Oh bulan.

Mendengar lagu Yuna di radio yang bertajuk Dan sebenarnya itu menyebabkan aku terasa yang bulan memang tidak mahu lagi melayan diriku lagi. Ya! langit pada malam ni hitam dan lagu Yuna ini sememangnya memerli aku. Aku caci bulan sepuas-puasnya malam itu kerana dia turut hilang semasa aku berada dalam kesedihan malam. Cahaya yang samar-samar dengan tiba-tibanya terpacul daripada sebalik awan (bayangkan awan itu selimut). "Apehal?" kata bulan sambil menguap. Aku jawab takde apa-apa aku rasa nak nikmati secawan kopi yang suam sambil menikmati cahaya bulan dan ya aku sedang kecewa seperti juga lagu Yuna yang tengah bermain di corong radio sekarang ini.

Bulan macam berang dengan aku, dia kata kenapa perlu kaitkan dia dengan hal cinta sedangkan dulunya dia lebih dikenali sebagai malapetaka. "Kau nampak bulan, itu bermaksud darurat tahu?" dia berkata dengan nada garang. "Oi palat! Sebab sekarang darurat lah gua panggil lu muncul, kalau gua tak sedih, tengok muka lu yang bertompok-tompok tu pun gua tak ingin" kataku dengan nada marah. "Bukan aku yang sedih, tapi hati aku yang rasa sedih. Kecelakaan ini membuatkan seluruh badan aku terasa seperti dalam keadaan yang sangat sedih dan celaka. Celaka yang di maksudkan ini sangat abstrak sama juga maksud subjektifnya apabila kau berkata celaka, dan ya celaka itulah yang dimaksudkan. " kataku lagi menerangkan sepenuhnya kepada bulan di harap dia memberi aku sinar simpati.

Batang cahaya bulan itu menyuluh tepat-tepat pada aku, lalu batang cahaya itu menampar-nampar mukaku berkali-kali sambil gelak dia berkata sedarlah dengan nada sinis. Ya! aku memang sedar, cuma badan aku kehilangan kesedaran dan refleksi dengan fikiran roda gear yang sentiasa berputaran tanpa henti. "Kalau bersedih lu amik lah anti despressant, lu ingat gua apa bai? doktor fadzilah kamsah nak kasi lu nasihat? Dah gua nak tidur, lewat dah ni" sambil bulan menarik awan menutupi dirinya dan cahaya semakin menghilang.

Sinaran bulan dan cerita dongeng, kalau angin boleh ditunggang tentu sahaja aku menunggangnya, naik ke sampai kebulan dan tampar bulan berkali-kali kerana tidak memahami keadaan aku sekarang.

In by ., Wednesday, 21 December 2011


13 Responses to Oh bulan.

ahmad said...

ironisnya narator percaya bulan boleh berbicara tapi tidak percaya angin boleh ditunggangi

orang berduka memang tidak rasional

hehe

. said...

sebab angin tu benda halus. benda halus jangan main-main :3

Niya Adriane said...

duka di balik awan, bulan disebalik awan, langit di sebalik bulan. =)

lavender harum wangi said...

Saya ada unicorn.

jhnrdzi said...

SMS lah abang MATAHARI. Dengarnya MATAHARI suka membuli bulan dengan bahang ketiaknya yang merimaskan.

safwan said...

SMS On BULAN ke 98765. Bulan sedia datang membantu.

Eh?

~Sal Ismail~ said...

mcm ni ko kata x pandai bercerita pasal bulan..sgt menarik..hehe~ ^^

Päk Läng said...

jgn la marah bulan, nanti bulan tak muncul kau pulak yg datang bulan

haha

*kalau aku...aku lebih percaya yg angin boleh buat kita terbang ke langit dr percayai yg bulan boleh bercakap...haihhh, org berduka ni sukar difahami...heh :p

Widi Dede said...

semua ciptaan allah pasti akan berbicara

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

mega senja said...

jangan nak tipu, setiap malam ko tengok bulan yang sama dengan bulan yang aku tengok kan?

. said...

oh bulan gua istimewa sikit. kehkehkeh

mega senja said...

bulan ko istimewa sebab ko lihat dari rusuk puncak bumi manakala bulan aku pucat kerana aku mengintainya dari balik perabung dunia...

. said...

kalau itu leksikon kau maka aku iyakan saja. tiada apa yang benar dan tiada apa yang salah.