangkali sudah tidak relevan, menyebabkan agak tercekik ruangan limpahan ilmu di situ. Maka, tempat itu ketinggalan tamadun ilmunya, sedikit, berbanding tempat yang sentiasa dikemaskini maklumat baru. Apatah lagi mereka-mereka yang duduk di pedalaman, tapi dapat dihubung dengan internet, sekali pun, tidak dapat menikmati ilmu yang dulunya percuma dan akhirnya terpaksa bergantung dengan sumber yang sedikit? Ah, persetankan, tiada lagi yang percuma di dunia.

Persetankan anus yang melayang-layang di langit dengan sebuah podium mahkamah.(kejelekan kini sudah tiada)
Persetankan gebang hukum hudud yang didebat-debat tak terselesai.
Persetankan demonstrasi-demonstrasi di depan mana-mana sekalipun.

Kerana biarlah disuap-suap dengan ilmu beli-belian, serta wadah berita parti mana-mana sekalipun.
Dan, biarlah, tali tangsi dipasang di setiap bahu dan lutut untuk digerakkan jadi boneka jadian.
Atau...

Mulalah untuk Iqra' yang sebetulnya.


Beberapa tahun kebelakang,
Ilmu tetap lagi percuma, cuma perlukan timbal usaha.

Sekarang,
Kerana bontot yang harus kita gerakkan, maka bising lah.


"Mungkin kita perlukan kegawatan ekonomi, kita patut berterima kasih kepada Soros, mungkin negara ini perlu dihumbankan ke dalam gaung, segala-galanya jadi porak peranda, kerana derita akan menyatukan kita. Sama-sama lah kita merangkak dalam tahi dengan tangan berpaut, berkongsi setiap rintik cahaya dan udara dan lumut. Kerana kita akan bersaudara di dalam malapetaka; tetapi apabila negara ini senang, kita semua jadi berkasta dan tidak mahu jadi sama, yang kaya tidak mampu berkongsi dengan orang miskin, memijak dan menindas dan mengunyah nasi dari titik peluh pariah. Musnahkanlah negara ini untuk menyelamatkannya."
Cerpen Buana Serpih Angkasa, m/s 55, Saharil Hasrin Sanin.

by Anonymous, Wednesday 18 January 2012


10 Responses to Imagine a world without free knowledge - Wikipedia

Anonymous said...

Ni bukan cerpen woi, haram jadah kau.

ahmad said...

keh keh keh
lagi2 cerpen underground

Anonymous said...

Kehkehkeh.

Zehan Ilyana said...

err..confius disini..ehehe..

Anonymous said...

Kita terlalu ingin disuap mudah, disuap-suap sampai muntah.

Apabila muntah, lebih senang untuk bersenang-senang daripada bersusah-susah untuk perkara susah.

Moden kata kita, tapi bila diramas-ramas, mula lah bising tanpa menaiki tangga yang sepatutnya.

Pendek kata, terlalu selesa sehingga alpa.

Confused lagi?

BonekadalamChermin said...

nice.






:)

peringatan utk semua.

Anonymous said...

Sebenarnya kan, saya nak buat cerpen, entah macam mana, saya tidak menjadi saya lalu menjadi saya yang ini.

Qiez AR said...

mungkin memang kita harus pasang tali tangsi di setiap bahu dan lutut untuk menggerakkan diri sendiri ke gedung ilmu percuma sekarang ini kerana godaan perpustakaan eletronik yang bolehjadi sangat celaka.

lagipun banyak perpustakaan telah dikomersialkan sekarang, maka feeling "cosy" itu sudah tak ada.

Contohnya pustaka rakyat di hometown aku dulu. Asalnya ia hanya satu blok 2 tingkat sebesar rumah semi D kos rendah yang diwakafkan oleh sorang YB yang gila undi rakyat.

Kemudiannya dipenuhkan dengan rak2 murah sumbangan sekolah2 disekitar pekan tersebut. kemudian dipenuhkan oleh rakyat sendiri. (buku2 semua orang ramai yang pakat2 dermakan)Aku sendiri ikut mommy pegi beli 5 set siri nancy drew utk letak dalam library tu. I was 10 y.old masa tu and a die hard fan of nancy drew. I remembered being excited gila boleh susun buku2 yang mak beli kat rak2 dalam pustaka tu pastu esoknya brag kat kawan2 di sekolah. :p Lepas sekolah ajak ramai2 pegi baca.

Seingat aku dalam pustaka rakyat tu, hanya ada 1 meja panjang dengan 10 kerusi plastik. Keseluruhan tempat tu dihampar tikar getah. So mostly orang yg datang akan dduk bersila je atas tikar getah tu sambil membaca. Kami yang budak2 sekolah ni siap landing baik punya atas tikar. Bagi aku THATS THE COSIEST AND THE MOST IDEAL LIBRARY ever!

Of course zaman sekarang ni dah tak ada pustaka rakyat yang "Semewah" tu kan? how sad.

Anonymous said...

Ada, di negeri aku sendiri di pedalaman, hanya bandar utama yang ada library canggih. Aku ingat lagi sebuah pusat sumber di tempat aku sendiri di mana semua buku di situ adalah diderma/sumbangan orang ramai, dan kami datang bersila di karpet dengan majalah hanya diletakkan di atas lantai, berhamburan, dan kami baca apa yang nak dibaca.

tolak perihal internet,

Anak-anak muda terlalu mudah bising tanpa melihat persekitaran yang sebenarnya.

Harapnya orang faham kenapa aku letak sedutan kispen tu.

Qiez AR said...

ada karpet kira mewah lah tu. ;)

"Anak-anak muda terlalu mudah bising tanpa melihat persekitaran yang sebenarnya"

*angguk*