[SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iv)

Siri (i) | Siri (ii) | Siri (iii)

Aku mengangkat revolver dalam genggaman mahu diacu ke arah PK namun ajaibnya revolver itu sudah bertukar menjadi muncung sebuah pembersih vakum. PK menekan butang on dengan kaki. Belum sempat aku bertindak pembersih vakum itu sudah menyedut jasad aku ke dalam satu spiral berwarna-warni yang aku kira ialah sebuah vorteks antara dimensi. Berpusing-pusing aku berpusing. Semakin dalam aku disedut semakin sayup dekah tawa PK dan Neelofa. Sedang zarah-zarah aku diberaikan untuk disusun kembali di dimensi yang lain, aku sempat acungkan tangan kananku ke atas. Neelofa.....

POOF!!

Aku membuka mata. Kipas bersawang berpusing perlahan depan mata. Aku bangkit duduk. Nafasku termengah-mengah, baju pagodaku lencun dengan peluh. Aku periksa tangan, periksa kaki, juga kepala. Lega, semua sudah lengkap di tempat yang sewajar. Mimpi yang absurd. Sekejap berpuisi dengan kekasih imaginari berambut ikal hitam yang menutup bahagian-bahagian strategik pada malam pertama di sekolah asrama, kemudian tahu-tahu saja sedang menelusuri labirin bersama Neelofa. Aku menarik nafas panjang, ada rasa memulas-mulas di dada. Eh, kenapa perut aku yang berada di dada? Ada kesilapan kalkulasikah ketika pengaturan kembali zarah tadi? Kenapa pula aku berfikir sebegitu walhal itu mimpi cuma?

Terukir di Bintang sedang diiramakan, rington telefon bimbit aku yang terselit bawah toto. Aku abaikan.

Aku korek-korek ashtray tin coca-cola yang sudah penuh, cuba mencari rokok terpilih yang masih bersisa untuk dibuat bekalan dalam tandas. Usaha yang futail semata. Aku bangkit juga namun kerana mamai masih bersisa kepalaku membaham bucu tingkap. Celaka betul. Aku raba-raba kepala yang kesakitan sambil melangkah menuju ke cermin, ingin menilik bahagian terhantuk tadi. Cermin sedikit berkabus. Aku lap dengan tangan kiri. Aku terloncat ke belakang usai melihat refleksiku di cermin. Mustahil. Aku, Neelofa?


5 Responses to [SIRI BERSIRI] Malam Pertama (iv)

Anonymous said...

Kahkahkah!

Semart semart.

Siapa lagi?

Redhzuan Indera said...

part "Mustahil. Aku, Neelofa?" baru aku faham maksud perut didada . KAH KAH .

sahidzan said...

hahaha! cilaka, ko jadi neelofa pulak kenapa? next!!!

ahmad said...

saja, twist bak kata orang hahah

Päk Läng said...

makin gila...kahkah