Pengemis Kota, 2012.






minggu lepas. sewaktu keluar dari parkir kereta. belakang gulati's silk store. kereta aku panjat road curb sebelah kiri. gara-gara terkejut. pakcik ni tiba-tiba muncul kat tepi cermin. dengan pakai tag kat leher. saya pesakit hiv. perlukan sumbangan untuk rawatan perubatan. mak aii. walaupun aku tahu bahawa hiv tidak merebak melalui perkongsian udara. akan tetapi kemunculan yang secara pop-up ini boleh buat sentap jantung juga. kebetulan bos tumpang aku balik ke ofis. malu pula rasa. seperti tak pandai memandu layaknya. 


minggu ni. aku ke sana lagi. awal pagi masuk parkir. dari jauh dah nampak beliau ini. dah tak pakai tag. tapi bawa kotak kosong pula. agak kecil. tertulis di situ. saya perlukan bantuan kewangan. mempunyai penyakit kronik. aku terdetik. lepas mesyuarat aku nak sedekah kat dia. sebab minggu lepas aku terus pecut astalavista. panic attack.

dua jam kemudian. selesai mesyuarat. aku keluar. mahu bayar parkir. mata melilau. eh. tak ada pula beliau di mana-mana. lalu aku bertanya kepada encik juruwang.


' helo. mana itu orang? tadi pagi ada sini pegang itu kotak? '


' ooo. itu orang ka? ini jam selalu dia sudah off la cik. LUNCH HOUR! '


peh. tiba-tiba terasa lapar. bos pula bawa kereta sendiri hari ni. serik agaknya. 



.





7 Responses to Pengemis Kota, 2012.

Anonymous said...

Haha, pengemis moden.

BonekadalamChermin said...

org keja pejabat pun belum tentu dapat lunch on time hari-hari



:)

PenjuruKosong said...

ada lunch hour??
dah mcm keja office
ntah ntah gaji dia lg mahal kot~

Anonymous said...

Indeed, terasa saya di situ kerana tak lunch hari-hari.

Qiez AR said...

dah tu niat nak sedekah tu batal ke masih on?

BonekadalamChermin said...

CassiaSiamea
itula pasal. haha.


Lucifer
sama la.


Larasephia
niat dah dapat pahala. HAHA!

Qiez AR said...

wise girl is very wise. hehe ;)