[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (vi)

Siri (i) | Siri (ii) | Siri (iii) | Siri (iv) | Siri (v)

Langsung aku tutup buku lama itu. Tarikh tersebut tidak membawa apa apa makna untuk diri aku. Kembali ke depan cermin, bayang bayang Neelofa mulai kabur, kembali menunjukkan realiti yang sebenarnya aku ini seorang lelaki tampan dengan janggut yang sedikit di dagu. Janggut yang boleh membuatkan semua wanita di dunia ghairah apabila melihat aku sedang makan laksa dan kuahnya meleleh perlahan dari janggut itu. Pasti ramai yang berebut rebut mengambil tisu mahu membersihkan kuah laksa itu dari dagu. Sementara menunggu  adik aku tenang sedikit selepas bekerja keras ketika aku sedang berangan angan menjadi Neelofa dan membayangkan setiap inci tubuhnya ketika sedang mandi tadi, aku kembali ke katil, berbaring dan memikirkan kisah kisah malam pertama yang seringkali aku baca di laman web kalipertamasaya.com. Bila lah agaknya aku akah berkahwin dan melalui malam pertama. Lelaki yang kacak seperti aku mana boleh dibiarkan membujang lama lama, bimbang nanti dikatakan gay. 

Aku pandang gambar gambar yang melekat di dinding, ada gambar Lisa Surihani yang dipangkah merah, menandakan dia sudah pun terkeluar daripada menjadi calon isteri aku. Sesungguhnya Lisa Surihani berada dalam golongan makwe makwe yang kerugian. Kalau lah dia tahu yang aku terfikir untuk menjadikan dia sebagai yang halal untuk aku, pasti dia tidak akan menerima lamaran Yusry. Terus sahaja aku berpaling kepada gambar perempuan di sebelahnya, ada Tasha Shilla sedang tersenyum ceria. Ah Tasha, abang tahu cinta abang kepada Tasha pasti berbalas, bisik hati aku. Tetapi sekarang Tasha masih lagi sibuk membina nama dalam industri hiburan tanah air, berita kontroversinya pun baru keluar Melodi dua kali, lalu aku mengambil keputusan untuk melepaskan Tasha pergi. Kemudian aku pandang gambar di sebelah poster besar Tasha Shilla, astagfirullah! Ramlah Ram! Ini mesti mak aku yang sengaja letakkan gambar Auntie Ramlah di dalam bilik, untuk mengingatkan aku supaya lekas menikah kalau tidak mahu bermakwekan Ramlah Ram. Ah, pemati ereksi. 

Aku memandang syiling kosong memikirkan tentang cinta. Cinta semata mata untuk aku adalah penangkal keburukan dan kejahatan manusia, hanya menjelmakan hal hal atau fikiran yang indah belaka. Tapi kasih, satu perasaan yang hanya muncul dalam cinta yang sebenar bererti asimilasi dan ubsursi sifat sifat utama yang dikasihi. Lantas membawa definisi cinta kepada kehendak untuk menyerap dan berusaha keras untuk mencipta nilai nilai murni dan cita cita tinggi, lalu membuatkan yang bercinta dan dicintai menjadi peribadi-peribadi. Cinta yang membentuk peribadi ini lah cinta yang bersungguh sungguh manakala cinta yang menjual peribadi adalah cinta yang rapuh, bila bila masa saja boleh runtuh. Ini lah cinta yang aku cari cari.

Sebaik sahaja aku mahu mula berangan angan membayangkan ciri ciri perempuan yang aku mahu cintai, tiba tiba bilik aku terang benderang dilimpahi cahaya putih, angin menderu deru masuk seolah olah dinding bilik aku telah terkopek dengan luasnya. Cahaya terang tadi mulai suram perlahan lahan, menampakkan susuk tinggi seorang perempuan berambut panjang dengan baju kurung polkadot putih hitam.

bersambung...

by zoul yazix, Monday, 27 February 2012