Suri

terduduk aku di pohon kayu.
bersama khayalan yang masih ragu.
ketika angin berhembus sayu.
padang hijau membisik rindu.
sunyi hati bercampur cemburu.
melihat makhluk lain punya teman mengadu.
aku masih lagi begitu.
mengekspresi rasa tanpa lagu.
punya jalan andai aku mahu.
tapi aku simpulkan menjadi tidak mahu.
aku mematahkan setiap yang lalu.
mujur pada yang tidak singgah menyapaku.

silam lalu aku buang.
rakus lalu aku kurang.
masa untuk kembali ke simpang.
setelah bertahun menyimpang
aku redah hutan belukang.
menongkah arus diiring belalang.
mencari cinta yang hilang.
mencari jujur yang terbang.
membuang jiwa yang berang.
terbakar hitam bersalut perang.
tergadai nyawa janjiku aku pulang.

kini aku di sini.
mengorak langkah kembali.
teman sejati berbatu dari sisi.
tergenggam pedang berukir seni.
aku punya jalan sendiri.
terdetik hati rasa sepi.
bertaut tangan ibarat mimpi.
terlucut pedang berkecai sepi.
pejam celik ku sangka mati.
senyum terukir hati masih meneliti.
apa ini memang dihantarkan untuk menemani?
mungkin satu lagi dugaan duniawi?
atau bisikan fitrah sang lelaki?

pergilah wahai suri.
ini masa aku berdikari.
pulanglah suri.
ini masa aku sendiri.
terbanglah suri.
benarkan kaki ini berlari.
jangan degil suri.
kau juga punya jalan sendiri.

jangan lihat susahku.
jangan lihat tangisku.
jangan dengar esak ku.

kenapa masih kau tersenyum ketawa?
apa kau sudah pekak atau buta?
atau aku yang buta hati dan jiwa?
ini bukan masa untuk bersama.
ini masa aku sahaja.
letih aku menidakkan cinta.
sedang kau masih tidak berganjak dari mata.
letih aku menafikan rasa.
kau masih di situ dan ketawa.
umpama aku ini sedang berjenaka.
letih aku menerangkan semua.
umpama anak kecil tak mengerti kata.

tapi suri masih di sisi.
mungkin aku yang tuli.
terima kasih suri..


syarqawishuib
6/2/2011
1115 AM