i am the walrus
Seekor walrus dewasa itu agak similer dengan Nosferatu, namun berkali ganda lebih ohsem. Dia selalu memulakan topik huru hara sebegitu dengan aku tiap kali lepak minum kopi o semasa hujan melankolik.
Walrus itu bertaring macam Nosferatu tetapi taringnya berkali ganda lebih besar. Itu alasan dia. Dia juga sangat pasti jikalau Nosferatu dan seekor walrus dewasa dihumban ke dalam gelanggang gusti, dalam 3 minit Si Walrus sudah 5 kali clothesline Nosferatu dengan taringnya (yelah mana boleh pergi rodok perut Nosferatu, itu sudah dikira melanggar peraturan, malahan sia-sia sahaja Nosferatu boleh menang percuma) dan 2 kali bagi penyudah signaturnya, iaitu Jon's Megatonne-Crush pada Nosferatu. Aku tak setuju. Aku kata itu tidak semestinya. Nosferatu ternyata jauh lebih pantas berbanding Si Walrus, lagipun Nosferatu kan boleh terbang. Sebelum Si Walrus sempat membuka kekudanya, Nosferatu dah 4 kali jerman supleks Si Walrus lembab dan belum sempat Si Walrus sedar apa yang sudah berlaku dia sudah di Nosfe'xplicit-Bomber'atu 30 kaki dari udara oleh Nosferatu. Taring yang lebih besar dan badan yang lebih berat tidak pernah jadi penentu dalam pertarungan.
Selepas 15 minit, kami terpaksa bersetuju mereka akan bertarung sekurang-kurangnya sejam, dan pertarungan itu akan dinobatkan sebagai epik Wrestlemania sepanjang zaman.
Kemudian aku menyelit. Apabila referi jatuh pengsan, Nosferatu akan benamkan taringnya ke dalam leher Si Walrus dan tahu-tahu sahaja Si Walrus sudah menyertai gerombolan minion setianya. Aku gelak. Kopi o yang masih panas dihirupnya pantas.
Sambungnya. Tapi itu kalau dalam gelanggang gusti. Jika pertarungan dibawa ke dalam laut, pada mulanya memanglah mereka tampak setanding - Nosferatu yang super-atletik menentang Si Walrus dalam taman permainannya sedari bayi. Keadaan pasti akan berubah apabila pertarungan itu berlanjutan. Si Walrus dengan anatomi badan yang lebih sesuai di gelanggang itu akan berdikit mendapat advantej dan akhirnya menang.
Oh, kau silap. Bangkang aku. Nosferatu tak perlu bernafas dalam air, hekk dia tak perlu bernafas pun, kerana dia sudah lama mati....
Ceritanya memang takkan habis.
Sebelum itu, hai aku Jon, seekor walrus dewasa seberat 1 tan dan dia ialah kawan baik aku Nosferatu, vampir pertama. Memang ini saja kerja kami tiap kali lepak minum kopi o semasa hujan melankolik. Saling puji-memuji, dengan harapan salah seorang akan mengeluarkan pujian yang lebih mengangkat dari yang sebelumnya. Apa boleh buat, kami memang makhluk narcisis.
Aku sedut sigaret terakhir, terbatuk macam nak tertanggal paru-paru, dan membuang puntung ke lantai sebelum kembali ke laut.
4 Responses to i am the walrus
*memantoi
seperti yang aku pernah bagitahu kau, substen paling dekat dgn mantoi bagi aku ialah ubat selsema
bagaimana pulak dgn ubat batuk?
tidak juga
aku percaya kalau kita betul2 tumpukan, otak kita jauh lebih hebat berimajinasi walaupun tanpa substens terlarang
Post a Comment