Belon
Pagi itu aku bukakan langkah kaki seperti biasa. Laluan sehari-harian aku dari kampus menuju ke bangunan kuliah ambil masa circa 10 minit selalunya. Hatiku senang entah kenapa. Mungkin sebab semalam si dia memanggil aku dari kejauhan dan senyum riang.
Tanpa melihat cermin sebelum mulakan langkah tadi, aku capai sahaja selendang yang tersangkut di birai katil. Pergi kelas hari ni pun pakai selendang sahaja. Malas betul nak seterika! Nampaknya, seperti langit tahu apa rasa dalam hati aku, biru dan kepulan awan comel menghiasi segenap ruang pada langit. Beauty!
Kepala didongakkan ke langit. Sebenarnya aku terlewat ke kelas setengah jam. Kelas itupun kelas satu jam sahaja, tapi aku persetankan. Kalau kau nak pergi kelas, jiwa perlu ada, bagaimana kata pensyarah nak masuk kepala kalau jiwa kau sedang terbang tinggi di angkasa?
Tiba-tiba ternampak satu biji belon merah berconteng dengan marker dengan tulisan carutan yang agaknya terlepas ke angkasa, siapa punya belonlah ini. Belon itu nampaknya terbang agak tinggi, lebih kurang ketinggian 20 meter dari paras tanah yang aku berdiri ini. Aku cuba capaikan tangan aku ke belon itu, dengan harapan agar aku dapat memegang tali nya yang kurang panjang dari pembaris sekolah aku dahulu.
Kau gila? Manalah belon tu nak mendekat, dah lah tinggi, aku bukan ada superpower pun.
TAPI tak lama belon itu makin mendekat. Aku menarik tanganku semula dan memasukkannya ke dalam kocek. Cemas kecil aku rasakan. Mataku melilau ke kiri dan kanan. Tiada orang di sekeliling aku pun rupanya. Aku biarkan beberapa saat berlalu, kemudian aku sumbatkan lubang hidungku dengan jari telunjuk tangan kanan.
Aku hulurkan lagi tanganku. Dihujung jari telunjukku, kelihatan gumpalan kecil berwarna kelabu hijau yang statik. Belon tadi sudah kelihatan malu-malu untuk mendekat.
Sialan.
Aku sambung korek hidung dan aku biarkan belon tadi terus mengekori aku.
tapi dia dekat je, bak kata orang ilmu itu ada di mana-mana?
2 Responses to Belon
optimisnya
nice!
Post a Comment